|
Reply #22 sxam's post
aku nampak gamabr mawi tu macam kepala tu di tampal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #51 kazz's post
mak oii..mate ikin tu... |
|
|
|
|
|
|
|
kosmo 1 apr 2008
Nasihat untuk Mawi dan EkinOleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
CINTA tidak memerlukan rasional untuk memilih siapa. Hitam kulitnya, atau putih warnanya, tidak lagi menjadi satu hal yang penting kalau hati sudah jatuh ke gelanggang percintaan.
Justeru sama ada pilihannya itu disenangi atau tidak oleh kalangan peminat, Mawi tidak mahu menoleh ke belakang lagi bila di hatinya sudah sarat dengan rasa cinta.
Bertempat di puncak Genting Highlands dalam kedinginan suhu 22 darjah celcius, Mawi mengakui "Benar, saya cinta dan sayang kepada wanita bernama Ekin."
Wow! Itulah keadaannya bila arjuna kegilaan ramai ini sudah jatuh cinta. Mawi dipagut cinta dan wanita itu adalah individu yang sudah sekian lama dikaitkan dengan dirinya, Nora'asikin Rahmat.
Sebenarnya tidak ada yang baru tentang pendedahan yang dibuat Mawi. kann??? Ini kerana semenjak lebih setahun lalu, Mawi dan Ekin memang diketahui ramai sedang menganyam hamparan cinta bersama berdua.
Ia bermula dengan kisah Mawi 'meninggalkan' bekas tunangnya Ina Naim sehinggalah kepada sesi ziarah Mawi ke rumah Ekin pada Aidilfitri tahun lalu.
Kemudian ia merebak kepada hal personal termasuklah soal pembiayaan peribadi Mawi melalui cek bernilai RM5 ribu sebulan yang didedahkan media, sepasang cincin berukiran sama di jari masing-masing dan bukti-bukti lain yang diiakan oleh peminat sendiri.
SELEPAS membuka rahsia cintanya, Mawi dan Ekin pasti dikejar media dengan persoalan tentang perkahwinan pula.
Cuma barangkali kerana ini yang pertama kali terbit dari bibir Mawi sendiri, ia kelihatan seperti cinta yang berputik itu sudah semakin mekar dan berkembang dengan baik sekali. Ya, bukan senang orang macam Mawi untuk membuat keputusan mengumumkan tentang kisah cintanya kecuali setelah dia benar-benar pasti denting di hatinya itu. "Ekin punya keistimewaan tersendiri. Dia periang dan 'gila-gila'. Kami serasi dan dia juga agak matang," kata Mawi menyatakan rasional pilihannya itu.
Ekin pula mendedahkan Mawi mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya. "Dia sentiasa berada di sisi saya dalam susah dan senang," haiyo.. mcm kata2 org dah berusami isteri kata Ekin memuji jejaka itu. Melihat Mawi dipagut cinta yang kasmaran, ada nasihat yang lahir dari bibir dua orang kuat di sebalik sukses Mawi kepada penyanyi berkenaan yang dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya. Bila? Yang itu masih lagi rahsia.
Kerana banyak benar versi yang muncul kalau bercakap tentang soal yang satu ini. Ada yang kata Mawi dan Ekin akan ke jinjang pelamin sekitar Mei ini, ada yang kata Jun dan Disember. Malah ada yang mengaitkan dengan tarikh 8 Ogos sebagai detik keramat itu.
Kahwin tahun ini"Mawi kena kahwin cepat, kalau boleh dalam tahun ini juga." Itu yang dinasihatkan oleh Ketua Pegawai Operasi Maestro Records, Freddie Fernandez melalui Kosmo!.
Freddie memberi nasihat berkenaan kerana tidak mahu artis berkenaan dikaitkan dengan hal-hal yang negatif, sekiranya terus-terusan berada dalam alam percintaan. "Sebagai orang Islam, saya rasa Mawi sendiri sedar bahawa perkahwinan dituntut oleh agama. Perkahwinan juga boleh elak hal yang negatif. Jadi saya rasa kalau Mawi dan Ekin sudah bersedia, mereka kena cepat-cepat kahwin," kata Freddie.
Nyata dia tidak terkejut dengan pengumuman yang dibuat Mawi kelmarin yang buat pertama kalinya memberitahu mengenai kisah cintanya dengan Ekin kepada media. Lalu kata Freddie, peminat tidak perlu marah-marah atau melahirkan rasa kurang senang mereka dengan apa yang menjadi pilihan Mawi. Pada akhirnya mereka perlu melihat Mawi sebagai lelaki biasa, yang punya keinginan untuk bercinta dan dicintai. sape pulak kata mawi lelaki luar biasa ?
"Saya harap peminat tak akan menghukum Mawi kerana memilih Ekin sebagai bakal isteri," kata Freddie lagi. suka hati kita orglah mana boleh paksa
Freddie turut menasihatkan peminat Mawi agar tidak emosional (tak aihhhhh... ) dan memberikan hal-hal peribadi ditimbang sendiri oleh empunya badan. Jika kerana berkahwin dengan Ekin juga bakal membuatkan Mawi jadi kurang popular, ia bukan satu hal yang serius untuk difikirkan. siapa yg kena fikir ngan serius?? hi hihi "Apa yang kita harapkan ialah peminat bersikap rasional dan terus sokong Mawi. Mereka kena ingat, bukan salah untuk berkahwin. Perkahwinan adalah sesuatu yang murni, baik untuk kehidupan insan. Peminat Mawi harus hormati walaupun tak suka dengan pilihan dia." kata Freddie lagi. macam takut je peminat lari
Dalam masa yang sama juga, Freddie berharap agar Ekin benar-benar membuktikan bahawa dia adalah pilihan yang tepat untuk Mawi. wo ho ho .. nasihat ke ugutan ni mr fredie? patut kasi kuat lagi kata2 tu
Ini kerana Mawi telah melakukan pengorbanan besar apabila mengumumkan kepada orang ramai bahawa Ekin adalah kekasih hatinya.
"Selepas ini Ekin perlu membuktikan dia adalah orang yang betul untuk Mawi. thanks mr.freddie Kita berikan dia peluang untuk buktikan dia boleh jadi isteri dan bawa bahagia kepada Mawi. Itu yang penting kepada kami." kata Freddie lagi. Ini mcm kata2 seorg abg/ayah ttg anak kesayangannya
AKHIRNYA Ekin berterus terang bahawa Mawi mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya. yg mana ek? mcm tak perasaan je ciri istimewa mawi di mata dia
ROZITA SAHADAN tidak menafikan ada sebahagian peminat kurang senang dengan kisah cinta Mawi dan Ekin.
Meskipun tahu populariti Mawi bakal menjunam selepas membuat keputusan untuk berkahwin, ia adalah sesuatu yang lumrah kepada perjalanan hidup seorang artis, kata Freddie. Nasihat peminat untuk MawiBagi Rozita Sahadan, Presiden MawiFC pula menyokong apa saja yang terbaik difikirkan Mawi tentang perjalanan kehidupannya.
"Mendirikan rumahtangga dituntut oleh agama. Kalau sudah betul Ekin pilihan Mawi mereka perlu ambil jalan untuk mempercepatkan perkahwinan. "Dalam Islam sendiri menggalakkan kita berkahwin. Kahwinlah kalau itu pilihan dia." katanya.
Bagaimanapun Rozita turut menasihati artis pujaannya itu untuk terus berfikir dengan semasak-masaknya kalau berada dalam keadaan yang tidak pasti tentang perkahwinan.
"Kalau Mawi sudah yakin Ekin mampu menjadi isterinya yang baik, berkahwinlah segera. Tetapi kalau dia masih ragu-ragu, atau kurang yakin buatlah sesuatu. Mawi kena sembahyang istiqarah atau bertanya pendapat lebih ramai orang kalau dia masih lagi keliru," katanya.
Pun begitu sebagai orang yang rapat dengan Mawi, kata Rozita dia seperti dapat membaca perilaku penyanyi itu apabila melihat kepada cara percakapannya bila diterjah soal cinta.
"Saya tengok dalam gambar, air muka dan cara cakapnya Mawi sangat yakin dengan pilihannya. Baguslah kalau kahwin secepat mungkin," katanya.
FREDDIE (kiri) menasihati Mawi supaya lekas kahwin jika merasakan Ekin pilihan yang tepat.
Dengan pengumuman terbaru yang dibuat oleh Mawi ini secara tidak langsung orang akan bertanya semula, terputusnya pertunangan Mawi dengan Ina suatu ketika dahulu apakah berpunca daripada Ekin? sudah sudahlah
Memang kurang elok membangkitkan semula kisah lama, apatah lagi Ina sedang berbahagia dengan suaminya dan bakal menimang cahayamata tidak lama lagi, tetapi ia tidak lebih daripada sekadar persoalan. Apa yang pasti Mawi tidak boleh duduk diam selepas pengumuman ini. yg ni pun sudah sudahlah menci lah kalau kisah ni je keluar paper Meskipun sudah membuat penjelasan tentang kisah sebenarnya dengan Ekin, Mawi akan terus menerima terjahan-terjahan baru selepas ini.
Paling tidak, soal bila hendak 'makan nasi minyak' akan menjadi salah satu soalan penting dalam sidang akhbar jejaka ini selepas ini.
Harapnya cinta kasih Mawi dan Ekin akan terus berpanjangan dan menjelang ke detik-detik perkahwinan.
______________________________________
utk kelancaran bacaan ignore teks bertulisan hijau
itu komen penulis tambahan
[ Last edited by niy at 1-4-2008 07:23 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #64 niy's post
Hahaha..see, siapa yg gubra?
Mr Freddy..Mawi sebenarnya selamba jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #67 kekekek's post
Freddie dah gelabah
Penat-penat dia suruh Mawi sambung kontrak lagi 2 tahun,
tak pasal-pasal album tak laku pulak lepas ni
|
|
|
|
|
|
|
|
aku suka nasihat freddie... nampak telus... x kira la korang nak tafsir apa
kalu aku jadi freddie & mawi tu anak emas syarikat aku... kata2 ini juga aku akan war war kan biar semua tahu penderian aku.... merestui dlm keterpaksaan... andai ikin buat onar siap la ko mawi.. freddie mcm nak lepas anak kesayangan yg asyik masyuk kat tangan pompuan yg x bape pasti baik atau tidak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #69 redsentra's post
Jangan terpedaya dengan Freddie putar alam putar belit ular sawa tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #70 houdini's post
mesti la freddie macam tu dini... dia pun nak jaga periuk nasi dia juga.. jatuh mawi jatuh la maestro rekod
bape kerat kat maestro rekod yg boleh dijual album
harap kontrolbasi je lebih.... mila & ebi x sampai setahun memacam hal la plak .. gaduh sesama sendiri... paejah pulak mcm akan hilang di bawa arus je.. lenlain hidup segan mati x mau |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #71 redsentra's post
Freddie dan Maestro tu memang cekik darah
Taknak lepaskan bebudak tu, tapi album taknak release
Saje diorang lengah-lengahkan supaya bebudak tu sambung lagi dengan diorang
Mawi tu kalau bijak sikit, dia akan bukak syarikat sendiri
Album produce sendiri, gunakan Maestro sebagai pengedar je
Yang lain, upah sendiri orang professional dalam bidang tu uruskan
Orang keliling Mawi yang ke hulu hilir mengekor dia tu tahu seronok je
Kalau diorang betul |
|
|
|
|
|
|
|
dgn kenyataan Mawi CInta Ikin dlm kosmo hari ini dah wartawan hubungi Ina pula..tanya pendapat Ina...
wartawan tanya adakah Ikin punca putus pertunangan Ina Mawi...Ina jawab dia tak simpan dendam dgn sesiapa..maknanya memang Ikin dari dulu lagi duk mengekor Mawi...
ingat lagi masa gossip dgn Diana..Diana cakap ada org lain bukan dia punca Ina putus tunang..dan akan terbongkar akhirnya..
nah inilah dia kisah yg berlaku sekarang ni...
wartawan tak akan mendiamkan diri .... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #72 houdini's post
mawi ku dgr cite dah tutup mawiworld tu sekarang ni dia dah buka mw entertainment,.... nanti la aku korek lagi info.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #73 Hayah's post
bagus la semua dah tau
sebb setahu aku ikin masuk jarum kat mawi pun atas arahan2 & kerjasama org2 dlm mawiworld sendiri yg konon nak pisahkan ina dari mawi sebb ina tukang kontrol mawi....& sekarang ni padan muka derang kena pedajal dek ikin plak
ikin dah start ngekor mawi sejak pakai myvi kaler itam ke kaler ijo dulu.. huhuhuh masa tu mawi baru je kuar af....hahahhahahah
padan muka org mawi world....
memang ina pun ada silap dia.. tapi org mawi world pun busuk ati gak... sekarang rasakan... kenakan org ... org lain plak kenakan derang.. ikin.. ko tunggu esok ada org lain pplak caras ko |
|
|
|
|
|
|
|
red ko caras lah !
masih doakan yg baik2 untuk mawi!
Ya Allah Jauhkan Sahabat Kami Asmawi Bin Ani Dari Fitnah Dan Aib. Bukakanlah Mata Hatinya Untuk Melihat Kebenaran. Jauhkanlah dan Lindungilah Dirinya Dari Mereka Yang Berniat Buruk Terhadapnya. Pertemukan Jodoh Yang Baik Padanya. Selamatkan Dirinya Sepertimana Kami Memohon Keselamatan Untuk Diri Kami Dan Keluarga Kami. Amin.. Amin.. Ya Rabbul Alamin.." |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kekkukus at 1-4-2008 10:26 AM
red ko caras lah !
masih doakan yg baik2 untuk mawi!
Ya Allah Jauhkan Sahabat Kami Asmawi Bin Ani Dari Fitnah Dan Aib. Bukakanlah Mata Hatinya Untuk Melihat Kebenaran. Jauhkanlah dan Lin ...
walaupun aku dh x minat dia tp aku nk doakan jg aminnnnnnnnnnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nally at 31-3-2008 05:30 PM
mawi dah hilang cahaya di wajahnya sejak bertemu dgn si ikin ni......jauh beza masa mula2 kuar AF dulu.......
dah banyak makan benda kotor |
|
|
|
|
|
|
| |
|