CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: puteri-jelmaan

Dayang's updated schedule

[Copy link]
Post time 22-12-2007 11:28 AM | Show all posts
DAYANG'S UPCOMING PUBLIC APPEARANCES (additional in bold):

30 dec 11pm- Sampaikan 2008 TV3 (Live)

31 dec 10pm - New Years Countdown,Danga Bay,JB

4 jan 8.30pm - AIM 15 Prelude, Planet Hollywood, KL (Recording)

9 jan 8.30pm - Hiburan Minggu Ini,RTM (Recording)

12 jan 5pm - Supertalent Search Finals,1 Shamelin Mall

24 feb 10.30 pm - Sunday Nite Live with Dayang Nurfaizah, Planet Hollywood, KL

.

[ Last edited by  mr-judd at 22-12-2007 02:51 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2007 11:07 AM | Show all posts
nak pegi 9 jan 8.30pm - Hiburan Minggu Ini,RTM (Recording) bole tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 09:47 PM | Show all posts

Reply #62 badiuz's post

boleh Badiuz..

.......

Updates..

PROGRAM CHRISTMAS YG MELIBATKAN DAYANG

25 / 12 / 07

2.00 PM, RTM2
11.00 PM, RTM2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2007 11:32 PM | Show all posts
nk gi la yg 9jan tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 03:25 PM | Show all posts

Balas #61 mr-judd\ catat


Wahhhhh Planet panggil lagi ? :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 10:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2007 04:36 PM | Show all posts
Attention

To those yg cadang nak pegi recording Prelude AIM at Planet Hollywodd this January 4th, please be there before 8pm. Entrace is free.

Thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 04:48 PM | Show all posts
sapa artis-artis yang terlibat judd?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2007 05:34 PM | Show all posts

Reply #68 badiuz's post

Aku pun tatau la badiuz.. yg aku tau Dayang je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2007 09:21 PM | Show all posts
tahu dyg je lagi bagus kan...ahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 03:07 PM | Show all posts
Prelude Kemuncak AIM 15 untuk tahun ketiga bakal diadakan secara langsung mulai 3 Januari hingga 24 April depan dari jam 8.30 malam selama satu jam bertempat di Planet Hollywood.
Dalam majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif ntv7 Dato' Amrin Awaluddin,Pengurus Kumpulan Penciptaan Kandungan ntv7 Kamarul Zamli Ramly dan beberapa orang artis tempatan telah mengumumkan tentang kelainan yang bakal dilakukan dalam Prelude Kemuncak AIM 15 yang bakal disiarkans ecara langsung oleh ntv7.

Antara artis-artis yang hadir pada majlis tersebut dan bakal memeriahkan Prelude Kemuncak AIM 15 adalah Dayang Nurfaizah, Noraniza Idris, Fazli Zainal, Shahrizan Borhan, Nurul dan Meet Uncle Hussin.
Kumpulan  nasyid Raihan, Rabbani, NowSeeHeart, kumpulan Spring, Lefthanded,penyanyi Waheeda, Man Bai, Nora, Jay Jay dan Shima turut ditampilkan bagi mengadakan persembahan selama 16 minggu berturut-turut.



"Kali ini, formatnya mementaskan dua pemenang dalam setiap episod dari pelbagai kategori yang dipertandingkan dalam AIM sejak ia mula diperkenalkan 15 tahun lalu.

"Kami telah jejaki pemenang tersebut dan mereka akan menyampaikan tiga buah lagu popular mereka yang pernah dicalonkan dalam AIM sebelum ini.

"Namun kami turut memilih penyanyi yang bukan dari kalangan pemenang bagi menggantikan artis yang tidak dapat turut serta dalam program tersebut.

"Selain itu, ntv7 akan memaparkan tiga episod istimewa sempena Hari Memperingati Kekasih (Valentine's Day), Awal Muharam dan Maulidur Rasul di mana episod-episod ini akan dirakamkan di sini pada 4 dan 7 Januari yang boleh dihadiri oleh para penonton bagi memeriahkan sesi rakaman," ujar Amrin.

Persembahan mereka akan diiringi oleh enam pemuzik profesional yang diketuai oleh Pengarah Muzik Acis.

Tini Hot FM terpilih sebagai hos program kali ini
Lebih menarik tahun ini, para penonton yang terlepas menonton sebarang episod Prelude Kemuncak AIM 15 boleh mengikutinya secara percuma melalui perkhidmatan Catch up TV dengan melayari laman web www.ntv7.com.my.

Istimewanya juga, Prelude Kemuncak AIM 15 kali ini dipentaskan secara langsung dari Planet Hollywood berbanding tahun-tahun lepas ia dibuat di Hard Rock Cafe dan Studio ntv7.

"Usaha memilih tempat ini adalah bertepatan sekali secara keseluruhannya kerana penganjuran program seperti ini menggalas tanggungjawab yang besar kepada industri muzik.

"Ia memberi semangat kepada penggiat seni muzik kerana tekanan yang wujud dari muzik luar negara yang memberi kesan buruk dan baik.

"Kami mengandaikan jika ramai yang melihat prelude ini nanti maka ramai yang akan menonton malam anugerah AIM 15 pada 3 Mei ini.

"Selain itu pemilihan persembahan dan koreografer penting. Jangan ambil endah tak endah kerana setiap artis mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjadikan program ini bermutu, hits dan menarik," terang Aziz.

Kata Amrin, dengan barisan artis yang cukup mantap, mereka percaya Prelude Kemuncak AIM 15 akan mencatat rating yang lebih baik pada tahun depan berbanding musim lalu.

"ada tahun 2006, Prelude berjaya meraih lebih kurang 422,000 jumlah penonton pada setiap episod dan pada tahun 2007 pula mencatat jumlah penonton tertinggi sebanyak 375,000.

"Tahun ini kami mensasarkan lebih 500,000 penonton berdasarkan tawaran kandungan yang lebih menarik dan disokong lagi oleh rangkaian "mall tour" ntv7, UrbanLive yang akan menjadi antara platform bagi promosi Prelude Kemuncak AIM 15.

"Kami juga amat berbesar hati kerana buat kali keduanya pihak CELCOM sudi terlibat dalam rancangan ini sebagai penaja utama," ulas Amrin.

Majlis sidang media pada petang itu turut mengumumkan penyampai Hot FM Kartini Kamalul Ariffin sebagai hos program ini yang sebelum ini pernah dikemudi oleh penyanyi dan penyampai tv Sarimah Ibrahim dan Syafinaz Selamat yang juga merupakan juri rancangan realiti One In A Million sekarang.

Dalam pada itu Aziz memberitahu bahawa agak sukar untuk membangunkan industi yang kreatif kerana semuanya bergantung kepada lagu.

"Jika tidak ada lagu yang hits, menjadi siulan dan digemari masyarakat maka masalah akan timbul.

"Kalau sekarang mereka lebih suka mendengar lagu dari Indonesia yang kuat dan menjadi siulan daripada yang tua hinggalah yang muda.

"Namun, kita masih melakukan percubaan untuk membuat lagu yang bagus. Lihat saja pada tahun 1998 dan 1999, lagu daripada pencipta tempatan digemari oleh masyarakat kita dan Indonesia pun ikut kita malah ada yang mengharapkan lagu daripada kita," kata Aziz.

Prelude Kemuncak AIM 15 akan ke udara secara langsung dari Planet Hollywood pada setiap Khamis jam 8.30 malam bermula 3 Januari sehingga 24 April depan.

Program yang disiarkan oleh ntv7 dan turut dipromosikan oleh stesen radio Hot FM ini dibuka kepada orang ramai secara percuma, tiada bayaran masuk dikenakan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 06:06 PM | Show all posts

Reply #71 badiuz's post

thnx badiuz.. artikel paper mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 10:11 PM | Show all posts
lama tak tengok dyg live..nak pergila tengok aim prelude tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2007 10:47 PM | Show all posts
pegi kose..jgn tk pegi~
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 12:52 AM | Show all posts
Originally posted by mr-judd at 28-12-2007 06:06 PM
thnx badiuz.. artikel paper mana ni?


www.mstar.com.my

http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1ee50d98-c0a85062-53594900-30ad8487

[ Last edited by  badiuz at 29-12-2007 01:02 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 08:01 AM | Show all posts
3 Januari - 8.30 pm - Spring dan Shima
4 Januari - 8.30 pm - Dayang Nurfaizah dan Fazli Zainal
7 Januari - 6.00 pm - Raihan dan Waheeda
7 Januari - 8.30 pm - Rabbani dan Nowseeheart
8 Januari - 8.30 pm - Nora
24 Januari - 8.30 pm - Man Bai dan Nurul
31 Januari - Shahrizan dan Lefthanded
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2008 09:49 AM | Show all posts
mr judd n cik puteri...

camna nak dapatkan tiket tgk rakaman kat rtm tue.. lama betul tak tgk dayang..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 06:54 PM | Show all posts

Reply #77 brettmyberg's post

bretty, baca announcement kat bwh ni ye..

ANNOUNCEMENT

Please be informed that the recording for Zoom In with Dayang Nurfaizah has been postponed from 9/1 to 23rd January 2008. All will be informed once the passes are available.

Thank You,
Dayang's Camp.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2008 09:37 PM | Show all posts
nasib baik postpone kan
pdhal aku baru sibuk tny tiket kat kak liza
dia ckp tngh tunggu
sekali sms balik kata postpone
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 10:16 AM | Show all posts
laaaaa postpone ker????

23 hb rabu gak kan.. ok lah tu.. yang penting dapat tgk dayang yek..

mr judd jgn lupa bagi i pass tau nanti...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.190022 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list