|
Secretary's Week Bersama Mawi, Heliza dan Nabil
[Copy link]
|
|
batal batal
sebab tak ada yg sudi nak dtg ker
mawi tak nak datg ker
mawi tak tercekau kerja ker
mawi tengah sebuk prepare nak tawen? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #67 pikawa's post
a'ah ek
toi tu kerja kat tempat mawi kerja dulu
apa ke nama tempat tu
kira sokong kawanlah ni kan?
ha ha ha... terus menerus off topic |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada report ke pasal show ni ?
peminat mawi dah boikot ni...
kenalah cari peminat nabil yg buat report
or peminat heliza |
|
|
|
|
|
|
|
credit to sitishe
comei kan heliza |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #71 niy's post
comelnye heliza....
mcmna mawi boleh tak tersangkut kat makwe yg sikit punya comel nie? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #72 kak_yang's post
kalau dah kena mandrem tu memang tak nampak org lain dah tu...astyik terbayang buah hati dia yg sorang tu je...nak buat macam mana lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...tak der sesiapa leh review ke show nabil n heliza tu? Story lah skit kat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #74 ajut's post
peminat mawi dah boikot show mawi
jadi tak leh mengharap peminat mawi utk review
kena gi jenguk rumah heliza ngan rumah nabil lah kot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #75 niy's post
Tu la pasal....mawi ...cuba hempuk kepala botak tu kat dinding....mana tau tetiba leh tersedar dari jampi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #75 niy's post
Tu la pasal....mawi ...cuba hempuk kepala botak tu kat dinding....mana tau tetiba leh tersedar dari jampi |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi, Nabil sama 'gila'
14-04-2008 11:55:39 AM
oleh WAHIDA ASRANI | MEMANG tidak kering gusi melihat telatah dua juara yang lahir daripada program realiti berbeza ini tatkala mereka menghiburkan tetamu yang hadir di Minggu Setiausaha anjuran Restoran Seri Melayu, baru-baru ini.
Mawi dan Nabil, walaupun kedua-duanya mempunyai karektor yang berbeza, tetapi gandingan juara Akademi Fantasi musim ketiga (AF3) dan juara Raja Lawak musim kedua ini memang cukup serasi!
Sungguh terhibur menyaksikan keletah spontan Mawi dan lawak selamba Nabil yang 'mengenakan' beberapa tetamu pada acara tersebut menerusi game yang dicipta oleh dua jejaka ini sendiri.
Aksi Mawi dan Nabil 'mengenakan' penonton yang hadir (Foto The Star oleh Norafifi Ehsan)
Meskipun pertama kali menjayakan acara Minggu Setiausaha, ternyata Nabil bijak menggunakan kebolehannya berlawak secara spontan dan sekaligus berjaya membuatkan kira-kira 500 penonton tidak lekang dengan gelak tawa.
Ada saja modal lawak yang 'direka' oleh jejaka berusia 25 tahun ini secara spontan, ditambah pula dengan aksi Mawi yang kini semakin terserlah dengan sifat kelakarnya, kombinasi mereka berdua ini memang dilihat 'menjadi'.
Nabil membuka tirai acara Minggu Setiausaha itu dengan 'stand up comedy'nya menceritakan pandangannya sebagai Mat Despatch terhadap karier setiausaha dan bos selain turut mengajak beberapa penonton ke atas pentas bagi menjayakan segmen game 'menari'.
Hampir setengah jam menghiburkan tetamu dengan telatah lucunya, Mawi pula menyusul dengan menyampaikan lagu Ya Salam.
Masih menebal lagi nampaknya aura penyanyi ini kerana kemunculan Mawi di pentas berjaya mendapat sorakan gemuruh daripada penonton.
'Lakonan' dua juara program realiti ini memang cukup berkesan
Namun, segmen interaktif bersama penonton yang dicetus oleh Mawi dan Nabil selepas itu memang cukup menarik! Apatah lagi melihat kedua-dua jejaka ini 'mendera' lapan orang penonton di pentas memang sungguh mencuit hati.
Mereka perlu berlakon atau mencipta skrip sendiri berdasarkan situasi yang dicipta oleh dua selebriti ini. Ada yang diberikan peranan sebagai pasangan kekasih, perompak dan polis serta tidak ketinggalan aksi ala Hindustan.
Cukup riuh suasana di dalam dewan tersebut dengan aksi spontan semua peserta! Tambahan pula dengan 'lakonan' Mawi dan Nabil untuk beberapa adegan, memang ternyata telah menggamatkan keadaan ketika itu.
Tahniah untuk Nabil yang penulis rasakan semakin menyerlah bakatnya sebagai pelawak! Ketepikan soal pengalaman, kerana ada ketikanya penulis lihat Nabil sebenarnya lebih 'menyerlah' di pentas berbanding Mawi.
Bukan setakat sebagai pelawak, tetapi jika Nabil diberi peluang yang lebih banyak kelak, dia juga mempunyai potensi untuk bergelar penghibur yang disegani satu hari nanti.
Heliza turut sama menjayakan Minggu Setiausaha anjuran Restoran Seri Melayu itu
Selain Mawi dan Nabil, acara tersebut turut dimeriahkan dengan kemunculan Heliza yang menyampaikan dua buah lagu dan sebuah lagu duet bersama Mawi, Doa Dalam Lagu. Agak 'tenggelam' sebenarnya kehadiran Heliza di acara tersebut, mungkin kerana majlis tersebut lebih 'dibayangi' dua jejaka itu.
Walaubagaimanapun, persembahan Heliza secara solo tidak menghampakan. Bekas finalis AF5 itu ternyata mempunyai mutu vokal yang hebat, selain kemampuannya berinteraksi dengan baik bersama penonton.
Mawi sekali lagi mengambilalih pentas menghiburkan penonton dengan beberapa buah lagu popularnya seperti Kian dan Cinta Zulaikha.
Segmen solo Mawi kali ini nampaknya 'biasa-biasa' saja, malah penonton juga dilihat kurang teruja dengan lagu-lagu dendangan penyanyi ini berbanding segmennya bersama Nabil sebelum itu. Atau mungkin juga penonton sudah 'kenyang' disaji dengan lawak jenaka Nabil sebelum itu yang secara peribadi penulis lihat menjadi 'menu utama' pada acara ini!
Secara keseluruhan, acara Minggu Setiausaha ini memang berjaya menampilkan kelainan tersendiri dan apa yang pasti, si Raja Lawak itu nampaknya 'menang' perhatian daripada tetamu yang hadir!
|
[ Last edited by niy at 17-4-2008 06:04 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada youtube best kan
mcm best je bunyi laporan reporter ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|