CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** JEMARI SENI (Bahagian 2) **

  [Copy link]
Post time 12-10-2009 08:33 AM | Show all posts
59# hunt_fear

dah cik hunt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2009 11:12 AM | Show all posts
Saya dah beli buku baru Ruby Hazari PERCAYALAH   AKHIRNYA...  
Ya lah kisah Atiqah yang telah berkahwin dengan Daniel.
Tapi masih juga mengharungi dugaan demi dugaan.

Tapi akhirnya bahagia juga untuk Atiqah....

Nak tau bacalah sendiri!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 07:19 PM | Show all posts
59# hunt_fear

ada jumpa buku ni
tp tak beli sbb tak pernah baca review kat mana mana

ada sesapa dah baca?
best tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 12:08 PM | Show all posts
63# Incanto

saya cadangkan incanto baca komen-komen di laman web JS, ada beberapa komen pembaca untuk KMR di sana

Kemilau Mutiara Raudhah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 07:26 PM | Show all posts
Oleh Nurul Farina Nazlan
[email protected]

jenayah diburu sindiket dadah antarabangsa

DAME Zoete Sarah, novel kedua Khairyn Othman membawa pembaca meneroka dunia wartawan melalui watak utamanya, Sarah Adam yang terpaksa berdepan dengan cabaran kewartawanan termasuk ugutan yang mengancam nyawa mereka, walhal kesilapan dilakukan oleh orang lain.

Pengarang muda ini mengambil langkah berani dalam membawa plot yang berbeza daripada kebanyakan novel di pasaran bagi memastikan pembaca dapat dihidangkan dengan jalan cerita malar segar, serentak itu mereka dapat memahami sedikit sebanyak tugas sebagai wartawan jenayah yang banyak terdedah dengan pelbagai bahaya

Novel yang menyorot kisah Sarah sebagai anak yatim dan hidup sebatang kara, bertugas sebagai wartawan, bukan saja berdedikasi , tetapi juga tampil dengan perwatakan sahabat yang budiman sehingga sukar dikesan apakah perasaan sebenar.

Pengarang sedar keperluan menggunakan latar yang meyakinkan apabila membawa kisah Sarah yang terpaksa melarikan diri daripada sindiket dadah yang memburunya sehingga membawanya jauh ke Indonesia dan Belanda untuk menyelamatkan diri.

Pembaca dibawa menelusuri kehidupan Sarah, wartawan akhbar di Johor Bahru berubah selepas bertemu penagih yang cedera dalam perjalanan pulang ke rumah, apabila penagih berkenaan memberikannya bebuli kecil berisi cecair jernih dan memintanya mencari lelaki bernama Rod.

Bermula daripada peristiwa itu, Sarah mengesyaki dirinya sentiasa diekori oleh mereka yang tidak dikenali, tetapi tidak mampu menghuraikan persoalan yang menghantui fikirannya kerana penagih dadah itu mati sebelum ambulans tiba pada hari kejadian.

Pembaca pasti tidak sabar untuk menyorot kisah Sarah dengan lebih mendalam apabila gadis itu akhirnya terperangkap dalam kemelut sindiket dadah antarabangsa sehingga mengakibatkan dirinya dituduh sebagai pengedar dan lebih parah, pembunuh.

Di samping itu, Sarah juga menghadapi masalah apabila dia sentiasa dipandang serong pegawai polis, Salim yang digelar ‘Encik Selamat’ yang sentiasa memandang rendah kepada kemampuannya sebagai wartawan terutama ketika mengendalikan berita jenayah.

Keadaan Sarah menjadi bertambah sulit apabila dia bukan saja diburu pasukan keselamatan negara dan kumpulan penjenayah, malah dia sebenarnya diburu oleh perasaan sendiri dan kisah itu menjadi semakin sulit apabila setiap orang dikenalinya mati dibunuh.

Pembaca novel ini pasti bersimpati dengan Sarah yang tertekan apabila dikecewakan sahabat akrab sendiri, Fikri yang menuntut di England, apabila lelaki itu memberitahu bahawa dia lebih tertarik dengan rakan sekelasnya dan tidak pernah menaruh hati kepada gadis malang terbabit.

Sarah yang berada dalam pelarian akhirnya mendapat bantuan Salim dan rakan setugasnya, Kamal kerana mereka mengetahui segala kejadian yang menimpa gadis itu adalah komplot jenayah terancang yang cuba memerangkap gadis seperti Sarah.

Pelbagai usaha dilakukan oleh dua lelaki terbabit dalam percubaan mereka menjejaki Sarah yang berada di luar negara sebelum Salim akhirnya berjaya mengesan tempat persembunyiannya, tetapi gadis itu menolak bantuan berkenaan kerana memikirkan sikap jelik anggota polis terbabit dan keselamatannya.

Apakah Salim sanggup membiarkan Sarah terus dihimpit dengan permasalahan atau sanggup mempertarungkan nyawa kerana gadis yang diragui keupayaannya sebagai wartawan jenayah dan apakah tujuan sebenar lelaki terbabit ke Amsterdam?

Siapakah sebenarnya pasangan suami isteri, Dr Taufik dan Khairunnisa yang menetap di Belanda dalam konflik yang menggila kehidupan Sarah dan apakah benar komplot dadah antarabangsa itu turut membabitkan seorang menteri Kabinet?

Novel setebal 425 halaman terbitan Jemari Seni Publishing berharga RM18 senaskhah ini, dapat menambah perspektif baru pembaca terhadap dunia penulisan tanah air, sekali gus menimbulkan perasaan kagum kepada pembaca akan semangat dan kesabaran Sarah menghadapi situasi sukar.

Bintang: ***** (5)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 04:33 PM | Show all posts
dah baca novel DZS ni. memang best. lawak betul ler citer dia. buak saya gelak sowang2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2009 10:07 PM | Show all posts
dah agak terkebelakang ,
but just want to say ,
pelangi rocks ,
go syud , hlovate and noor suraya , yeay ! :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 11:34 AM | Show all posts
Sudah baca Tiga Ceritera Dalam Sebuah Pelangi. Biasanya apabila baca siri 'Tiga Ceritera Dalam Sebuah........" terbitan JS, hanya satu cerita akan betul-betul menarik perhatian saya. Tetapi untuk Pelangi ini, ketiga-tiganya setara dan menarik perhatian.


Syud dalam Pelanginya kelihatan matang bersama watak yang dilakarnya. Jika dalam Tentang... Dhiya dan Tas Merah Jambu gaya keanak-anakan dan jiwa remaja yang dilakarnya kelihatan sangat manis dan jiwa-jiwa. Iman dan Usamah sudah melepasi usia remaja ketika cerita ini dimulakan jadi gaya penulisan Syud yang ada dalam TD dan TMJ dulu terus hilang. Ada sedikit rasa kehilangan sentuhan istimewa Syud dari sudut itu. Walau bagaimanapun Pelangi telah menunjukkan sisi matang yang positif Syud dalam berkarya.

Hlovate dalam Ked's Story pula, gaya penceritaannya yang lain dari penulis lain sejak novel 5 Tahun 5 Bulan dulu terus meletakkan Hlovate dalam kelasnya yang tersendiri. Tapi selepas 6 karya yang diterbitkan ini gaya penceritaannya terasa terlalu sama dan perwatakan watak-wataknya juga seperti hampir sama tetapi cerita-ceritanya sentiasa segar dan menyentuh perasaan.

Noorsuraya. Jangan biasakan diri meneka dalam kesamaran bila membaca karya penulis ini. Rasa macam dah jatuh cinta dgn penulis ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2009 03:42 PM | Show all posts
kalu ikutkan hati nak jek beli semua bk baru yg ada di pasaran tapi tak dapat nak buat camtu. br jek order direct dr js rahsia hati sofia, tentang dhiya n radha.

mmg miss agak ketinggalan. terlalu byk publisher n terlalu byk novel yg menarik minat so kena ikut turn
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 03:30 PM | Show all posts
68# xfilesfan

oreo bru je abis bce cite pelangi n ked's story..
mmg best both story ni..
oreo suke watak usamah razif & iman aisyah tu.. credit to syud..
skrg x sabar tggu hlovate nye versus.. nk taw ape ending ked & nawal..
oreo mmg blom pnh miss novel hlovate..

pasni nak smbg bce cite noor suraya plak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 05:37 PM | Show all posts
tak sempat nak baca buku2 niiiii sejak start bulan puasa, tak sempat dan tak sempat nak squeeze time langsung.... camner nak wat niiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 01:17 AM | Show all posts
hari tu baru berjaya menghabiskan sigaraning=belahan jiwa (Imaen)

Setelah hampir setengah tahun simpan buku tu kerana agak sibuk...akhirnya berjaya habiskan.
Cerita yang menarik...banyak klise...sindiran pada masyarakat melayu khususnya...dan banyak mengenai keadaan ekonomi. kadang2 sindirannya kena tepat dekat hidung sendiri...Satu cerita yg boleh dikatakan agak thriller tapi dalam keadaan yg agak tidak terlalu keterlaluan.

next book yg sedang dibaca adalah dame zoete sarah.

dan dalam misi utk mcari kemilau mutiara raudah.

Serta sedang menunggu versus yg nak keluar thn hdpn khabarnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 02:49 AM | Show all posts
tak sabar tunggu keluar kesah minn edina n ao!
b sgt suke cte cte hlovate, ramai kata bahasa dia simple sgt, tp b suke yg mcm tu
b kurang sket yg ala noor suraya tu, no offence ye
tp b takde niat nk compare, cuma masing2 ada minat berbeza

if one day ada kesah apeh plak, mesti best kan?

apeh adek along...haih, rindu mereka!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 02:30 PM | Show all posts
dah bc 2 kali rahsia hati sofia..

kak naz.. miss sker citer nie. 2 kali bc 2 kali nangis. sedih sekali masa ikhmal mintak anak sulong dorang. kalulah terjadi camtu pada miss tataulah.. err.. ada sambungan kan bila dijangka siap
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 04:07 PM | Show all posts
adoii tergodanya nak beli Pelangi
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 11:28 AM | Show all posts
DAH BELI PERCAYALAH AKHIRNYA.  EMMMM BOLAH LAH TAHAN CERITA DIA.  TAPI RUBY HAZARI NIE AKU PALING SUKA KOPI SUSU SEPATU BIRU.  YANG PALING MENGHIBURKAN.   CERITA YANG AKU TENGAH BACA PELANGI BARU BACA CERITA YANG PERTAMA.  KISAH IMAN DAN USAMAH TUEEEEEEEEEE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2009 03:01 PM | Show all posts
KSSB ruby memang sgt menghiburkan...lucu sgt si Mat tu, selamba dia tu yg xtahan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 07:20 PM | Show all posts
Inang try cari novel Samudera Indah Nian..tp kt popular dh
abis la pulak...dgrnya mcm best jea buku tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 09:26 AM | Show all posts
boleh buat poll tak? Top 10 best books by Jemari Seni
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 01:04 PM | Show all posts
78# InangPutri

not bad... santai & menghiburkan
plot cerita dia agak biasa - kawin pilihan keluarga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.052311 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list