CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elbee

DINGIN @ SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK

[Copy link]
Post time 26-11-2008 05:04 PM | Show all posts

Reply #60 lelaki_itu78's post

no komen.tetibe jer.;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2008 05:13 PM | Show all posts

Balas #59 supernaturalee\ catat

btw, ade org kt cni yg sangka mcm tu


napa diriku terasa tersindir ... eeee gigit Supernaturalee nih kang

bukannya kita saja-saja perasan tau.. memang hari tu waktu hari pertama penampilanku (cewah! ) kat Forum Cari nih dulu.. bila kita kasi idea.. ada sorang ahli Zianafolks ---> kalau tak silap namanya Ninja ... dia kata diorang akan PERTIMBANGKAN IDEA2 kita ... betul... and dia suruh kita teruskan sokongan pada ZZ

*tak caya cuba tgk thread ZIANAFOLKS <--- sapa buat? Ninja kan?... cuba tgk reply Ninja kt thread PAWANA dan juga thread SITI, ZIANA, MAWI SATU FILEM...

*lagi satu yg disyaki Zianafolks ialah Karlreef ... kat signature dia ada tertulis website Zianafolks..

[ Last edited by  elbee at 26-11-2008 06:14 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 06:12 PM | Show all posts
Tapi.......... apa-apapun kan... kalau betul lah Zianafolks takde ambil kisah langsung tentang idea-idea kita nih... saya dah tak mau kasi idea-ideaku di sini lagi..... .......


*dan saya akan tgk drpd jauh jer...

[ Last edited by  elbee at 26-11-2008 06:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 09:20 PM | Show all posts
Originally posted by elbee at 26-11-2008 06:12 PM
Tapi.......... apa-apapun kan... kalau betul lah Zianafolks takde ambil kisah langsung tentang idea-idea kita nih... saya dah tak mau kasi idea-ideaku di sini lagi..... :' ...


sabar la.. zianafolks ok cuma sometime pendapat org lain susah diaorg nak terima.. tu dah malessss nak ikut sgt..tp still contact dgn head of zianafolks. si Z tu..dia ok.. i suka dia..heheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 09:22 PM | Show all posts

Balas #64 budakpendekk\ catat

Tima kasih BP
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 10:56 PM | Show all posts
Originally posted by elbee at 26-11-2008 05:13 PM


napa diriku terasa tersindir ... eeee gigit Supernaturalee nih kang

bukannya kita saja-saja perasan tau.. memang hari tu waktu hari pertama penampilanku (cewah ...



ehehehehe
silap2 zz pun baca
camne tu?
alah sure ada yg inform nya
haa..mana tau cam mr manager..vernon tu ha..siap masuk lagi kan..
eh mr manager lak
bekas mr manager
eheheheh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2008 11:46 PM | Show all posts
budakpendek, u tk suka i ker?
i pun budak zf ni

:victory: :victory: :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 12:26 AM | Show all posts
hahahahahhah
tetap nk selit yek en haq?hheehh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2008 06:30 AM | Show all posts

Balas #67 haq89\ catat

Ooh Haq89 pun sama yea... bagus2 ... ramai juga ye Zianafolks ... bersemangat kita dengan adanya korang semua

*tapi Haq89 nih kt Singapore kan.. camner ler nak sampai cepat ke ZZ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 06:36 AM | Show all posts

Balas #66 puteri-jelmaan\ catat

ZZ baca? baguslah kalo dia baca...  biar dia tahu betapa prahatin & sayang sangat peminat-peminat kepadanya

alah sure ada yg inform nya


Tima kasih Kak Puteriz
Bersemangat kita dengan adanya korang semua nih

:handshake: :handshake: :handshake: :handshake: :handshake: :handshake: :handshake: :handshake: :handshake: :handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 09:12 AM | Show all posts
harapnya ape jua yg terbaik utk zz yg kite forumkan di sini yg berbentuk cadangan, kritikan, pujian, sokongan, aduan or whatsoever, kalo zianafolks ke, kak ziana sendiri ke yg bace, amek la ape yg patut.kalo tak pon, xpe lah.sure kak ziana n zianafolks knows better what best for her.we will always on her side.always and forever.seriously...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 06:57 PM | Show all posts
tak perlu khuatir, dan tak perlu gusar.

zianafolks merupakan peminat yang rasionale.
kalau betol, kita ckp betol.
kalau tak bagus, kita tetap terima dengan seadanya..                              

so terima kasihlah kepada semua yang memberi komen komen konstruktif anda.
nanti nari mlm, i call kak ziana ok. i report dekat dia.

HUAHAUHAUAHUAHAUH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 07:31 PM | Show all posts

Balas #72 haq89\ catat

ye ke ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 08:53 PM | Show all posts
Originally posted by haq89 at 26-11-2008 11:46 PM
budakpendek, u tk suka i ker?
i pun budak zf ni

:victory: :victory: :victory:


suka..tunngu masa je nak :kiss: and :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 01:12 AM | Show all posts
Originally posted by haq89 at 27-11-2008 06:57 PM
tak perlu khuatir, dan tak perlu gusar.

zianafolks merupakan peminat yang rasionale.
kalau betol, kita ckp betol.
kalau tak bagus, kita tetap terima dengan seadanya..                         ...



i like u!hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 03:31 PM | Show all posts

Reply #72 haq89's post

sayang zz, sayang haq!nh bunge seketol!:flower:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2008 11:35 PM | Show all posts
Guys... kita tak perlu risau dgn persediaan Ziana Zain kesayangan kita utk mempersembahkan lagu Dingin kat Separuh Akhir MM nanti... sebab ZZ sendiri kata yg dia AKAN MELAKUKAN YANG TERBAIK nanti ... lagipun ZZ memang suka sangat dgn lagu Dingin ni ... kita semua pun suka sgt dgn lagu tu kak Ziana .... Good Luck and All the best!!!!


Korang boleh cuba baca kt website murai.com ni :

--------> http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=2798&c=1&s=1


*Alhamdulillah... lega rasanya bila ZZ kata yg dia akan buat yg terbaik nanti

[ Last edited by  elbee at 28-11-2008 11:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 11:44 PM | Show all posts
alah...ko paste je la smua..hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2008 11:53 PM | Show all posts
Yer ler Kak Puteriz, nak paste nih :victory:  :

Kalo nak Visual yg lebih menarik, layarilah murai.com yea   

--------> http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=2798&c=1&s=1


KUALA LUMPUR, 25 NOV 2008:  Bukan lagi rahsia apabila penyanyi tersohor Ziana Zain dilamar oleh KRU Studios (KRU) untuk membintangi filem terbaru produksi berkenaan tidak lama lagi.

Bukan watak biasa, penyanyi Lembah Asmara ini nampaknya menerima pelawaan KRU dengan memegang watak sebagai nenek kebayan bagi menjayakan filem muzikal fantasi bertajuk Magica.


Ditemui portal murai.com.my baru-baru ini, Ziana berkata persetujuan memegang watak berkenaan bukan saja kerana tertarik dengan watak nenek kebayan, malahan juga sasaran tontonannya yang diilhamkan untuk golongan kanak-kanak.

"Filem ini adalah hikayat atau dongeng kanak-kanak dahulu kala di mana dalam satu filem itu nanti terdapat cerita rakyat lain yang akan dipersembahkan oleh pelakon popular tempatan. Satu langkah yang baik kerana pada masa yang sama juga untuk memberi kefahaman kepada kanak-kanak akan kesan yang akan terjadi jika enggan mengikut kata ibu bapa mereka.

"Maklumlah sajalah, kanak-kanak sekarang sudah tidak lagi seperti zaman kanak-kanak dulu yang percaya dengan hikayat rakyat atau dongeng yang diceritakan ibu dan bapa kita. Pada masa yang sama juga memberi kesedaran mereka akan kewujudan cerita rakyat yang bertahan sehingga sekarang," katanya.


Ziana juga tidak menafikan, statusnya sebagai ibu kepada 2 anak turut memberi dorongan yang kuat untuknya berlakon dalam Magica. Tambahnya lagi, dia tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk beraksi dalam filem muzikal yang disifatkan cukup berharga dan sering menjadi rebutan kebanyakan pelakon di luar negara terutama di Amerika Syarikat.

"Apa yang menarik, dalam filem ini nanti saya akan menyanyi dan berlakon. Memang sudah lama saya idamkan untuk berlakon dalam filem muzikal seperti ini. Setakat ini saya tidak tahu siapa yang akan berlakon bersama saya. Mungkin tidak lama lagi pihak KRU akan membuat sidang media berkenaan filem ini. Bagaimanapun apa yang saya tahu watak saya sebagai nenek kebayan," katanya.


Selain Ziana, murai.com.my turut difahamkan pelakon muda berbakat Diana Danielle dan sifu M Nasir serta Mawi turut dilamar untuk menjayakan Magica yang akan memulakan penggambaran awal tahun depan.



Selain bakal sibuk dengan penggambaran, tuah nampaknya sekali menyebelahi penyanyi kening terangkat ini apabila lagunya Dingin ciptaan Azlan Abu Hassan dan Azalea disenaraikan ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik kategori Balada.

Meskipun disaingi penyanyi muda yang hebat, Ziana bagaimanapun positif dan berjanji akan melakukan yang terbaik pada peringkat separuh akhir pada 5 Disember nanti.

"Benda ini semuanya berkenaan nasib dan rezeki. Kalau kita yakin dan tunjukkan usaha, mungkin kita akan bernasib baik. Saya suka sangat dengan lagu ini. Pertama kali membaca lirik lagu ini, saya terus jatuh cinta. Bagaimanapun saya percaya, pertandingan ini bukannya bergantung kepada populariti seseorang penyanyi tetapi kekuatan lagu itu," katanya.

[ Last edited by  elbee at 28-11-2008 11:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 12:04 AM | Show all posts

Reply #79 elbee's post

............

SAYA baru abis baca... thank u
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048398 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list