|
la....masjid2 ni kan monumen @ model sahaja..
mmg la kecik.
tmpt duduk tu mmg la agk buruk kan tp yg penting sape duduk x panas |
|
|
|
|
|
|
|
dh pegi..penat berjln..panas plak tu..
tp besh..sbb byk monumen2 yg xpenah tgk..
jemputlah dtg |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #64 miss_kikilala\ catat
betul...
lg satu payah sgt nak jaga aurat waktu tu..
kan kite dah basah2 amik air wudhu 2..
pas tu nak lalu g masjid lak.
sepatutnyer kena wat tmpt tu kat dlm |
|
|
|
|
|
|
|
thank you la tepek gambor byk2..kami yang duk kat kuala terengganu ni pun belum lagi pegi...dah selalu sgt pegi time tak siap dlu..la ni bila dah siap malas pulak nak pegi... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #66 Pygmalion\ catat
kawan aku pun kate gitu..
pergi waktu x siap dulu jer |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah masuk masjid kristal nie...time tu panas ya rabbi....terik....tp mmg cantik....replika2 masjid luar tu tak dan nak p tgk...sebab x cukup masa... |
|
|
|
|
|
|
|
lupakan la pandangan2 skeptikal yg hendak mengkritik tujuan pembinaan TTI tu. Aku secara peribadi merasa bangga kerana di terengganu kita punya satu lagi tarikan pelancong yg boleh dibanggakan.Nak harap kita berhabis duit melancong ke tempat2 yang terdapatnya bangunan senibina tu..tak payah mimpilah...paling kuat pun,kalau umur panjang..dapat laah pergi ke mekah dan madinah melihat masjid di sana. yg lain..aku tak mimpi nak pegi.sebab aku tahu, kekangan masa,wang dan tenaga menghalang impian tersebut.
Bagi aku,tiada cacat celanya TTI, rata-rata tourist aku hepi dan berpuas hati. kemudahan excellent, pekerja helpful dan ramah..dari yg jaga tiket sampai lah yg jadi waiter kat cafe. semuanya tip top.
Satu hal yg ngkorang kena ingat menyusuri kegemilangan senibina islam di TTI membuatkan kita benar2 insaf, betapa hebatnya org islam dulu.kebijaksanaan mereka menjangkau pemikiran kita hari ini.Bukan mudah nak membina bangunan2 yg kukuh, berseni dan relevan untuk digunakan hingga menjadi peninggaln sejarah warisan anak cucu.semua ini kalau gagal menyebabkan anda rasa bangga menjadi orang islam...errrm..aku hilang kata-kata.
Samada ngkorang tahu atau tidak, bangunan ini dibina mengikut pelan dan nisbah saiz sebenar contohnya: kalau kubu citadel tu binaan struktur monumen dengan nisbah 1:4 maksudnya saiz sebenar monumen ialah 4 kali ganda dari yg terdapat di TTI. Perkhidmatan tram disediakan untuk mereka yg malas nak berjalan mendekati monumen.Tempat baru, pokok2 teduh pun belum membesar..tahun2 mendatang...suasana TTI akan lebih baik dengan prasarana yg menghijau. Itu janji pihak pentadbiran.Tetapi, bagi mereka yang berminat untuk mendekati dan mengenali secara in person,ada 6 monumen yang menyediakan ampiteater berhawa dingin dimana anda berpeluang melihat galeri pameran dan menonton dokumentari.aku sarankan,ambil peluang ini untuk menghayati dan mengenali monumen ini dengan lebih hebat lagi.
menyusuri TTI barulah aku mengetahui, - 4 menara di sekeliling tajmahal itu di bina bukan saja-saja, ia sebagai lambang 4 janji shah jehan kepada isterinya mumtaz, - monumen Great mosque of samara di iraq itu sebenarnya hanyalah 1/4 dari keseluruhan masjid itu.uniknya, pak bilal akan menaiki kuda untuk naik ke puncak dan melaungkan azan,- tahukanh anda, masjid kudus minar di pulau jawa diperbuat dari batu-batu yg dikutip dari gunung berapi. - lagi satu ngkorang mesti heran melihat masjid agadez di nigeria yg dibina dari tanah liat,dan perancah kayu tu diletakkan disitu bertujuan untuk dijadikan sebagai pemijak sekiranya memerlukan kerja-kerja menampal tanah liat yg gugur atau tertanggal. Rasionalnya, di nigeria jarang hujan..jadi masjid dari tanah liat nih sebenarnya meredupkan suasana dan menyejukkan suhu..nampak ringkas tapi cantik dan unikkan? menara kalyan tu, selain dijadikan tempat pak bilal melaungkan azan...aku difahamkan ia juga dijadikan untuk menghukum orang2 yg melakukan jenayah berat. caranya,pesalah dibawa ke puncak menara dan di tolak jatuh....huhuuh...gayat beb!
tugas aku sebagai pemandu pelancong memberi aku peluang mempromosi TTI kepada pelancong. Aku bangga bila ramai pelancong luar terpesona dengan insiatif kerajaan terengganu. |
|
|
|
|
|
|
|
70# Lordraziel
kalu sume kos replika tuh di bagi pd anak yatim,progam2 keagamaan lagi bagus..boleh mghasilkan umah yg beriman gitu drp menghasilkan umat yg rasa berbangga akan kemegahan Islam dgn melihat repilka2 sedangkan Islam dlm diri hanya sekadar nama.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku anggap,hal-hal islam dalam diri tu hal peribadi. Apa yg aku rasa dan buat adalah sekadar sumbangan kecil aku sebagai org islam yg kerdil,jahil dengan rendah hati.Ibaratnya,sama lah macam aku sebagai ummat yg mengkagumi keperibadian nabi muhammad, padahal jumpa dia pun tak pernah tetapi peninggalan dia gagal meruntuhkan rasa cinta dan sayang KITA pada dia. Benda-benda mcm nih, pada pendapat aku yg jahil nih...boleh juga menyuburkan iman dan menerbitkan rasa malu pada agama dan Allah kalau nak melakukan maksiat. Bab2 islam pada nama tu..kita muhasabah diri sendiri lah kenapa boleh jadi macm tu..mak bapak kita ke, atau diri sendiri ke..atau iman kita sendiri yg lemah dan mudah dijentik oleh anasir liar yg terpesong..tepuk dada lah kawan.
Tapi, aku tetap rasa kagum dengan effort kerajaan terengganu.Sekurang2nya, hanya orang yg hendak tahu saja yg sanggup membayar untuk masuk ke TTI. kadang2 aku terfikir...dengan kos pembinaan yg mahal A famosa water park dan sunway lagoon masih kekal sampai hari nih ..entarnce semahal RM40 per person pun org sanggup masuk, tapi bila sebut TTI ...hal-hal memakmurkan masjid dan pameran kesenian islam...org start komplen, lihat ia tidak relevan dan melihat dgn penuh hasad. Padahal, org luar melihat dgn rasa cemburu.
Aku faham, ada yg rasa tak senang dengan cerita di belakang tabir ttg pembinaan TTI yg dianggap satu bentuk pembaziran.Kalau nak fikir mcm tu...payahla dan aku tak berminat nak komen sbb banyak benda lain yg boleh dikategorikan sebagai pembaziran. Letup2 bunga api tu lagi laa teruk membazirnya, Rasanya kat malaysia nih, tak kurang kegiatan keagamaan...musabaqah peringkat kebangsaan dan antarabangsa...ramai keh yg datang tengok kalau nak banding dengan karnival jom heboh(sekadar contoh).
Rasanya, anak-anak yatim kat msia nih paling makmur, jauh lebih baik dari di negara lain mcm kat indonesia,bangladesh dan negara2 membangun lain.aku pernah tengok, panti asuhan di indonesia bawak satu katalog gambo kanak-kanak yatim pengajian tahfiz kepada pelancong aku untuk membolehkan mereka memilih anak angkat dgn cara menyumbang pengajian budak2 tu dari jauh secara konsisten. Caranya pilih anak mana yg mereka suka dan tiap2 bulan sumbang wang ke dalam akaun.mereka panggil sbg investment akhirat. Rasanya anak yatim di malaysia tak la sampai peringkat mcm tu.tidak perlu keluar dari malaysia untuk meminta derma.Malah anak -anak yatim di malaysia kerap di raikan.kalau tak percaya, tengokla bulan ramadhan nih...kalender rumah anak yatim sentiasa penuh dengan undangan jamuan. wpun ini nampaknya mcm aktiviti bermusim, aku percya anak yatim di malaysia tidak terabai.
Aku bukan emosi beb cuma...frust skitlah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|