|
Tunku Muhriz Tuanku Munawir YDP Negeri Sembilan ke 11
[Copy link]
|
|
DAULAT TUANKU!! DAULAT TUANKU!! DAULAT TUANKU!!
Ese ni dongan banggo'eh nak koba'an kek korang semuo.....
ese baru yo pagi tadi mendapek satu kesempatan yang sangat2 bermakno....
dek kerano urusan kojo ese berpeluang jumpo Tuanku Mukhriz...
Walaupun tak dapek bercakap tapi dapek yo mengangkat sembah cara berdopan...duduk sekali dongan Tuanku dalam satu majlis yang samo mmg sangat bermakna bd rakyat biaso mcm ese...kiro eh' ari ni tadi dapek minum pagi dongan Tuanku...meraso lah minum n makan makanan istano.....mmg ese raso best bona laa ari ni...sgt2 best.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tunku Ali Redhauddin Dan Tunku Zain Al'abidin Dikurniai Darjah Kerabat Yam Tuan Raden
KUALA PILAH, 20 Okt (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mengurniai Darjah Kerabat Yam Tuan Raden (D.K.Y.R.) kepada dua putera baginda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al'Abidin.
Darjah Kerabat Yam Tuan Raden ialah darjah kebesaran yang kedua tertinggi di Negeri Sembilan dan diwujudkan pada tahun 1978.
Darjah ini dikurniakan kepada putera dan puteri diraja Negeri Sembilan yang berketurunan Raja Raden ibni Raja Lenggang sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Incik Mod, spelling nama Tuanku salah tu, minta edit kang murka lak ayahanda mertuaku nanti |
|
|
|
|
|
|
|
err dah tukar.ampun tuanku..sembah patik harap diampun.. takpe tuanku kita tak cam TMJ |
|
|
|
|
|
|
|
75# cmf_premierleag
demi memofularkan ayahanda mertua ai maaaaa dah ready baju lip lap dearie? |
|
|
|
|
|
|
|
Tuanku Muhriz pengerusikan mesyuarat
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-219 pada hari pertama di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA
KUALA LUMPUR 4 Nov. – Mesyuarat ke-219 Majlis Raja-Raja bermula hari ini dengan dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Negara di sini.
Mesyuarat itu dihadiri semua Sultan dan Yang Dipertua Negeri kecuali Kelantan, Pahang, Perak, Johor dan Terengganu.
Kelantan diwakili Pemangku Sultan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Pahang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad, Perak oleh Pemangku Sultan Raja Dr. Nazrin Shah Sultan Azlan Shah dan Johor diwakili Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim Ibni Tunku Ibrahim Ismail.
Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.
Mereka masing-masing diiringi Menteri Besar dan Ketua Menteri kecuali Negeri Sembilan yang diwakili Datuk Muhammad Razi Kail, yang dilantik sebagai penasihat sementara Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini. – BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|