CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: hayrin86

Perkara2 tipikal masa musim bola sepak Piala Dunia...?

[Copy link]
Post time 18-6-2010 09:58 PM | Show all posts
Kenapa jersi pasukan Worldcup menggunakan lambang persatuan bolasepak bukannya bendera negara mereka ? Berbeza dengan Piala Eropah yang menggunakan logo bendera negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2010 08:11 AM | Show all posts
Kenapa jersi pasukan Worldcup menggunakan lambang persatuan bolasepak bukannya bendera negara mereka ...
ra5101 Post at 18-6-2010 21:58



Hanya Sukan Olimpik jer... tak dibenarkan menggunakan Logo Persatuan...... cuma boleh pakai Bendera Negara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2010 10:32 AM | Show all posts

Vuvuzela boleh sebabkan pekak

Oleh Dr Irfan Mohamad

2010/06/19
BUNYI bising daripada tiupan vuvuzela dikatakan mencetuskan pelbagai masalah termasuk mengganggu tumpuan pemain, pengadil dan ketidakselesaan orang awam.



BAGI peminat bola sepak Piala Dunia, pastinya sudah terbiasa dengan satu instrumen yang dibunyikan sama ada sebelum atau semasa perlawanan berlangsung. Bunyi yang datangnya daripada sebuah alat yang dikenali sebagai vuvuzela ini sebenarnya mencetuskan pelbagai ketidakselesaan.

Ia bukan saja mengganggu mutu perlawanan terutama dalam tugasan pengadil menjalankan amanah di sepanjang 90 minit waktu kritikal, bahkan turut menyebabkan kesan sampingan lain. Vuvuzela adalah sebuah instrumen berupa trumpet panjang yang saiznya boleh mencecah semeter.

Ia adalah alat bunyian yang begitu sinonim dengan bola sepak Afrika Selatan sehingga Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terpaksa mengambil kira faktor ini sebelum memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vuvuzela dalam Piala Dunia 2010.

Ia dianggap sebagai satu keunikan tradisi masyarakat Afrika Selatan menyambut dan meraikan Piala Dunia dan sebarang bentuk pengharaman instrumen terbabit boleh disalah anggap melenyapkan tradisi sebuah negara.

Bunyi yang sebegitu kuat menyebabkan gangguan langsung kepada perlawanan, sama ada secara teori atau apa yang sudah terjadi dalam perlawanan seperti diceritakan oleh pemain profesional Christiano Ronaldo dan banyak pemain lain sebagai amat menjejaskan tumpuan pemain.

Bukan itu saja komunikasi antara pengadil dan pemain, pemain dengan pemain atau pemain dengan jurulatih, wartawan antarabangsa yang membuat liputan serta penonton termasuk orang kenamaan turut terjejas akibat bunyi yang begitu kuat dan berterusan.

Bukan saja gangguan yang boleh menjejaskan mutu perlawanan, malah kajian ilmiah yang diterbitkan dalam jurnal antarabangsa membuktikan bunyi yang kuat secara spesifik ketika perlawanan bola sepak boleh mengakibatkan seseorang itu pekak.
Salah satunya ialah kajian oleh penyelidik dari Universiti Texas yang diterbitkan dalam South African Medical Journal pada Mac 2010 menunjukkan bunyi kuat yang dihasilkan dalam satu perlawanan bola sepak latihan di Afrika Selatan menjelang Piala Dunia 2010 itu pun sudah menghasilkan kesan perubahan kepada keupayaan mendengar akibat kerosakan struktur pendengaran selepas terdedah kepada bunyi yang mengatasi paras dibenarkan.

Orang ramai dinasihatkan datang dengan alat pelindung telinga, namun itu adalah sesuatu yang mustahil bagi seseorang pemain yang selalu berkomunikasi antara satu sama lain mahupun dengan pengadil.

Kerosakan bunyi jenis ini yang berpunca daripada bunyi bising berterusan dalam jangka waktu yang lama boleh menyebabkan kerosakan saraf secara kekal. Ia samalah seperti mereka yang mengalami kepekakan akibat bekerja di tempat bising secara berterusan pada waktu lama. Apabila kerosakan jenis ini berlaku, maka ia tidak dapat diundur lagi.

Selain daripada kesan menyebabkan pekak, penggunaan alat tiupan ini juga boleh mendatangkan kesan seperti kesukaran membuat sebarang makluman penting contohnya ketika penonton perlu mengosongkan stadium akibat sesuatu kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

Selain itu, ada juga dilaporkan agensi berita asing pada 10 Jun lalu yang menyatakan kemungkinan merebaknya penyakit berlaku lebih mudah dengan meluasnya penggunaan vuvuzela.

Dr Ruth McNerney dari London School of Hygiene and Tropical Medicine membuat kesimpulan berdasarkan kajiannya bahawa tahap perebakan penyakit seperti selesema bawaan virus lebih mudah tersebar berbanding dengan perebakan melalui batuk atau jeritan kerana banyak jumlah udara dihembuskan untuk meniupkan vuvuzela.

Selain itu, vuvuzela yang digunakan secara berkongsi juga boleh menambahkan lagi kadar perebakan penyakit terutama yang tersebar melalui air liur.

Jadi kepada rakyat Malaysia yang ingin ke Afrika Selatan bagi menonton perlawanan Piala Dunia dinasihatkan memakai pelindung telinga serta mengelakkan diri daripada turut sama meniup vuvuzela kerana lebih baik anda pekak sementara ketika menonton perlawanan kerana memakai penutup telinga, daripada anda pekak sepanjang hayat sebagai cenderahati daripada perlawanan bola sepak Piala Dunia yang ditonton secara langsung.

Penulis ialah Pensyarah Kanan ORL Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Kota Bharu

Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2010 11:04 AM | Show all posts

Bahang Piala Dunia di Dataran Merdeka

DATARAN Merdeka menjadi tumpuan orang ramai untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia di antara Argentina dengan Korea Selatan, kelmarin.



KUALA LUMPUR 18 Jun - Kehangatan kejohanan bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan semakin dirasakan termasuk di ibu negara.


Di kawasan tertentu terutamanya yang menyediakan TV besar atau skrin gergasi, penyokong termasuk dari luar negara memenuhi tempat-tempat yang kebiasaannya hanya menjadi tumpuan warga kota untuk bersantai pada hujung minggu.

Dataran Merdeka yang menyediakan skrin gergasi turut menjadi tumpuan peminat bola sepak sejak kejohanan Piala Dunia berlangsung, dan jumlah penyokong semakin ramai apabila pasukan pilihan beraksi.

Ini dapat dilihat sewaktu perlawanan di antara Argentina dengan Korea Selatan semalam.

Terdapat dua skrin besar diletakkan kawasan Dataran Merdeka untuk memudahkan para penyokong dan pengunjung menyaksikan perlawanan dengan selesa.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai dari pelbagai negara sudah berkumpul di situ sejak pukul 6 petang lagi untuk tidak terlepas menyaksikan perlawanan pasukan pujaan mereka ini.

Kawasan padang semakin dipenuhi peminat menjelang sepak mula kira-kira pukul 7.30 malam.

Turut bersama-sama menyaksikan perlawanan hebat itu ialah para pegawai dari kedutaan yang ditemani oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.

Bagaimanapun, yang dikesalkan ialah para pengunjung ini meninggalkan surat khabar yang mereka jadikan alas duduk semasa menyaksikan perlawanan di padang.

Botol-botol air juga dilihat ditinggalkan di kawasan padang tersebut sekali gus membuktikan mentaliti peminat sukan di negara kita masih di kelas ketiga.

Sumber: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2010 02:47 PM | Show all posts

Korea Utara cetus propaganda Piala Dunia

Oleh MUSTAFA KAMAL BASRI
[email protected]

Pasukan Korea Utara berlatih di Stadium Makhulong, Tembisa, Afrika Selatan sebelum Piala Dunia bermula baru-baru ini.



PERTANDINGAN bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan hari ini masuk hari ke-12. Kejohanan itu kini semakin rancak, bukan sahaja dengan kehebatan aksi pemain-pemain yang mewakili pasukan negara masing-masing, tetapi juga meriah dengan kontroversi, bukan sahaja di tengah padang, tetapi juga dengan isu-isu yang berlaku di luar padang.

Kelmarin, tercetus kontroversi apabila empat pemain Korea Utara dilaporkan ‘hilang’ ketika perlawanan peringkat kumpulan antara pasukan negara komunis itu dengan Brazil pada Selasa lalu.

Akhbar sukan Korea Selatan, Ilgan Sports melaporkan dalam laman webnya bahawa Korea Utara pada mulanya mengemukakan senarai nama 23 pemainnya kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi perlawanan menentang Brazil Selasa lalu, tetapi pada hari perlawanan, negara itu mengemukakan senarai lain dengan hanya 19 nama pemain pada perlawanan yang berkesudahan Korea Utara tewas 1-2.

Empat pemain yang dilaporkan ‘hilang’ itu ialah pemain penyerang An Chol Hyok, penjaga gol Kim Myong Won, serta dua pemain tengah Kim Kyong Il dan Pak Sung Hyok.

FIFA ketika mengulas perkara itu berkata, mereka tidak mempunyai maklumat tentang berita tersebut.
Pengarah Komunikasi FIFA, Nicolas Maingot semalam memberitahu media: ‘‘Kami tidak mempunyai maklumat mengenai isu tersebut, manakala pasukan Korea Utara menafikan khabar angin tersebut.”

Apa yang menarik tentang kejohanan sukan nombor satu dunia ini yang sudah berusia 80 tahun itu ialah ia bukan sahaja satu kejohanan sukan yang popular di dunia, tetapi juga diwarnai dengan pelbagai peristiwa dan insiden yang menjadikannya semakin meriah.

Itulah Piala Dunia, sejak dimulakan pada 1930 dengan Uruguay muncul sebagai juara pertama, ia tidak putus-putus dilanda pelbagai kontroversi dan mencipta pelbagai sejarah serta dilanda tragedi.

Sekadar menyebut beberapa kontroversi termasuk kehilangan Piala Jules Rimet pada 1983 setelah menjadi milik kekal Brazil apabila berjaya menjadi juara Piala Dunia sebanyak tiga kali termasuk kali ketiga pada 1970 serta kontroversi kemenangan Argentina 2-1 ke atas England pada pertandingan suku akhir Piala Dunia 1986, apabila bintangnya Diego Maradona ‘menggunakan tangan Tuhan’ semasa menjaringkan gol pertama Argentina, serta keajaiban dan kehebatan Pele menjaringkan gol terpantas di bawah satu minit bagi membantu Brazil menjuarai Piala Dunia 1958 semasa bertemu Sweden serta membuat hatrik dalam tempoh 23 minit menewaskan Perancis pada peringkat separuh akhir sebelum itu.

Selain itu, Piala Dunia di Amerika Syarikat (AS) pada 1994 turut mencipta sejarah apabila ia berjaya menarik minat penduduk negara itu yang lebih menggemari American Football kepada bola sepak serta diiktiraf sebagai antara Piala Dunia paling meriah dalam sejarah, manakala Afrika Selatan sendiri mencipta sejarah menjadi negara benua Afrika pertama menjadi tuan rumah Piala Dunia.

Tetapi kali ini, kontroversi yang menyelubungi pasukan Korea Utara pada Piala Dunia 2010 agak berlainan kerana ia lebih bersifat propaganda politik antara Korea Utara dan Korea Selatan yang sedang berhadapan krisis politik yang rumit dalam sejarah hubungan kedua-dua negara itu sepanjang era Perang Korea.

Hubungan kedua-dua itu kini berada ditahap paling kritikal setelah Korea Selatan menuduh Korea Utara bertanggungjawab menenggelamkan kapal perangnya, Cheonan pada Mac lalu yang mengakibatkan lebih 45 orang anak kapalnya terkorban.

Sesetengah pihak menyifatkan laporan oleh akhbar Korea Selatan itu, yang turut bertanding pada Piala Dunia kali ini sebagai propaganda Seoul dalam perang psikologi bagi melemahkan lawannya bukan sahaja di gelanggang politik antarabangsa tetapi juga di gelanggang sukan.

Korea Selatan dilihat cuba mengheret krisis politik dan diplomatiknya dengan Korea Utara sehingga ke padang bola.

Walaupun Korea Selatan diletakkan dalam Kumpulan B, manakala Korea Utara dalam Kumpulan G, namun kedua-dua negara melakukan pelbagai propaganda bagi melemahkan lawan masing-masing bagi memastikan mereka adalah jaguh bukan sahaja di gelanggang politik dan diplomatik antarabangsa tetapi juga di gelanggang sukan peringkat antarabangsa.

Sumber: Utusan Malaysia, 22 Jun 2010
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2010 09:39 AM | Show all posts
Nasib baik Piala Dunia 2010 baru-baru ini haku tak layan rancangan Mentor TV3 dan Showdown TV8, di samping memboikot citer hantu terutama menerusi slot Seram TV3. Itulah sebabnya haku memboikot slot Seram TV3 sempena Piala Dunia. Bukan Piala Dunia saja, sempena Ramadan dan musim perayaan pun perlu boikot slot itu jugak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-4-2011 09:38 AM | Show all posts
Bola sinonim dengan kaum lelaki, saya pun minat jugak taklah fanatik. cuma tahun ni setiap malam saya tengok stadium WC 2010 dari skrin pc, coz my hubby kt sana buat host broadcast. jadi terpaksalah menonton dan ambik tahu pasal WC ni. Bab bercakap pasal team..saya rasa saya sokong Brazil
damai Post at 11-6-2010 12:35

2014 nanti haku tetap sokong Brazil sebab mereka adalah tuan rumah kejohanan tersebut. Tapi kalau Malaysia ikut kejohanan yang sama juga haku ambik Malaysia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2013 12:57 PM | Show all posts
Semua rancangan primetime terutama bukan drama pun bakal tenggelam, sebab ramai yang akan tido awal malam untuk tgk bola Piala Dunia di Brazil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.076477 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list