CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DewaGanaZ

Saving Acc anak2

[Copy link]
 Author| Post time 24-10-2008 08:56 AM | Show all posts
Puan Misy,

pasal susah nak carik...

sebenarnya aku lebih prefer yg ade online facility je .... senang utk aku n i've been using maybank since 1987 and maybank2u since 2000 so dah biasa online even bayau segala tok kaduk bill2 aku....

tabung haji tu memang la bagus tapi tak banyak nak carik... kalau skang ni senang la but mana tau aku kena pindah ke lokasi ulu banat susah la... bank rakyat dah banyak dah branch lately hasil sokongan padu kakitangan gomen..huhuhuh kat sini je ade 2 branch dah.... skang pon kat petronas dah ada ATM bank rakyat....

FYI, aku dah amik form uk bank rakyat ngan maybank.... tapi still tak tau nak proceed mana,..so far favor berat kepada maybank yippie la........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 09:23 AM | Show all posts

Reply #61 DewaGanaZ's post

ooo mcm tu

pada aku consistency menabung tu ptg gak...so kena ambik kira kesenangan kita utk pegi masuk duit tetiap bulan...
kalau ada cara yg lebih senang utk konsisten masuk duit better opt for that
mcm aku tabung haji, co. bagi buat potongan terus, so konsisten la masuk
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 09:30 AM | Show all posts
anak2 aku saving money kat tabung haji (potongan gaji bapak depe)
pastu takaful insurance utk education depe nnt

dlm planning nak bukak sspn..dh kerajaan dah tetapkan lagu tuh..kenalah bukak..kalo tak mmg tak bukak sspn nih.
malas nak maintain byk2 acc
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:06 AM | Show all posts

Reply #8 aiva's post

aku tertarik ler ngn isu penama nih...
ader org ckp, HARAM hukumnyer if kiter letak nama pewaris harta once kiter meninggal... 1st time aku dgr sebenarnyer... coz, cekononnyer.. secara x langsung kiter mempertikaikan hukum Allah... aku igt nk cek ler ngn org yg incharge bidang berkenaan... but, sesaper yg tau.. pls give ur respon ekkk... tq...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:33 AM | Show all posts

Reply #64 nurryn's post

pd aku tak lah haram...just letak nama ajer...pembhgian nnt tetap kena ikut faraid
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:46 AM | Show all posts

Reply #65 cienoet's post

erm... maksud aku kt sini... katalah u ader 4 biji umah with different value... u kasi setiap anak 1 x ikut faraid.. means.... u buat law agreemtn la... if we mati... then anak2 dpt sebiji seorg...tanpa mengikut jantina n value umah tersebut...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2008 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by cienoet at 24-10-2008 10:33 AM
pd aku tak lah haram...just letak nama ajer...pembhgian nnt tetap kena ikut faraid


kalau tak silap dlm islam ada juga konsep pemberian hadiah, selain drpd faraid.
pls correct me if i'm wrong.

...off topic ke nih?...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:50 AM | Show all posts
Originally posted by DewaGanaZ at 24-10-2008 08:35 AM
manak, selama ni simpan bawah bantal ngan dalam guni beras tapi duit tak beranak bro..

Pn dukalara,
kena la strict kan menjela2 jadiknya abg manak gak yg pening..sian dia
memang la insurans ...


hahahaha...gotcha...jadi betul pun aku sebut yang ko nih nak interest yang besh jugak lah antara pra syarat terpenting kan??????

Kau pun satu dah tahu datin2 kat FD nih kalau nak discus...bukan boleh FOKUS benda yang ditanya............melatah serta menyeleweng mereka  boleh masuk sampai jilid ke3 atau 4 thread ini...kalau kau tak control......

Aku bukan pening apa....cuma mata aku kunang2 bila nampak bebanyok benar abbreviations yang aku sendiri tak reti.....tulah salah kerajaan jugak.........Membudayakan konsep shorthand and not long hand....PTTN, KPPTP, SRPP, SPR, UNTY........hancusssssssss.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 10:52 AM | Show all posts
Originally posted by otto at 24-10-2008 10:47 AM


kalau tak silap dlm islam ada juga konsep pemberian hadiah, selain drpd faraid.
pls correct me if i'm wrong.

...off topic ke nih?...


bantai aja...asal ada bunyi macam ala ala savings sudah......
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by cienoet at 24-10-2008 10:33 AM
pd aku tak lah haram...just letak nama ajer...pembhgian nnt tetap kena ikut faraid


betul tu... kalau ikut syarikat insuran, memanglah duit itu kalau jadi apa2 kat orang di insured akan dapat kat penam... tapi penama bertanggungjawab membahagikannya mengikut faraid.... (tapi biasanya susahlah...)...... maklum duit dah depan mata.....
saya mula letak penama insuran atas nama suami... lepas dia buat hal.... saya tukar semua kat nama anak walau anak belum cukup umur 18 tahun......tak sure samada insuran boleh dihibahkan... kalau boleh akankuhibahkan kepada anak2ku jua....

dengan rumah aku sekali nak aku hibahkan untuk anak aku.... (off topic sat..)
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 12:29 PM | Show all posts
ada sorang kenalan beri cadangan:

duit saguhati+ raya anak semenjak lahir,masukkan dalma satu akaun.kalo boleh kita letak target seribu setahun atau lebih, ikut kemampuan.

since belanja belanjar sekarang mahal, kebanyakkan ibu bapa taknak hantar anak gi extra class mcm kumon, smart reader, etc. sebab tak cukup duit - maka bolehla guna wang ni.

niat kita supaya anak dapat peluang pendidikan terbaik. jangan sebab kesempitan kita, anak2 ketinggalan.

p/s: walaupun karang mesti ada orang komen, tak perlu hantar anak2 masuk kelas2 tambahan semua tu, tapi kalau kita nak hantar tak salah kan? kadang2 duit je takde. yang penting pada ibu bapa adalah untuk memberi kehidupan yang terbaik untuk anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 12:29 PM | Show all posts
i simpan kat LTH sebab senang nak managed - potong gaji ja
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 01:14 PM | Show all posts
Originally posted by DewaGanaZ at 22-10-2008 05:46 PM
Salams sume,

antara 2-2 option kat atas tu mana yg bagus kalau saving anak2??

aku berkenan 2 tu aje pasal senang bagi aku

benifit dia camne ehh??

baru la ni nak bukak acc nih..hehehe
...



hmm... ni pandangan aku... kedua-dua bank tu sama ajer... maybank popular... aku pun pengguna maybank.. mudah sebab ada m2u. Bank rakyat lak popular sebab ramai orang buat personal loan kat situ..... Kat sini aku nak bagi pandangan berdasarkan kerjaya aku sebagai prudential wealth planner...

DewaGanaz punya intention nak buat savings utk anak-anak. Of course savings tu untuk anak nyer future or education fund. Betul tak? Apa yg kita semmua maklum... kalau kita simpan RM100 sebulan kat bank... setahun ada 1,200. Sepuluh tahun ada 12 ribu, 20 tahun ada 24 ribu (tak termasuk faedah). Kalau nak bawak duit keluar, bila-bila masa boleh bawak keluar.... So, simpanan di bank (dua-dua bank) hanya ada elemen SIMPANAN.

Kalau ikut Financial Planner punya advice, Financial Planning yang betul mesti ada elemen Savings dan Protection. So, formula mudah kat sini.

Financial Planning (FP) = Wealth Accumulation (Savings) + Wealth Protection (Protection)

Sebab apa kena buat macamni? Perancangan kewangan ni macam main bola.... mesti ada serangan (savings, accumulation) dan mesti juga ada pertahanan (protection, insurans, takaful). Kalau ada serangan ajer (savings) tapi takder pertahanan.. bila kena attack... sure tak boleh nak elak... betul tak?

Kita tengok satu contoh dekat sini.

En Ahmad, umur 32
Anak - Adam, umur 1 tahun

Plan A - En Ahmad buat savings RM150 sebulan dekat Bank Rakyat/Maybank.

Plan A adalah pelan simpanan semata-mata. Katakan pada usia en ahmad 33 tahun, beliau meninggal dunia, hilang upaya kekal atau mendapat penyakit kritikal. Sudah pasti beliau tidak dapat meneruskan pelan simpanan untk adam. Maknanya pelan kewangan yang beliau rancang utk adam akan terjejas kerana bank tidak memberi sebarang perlindungan terhadap pelan kewangan en ahmad. Simpanan yang baru beliau buat adalah sebanyak lebih kurang 1,800 sahaja. Apa yang boleh dibuat dengan 1,800?

Plan B - En Ahmad buat savings RM150 sebulan dekat Insuran.

Plan B adalah pelan simpanan dan perlindungan. Katakan pada usia en ahmad 33 tahun, beliau meninggal dunia, hilang upaya kekal atau mendapat penyakit kritikal. Di sinilah barisan pertahanan pelan kewangan en ahmad akan bertindak. En ahmad tidak perlu membuat simpanan 150 sebulan lagi kerana, pelan kewangan ini telah dilindungi. Sehingga umur adam 25 tahun, pihak insurans akan mencarum 150 sebulan ke dalam akaun simpanannya. Di samping itu, jika adam ditimpa kemalangan atau mendapat penyakit kritikal beliau mempunyai kad perubatan bernilai 150,000 untuk digunakan.Pada usia adam 25 tahun, akaun simpannya ada lebih kurang RM50,000. Bukan itu sahaja, dengan simpanan 150 sebulan di insurans/takaful, berikut adalah manfaat yg boleh diperolehi.

Manfaat Kematian atau Hilang Upaya Kekal - RM30,000
Manfaat Penyakit Kritikal - RM20,000
Manfaat Kemalangan - RM30,000
Kad Perubatan - RM150,000
Elaun Harian Hospital - RM150 sehari
Elaun Hilang Upaya - RM3,000 setahun
Pengecualian bayaran sehingga umur 25 tahun jika en ahmad meninggal dunia, hilang upaya kekal atau mendapat sakit kritikal.
Pengecualian bayaran sehingga umur 25 tahun jika adam mendapat sakit kritikal.

Anggaran simpanan sebanyak RM50,000 apabila berusia 25 tahun.

So, pelan A atau Pelan B yang lebih baik ? Again, pada pandangan saya.. Pelan Kewangan WAJIB ada elemen PERLINDUNGAN.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 02:37 PM | Show all posts

Reply #66 nurryn's post

ooo..tu guna konsep hibbah...
kena wat agreement utk hibbah ke sape2
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 03:02 PM | Show all posts
setahu aku hibbah ni kalau nak bagi kat bukan waris.

Contohnya akulah.. nak bagi kat anak angkat aku tu.. sebab memang tak de waris lain, aku hibbahkan semua rumah, kereta, saving, jewellery, insuran pada anak aku.. sebagai hadiah masa aku hidup hidup ni . kena lantik satu lawyer sebagai pengurus hibbah..

Sorrylah tuan rumah, bagi aku tak apelah selit sikit sikit pasal insuran dan sebagainya nama lagi thread perbincangan keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:38 PM | Show all posts
setakat ni tiga2 anak ada Maybank yippie, asw2020 and life insurance yang include education, investment and medical...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 10:53 PM | Show all posts
walaupun me staf maybank..
tapi tak simpan duit anak2 kat Maybank..
1. ASB, ASD, ASW dividen at least 8%...
2. then buka SSPN sebab sekarang kena ada SSPN baru bley pinjam PTPTN...
    bley bukak a/c kat Maybank dan wat online deposit thru M2U..
3. insurans pendidikan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 01:35 AM | Show all posts
aku simpan duit anak2 kat tabung haji je..
biorlah divident rendah ke.. janji susahsket diorg nak kuarkan nanti masing2 dah besar...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 01:36 AM | Show all posts
+++ semua anak2 dah diinsuredkan dengan education  plan prudential...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 11:22 AM | Show all posts
Good, makin ramai yang dah tahu pasal financial planning... Then pasal wasiat, nomination, faraid, hibah etc.. satu lagi cabang yang perlu semua orang tahu... kalau nak kira pasal faraid lengkap dah diceritakan dalam Al- quran , surah An Nisa' ayat 11, 12 dan 176

ALLAH S.W.T telah berfirman:

Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) anak-anakmu. Iaitu, bahagian seorang anak laki-laki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang  sahaja, maka dia memperolehi separuh harta. Dan  untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam daripada harta yang ditinggalkan jika orang yang  meninggal  itu mempunyai anak dan dia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai  beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut di atas sudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak  mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat (banyak) manafaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(an-Nisa : 11)

Dan bagimu (suami-suami) seperdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai  anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat daripada harta yang ditinggalkannya sesudah di penuhi wasiat yang mereka buat atau dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperolehi seperlapan daripada harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki atau perempuan, yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki(seibu sahaja), atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja) maka bagi masing-masing kedua-dua saudara itu memperolehi seperenam daripada  harta. Tetapi jika saudara-saudara itu lebih daripada mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat seorang, maka sesudah dibayar hutangnya dengan  tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.
(an-Nisa :12)

Mereka meminta fatwa kepada kamu (tentang kalaalah). Katakanlah Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalaalah (iaitu): jika seorang meninggal dunia, dan dia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua daripada harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang laki laki, mempusakai (seluruh harta saudara perempuan) jika dia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi kedua-duanya dua per tiga daripada harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri daripada) saudara laki-laki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara laki-laki sebanyak dua bahagian saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(an-Nisa : 176)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.227519 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list