CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Krisis THAILAND -- update: demo besar2an minta PM letak jawatan (p4)

[Copy link]
 Author| Post time 8-11-2008 07:48 AM | Show all posts
Tangkap hina raja

BANGKOK – Pengkritik sosiol paling terkenal di Thailand, Sulak Sivaraksa ditangkap di Bangkok kerana didapati menghina Raja Bhumibol Adulayadej, kata polis semalam.

Sulak yang berusia 76 tahun dan pernah mendapat pendidikan di Britain ditangkap berhubung ucapannya di universiti Khon Kaen, timur laut Thailand pada Disember tahun lalu.

Menurut undang-undang monarki Thailand yang dipanggil lese-majeste, seseorang yang didapati menghina raja atau institusi beraja negara itu boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun. – AFP




kat mesia pung ramai yg dok hina raja kita.. cuma depa buat hush hush ajer..... aku bajet kalu mesia buat camni pun... kena tangkap gak...ntah2 masuk ISA lagi....  tapi ekkk tak jugok.... yg masa  exco ganu kurang ajaq dulu... tak kena apa2 pung!!   cissss :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2008 06:31 PM | Show all posts
Britain batalkan visa Thaksin
08/11/2008


BANGKOK 8 Nov. – Pihak berkuasa Britain telah membatalkan visa milik bekas Perdana Menteri Thailand yang digulingkan, Thaksin Shinawatra dan isterinya, Pojaman.


Seorang pegawai penerbangan yang enggan dikenali berkata, kedutaan Britain telah memaklumkan kepada semua syarikat penerbangan melalui e-mel semalam untuk tidak membenarkan pasangan tersebut menaiki penerbangan ke Britain.

Pegawai kedutaan enggan mengesahkan atau menafikan laporan tersebut namun dalam e-mel yang dilihat oleh AFP menunjukkan pegawai perhubungan imigresen berpangkalan di Bangkok, Andy Gray daripada Agensi Sempadan United Kingdom menulis: “Agensi Sempadan UK telah membatalkan visa UK yang dipegang oleh dua rakyat Thailand iaitu Thaksin Shinawatra, Nombor Pasport Thailand D215863 dan Potjaman Shinawatra, Nombor Pasport Thailand D206635. - AFP


*********************************************************************

patutnya batal dari dulu lagi....
biar kena penjara kat thailand sana -
tak selamat  sesapa saje yang makan harta
rakyat -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2008 08:18 PM | Show all posts
Thaksin-Pojaman bercerai?
15/11/2008

BANGKOK 15 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang kini hidup umpama pelarian dilaporkan menceraikan isterinya, Pojaman, di Hong Kong, semalam.

Menurut akhbar The Nation dan Bangkok Post, pasangan yang berkahwin pada 1976 itu telah memfailkan perceraian tersebut di pejabat Konsul Thailand di wilayah China tersebut.

Bagaimanapun kebenaran laporan berkenaan tidak dapat disahkan kerana pejabat tersebut ditutup hari ini dan esok kerana cuti hujung minggu. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2008 08:19 PM | Show all posts
15 November, 2008
Thaksin Divorces Wife: Thai Media


BANGKOK, Nov 15 (Bernama) -- Thailand's former prime minister Thaksin Shinawatra has ended his 32-year marriage with wife Pojaman, China's Xinhua news agency said quoting Thai media report Saturday.

Bangkok Post newspaper reported that Thaksin had told the ruling People Power Party (PPP) MPs at a dinner in Hong Kong Friday night that he had divorced Pojaman, "in order to make everybody feel comfortable," according to a PPP MP who attended the dinner.

The divorce was sealed at 11.00 a.m. Friday at the Thai consulate in Hong Kong, the source said.

Thaksin's announcement shocked everyone at the table. Pojaman was not present, said the MP.

The report also cited a "high-ranking government source" as confirming that the couple had signed the divorce papers at the Thai consulate in Hong Kong.

The divorce came less than a month after the Supreme Court sentenced Thaksin to two years in jail for abuse of power and acquitted Pojaman over conflict of interest charges in the a Bangkok land deal case in 2003.

The indiction prompted the United Kingdom to cancel entry visas for Thaksin and his wife.

A political observer said that the divorce could be legally motivated to protect the couple's assets, which are mostly held in the name of Pojaman, according to the Bangkok Post report.

Thaksin and Pojaman married in 1976 and have one son and two daughters, all grown up. The couple has been seen very close.

Thaksin was ousted in a coup in September, 2006 and went into self-exile in London before his and Pojaman's visas were revoked.

Thaksin reportedly flew to Dubai Friday night after the dinner with PPP MPs.

-- BERNAMA



dua2 kapla tarak betul... makan duit rakyat thai.... cerai ker tarak cerai ker.. sama2 perangai tak semenggah pun..!! :@
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 09:07 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 15-11-2008 20:19
15 November, 2008
Thaksin Divorces Wife: Thai Media


BANGKOK, Nov 15 (Bernama) -- Thailand's former prime minister Thaksin Shinawatra has ended his 32-year marriage with wife Pojaman, China ...

boleh caya kaa? cam lakonan masa bekas presiden MCA yg menceraikan isterinya...... pastu kawen smula........
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 09:18 PM | Show all posts
google utk kes korupsi di era mahathir melibatkan Presiden MCA Tan Koon Swan........
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-11-2008 07:15 PM | Show all posts

Reply #66 Acong's post

swan?? betui ker  nama dia   koon swan? tee hee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2008 11:37 AM | Show all posts
Letupan bom di Bangkok: Satu maut, 20 cedera

BANGKOK: Seorang penunjuk perasaan terbunuh dan hampir 20 cedera apabila sebutir bom meletup dalam kawasan Bangunan Kerajaan yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan Thai yang ditawan kumpulan penentang kerajaan pada 26 Ogos lalu.

Lelaki yang terbunuh itu dikenali sebagai Jenjit Kladsakhon, 48.

Seorang pekerja penyelamat daripada kumpulan penentang dikenali People’s Alliance for Democracy (PAD), berkata kejadian itu berlaku jam 3.24 pagi tadi semasa kebanyakan penunjuk perasaan itu sedang tidur.

“Bom atau mortar itu dilontar ke perkarangan Bangunan Kerajaan dan bunyi amat kuat,” katanya.

Kebanyakan yang cedera itu terdiri wanita.

PAD berhasrat menggulingkan kerajaan sekarang dan menggantikannya dengan sistem politik baru yang mengutamakan pelantikan dan bukannya pemilihan ke jawatan kerajaan.

Mereka mengadakan tunjuk perasaan sejak 25 Mei lalu dan telah menawan pejabat Perdana Menteri pada 26 Ogos.

Perdana Menteri Somchai Wongsawat kini terpaksa mentadbir negara dari sebuah pejabat sementara di lapangan terbang lama Don Muang. — Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2008 11:17 AM | Show all posts
Parlimen Thailand dikepung


SEBAHAGIAN penunjuk perasaan antikerajaan berarak
menuju ke bangunan parlimen di Bangkok semalam.





POLIS antirusuhan menghalang pergerakan penunjuk
perasaan dengan meletakkan kawat duri di sebatang
jalan di Bangkok semalam.



BANGKOK - Beribu-ribu penunjuk perasaan berarak di jalan-jalan raya dan berkumpul di bangunan parlimen semalam dalam usaha terakhir mereka untuk menumbangkan kerajaan.

Sesi di parlimen juga terpaksa ditangguhkan selepas penunjuk perasaan berkumpul di pintu utama dan dilaporkan memotong bekalan elektrik di bangunan tersebut.

Speaker Parlimen, Chai Chidchob berkata, sesi persidangan terpaksa dijadual semula sehingga keadaan kembali tenang.

Polis antirusuhan ditempatkan di kawasan parlimen sejak awal pagi tetapi tidak ada pertempuran besar dilaporkan tercetus antara pihak berkuasa dengan penunjuk perasaan.

Pemimpin Perikatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD), Chamlong Srimuang menyeru para pengikutnya supaya meningkatkan lagi bantahan pada hari ini.
"Satu misi telah berjaya dilaksanakan dan kita telah mencapai kemenangan. Kita akan meneruskan usaha ini sehingga mereka (kerajaan) berundur," katanya.

PAD berikrar untuk menghalang kerajaan daripada berfungsi dan menghalang parlimen meluluskan satu rang undang-undang yang didakwa mereka akan membantu bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra kembali berkuasa.

"Ini adalah perjuangan terakhir kita," kata seorang lagi pemimpin PAD, Somsak Kosaisuk.

Gelora politik Thailand masih belum menunjukkan tanda ia akan reda setelah angkatan tentera menumbangkan kerajaan Thaksin pada September 2006.

Samak Sundaravej yang dilantik menjadi perdana menteri berikutan pilihan raya diadakan pada tahun lalu juga tidak bertahan lama kerana beliau didakwa boneka Thaksin.

Nasib pengganti Samak, Somchai Wongsawat juga masih samar-samar kerana tidak mendapat restu rakyat berikutan beliau ialah abang ipar Thaksin.

Thaksin yang kini berada di Dubai menyatakan beliau hanya akan kembali ke Thailand sekiranya mendapat pengampunan diraja berikutan hukuman penjara dua tahun yang dijatuhi sebuah mahkamah pada awal bulan ini.

Sementara itu, Somchai yang kini berada di Peru bagi menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan beliau tidak akan meletak jawatan walaupun desakan PAD berterusan. - Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 09:42 AM | Show all posts
Lapangan terbang Bangkok ditutup

PENUNJUK perasaan berbaju kuning berkumpul di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, di Bangkok.

PAD serbu bangunan terminal, tembak penyokong prokerajaan di jalan raya

BANGKOK: Lapangan terbang antarabangsa Suvarnabhumi ditutup menyebabkan operasi penerbangannya terhenti malam tadi apabila ratusan penunjuk perasaan antikerajaan menggempur masuk ke bangunan terminalnya.

Tujuan mereka adalah untuk menutup lapangan terbang berkenaan sehingga Perdana Menteri, Somchai Wongsawat meletakkan jawatan.


Somchai dijadualkan kembali ke Thailand hari ini selepas menghadiri sidang kemuncak Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Peru.

"Kami mengarahkan penutupan lapangan terbang kerana penyokong Pakatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) sudah menyerbu masuk ke dalam bangunan dan melanggar peraturan keselamatan antarabangsa," kata jurucakap lapangan terbang.

Anggota PAD melanggar garisan polis dan mulai mundar mandir di lapangan terbang baru berharga AS$4 bilion (RM14 bilion) itu di tenggara kota Bangkok, ketika pelancong memerhatinya dengan ketakutan.

PERTEMPURAN antara penunjuk perasaan dengan penyokong prokerajaan di lebuh raya utama di Bangkok, semalam.

Pengambil alihan bangunan terminal itu mengakhiri hari yang dramatik semalam yang juga menyaksikan penunjuk perasaan PAD menembak penyokong prokerajaan di jalan raya utama menghala ke lapangan terbang lama, Don Muang.

Gambar yang disiarkan oleh stesen televisyen TPBS menunjukkan sekurang-kurangnya dua anggota keselamatan PAD melepaskan enam tembakan dengan menggunakan pistol. PAD mendakwa mereka terlebih dulu diserang dengan batu dan kayu. Sekurang-kurangnya 11 orang tercedera, kata pegawai perkhidmatan kecemasan.

Keadaan di lapangan terbang Suvarnabhumi menjadi kelam kabut, pintu masuk bagi 13 juta pelancong setiap tahun, apabila penunjuk perasaan menyerbu masuk selepas melanggar garisan ratusan anggota polis rusuhan yang mengadakan kawalan.

Terdahulu, ribuan anggota PAD mempamerkan bendera dan potret Raja Bhumibol Adulyadej, sementara yang lain memotong kawat berduri di jalan raya empat lorong itu.

"Tujuan kami adalah untuk menutup lapangan terbang Suvarnabhumi sehingga Somchai meletakkan jawatan," kata jurucakap PAD, Parnthep Pourpongpan.

Bagaimanapun perdana menteri Thailand itu dijangka tidak akan mendarat di Suvarnabhumi.

Somchai menolak desakan berulang kali PAD supaya beliau meletakkan jawatan kerana kaitannya sebagai adik ipar Thaksin Shinawatra, yang disingkir dalam rampasan kuasa 2006.

Sementara itu pada sebelah siang semalam, penunjuk perasaan berkenaan yang dibaluti kain kuning menaiki trak, bas dan kereta menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang di mana Somchai mendirikan pejabat sementara selepas aktivis menawan pejabat utama kerajaan, Ogos lalu.

Kekerasan terbaru ditunjukkan berlaku sehari selepas beribu penunjuk perasaan menyerang Parlimen dalam apa yang mereka gelar 'perjuangan akhir' menentang pentadbiran.

"Ada lebih 10,000 daripada kami di sini dan kami bersedia untuk melakukan ke pungan lebih lama seperti di Rumah Kerajaan (di tengah Bangkok)," kata Sawit Kao ewan, pemimpin PAD. - Reuters/AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 11:28 AM | Show all posts
1 lagi lapangan terbang di Bangkok ditutup


BANGKOK: Pengembaraan udara di Bangkok ditutup sama sekali oleh pemprotes selepas lapangan terbang domestik Don Muang, pintu utama ke negara ini, ditutup pada tengah malam tadi sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi yang kini diduduki oleh pemprotes anti-kerajaan masih lagi ditutup.

Dengan penutupan Don Muang, tidak ada lagi laluan pilihan untuk orang asing menggunakan lapangan terbang domestik untuk terbang ke Phuket dan seterusnya menyambung penerbangan ke luar negara.

“Kita terpaksa menutup lapangan terbang itu (Don Muang) kerana pemprotes berada di dalam terminal. Ia tidak selamat lagi,” kata pegawai Lapangan Terbang Thailand (AOT).

Selepas pembukaan Suvarnabhumi pada September, 2006, Lapangan Terbang Don Muang ditutup sementara waktu tetapi dibuka semula untuk penerbangan domestik. - Bernama




lama2 worang pun tak leh nak fly ke thailand... naik kapal  pulak kena serang lanun...  naik gajah ajer ler...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2008 10:32 AM | Show all posts
Somchai umum darurat

BANGKOK 27 Nov. - Perdana Menteri Thailand, Somchai Wongsawat hari ini mengisytiharkan perintah darurat di sekitar dua lapangan terbang di bandar raya ini yang kini dikuasai penyokong antikerajaan.

Keadaan darurat hanya dikuatkuasa di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan Lapangan Terbang Don Mueang.

Somchai mengumumkan keputusan itu selepas satu mesyuarat khas Kabinet di Chiang Mai, ke utara Bangkok, hari ini.

Perintah darurat itu akan membenarkan tentera untuk bertindak mengawal keadaan, melarang perhimpunan melebihi lima orang dan melarang media daripada melaporkan berita yang mampu mencetuskan keadaan panik.

Somchai turut menggesa anggota tentera supaya jangan meninggalkan berek mereka, ketika timbul khabar angin mengenai rampasan kuasa tentera selepas protes antikerajaan di Bangkok menjadi bertambah ganas dan semakin merebak.

Jurucakap kerajaan, Nattawut Saikuar juga menyangkal khabar angin bahawa Somchai merancang untuk memecat Ketua Tentera, Jeneral Anupong Paochinda selepas jeneral itu semalam menggesa supaya Parlimen dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan bagi meredakan krisis politik di negara ini.

"Askar hendaklah terus berada di berek mereka dan Perdana Menteri tidak merancang untuk memecat sesiapa," kata Nattawut.

Tekanan makin meningkat ke atas tentera untuk melakukan campur tangan bagi mencegah kekacauan daripada menjadi bertambah buruk, selepas Somchai menolak desakan supaya beliau berundur.

Khabar angin pula tersebar luas di ibu kota bahawa tentera sedang bersiap sedia untuk melancarkan rampasan kuasa.

"Mereka (tentera) sudah 100 peratus berada dalam keadaan bersiap sedia (untuk merampas kuasa)," kata seorang bekas pegawai tinggi tentera.

Anupong telah berkali-kali menegaskan beliau tidak akan melancarkan rampasan kuasa kerana cara itu tidak akan menyelesaikan perbalahan politik di negara ini.

Namun, satu sumber tentera berkata, pegawai tertinggi tentera darat, laut dan udara bermesyuarat sehingga larut malam tadi untuk membahaskan sama ada mereka patut melancarkan rampasan kuasa atau percubaan rampasan kuasa ke-19 dalam tempoh 76 tahun.





sesapa nak gi bangkok  atau mana2 tempat kat thailand ni... aku nasihatkan korang kensel plan tu dulu.. wokey.. bahya nih!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 04:32 PM | Show all posts
tak habis2 negara ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2008 08:53 AM | Show all posts
Penutupan Suvarnabhumi sukarkan pelancong asing



BAKAL haji Thailand menimbang bagasi di Suvarnabhumi sebelum dipindahkan ke lapangan terbang tentera U-Tapao di Pattaya untuk berlepas ke Makkah, semalam.


BANGKOK: Menteri Luar Australia, Stephen Smith semalam melahirkan kekecewaan berhubung penutupan lapangan terbang antarabangsa di Bangkok dan berkata kerajaannya sudah mendesak pihak berkuasa Thailand untuk melakukan lebih lagi bagi membolehkan lebih ramai pelancong asing terkandas meninggalkan negara bergolak itu.

Kerajaan asing turut bimbang terhadap nasib rakyat mereka yang terkandas berikutan penutupan lapangan terbang Suvarnabhumi sejak Selasa lalu, selepas penunjuk perasaan antikerajaan menceroboh dan mendudukinya bagi mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri Somchai Wongsawat meletak jawatan.

Smith berkata, beratus rakyat Australia masih terkandas di Thailand dan syarikat penerbangan nasional Qantas menawarkan untuk menambah penerbangan bagi membawa mereka pulang.


"Ia amat mengecewakan bagi kami dan lebih lagi kepada rakyat Australia yang terkandas," katanya kepada televisyen Australia.

Qantas berkata ia akan melakukan operasi khas dari Phuket ke Singapura malam Isnin bagi pelancong Australia yang terkandas di Thailand.

Kerajaan Thailand membawa pelancong ke pangkalan udara era Perang Vietnam, U-Tapao terletak 150 kilometer timur Bangkok sebagai kawasan pendaratan alternatif syarikat penerbangan, namun pelawat mengadu kelewatan panjang dan kekeliruan.

Beberapa syarikat penerbangan utama Asia mengumumkan penerbangan khas membawa penumpang dan krew dari U-Tapao atau lapangan terbang lain. - Reuters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2008 05:35 PM | Show all posts
Somchai diharam aktif politik untuk tempoh lima tahun
02/12/2008

BANGKOK 2 Dis. – Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memutuskan Parti Kuasa Rakyat (PPP) bersalah atas tuduhan penipuan sewaktu pilihan raya dan sekali gus mengharamkan Perdana Menteri, Somchai Wongsawat daripada aktif dalam politik untuk tempoh lima tahun.

Ketua panel sembilan hakim yang mendengar kes itu, Chat Chonlaworn berkata, Mahkamah Perlembagaan tiada pilihan lain selain membuat keputusan tersebut berdasarkan undang-undang yang termaktub di dalam perlembagaan.

Beliau membacakan keputusan itu yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen ke seluruh negara.

“Tidak kira sama ada anda berpuas hati atau tidak dengan keputusan ini, kami meminta anda semua menerimanya,’’ kata Chat.

Menurut keputusan itu, PPP perlu dibubarkan kerana para eksekutifnya didapati terlibat dengan penipuan undi sewaktu pilihan raya Disember tahun lalu.

“Walaupun sesetengah eksekutif parti tidak tahu menahu mengenai penipuan itu, undang-undang negara secara terang menjelaskan bahawa mereka perlu memikul tanggungjawab tersebut,’’ tegas hakim itu lagi.

Keputusan itu dibuat sewaktu konfrontasi sedang memuncak antara Somchai – adik ipar bekas Perdana Menteri yang disingkirkan, Thaksin Shinawatra – dengan para penunjuk perasaan antikerajaan yang kini menguasai dua lapangan terbang utama di ibu negara ini.

Somchai dipilih sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Samak Sundaravej yang terpaksa meletak jawatan pada 17 September lalu selepas didapati bersalah menerima bayaran untuk kemunculan pada program masakan. – AFP





tarak terkuzut pung... dari first day dia jadik  pm thailand tu aku dah bajet   MOSTI tarak lama punyer...  thai mana ada pm dia kekal lama   lagi pun worang2 politik kat sana.. mmg  tarak bley cayer...  rasuah kuat  wooo  :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2008 05:35 PM | Show all posts
Mahkamah bubar parti pemerintah Thailand
02/12/2008


BANGKOK 2 Dis. – Parti Kuasa Rakyat (PPP) yang memerintah Thailand telah dibubarkan oleh Mahkamah Perlembagaan hari ini menyebabkan Perdana Menteri Somchai Wongsawat dan Kabinetnya yang menghadapi tekanan pembangkang hilang kelayakan.

Panel sembilan anggota itu juga melarang jawatankuasa kerja parti itu dari menjalankan aktiviti politik selama lima tahun.

Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh televisyen dan radio Thai, dan hakim berkenaan akan juga mengumumkan keputusan mereka mengenai nasib dua dari lima parti dalam kerajaan gabungan, Chart Thai dan Matchimathipataya hari ini. – Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2008 09:30 PM | Show all posts
Lapangan terbang Thailand sedia dibuka semula
02/12/2008

BANGKOK 2 Dis. — Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di sini yang ditutup sejak 24 Nov setelah diserbu ribuan penyokong pergerakan antikerajaan, akan dibuka semula dalam masa terdekat setelah kumpulan dikenali People’s Alliance for Democracy (PAD) bersetuju membenarkan Airports of Thailand (AOT) membukanya semula.

Bagaimanapun tarikh sebenar pembukaan itu belum ditetapkan tetapi para pegawai berharap ianya dapat dilakukan dalam tempoh 24 jam akan datang.

Keputusan itu dicapai ekoran keputusan Mahkamah Perlembagaan hari ini untuk membubarkan People Power Party (PPP) dan dua parti rakannya selain memutuskan untuk membatalkan pelantikan Somchao Wongsawat sebagai perdana menteri.

PAD telah mengadakan tunjuk perasaan bagi menggulingkan Somchao dan PPP kerana mendakwa kerajaannya adalah boneka kepada bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra yang dianggap satu simbol rasuah.

Pengerusi AOT, Vudhibhandhu Vichairatana, berkata PAD akan dibenarkan mengadakan tunjuk perasaan di Suvarnabhumi asalkan mereka tidak mengganggu operasi di lapangan terbang yang sibuk itu.

Tidak ada pengumuman dibuat mengenai Lapangan Terbang Don Muang, yang mengendalikan penerbangan domestik, dan yang turut ditutup akibat tindakan penyokong PAD itu.

Akibat penutupan mendadak dua lapangan terbang itu, lebih 300,000 penumpang khususnya rakyat asing, telah terkandas.

Sejak Jumaat lepas, syarikat penerbangan menggunakan Lapangan terbang Utapao yang lebih kecil untuk membawa keluar penumpang yang terkandas.

— BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2008 09:27 AM | Show all posts
Lapangan terbang beroperasi semula

BANGKOK 3 Dis. - Penerbangan komersiol pertama mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di sini petang ini selepas penyokong antikerajaan mula berundur dari situ.

Penerbangan Thai Airways itu mendarat di lapangan terbang berkenaan pada pukul 2.15 petang (3.15 petang waktu Malaysia) dari Pulau Phuket.

Suvarnabhumi dibuka semula selepas kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan menamatkan pendudukan di kawasan itu apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan pembubaran parti pemerintah, semalam.

Jurucakap penerbangan Thai Airways memberitahu, pesawat Suvarnabhumi ke destinasi luar negara seperti Sydney, New Delhi, Tokyo, Frankfurt, Seoul dan Copenhagen akan mula beroperasi esok.

- AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2008 02:45 PM | Show all posts
6 maut serangan di selatan Thai

orang ramai membantu seorang mangsa yang cedera terkena serpihan bom sewaktu serangan di sebuah kedai runcit di Narathiwat, semalam.
- Reuters

NARATHIWAT 5 Dis. - Sembilan penduduk selatan Thailand terbunuh, termasuk seorang anggota polis dalam serangan yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemisah, awal hari ini dan malam tadi.

Lima mangsa dilaporkan terbunuh apabila sebutir bom meletup di sebuah kedai berdekatan sebuah stesen minyak di wilayah ini, awal pagi ini.

Letupan itu juga menyebabkan 12 yang lain cedera termasuk empat parah dengan dua daripadanya merupakan anggota polis.

Jurucakap polis Narathiwat berkata, letupan itu dipercayai dilakukan oleh seorang anggota pemisah yang menyamar sebagai penjual sayur.

"Lelaki itu dikatakan memasuki sebuah kedai runcit dan keluar semula sebelum melemparkan sebutir bom ke dalam kedai tersebut,'' katanya.

Di Yala pula, dua orang lelaki, masing-masing berusia 30an dan 22 tahun terbunuh dalam serangan yang berlaku hari ini.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 60 tahun dan anggota polis berusia 32 tahun terbunuh apabila mereka ditembak ketika melalui sebatang jalan raya di wilayah Pattani, malam tadi.

Lebih 3,000 penduduk terbunuh dalam gelombang keganasan yang meletus di tiga wilayah di selatan Thai sejak Januari 2004.




aper la nak jadik ngan thailand ni ekkk... airport kena tutup berapa hari ari tu... raja lak sedang sakit... ni  masih lagi nak bunuh membunuh ke hulu  ke hiliq... bila ler depa nak sedaq yg benda2 tarak pekdahnyer... cisssssss :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2008 01:14 PM | Show all posts
9,000 penunjuk perasaan berkumpul di luar Parlimen Thai

BANGKOK: Kira-kira 9,000 penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di jalan masuk bangunan Parlimen Thailand, awal pagi ini apabila Perdana Menteri baru, Abhisit Vejjajiva dijadual memberi ucapan penting mengenai dasar pentadbirannya.

Penunjuk perasaaan memakai baju merah yang setia dengan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, mula berarak ke Parlimen sejak tengah malam tadi dari dataran ibu kota Bangkok.

Mereka mengepung pintu masuk Parlimen sejak subuh tadi dan melaungkan bahawa mereka akan berada di situ sehinggalah Abhisit meletakkan jawatan.


Abhisit dipilih dalam undian di Parlimen dua minggu lalu selepas Mahkamah Keadilan membubarkan parti pemerintah ketika itu yang pro Thaksin.

Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban berkata, kerajaan tiada rancangan segera untuk memindahkan tempat Abhisit berucap tetapi akan membuat keputusan akhir bergantung kepada keperluan keadaan.

"Jika mesyuarat tidak boleh dimulakan pagi ini, kita akan tunda ke sebelah petang atau esok," katanya kepada stesen tv Thai.

Polis mengesahkan setakat ini sekitar 9,000 penunjuk perasaan berkumpul di Parlimen.

Nattawut Saikuar, ketua penganjur perhimpuan yang pro Thaksin berkata, mereka tidak akan menyekat Perdana Menteri baru untuk memasuki Parlimen dan memberikan ucapan.

Namun sekiranya kerajaan menukar tempat pengucapan itu, penunjuk perasaan akan terus berkumpul di tempat baru berkenaan.

“Jika tempat ini ditukar, kami akan terus ikut kerana kami mahu menjelaskan bahawa kami menolak kepemimpinan Pardana Menteri sekarang," katanya. - AFP





yang pasti... sesapa  aje jadik  PM  thailand ni... mmg tak akan kekal lama...... kena oust  in no time ler  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.234673 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list