CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatali

Empayar Benua Islam Siam

[Copy link]
Post time 26-2-2009 03:24 PM | Show all posts
Jadi orang siam ngan orang thai tak sama la?

Tapi sebenarnya sejarah silam Melayu dan Islam di asia tenggara amatlah hebat.

Melaka, dikatakan bukan berasal dari nama pokok, tetapi dari perkataan Malik, yang bermaksud Agung/Hebat.

Melaka dikatakan sebuah kuasa besar di SEA, yang jajahannya tersebar dari lautan hindi sampailah kepulauan pasifik.

Melaka dikatakan sebagai salah satu dari wilayah berpusat yang bernaung di bawah sistem keKhalifahan/keSultanan Uthmaniyah, sebagai proxy khalifah di SEA. Itu sebabnya Raja Melaka dan pemerintah2 Islam di SEA memakai gelaran Sultan.

Dan segala keSultanan di SEA ini seperti Sultan Sulu, keSultanan di Sumatra termasuk KeSulatanan Siam membayar ufti serta samiqna wa atoqna kepada Empayar Melaka.

History atau His Story, adalah sesuatu yg subjektif, yang lepas dan silam. Kebenaran tentangnya bleh diragui terutama yang ditulis oleh musuh2 Islam dengan harapan agar kehebatan Islam itu tenggelam serta lenyap takmungkin membara lagi, seperti kisah2 serta sejarahnya yg dikuburkan dan disembunyikan.

Apa2 pun, aku yakin akan kewujudan kerajaan Islam Siam ini. Lagipun sejarah memang membuktikan bahawa orang thai memang berhijrah dari burma myanmar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 03:52 PM | Show all posts
Pembaca-pembaca perlu membaca keseluruhan tuliisan dalam web tersebut.Dengan berbuat demikian baru kita akan menemui pelbagai kecelaruan yg bukan sedikit keserabutannya.Untuk menganalis perkara yg dipaparkan didalam blog tersebut pembaca perlu tahu dari mana asalnya perkataan Kedah Pasai Ma.Siapa Hang Tuah,Siapa Tun Saban,siapa Sultan Acheh Mahkeuta Alam yang sangat terkenal tu.Siapa Long Jaafar dan banyak lagi nama yang ditimbulkan didalam blog tersebut.Dengan mengenali nama-nama tersebut barulah kita dapat mengadili penulisan didalam blog tersebut.Saya yakin ramai yg kurang mengehtahui sejarah Tun Saban yg berlainan zaman dengan Hang Tuah itu.Sejarah Iskandar Mahkeuta Alam juga perlu diketahui.Barulah kita dapat menilai betapa tidak betulnya apa yg ditulis.Oleh kerana ada sesetengah forumer yg mendakwa sejarah Kedah yg ada sekarang di tulis oleh Marhum Melaka AsSultan Ahmad Tajuddin,satu soalan yg perlu dijawab ialah adakah sejarah Negeri Perak dan Acheh juga di auta oleh Sultan itu.Manuskrip asal undang-undang Kedah yg didakwa wujud juga gagal dikemukakan.Malah salinannya juga tak dapat dikemukakan.Terpulanglah pada pembaca samaada ingin mengkaji atau ingin mempercayai blog  tersebut bulat-bulat dengan cogankata terkenal penyokong blog tersebut iaitu "sejarah ditulis oleh orang yg menang" sebagai kaedah terakhir untuk mempertahankan apa yg ditulis didalam blog tersebut.Saya dah banyak kali mengulas perkara yg sama.Cuma terpaksa mengulanginya kerana ada pembaca dan forumer yg baru mengehtahui akan artikel blog ini dan menjadi teruja sama seperti terujanya saya ketika mula membacanya lebih kurang 2 tahun lalu.Perkara ini telah lama dibahaskan.Malah ramai yg dah tahu betapa mengarutnya artikel blog tersebut yg mencampurkan Sejarah benar dengan tulisan karut mereka.

[ Last edited by  sayapghaib at 26-2-2009 03:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 04:16 PM | Show all posts

Reply #62 sayapghaib's post

yes..orang portugis adalah bugis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2009 04:47 PM | Show all posts

Balas #62 sayapghaib\ catat

Betul la tu...antara punca kegagalan kita memahami sesuatu sejarah yang "baru" ialah kerana kita telah "hadam" dengan sejarah yang telah dibukukan...yang kita anggap sebagai benar dan muktamad ! Apabila ada orang yang mengemukakan suatu "cerita" yang baru tentang sesuatu peristiwa sejarah pasti akan ada yang mempertikaikannya. Soalan yang biasa saya terima ialah..."apa otoriti anda?"..."apa kelulusan anda?" Sehinggalah sesuatu peristiwa yang memang benar akan dianggap "mengarut" kerana orang yang membawa cerita tu hanya "orang tua"..."orang kampung". Ada yang berhujah..."tiada dalam buku"...memang lah banyak peristiwa sejarah yang BENAR tidak dibukukan...DIGELABKAN ! Untuk apa ??? Supaya  "RAHSIA KONSPIRASI" tidak terbongkar. Terus-terang saya katakan bahawa ramai "pemerintah" hari ini naik kerana BERSEKONGKOL dengan PENJAJAH. Mereka naik kerana mereka menerima NASIHAT penjajah...kemudiannya semua bukti-bukti berkenaan dengan "pemerintah" yang asal "digelabkan". Bukti-bukti tentang kewujudan "pemerintah" yang sebenar dimusnahkan...kemudian dicipta bukti-bukti baru bagi menyokong mereka yang menjadi TALIBARUT penjajah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 08:10 AM | Show all posts

Balas #64 tongkatali\ catat

sy stuju dgn saudara tongkatali..mmg byk sjarah asal kita disembunyikan.
mmg blog sejarah negara kedah ni cuba membuktikan kehebatan kerajaan islam yg hebat suatu ketika dlu.sy juga tahu yg candi di lembah bujang,kedah tu bknnya tmpat utk menyembah berhala tp ianya adalah tmpat utk umat islam (islam sblum kedatangan Rasullullah S.A.W) beribadat.buktinya telah diperkatakn oleh saudara dlm post yg lepas.
sy igt saudara adalah dr mereka (keturunan Tuan Nai Long) yg cuba menuntut takhta kesultanan kedah!mnta maaf la krana salah anggapan!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 26-2-2009 04:47 PM
Betul la tu...antara punca kegagalan kita memahami sesuatu sejarah yang "baru" ialah kerana kita telah "hadam" dengan sejarah yang telah dibukukan...yang kita anggap sebagai benar dan muktamad !  ...


Ikut suka saudaralah.Cuma nak bagitau saya tidak pernah menganggap Sejarah yg dibukukan dan digunakan sebagai teks sekarang ini sebagai muktamad dan semuanya benar.Banyak sejarah yg lupus dan belum dapat dirungkaikan.Pertarungan diantara Sheikh Saman(Hang Tuah) dengan sahabatnya Hang Jebat juga sebenarnya tidak pernah menyebabkan kematian kerana ia berakhir dengan Hang Jebat mengambil keputusan keluar dari Melaka.Saya tidak akan mudah percaya kepada blog yg dikemukakan dengan bukti-bukti lemah dengan kubur-kubur lama dan lukisan portait Raja-rajanya tanpa mengemukakan bukti kukuh seperti Tambo ataupun salinan Manuskrip asal undang-undang Kedah yg didakwa wujud itu.Dengan memberi tarikh atau tahun yg sangat tidak munasabah saya,saya harap pengemudi blog ni memunasabahkan perbezaan tarikh atau zaman Hang Tuah,Tun Saban,dan Iskandar Mahkota Alam yg didakwa org yg sama itu supaya ramai orang akan lebih percaya kepada Blog ni.
      Ya betullah Portugis itu Bugis.Daeng Parani, Sasterawan Negara Arenawati  dan ramai masyarakat Bugis di Johor dan Makassar itu sama bangsanya dengan Cristiano Ronaldo,Deco dan Luis Figo.Benarlah Hang Tuah itu Narai yg hidup beratus tahun dari Zaman Sultan Muzaffar Shah hingga menjadi Sultan Acheh iaitu Iskandar Mahkeuta Alam hingga tiba-tiba turun semula pangkatnya menjadi Bendahara Perak Tun Saban hinggalah mati ditembak dengan istinggar Megat Terawis itu kerana memberontak menentang Sultan yg mengambil anak daranya.Rupanya Hang Tuah pun menderhaka  kepada raja.Hebat sungguh empayar Siam ini yer.

Takpa.Saya nak ucapkan

Selamat berjaya.

Selamat merapu

Selamat menuntut Takhta Negeri Kedah.Lepas tu tuntut pula takhta Kelantan ker Tganu ker.Tuntut jangan tak tuntut.Ops lupa pulak.Benua Siam Pasaima ni kan samapai kat Johor nun.Tuntut semua sekalilah baru ok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2009 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 26-2-2009 04:47 PM
Betul la tu...antara punca kegagalan kita memahami sesuatu sejarah yang "baru" ialah kerana kita telah "hadam" dengan sejarah yang telah dibukukan...yang kita anggap sebagai benar dan muktamad !  ...


ops adakah anda dah baca kesemua yg ditulis dalam blog tu.Mungkin sejarah diorang tak ada dalam buku.Tapi diorang ada bukti dalam catatan mikrofilem.Mana mikrofilem tu.Tanya kat dioranglah.Mungkin diorang tak nak paparkan kerana mikrofilem undang-undang Kedah diorang bertulis rumi kot.saya tidak memerlukan autoriti khas untuk menafikan perkara yg jelas merapu.Cuma rasa tanggungjawab untuk membetulkan fakta yg tak benar spt cerita portugis dan cerita Hang Tuah kat dalam blog tu.Sama juga diorang tidak memerlukan autoriti untuk merapukan sejarah.Sekali lagi saya nyatakan bahawa jangan mencampurkan perkara benar dengan perkara palsu untuk menampakkan perkara yg didakwa itu benar-benar berlaku.Yang benar tetap benar dan yg palsu tetap palsu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by sayapghaib at 27-2-2009 12:54 PM


ops adakah anda dah baca kesemua yg ditulis dalam blog tu.Mungkin sejarah diorang tak ada dalam buku.Tapi diorang ada bukti dalam catatan mikrofilem.Mana mikrofilem tu.Tanya kat dioranglah.Mu ...


kau dah tgk/baca ke buku undang-undang kedah yg DBP terbitkan dlm edisi rumi tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2009 06:57 PM | Show all posts
hmmm.... org2 malaysia  kite amat sensitif dgn hang tuah n empayar melaka...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 07:15 PM | Show all posts

Reply #66 sayapghaib's post

oit oit...aku sarkastik jek oi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2009 10:02 PM | Show all posts
Originally posted by fuel_i at 27-2-2009 08:10 AM
sy stuju dgn saudara tongkatali..mmg byk sjarah asal kita disembunyikan.
mmg blog sejarah negara kedah ni cuba membuktikan kehebatan kerajaan islam yg hebat suatu ketika dlu.sy juga tahu yg cand ... syigt saudara adalah dr mereka (keturunan Tuan Nai Long) yg cuba menuntuttakhta kesultanan kedah!mnta maaf la krana salah anggapan!


Saya bukan keturunan "NAI"....tapi "NIK"...asalnya bercampur antara "SYED" & "TENGKU/TUAN"...saya memang tiada kaitan dengan sejarah "SIAM ISLAM" tetapi keturunan saya mempunyai sejarah yang panjang dan pernah berperang dengan SIAM (tak tahulah Siam Islam @ SUKHOTAI)...kemudian kalah lalu membawa diri. Saya mengambil sikap MERAIKAN apa sahaja pandangan baru mengenai peristiwa sejarah iaitu cerita sejarah yang lain sikit dari yang dibukukan yang dulunya saya gelarkan sebagai SEJARAH ALTERNATIF. Memang tidak mustahil mungkin banyak fakta yang cuba dibawa oleh golongan NAI ini "memeningkan"...kalau tidak salah sepenuhnya...tetapi kita perlu meraikannya sebagai satu yang perlu difikirkan...perlu dihujahkan secara ilmiah. Sekurang-kurangnya beberapa fakta yang dikemukakan adalah benar dan diakui benar umpamanya...terdapat bukti-bukti yang menunjukkan wujudnya kesan-kesan MASJID di Kota Ayuthia, bukti dalam Sejarah Melayu sendiri tentang adanya pusat-pusat pengajian Islam di Kota Ayuthia...dan terbaru seperti yang didedahkan oleh Majalah 3, seperti yang saya jelaskan di atas sebelumnya. Berkemungkinan kesilapan yang berlaku adalah disebabkan oleh sikap bangsa Melayu itu sendiri...kita sebenarnya kurang menulis dan mengkaji...menjadi budaya dalam penulisan sejarah Melayu lama di mana kita tidak mementingkan TARIKH @ TAHUN. Biasanya tarikh @ tahun ditandakan dengan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku seperti "bah besar", "hijrah Rasul" dan sebagainya. Akibatnya jika berdasarkan "kaedah" ilmiah sekarang, teks atau cerita tersebut tidak lagi dianggap benar atau fakta...ia banyak menjadi dongeng atau lagenda...inilah masalahnya ! Apa yang jelas, semakin banyak kita mengkaji sejarah Melayu / Islam di Nusantara, semakin banyak RAHSIA akan terbongkar...kita akan dapati terlalu banyak benda yang cuba disembunyikan...walau bagaimanapun ia umpama menutup bangkai gajah dengan daun nyiru...akan terdedah juga akhirnya. Saya tidak tahu kenapa ada pihak-pihak tertentu yang bermati-matian cuba melindungi sejarah sebenar...seolah-olah ada KONSPIRASI PERINGKAT TERTINGGI ! Atau adakah ini PLAN ALAM terutamanya plan alam akhir zaman ? Saya merasakan sudah sampai masanya sejarah yang bertulis hari ini dikaji semula..kesemuanya !

[ Last edited by  tongkatali at 27-2-2009 10:03 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2009 10:11 PM | Show all posts
Originally posted by sayapghaib at 27-2-2009 12:34 PM


Selamat menuntut TakhtaNegeri Kedah.Lepas tu tuntut pula takhta Kelantan ker Tganu ker.Tuntutjangan tak tuntut.Ops lupa pulak.Benua Siam Pasaima ni kan samapai katJohor nun.Tuntut semua sekalilah baru ok....


Kesian abang "sayap" kita...jangan la emosional sangat. Saya tidak pernah kata apa yang ditulis dalam blog tersebut betul...saya cuma meraikan perbezaan cerita...kemudian kita bincanglah ! Payah juga nak pastikan benda-benda yang dah "ghaib" ni...melainkan kita boleh bawa mereka yang telah mati tu dan "dakwa" mereka ! Ayuh mari kita raikan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 11:27 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 27-2-2009 10:11 PM


Kesian abang "sayap" kita...jangan la emosional sangat. Saya tidak pernah kata apa yang ditulis dalam blog tersebut betul...saya cuma meraikan perbezaan cerita...kemudian kita bincanglah ! Pa ...


aku pun pelik jugak. apa hal yg emosional sgt. dan aku masih menanti jawapan: sudah tgk/baca buku undang-undang kedah YG DIKELUARKAN OLEH DBP tu. bukan main teruk kena hentam buku tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2009 12:58 PM | Show all posts
jangan gado2

ayu ada jgk baca blog tu dah 2 tahun lebih dah. ada jugak fakta yang memeningkan kepala. n kenkdg tak brapa suka dgn pengendali blog yg kenkdg 'hangin' semcm. sorry lah klau kat sini ada geng anai2 tu. but this is just my personal opinion :victory:  
tapi certain2 benda tu, bila tgk balik mcm ada fakta yang perlu dikaji dengan lebih mendalam lg.

sebagai contoh, ayu tertarik dengan motif "teratai" yang dikatakan dalam blog tersebut. 2 minggu lepas ayu pi muzium negeri kedah, kat situ ada dipamerkan beberapa barang yang bermotifkan teratai. barang2 tersebut diakatakan dibawa oleh pedagang cina. hari rabu lepas ayu pi muzium arkeologi plak, juga ada barang dan artifak yang bermotifkan teratai. mmg menarik kalau difikirkan. cuma, i'm still confius pasal agama ni, camana tanah melayu ni beragama hindu-buddha. agama hindu dulu ka, buddha dulu ka, or serentak? otai2 leh tolong explain tak hal ni. rasanya, byk benda ygi perlu dikaji lagi...

as long as benda tu betul, rasanya takdak masalah klau nak diterima akal. cuma klau sesuatu tu nak diterangkan, biarlah dengan cara yang berhikmah....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2009 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by sayapghaib at 27-2-2009 12:54 PM


ops adakah anda dah baca kesemua yg ditulis dalam blog tu.Mungkin sejarah diorang tak ada dalam buku.Tapi diorang ada bukti dalam catatan mikrofilem.Mana mikrofilem tu.Tanya kat dioranglah.Mu ...

rasanya, ayu penah baca comment kat blog tersebut. diorg tak penah pun bgtau pasal microfilem UUK ni

yang diberitahu, buku UUK yg diterbitkan oleh DBP ni diberikan oleh saudara naim kepada Nai Long Kassim utk rujukan. hal ni diakui sendiri oleh saudara naim. bukan dalam bentuk mikrofilem. klau salah tlg betulkan. jgn marah yer
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2009 08:31 PM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 27-2-2009 07:15 PM
oit oit...aku sarkastik jek oi



Tahu .Saja je tulis camtu.Bukan ditujukan dekat Tuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2009 09:01 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by tongkatali at 27-2-2009 10:11 PM


Kesian abang "sayap" kita...jangan la emosional sangat. Saya tidak pernah kata apa yang ditulis dalam blog tersebut betul...saya cuma meraikan perbezaan cerita...kemudian kita bincanglah ! Pa ... [/quote

Tak emosional  pun.Sebenarnya seperti saudara ,saya pun teruja dengan kemunculan blog tentang sejarah Kedah Pasaima ni pada mulanya.Namun setelah mengikutinya satu-persatu mula nampak sejarah yg benar mula dibaurkan dengan yg tak benar.Contohnya tentang satu cerita berkenaan dengan satu tokoh dari Kelantan yg dibantah oleh seorang forumer yg memang mahir dengan Sejarah Kelantan.Blogger juga menulis dengan terburu-buru seolah-olah tangkap muat atau mmg betul-betul tangkap muat dengan mengaitkan hampir semua kawasan di Tanah Melayu dengan Kedah Pasaima tanpa kekukuhan bukti.
Menyamakan Bangsa Portugis dengan Bugis bagaikan mahu memperlekehkan minda pembaca dengan alasan Portugis  dibenarkan bertapak di Goa di selatan
India oleh Moghul Islam sedangkan Moghul hanya menguasai India puluhan tahun selepas Portugis menguasai Melaka.Mungkin juga pengendali blog keliru denga Goa di India dengan Gowa di Makassar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2009 09:23 PM | Show all posts
Originally posted by ayugirl23 at 1-3-2009 01:05 PM

rasanya, ayu penah baca comment kat blog tersebut. diorg tak penah pun bgtau pasal microfilem UUK ni

yang diberitahu, buku UUK yg diterbitkan oleh DBP ni diberikan oleh saudara naim kepa ...



Mikrofilem salinan asal UUK didawa wujud oleh seorang penyokong blog ini kpd saya.Kita nak juga tahu tentang salinan asal uuk samaada dalam bahasa apa
,tulisan apa,Siamkah ,Melayukah,tulisan Jawikah,tulisan Siamkah.Yang pasti mustahil bertulis rumi.Nak juga kita tahu hubungkait UUK dengan Ayuthia ini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2009 11:15 PM | Show all posts
Originally posted by sayapghaib at 1-3-2009 09:23 PM



Mikrofilem salinan asal UUK didawa wujud oleh seorang penyokong blog ini kpd saya.Kita nak juga tahu tentang salinan asal uuk samaada dalam bahasa apa
,tulisan apa,Siamkah ,Melayukah,tulis ...

penyokong blog ke pengendali blog? sapa penyokong blog tu?
sbb klau tak silap, pengendali blog hanya ada buku UUK terbitan DBP tu.
dan hal ini diakui oleh saudara naim sendiri kepada saya.

[ Last edited by  ayugirl23 at 1-3-2009 11:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 03:51 PM | Show all posts
Ramai penyokong blog ini yg mungkin Pengendali blog ini sendiri tidak kenali.Pernah penulis mendapat mesej yg meminta penulis lihat dulu bentuk salinan kepada salinan asal UUK dan memang penulis tak temuinya dalam blog ini.Bila penulis tanya balik kat mana mikrofilemnya ,sampai sekarang tidak dibalas.Menjadi tanggungjawab Pengendali Blog supaya dapat memaparkannya dan tidak bergantung dengan terjemahan DBP.Dan jika salinan asal UUK ini dilampirkan pun ia tentulah berisi kan perkara tentang undang-undang dan bukan sejarah susur galur lengkap keturunan.Untuk yg keberapakali saya ingin nyatakan bahawa saya tidak menentang sepenuhnya cerita didalam blog ini seperti Islamnya Ayuthia dan beberapa perkara lagi.Cuma menegaskan sejarah yg sebenar janganlah dicampurkan dengan yg mengelirukan dan seolah-olah pembaca blog itu zero dalam pengehtahuan sejarah.Janganlah juga bila ada orang yg menentang sesuatu cerita dalam blog ini terus dia dianggap terlalu masak dengan sejarah yg diriwayatkan oleh penjajah.Jika dah masak dengan tulisan penjajah tak mungkin penulis sanggup berbahas dengan pensyarah tentang hikayat Pahang yg bagi penulis digarap oleh Clifford.Begitu juga dari dulu lagi penulis sangat tidak suka dengan tulisan dan pendapat Munsyi Abdullah tentang orang Melayu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.156347 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list