CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BeachBoys

Memories of Terengganu (Benua Terqanun)

[Copy link]
 Author| Post time 19-11-2007 08:49 PM | Show all posts


Baju Riau Pahang juga dipakai oleh keluarga diraja Terengganu pada masadahulu. Wanita ini memakai Baju Riau Pahang leher sejari dari songketTerengganu dipadankan dengan kain satin potongan moden.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2007 08:50 PM | Show all posts

Baju Kurung Teluk Belanga potongan moden diperbuat dari kain sari. Kain sarung dipakai cara tindih kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2007 08:51 PM | Show all posts
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZzzzzzzzz........

[ Last edited by  BeachBoys at 19-11-2007 08:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 09:27 PM | Show all posts
Originally posted by BeachBoys at 19-11-2007 08:44 PM

Baju moden berkolar tinngi dipadankan dengan seluar yang asalnyadisebut sebagai seluar pembesar. Pakaian dilengkapi dengan sele ...


bijjok ngat seluor dia....ge ulor sawa je....agaknya panglima megat panji alam pakai seluor gini ah dulu....eh panji alam tu panglima ke ha??

[ Last edited by  Leonarzi at 19-11-2007 09:30 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2007 12:26 AM | Show all posts
Originally posted by Leonarzi at 19-11-2007 09:27 PM


bijjok ngat seluor dia....ge ulor sawa je....agaknya panglima megatpanji alam pakai seluor gini ah dulu....eh panji alam tu panglima keha??


btul wase2nye.......
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 02:20 PM | Show all posts
nmpak mcm panas so hot.....!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-11-2007 09:14 AM | Show all posts
ok ape..aku wahi tgk..smart n kemas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2008 10:14 AM | Show all posts


A batik boutique. This is at Pasar Kedai Payang. This coloured andpatterned cloth is now becoming popular in Malaysia and the bestMalaysian batiks come from the east coast of Peninsular Malaysia. Thereare two types of batik, the hand drawn and the stamped. Recently thereare also machine printed batik which design is clearer and colour onone side only.

Hand drawn batik uses a small copper cup and fountain pen like慾anting
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2008 10:00 PM | Show all posts

Sejarah Orang2 Melayu Terengganu

ini yang buleh aku simpulkan dr sumber2 yang aku temui...

Secara umumnya orang2 melayu terengganu berasal dr yunan iaitu salah satu wilayah yang berada di dlam negara China sekarang.Pergerakan orang2 melayu yunan bermula selepas tewas dlm peperangan menentang kerajaan china pada kurun sebelum masehi lagi.Sebahagian besarnya mula berundur ke selatan dan kemudiannya menubuhkan negara Champa iaitu sebuah negara Melayu yang menggunapakai kebudayaan Hindu.

Setelah beberapa ketika,kerajaan china bertindak menyerang kerajaan Champa akibat dengki melihat kemajuan yang dicapai oleh orang2 melayu Champ iaitu orang2 melayu yunan.kehebatan Champa digambarkan oleh para sejarahwan sebagai 'Sapi Guard' atau 'Dinding Batu Pejal' yang berjaya menyekat perkembangan tamadun bangsa cina.

Selain serangan demi serangan dr bangsa cina,Orang2 Melayu Champ juga menghadapi serangan dr bangsa Annam iaitu bangsa Viet yang sekarang ini membentuk negara Vietnam.Champa terdiri dr 5 wilayah dan dua diantaranya dikenali sebagai singapura dan Inderapura.Kisah Singapura dilanggar todak sebenarnya bukan merujuk kepada Temasek tetapi merujuk kepada Singapura di negara Champa ini.Todak ini digambarkan sebagai serangan dr bangsa cina dan Annam.Di semenanjung Tanah Melayu Inderapura merujuk kepada Pahang dan singapura merujuk kepada Temasek.

Akibat serangan demi serangan,Champa akhirnya musnah dan sebahagian besar penduduknya berpindah ke Kemboja (Cambodia).Ada yang masih menetap di sana sehingga ke hari ini dan sebahagian besarnya belayar menuju ke Tanah Melayu,Filipina,Sabah dan Taiwan.

Di Tanah Melayu,pelarian dr Yunan atau Champa ini membentuk bangsa melayu terengganu.Dari terengganu,sebahagiannya berpindah ke Klang dan Kelantan.Buktinya adalah penemuan arkeologi zaman prasejarah di Klang ialah tiga loceng gangsa pada tahun 1905 yang dijumpai oleh pekerja-pekerja Jabatan Keretapi ketika menggali tempat itu. Ketiga-tiga loceng gangsa itu telah diserahkan kepada Jabatan Muzium tetapi malangnya sebuah daripadanya telah hilang. Bersama-sama dengan loceng gangsa itu dijumpai pula alat-alat besi. Selain daripada itu beberapa alat-alat besi bersoket dilaporkan telah dijumpai di Bukit Badak berdekatan dengan Bukit Jati di Klang. Pada tahun 1948, 21 alat-alat besi bersoket dijumpai di Bukit Jati yang terletak di selatan Bukit Kuda. Bersama-sama alat-alat itu dijumpai juga serpihan tembikar tanah, kepala sebuah gendang gangsa jenis Heger I dijumpai di Bukit Kuda. Dato' F.W. Douglas dalam tahun 1949 pernah menganggap bahawa alat-alat besi bersoket yang ditemui dekat Klang pada tahun 1905 itu mungkin dari sebuah tapak di Bukit Badak.Oleh yang demikian kawasan Bukit Badak, Bukit Jati dan Bukit Kuda adalah kawasan penting bagi menjalankan penyelidikan lebih lanjut.

Pendapat tradisional cuba menghubungkait penemuan-penemuan itu dengan perkembangan kebudayaan Zaman Logam diAsia Tenggara yang dinamakan sebagai kebudayaan Dong-son. Kebudayaan ini dikatakan berkembang dari satu tempat diVietnam yang bernama Dong-son. Kepercayaan terhadap kewujudan kebudayaan Dong-son itu adalah berdasarkan kepada penemuan-penemuan alat-alat gangsa  seperti gendang dan loceng gangsa di Asia Tenggara. Heger seorang sarjana berbangsa Jerman dalam tahun 1932 telah menjeniskan gendang gangsa itu kepada jenis-jenis tertentu. Gendang gangsa yang dijumpai di Klang dan Sungai Lang itu dikelaskan sebagai sebagai jenis Heger I. Gendang gangsa jenis Heger I dijumpai dibeberapa tempat di Asia Tenggara. Dalam tahun 1930an sarjana-sarjana Jerman dan Austria yang memegang kepada prinsip penyebaran kebudayaan di Asia Tenggara melalui proses difusi melihat kehadiran barangan gangsa jenis Dong-son itu sebagai bukti tentang pengaliran kebudayaan Dong-son ke Asia Tenggara.

Tetapi sejak tahun 1960an terdapat usaha untuk memberi pandangan baru terhadap hasil penemuan artifek-artifek gangsa yang dikelaskan sebagai tinggalan kebudayaan Zaman Dong-son itu. Ini adalah ekoran daripada penemuan gendang gangsa di Sungai Lang, Selangor dan di Batu Buruk, Kuala Terengganu.Di Sungai Lang dijumpai dua buah gendang gangsa jenis Heger I dan bersama-samanya dijumpai beberapa biji manik, serpihan tembikar tanah, sekeping papan cengal, dua biji mangkuk gangsa dan sebuah alat besi bersoket. Di Batu Buruk, Kuala Terengganu juga dijumpai sepasang gendang gangsa. Oleh kerana pada masa-masa sebelumnya terdapat percanggahan pendapat tentang tarikh alat-alat itu digunakan di Semenanjung Malaysia kerana pentarikhannya adalah berdasarkan tarikh relatif, maka tarikh mutlak diperlukan. Oleh yang demikian daripada kayu cengal yang dijumpai di Sungai Lang ditarikhkan dengan kaedah karbon-14, tarikh yang diperolehi ialah 485+95 sebelum Masihi. Implikasi daripada jumpaan itu ialah penggunaan alat-alat gangsa di Malaysia adalah sezaman dengan penggunaan alat-alat besi.

Disebabkan orang2 melayu terengganu terlibat dengan aktiviti perdagangan melalui laut,maka orang2 melayu terengganu tersebar dari  Besut sehingga ke Kota Tinggi,Johor atau lebih tepat lagi iaitu kawasan Sedili.Di sini kita boleh melihat kesan2 tinggalan melayu terengganu sama ada dr segi loghat bahasa sehinggalah kepada juadah makanan.Perahu Besar terengganu atau Perahu Bedar merupakan pengangkutan utama bagi orang2 melayu terengganu bergerak disepanjang perairan pantai timur semenanjung tanah Melayu.Ini tidak mustahil kerana pedagang2 terengganu telah lama berdagang ke singapura sejak dahulu lagi.Tambahan pula,pengaruh terengganu juga dapat dilihat dalam senibina kapal2 dagang dan perang Empayar Melayu Melaka seperti Lanchara.Maka tidak hairanlah kesan2 peninggalan masih dapat dilihat di sepanjang perairan pantai timur semenanjung.

Pentingnya bahtera atau kapal bagi terengganu juga dpt dilihat dlm Peperangan Besut dimana seramai 8000 ribu tentera telah diarahkan oleh Sultan Omar (Marhum Baginda)mendarat melalui laut bagi menyerang dan menawan besut setelah berlaku pemberontakan dalaman disana.







[ Last edited by  BeachBoys at 11-3-2008 10:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 10:27 PM | Show all posts

Reply #1 BeachBoys's post

Yg Yunan tu aku sokong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2008 10:57 PM | Show all posts
sape2 ada info bulehlah post kat sini....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 09:56 PM | Show all posts
orang kelate pulak asal mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2008 11:39 PM | Show all posts
Originally posted by Narutah at 13-3-2008 21:56
orang kelate pulak asal mana?

Oleh kerana nasab keturunan melayu kelantan berasal dari Patani,maka kajian perlulah bermula dari sejarah patani...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 10:49 PM | Show all posts

Reply #2 nik2121's post

hehehh.. aku pon sokong... my laling pun yunannn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2008 05:55 PM | Show all posts

Perahu Bedar........

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2008 05:55 PM | Show all posts

Perahu Bedar........

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2008 11:58 PM | Show all posts

Industri batik bakal ketinggalan jika guna kaedah tradisional

KUALA TERENGGANU 15 April
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2008 12:01 AM | Show all posts

Wan Mahadi 'tembaga' penerus warisan

KUALA TERENGGANU 14 April - Sanggupkah anda berpanas bara api sehingga mencapai 1,300 darjah celcius.
Sama ada sanggup atau tidak, inilah kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Wan Mahadi Wan Ismail (gambar), 45, sejak membabitkan diri dalam industri pembuatan tembaga di Kampung Ladang di sini, hampir 20 tahun lalu.

Beliau terpaksa melakukan pekerjaan ini demi mencari nafkah selain mengekalkan produk warisan tembaga yang kian pupus.
Setiap hari, Wan Mahadi terpaksa bermain dengan bara api denganmenuang tembaga cair dalam panas bara api sebelum dituang dalam acuanyang diperbuat daripada campuran tanah liat dan pasir.

Kerja-kerja menuang tembaga ini menjadi satu syarat utama dalamproses pembuatan tembaga yang diusahakan secara tradisi di kampungtersebut sejak 500 tahun lampau.

Campuran tanah liat dan pasir itu dibentuk dengan penuh kemahiran bagi menyalut acuan lilin.
Selepas siap dibentuk, acuan tanah liat melalui lubang yang disediakan meninggalkan ruang-ruang kosong di dalamnya.

Tembaga cair yang panas kemudiannya, dituang ke dalam acuan tanah liat bagi mengambil tempat lilin.
Apabila sejuk, acuan tanah liat itu dipecahkan dan barangan tembagayang masih kasar dicanai, dilarik dan digilap dengan mesin sebelumdijual.

Demikian kehidupan yang dilalui oleh pengusaha tembaga, Wan Mahadiyang kini mengusahakan tembaga di Kampung Ladang, sebuah perkampungantradisional yang terletak di tengah bandar raya Kuala Terengganu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati sebilangan penduduk diKampung Ladang dan beberapa buah kampung berhampiran amat tekunmenghasilkan pelbagai produk tembaga sama ada yang digunakan dalampelbagai adat mahupun kehidupan seharian.

Wan Mahadi adalah pemilik syarikat Wanisma Craft & Trading danmerupakan seorang daripada 18 pengusaha pembuatan tembaga secaratradisional di Kampung Ladang.

Ia juga menjadi keunikan penduduk Kampung Ladang yang masihmengekalkan industri tembaga di bengkel halaman rumah sehinggamenjadikan satu pemandangan biasa bagi sesiapa berkunjung ke KampungLadang yang kini dihimpit pembangunan.

Wan Mahadi mewarisi pembuatan tembaga daripada ayahnya, Wan Ismail Wan Idris yang juga pengusaha tembaga terkenal.

Darah seni yang mengalir dalam jiwa Wan Ismail mengalir bukan sahajadaripada ayahnya malah ibunya, Nik Rakna Nik Embong yang merupakanpengusaha batik yang tersohor di Terengganu pada tahun 60-an.

Menurut Wan Mahadi, sehingga sekarang terdapat sekurang-kurangnya 17pengusaha mengusahakan tembaga. Sembilan daripada pengusaha ituterdapat di Kampung Ladang Tok Pelam, tiga di Kampung Ladang Paya danlima lagi di Ladang Sehat.

Katanya, menurut cerita dari mulut ke mulut sejarah perusahaantembaga di Kampung Ladang dikatakan bermula hampir 500 tahun lampau.

''Ia merupakan satu pekerjaan utama penduduk di sini, yang mewarisipekerjaan tradisi itu daripada datuk nenek moyang sejak zamanberzaman," katanya ketika ditemui di bengkel pembuatan tembaga KampungLadang di sini, baru-baru ini.
Persoalannya di sini, kenapa Kampung Ladang menjadi tumpuan pengusaha tembaga walhal kawasan lain tidak sedemikian?

Menurut Wan Mahadi lagi, sebahagian besar daripada mereka datangdari daerah lain termasuk Pattani dan Yunan memulakan industri tembagadi sini, kerana Kampung Ladang terletak berhampiran muka kuala SungaiTerengganu yang menjadi pelabuhan utama pada zaman silam.

Katanya, dengan kedudukan di muara sungai memudahkan merekamendapatkan bahan mentah seperti tembaga dan menjual kepada pedagangasing.

Selain itu, menurut cerita lisan ayahnya yang juga pengusaha tembagapada asalnya tukang logam termasuk tembaga dan perak, beroperasi diistana.

Katanya, kebetulan pula Kampung Ladang terletak berhampiran IstanaMaziah, justeru memudahkan mereka berkhidmat dengan membuat peralatanyang diperlukan oleh istana dan telah mengehadkan segalaperkembangannya ke daerah-daerah luar.

''Pengetahuan dan kemahiran dimiliki hanya dicurahkan kepadaorang-orang tertentu sahaja, khasnya kaum keluarga agar kemahiran terusdiwarisi daripada satu generasi ke generasi yang lain dan terus hiduphingga sekarang.

''Perusahaan ini diusahakan di bawah rumah dan di sekitarnya. Iaadalah warisan daripada satu generasi ke generasi yang lain iaitu daridatuk, ayah dan anak," katanya lagi.

Wan Mahadi menambah pada zaman pemerintahan Kesultanan Terengganu(Sultan Zainal Abidin) kerajaan negeri Terengganu ada menjalin hubungankerjasama dengan kerajaan Siam dan ufti adalah cenderahati.

Pada sekitar tahun 1980-an, terdapat kira-kira 150 pengusaha yangmembabitkan diri dalam industri ini, dengan kira-kira 95 peratusdaripada mereka mengusahakan secara sepenuh masa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2008 09:53 PM | Show all posts

a SEKUCHI off the coast of Terengganu, 1981


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2008 09:54 PM | Show all posts
Terengganu dalam Tuhfat al-Nafis

.
....pada Hijrah Sunnah 1153.Syahdan pada Hijrah inilah baginda melantik Tun Dalam bergelar Yang Dipertuan Raja Kecil menjadi Raja Terengganu.....


Teks Haji Abdullah [catitan sejarah 1770an hingga 1835]

....Telah beberapa lama diam di Terengganu maka datang surat Siam ke Terengganu         suruh undurkan Lun Ahmad dari Terengganu kerana takut akan jadi gaduh dengan Kelantan. Maka undurlah akan dia ke Kemaman adanya.....

Terengganu dalam Kisah Pelayaran Abdullah

......kampung-kampung dan rumah-rumah mereka itu sekelian congkah -mangkah dengan tiada beratur dan tiada sama,masing-masing punya suka, dan pagarnya pun bengkang-bengkok. Maka adalah rumah mereka itu atap lagi tinggi; maka penuh dengan kotor di keliling rumahnya sampai ke bawah rumahnya penuh sampah dan limbahan......






Bunga  Emas

        Lambang perhubungan diplomatik yang disalah tafsir juga sebagai lambang penguasaan Siam ke atas Terengganu



Gendang Dong Song

        
Penemuan di Batu Buruk Terengganu membuktikan kewujudan tamadun lama.




              Peta Kepulauan Melayu abad ke 17  Syarikat India Belanda  menunjukkan Pulau Kapas dan Pulau Redang



        







      

[ Last edited by  BeachBoys at 20-4-2008 10:58 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.704663 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list