|
60# wjemer
yup bro .. setuju. kita punya akal fikiran...berfikirlah mana yg baik mana yg tidak...masalahnye fikiran cetek tak dpt berfikir dengan rasional.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatlah berhenti merokok adalah suatu langkah yang terbaik yang pernah anda ambil dalam hidup anda. Ianya langkah yang bijak lagi menguntungkan diri anda dan juga keluarga anda yang tercinta.
--------------------------------------------------------------------------------
MEMBUAT KEPUTUSAN BERHENTI MEROKOK
Kenapa anda membuat keputusan untuk berhenti merokok?. Mengetahui semua sebab-sebab untuk berhenti merokok akan mendorong anda lebih bersemangat untuk berjaya. Terdapat banyak sebab dan faedah untuk membuang tabiat merokok.
MELINDUNGI ORANG LAIN.
Apabila anda merokok, orang yang berada di sekeliling anda turut juga menyedut asap rokok yang datang dari rokok yang anda hisap. Ini dinamakan merokok secara pasif. Ia boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit saluran pernafasan dan penyakit lelah di kalangan bukan perokok ini sama seperti mereka yang merokok. Merokok secara pasif adalah berbahaya kepada kanak-kanak.
MENJADI TELADAN YANG BAIK.
Sekiranya anda mempunyai keluarga, anda menjadi contoh ikutan atau " role model " kepada ahli keluarga anda khususnya kepada anak-anak anda. Kanak-kanak lebih cenderong untuk merokok sekiranya salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mereka merokok.
ANAK-ANAK LEBIH SIHAT.
Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa yang merokok adalah lebih kerap menghidapi penyakit penyakit saluran pernafasan seperti pneumona, jangkitan telinga dan lain-lain. Mereka juga lebih kerap mengalami gangguann iritasi pada mata, hidung dan tekak, dan mudah mendapat gejala pernafasan kronik seperti batuk dan kahak.
MENINGKATKAN KECERGASAN.
Merokok menjejaskan kecergasan anda dan membuat anda cepat letih dan hilang stamina ketika bersenam, berjogging, berjalan dan pergerakkan berat yang lain.
MENINGKATKAN DERIA RASA DAN HIDU.
Apabila anda berhenti merokok keupayaan deria untuk merasa dan menghidu akan meningkat dan kembali pulih seperti sediakala sama ketika anda belum menjadi perokok.
KULIT LEBIH SIHAT.
Merokok mengakibatkan kulit tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, oleh itu sel-sel baru tidak dapat membentuk dengan sempurna. Perokok biasanya cepat beruban, kulit tidak berseri dan cepat berkedut terutamanya di sekeliling mata dan mulut.
NAFAS LEBIH SEGAR.
Nafas akan lebih segar dan tidak berbau busuk apabila anda berhenti merokok.
GIGI LEBIH PUTIH.
Merokok mengotorkan gigi anda. Ia menyebabkan gigi anda berwarna kuning berkarat dan menjejaskan senyuman anda.
RAMBUT DAN PAKAIAN TIDAK BERBAU BUSUK.
Asap rokok meninggalkan kesan bau busuk pada rambut dan pakaian anda. Anda akan dapat merasakan perbezaannya apabila anda berhenti merokok.
MEJIMATKAN WANG.
Perokok yang menghisap rokok sekotak (20 batang) dalam sehari boleh menjimatkan wang lebih kurang RM 1500.00 setahun.
MELINDUNGI ALAM SEKITAR.
Asap rokok mencemarkan udara dan alam sekitar. Rokok juga menyebabkan beberapa kebakaran yang boleh dielakkan.
KESUBURAN MENINGKAT BAGI LELAKI.
Kajian menunjukkan kesan daripada amalan merokok boleh menyebabkan kelainan pada sperma dari segi mobiliti atau keupayaan bergerak, struktur tidak normal dan juga bilangan sperma yang berkurangan.
KELAKIAN BERKURANGAN.
Merokok boleh menyebabkan impoten atau mati pucuk. Ini ialah kesan langsung ke atas keupayaan mendapatkan ereksi atau ketegangan pada alat kelamin yang terjejas akibat pembuluh darah pada alat kelamin tersebut menjadi lemah.
petikan: moodpro |
|
|
|
|
|
|
|
x sume org di lahirkan kaya...xsume org dilahirkan sempurna sifatnye...xsume org dilahirkan dapat ape saje yg dihajati...tp,sume org diberikan akal fikiran utk pilih jalan yg terbaik utk diri msg2...so,selagi masih ade ruang dan kesempatan...cubalah uat yg terbaik utk diri sendri slagi hayat dikandung badan... |
|
|
|
|
|
|
|
Rev juga adalah salah sorang dari mangsa tekanan harga rokok oleh kerajaan ni..fikir2 balik..sebulan RM300-400 hany utk rokok sahaja..tension oo..rokok makin mahal...
Rev ada juga terfikir nak berhenti...bila try..jadi serba tak kene...asyik nak mengamuk je..salah sikit..marah2..HuHu
Pastu...fikir2 balik..tak jadi berhenti rokok la..cuma kurangkan je...maksudnya..hadkan tempat yang kita takkan isap rokok...macam Rev..kat ofis dan dalam kereta...dah hadkan..takkan hisap rokok..cuma kat umah atau lepak je..baru isap..tu pun kurangkan kuantitinya..so far..ok la..baru seminggu try..HaHa
btw..
kalau nak berhenti rokok mendadak tu..fikir 2-3 kali dulu..sebab..ramai kenalan Rev..yang berhenti rokok tiba2..terus datang penyakit lain..terutamanya darah tinggi...dan badan naik mendadak...lepas tu datanglah lagi penyakit lain...HuHu...takotnya...
p/s..kalau anda tertekan dengan harga rokok yang naik ni..Rev bagi petua..kirim kat sapa2 yang selalu gi oversea tu(tiap2 bulan dia mesti pergi punya)..suruh dia beli rokok kat Duty Free Airport tu..belila 2 katon ke...stok utk sebulan...dah save banyak dah.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rev juga adalah salah sorang dari mangsa tekanan harga rokok oleh kerajaan ni..fikir2 balik..sebulan RM300-400 hany utk rokok sahaja..tension oo..rokok makin mahal...
da tau tension...TUNGGU APE LG....berHENTI ar....
Rev ada juga terfikir nak berhenti...bila try..jadi serba tak kene...asyik nak mengamuk je..salah sikit..marah2..HuHu
tue sume hasutan syaitan jerk...check balik diri tue...bkan sbb bhnti rokok semata2....
Pastu...fikir2 balik..tak jadi berhenti rokok la..cuma kurangkan je...maksudnya..hadkan tempat yang kita takkan isap rokok...macam Rev..kat ofis dan dalam kereta...dah hadkan..takkan hisap rokok..cuma kat umah atau lepak je..baru isap..tu pun kurangkan kuantitinya..so far..ok la..baru seminggu try..HaHa
dulu aku pun nk bhnti uat cmni gak...insyaallah bro...bleh...pelan2 ar....da nmpak jalan da tue ckit2...erm,isap kt umah tue sbb ko duk umah bujang ker ngan family??base umah bujang tue yg mmg prob ckit...
kedua,lepak ngan kawan2 rite??so,ape yg ko plu uat pasni lak...ko kurangkan waktu lepak ngan kengkawan ko..klu lepak pun xyah lame2...just jumpe kejap2 je...bukan sombong...sementara shj dlm sbln dua ker...pastu klu da selesa ko xhisap dan confident...baru ko join blik...so,dugaan tue da kureng ckit...knape??sbbnye bile da sbln due ko xisap...wlupun da lepak blik ko teringin gak...tp,bile ko hisap...msti da jd xleh blah sgt...so,psikologi tue yg main peranan...
btw..
kalau nak berhenti rokok mendadak tu..fikir 2-3 kali dulu..sebab..ramai kenalan Rev..yang berhenti rokok tiba2..terus datang penyakit lain..terutamanya darah tinggi...dan badan naik mendadak...lepas tu datanglah lagi penyakit lain...HuHu...takotnya...
mane ade org bhnti mendadak...sblm nekad bhnti pun...pling kurang die da kurangkan hisap rokok tue dulu...dan selepas bhnti pun still terlepas sbtg due gak...tue bg yg btul2 da biase dan lame ar hisap rokok...pasal perubahan kat diri tue biase ar...badan naik la ape la...just sementara jer...sbb kite ngah nk uat perubahan...tp,selepas tempoh tertentu..same jer klu korg nk uat ape2 pun perkare baru dlm idup korg...tp,pas da dpt tune...xde ape lg yg pelik...dont worry..sume akan okey...dan korg akan rase lg bermakne hidup korg kt dunia ni...xpercaya???aku da buktikan...korg bile lg???
p/s..kalau anda tertekan dengan harga rokok yang naik ni..Rev bagi petua..kirim kat sapa2 yang selalu gi oversea tu(tiap2 bulan dia mesti pergi punya)..suruh dia beli rokok kat Duty Free Airport tu..belila 2 katon ke...stok utk sebulan...dah save banyak dah...
aku mmg ade kaki klu nk rokok duty free airport ni...mmg murah...tp,biase aku tgk reaksi org...dorg ni demand...rase x same la...tembakau yg reject dorg uat balik la...padahal same jerk...cume ape yg aku tgk...tarikh dikilangkan tue agak lame ckit ar...tue jerk...aku pun xkisah tue duit korg...lantak korg ler...tp,aku tetap nk bhnti...wlupun thun ni br nk msuk thun kedua pertarungan aku... |
|
|
|
|
|
|
|
Konklusinya..
semuanya datang dari hati...
btw...
semoga berjaya berhenti..
Rev tak terfikir lagi...sebab nak sumbang duty utk gomen lagi...tanggungjawab sosi.al maaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Konklusinya..
semuanya datang dari hati...
btw...
semoga berjaya berhenti..
Rev tak terfikir lagi...sebab nak sumbang duty utk gomen lagi...tanggungjawab sosi.al maaa..
revolusi_30 Post at 29-1-2010 19:50
hai revolusi....gomen kata...tak sumbang duty pun tak perr....:kant: |
|
|
|
|
|
|
|
Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.
Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.
Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.
Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.
Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.
Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama (sempat beribadat dan meminta ampun atas dosa2 yang lalu)
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai |
|
|
|
|
|
|
|
hai lama tak singgah sini....beringat2 le wahai rakan2 yg merokok. Berenti lebih dari tak berenti..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ermm...sedap gak STOP ni ye...masam2 manis....
zh4f24 Post at 24-1-2010 08:11
zh4f24 dah try STOP! ke?
camana kesan setakat ni?
sesiapa lg yg dah try leh share tak? |
|
|
|
|
|
|
|
75# MamaCrystal Ye dah try STOP... tp sy berenti ni secara drastic... sy tak de le buat sikit2...stengah org kurangkan dulu merokok dan pelan2 berenti.. saya tidak terus stop je...mak aii merana le jugak...tapi sib baek ada STOP ni membantu juge le.....rasa je nak merokok sy spraykan STOP dlm mulut...camtu ler hari2....at last sy berjaya...alhamdulillah..skrg dah tak isap lg.... |
|
|
|
|
|
|
|
76# zh4f24
syabas & tahniah la....harap2 berkekalan hendaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua... Dah lama sy tak masuk sini...harap semua ok belaka dan masing2 dah amalkan tekad baru tak nak merokok lagi...agar tahun 2010 ini membawa perubahan positif dalam diri dan membuang jauh amalan negatif sebelum ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Abah, adik lelaki n HB tk isap rokok... Alhamdulillah!
Mmm... tp pnh dgr org kata klu nk ilangkn ketagihan merokok ni kena selalu isap bunga cengkih.Wallahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
um....aku ade adik 2 org lelaki...sorg 19 sorg 21......diorg xmerokok walau kwn dgn dak2 merokok.....mulut adik yg 21 ni merah je....bibir seksi dr aku....aku rase la ni sbb....
aku nasihatkan diorg mase diorg sek rendah lg...aku ckp mcm2...merokok leh meninggal la penyakit bagai.....aku time tu pown kecik lagi...rokok menakotkan ak....aku amek rokok daun(xtau la uols kenal ke x yg dulu seberkas 20sen) 1 then masukkan lam mulot aku pown tanpa bakar aku dah pk.....(besar nanti aku kene cancer ni).....
kalo la formula aku ni memg tepat yg membuatkan diorg xmerokok, pe kate mase kecik2 lg takotkan anak2, adik2 uols dgn rokok ni.....tipu budak2 sunat
insyaallah dgn itu, 10 taun lagi rkyat bebas rokok 2020 dgn tagline Bebas Rokok..... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|