CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[MERGED]Kisah Misteri UKM~ by Syd & cik.panda

[Copy link]
Post time 29-6-2009 11:19 AM | Show all posts
60# kyleril

Sekadar pandangan, agak pelik mangsa mendalami agama Islam dengan mengikuti kelas agama di Serdang kemudian ditemui mati...mati dalam keadaan biasa mungkin leh terima tapi mati terjatuh dari bangunan agak sukar diterima kerana mangsa perlu untuk panjat atau tergelincir melainkan kalau ade unsur2 khianat....camne pun ini hanya spekulasi RK jer...

Al Fatihah bagi mangsa dan takziah pada keluarga die!

P.S: Tgk pic mangsa nie ade rupa orgnya...putih gebu....adakah ada pihak2 yg jeles atau marah cintanya ditolak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2009 12:18 PM | Show all posts
61# rurouni_khairul



tgk gambo dia ktner?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2009 12:35 PM | Show all posts
motif tiba-tiba kuar gambo blur gitu?

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 01:59 PM | Show all posts
bkn ke dlu ade cite pasal harun din buang bnde halus kat ukm ni smpai 1 bas..
aku duk bangi dekat ngn ukm ni..hrmmm..cite ni dlu pon time aku knk2 huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2009 07:25 PM | Show all posts
Kisah Ustaz Haron Din pindahkan jin menggunakan Bas adalah tidak benar

Masih kedengaran di seluruh negara yang memperka­takan kehebatan Dato’ Dr Haron Din ‘memindahkan’ jin dari sebuah kawasan ke tempat lain menggunakan beberapa buah bas.

Kata Ustaz Haron yang juga pengamal perubatan alternatif Islam, perkara ini sudah lama timbul dan berlaku agak lama, ia ber­kaitan bantuan dan khidmat beliau kepada Universiti Kebangsaan Ma­laysia (UKM) pada 1980-an.


Pada hari kejadian kata­nya, berlaku histeria ataupun fenomena rasuk di kalangan pelajar dan pekerja di UKM. Puncanya dikaitkan dengan dua pokok besar yang condong ke bangunan Canselori. Kontraktor tidak berani tebang. tetapi akhirnya beliau mengambil kepu­tusan menebang sendiri dan seterusnya membakar pokok tersebut.

“Makhluk halus yang mendiami pokok tersebut mengamuk kerana mereka mendakwa bahawa itu adalah tempat  kedia­mannya. Saya berjaya mententeramkannya dengan pertolongan Allah dan kea­daan menjadi elok selepas itu,” kata Ustaz Haron Din.

Begitu juga katanya, dengan satu kejadian yang ada hubung kait dengan dua pokok besar lagi di UKM yang tidak sanggup ditebang kontraktor wa­laupun ditawarkan harga tiga kali ganda. Kedua-dua pokok tersebut jika ditumbangkan akan terkena tiang elektrik dan juga landasan kereta api KTM berhampiran.

‘Pihak UKM memanggil saya untuk menebangnya. Saya bersetuju dengan dua syarat iaitu tidak menerima sebarang upah dan minta pihak UKM menghubungi pihak KTM menangguhkan seketika perjalanan kereta api dan TNB harus pastikan tidak berlaku pintasan elektrik.”

Memandang pokok besar itu berhampiran sebuah kuil Hindu, seorang sami memberi amaran agar beliau tidak menebang pokok tersebut. Jika tidak dakwanya, akan berlaku malapetaka atau menye­babkan kematian orang­-orang di sekitar.

Ustaz Haron tidak men­jawab amaran itu, sekadar berkata: “Saya tetap akan tebang pokok ini dan saya tidak mahu perkara tidak baik berlaku.”

“Saya tebang sendiri dengan seorang pembantu menggunakan ‘jigsaw’ (gergaji berantai). Memang benar ada keganjilan pada pokok itu kerana ia tidak tumbang pada mulanya walaupun nampak hampir putus. Setelah menggu­nakan kaedah tertentu, akhirnya ia tumbang juga,” katanya.

Dua kejadian ini katanya disaksikan hampir 200 orang. Ada yang mendak­wa membantu beliau memindahkan makhluk halus itu menggunakan kenderaan dan melepas­kannya ke Pulau Pinang. Ada juga yang mendakwa, nampak makhluk halus itu dalam has dan menga­kibatkan bas tersebut menjadi berat.

“Tidak benar sama sekali cerita itu. Saya memin­dahkan jin menggunakan kaedah tertentu dan saya berjaya berhubung dengan jin tersebut menggunakan kaedah ‘frekuensi’ dan akhirnya jin-jin tersebut bersetuju untuk berpindah,” katanya.

[(Petikan dari Akhbar Harakah Bil. 1333 (16-30 April 2007)]
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 09:11 PM | Show all posts
owhho..baru ku tahu..
maceh en. Syd
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2009 09:34 PM | Show all posts
mulut org,
mcm2 versi kuar
empunya diri kuar kenyataan br la bt0l
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2009 10:03 AM | Show all posts
dari utara, yakni UUM
hinggalah ke selatan

kisah harun din naik bas sesama jin
menjelajahi satu malaya

tak pecaya, esok esok
musti dorang ckp
jin tu kat sabah sebenarnya

hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2009 02:05 PM | Show all posts
owh..bru taw cite sbnr nye..
Tenkiu syd..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 02:52 PM | Show all posts
erk...syd...cepat je ko pi tepek gambo arwah tu...
ekceli semalam aku gugel gak...n dh tgk gambo yg sama...
tapi aku ni xreti bab tepek mentepek..so aku tgk jela...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 04:12 PM | Show all posts
camana la boleh terkeluar cerita bas plak? camtu la mulut manusia

padahal Ustaz Haron Din pindahkan guna kaedah lain...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 05:05 PM | Show all posts
al fatihah untuk arwah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 09:34 PM | Show all posts
al-fatihah..aku dulu pn ukm gak..nasib baik xpnah jmpa paper..dahla selalu kuar lwat malam lpak husin..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 12:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 07:34 PM | Show all posts
wah..ni gmbr betul ker ni.biar benor..mana dapat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2009 08:52 PM | Show all posts
laaaa

kat paper2
sepanjang kes ni tgh hangat tu hari

mmg ada kuar kat paper muka dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2009 09:37 PM | Show all posts
erk..aku xbace paper..huhuhu..patutla
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 08:57 AM | Show all posts
75# xiemean

yes gambar betul.
kat lama web ukm lah
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 02:00 PM | Show all posts
59# cmf_premierleag

Tangga depan Dato' Onn tak berapa berani la kalu sorang2. dah ler semak tinggi (dulu la, la ni tak tau le cam mana rupanya..) ada pulak kera dok asyik cak cak org naik turun situ ...

Tangga depan FSKK ok lagi la sbb ada lampu, pastu sekitarnya tak le bersemak ... kira tu dah abis berani ler tuh, naik tangga mlm2, sorang2 hahah... sib baik setahun je dok situ hahah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 02:16 PM | Show all posts
aik ade dak mrsm kt ke???...ekeke

green lady tuh kat mckk ler...kat mrsmkt...hantu lompat2...
pressor Post at 26-6-2009 05:45 PM


kat mrsm kt pun ada kisah urban lagend nih ... mentang2 ler ada kolam yg dah penuh algae in between asrama lelaki n pompuan (asrama dulu la, la ni tak tau mana rupa mrsm kt). mcm2 kisah lagi iols dengar ... kalu tanya budak2 kt tahun 92/93, maybe dia org ingat kot ada sorang budak lelaki 'buangan' dr mrsm muar, asyik je kene rasuk, siap silat2 lagi huhuhu... tapi 2 tahun iols kat sana tak penah terserempak apa2 pun ... cuma antara memori yg tetap terpahat ialah bangunan wisma pelajar hangus terbakar... abis kain ku yg kat kedai dobi atas tu ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.055032 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list