CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: the_slayers

[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI

[Copy link]
Post time 9-9-2007 05:40 AM | Show all posts
Originally posted by decrypt at 4-9-2007 11:56 AM
dah naik jemu naik bas 2 tingkat ni..


kahkah ko mesti tinggal kat UK eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2007 10:26 AM | Show all posts
ingatkan shieda je yg lum naik lg..rupanya ramai gak warga melaka yg tak naik lg....hehehe tp nt leh ambik cuti utk naik bas ni....nak naik yg takde bumbung nyer bas la...baru besh n berangin jerr
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 11:09 PM | Show all posts
da nampak dah..dok parking tepi bazaar 24 jam tuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 02:51 AM | Show all posts
Originally posted by nanie at 8-9-2007 04:03 AM
aku pon x penah nek lg   

lalu kat town x nampak ponnnnn


Petang tadi saya gi bandar Melaka + bandar hilir  , pun tak ada nampak juga .
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 08:29 PM | Show all posts
aku baru nmpk semalam, iye ke tak iye ni . .
terasa ade kat london gitu . . .
mcm tak caya lak, bole ke? jln kat melaka
ni kecik2 sangat . . muat ke?

[ Last edited by  ummy43 at 17-9-2007 08:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 10:27 AM | Show all posts

Malacca to build RM20mil planetarium

Malacca to build RM20mil planetarium
By A. LETCHUMANAN


MALACCA: A RM20mil planetarium with a seating capacity of 210 will be built near the MITC complex in Ayer Keroh, making it the biggest in the country.   

Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said the National Planetarium in Kuala Lumpur could only accommodate 170 people.   Speaking at the groundbreaking ceremony for the planetarium here yesterday, he said the 15m-wide dome would have a projection gallery, performance space, exhibition areas, an astronomy museum and restaurants.   

揥e have awarded the tender for the construction to Ambilan Sempurna Sdn Bhd and it is expected to be completed before December 2008,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2007 11:24 PM | Show all posts
aku igtkan nak buat kat maner...rupanya kat bulatan mitc tuh...huhuhuh kecik jer ler takder besar sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 09:59 AM | Show all posts

Reply #2 silverchair959's post

biau betol kat bulatan tuh............
mcm x logik jek aku denga..........
kalu tol lah wat kat situ.,melake memang tol2 da kaye ngan duit agaknyer...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2007 12:51 PM | Show all posts
dekat bulatan atau di bulatan?
haaaaaaa tu kene clarify btol2 tuh . .

untung la org yg ade umah kat TTU ka . .
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 01:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 04:24 PM | Show all posts
Ntah apa perlunya planeterium ni ntah..yang kat KL tu pun ramai yang belum pernah pergi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 01:12 PM | Show all posts
Mari Kunjungi Pesta Sungai Melaka


Oleh Mohd Bakri Darus

MELAKA, 1 Nov (Bernama) -- Daripada sebatang sungai yang dipenuhi lumpur dan kelodak, dicemari sampah sarap dan bangkai terapung, Sungai Melaka kini sudah berubah wajah sebagai sebuah sungai yang bersih dan indah.

Perubahan ketara yang berlaku itu hasil kesungguhan kerajaan Melaka yang mahu menjadikan sungai itu satu tarikan utama bagi sektor pelancongan di negeri itu.

Projek pembersihan dan pengindahan Sungai Melaka mengambil inspirasi daripada kejayaan pemulihan sungai San Antonio di Texas, Amerika Syarikat yang terkenal dengan kebersihan dan keindahannya serta mampu menarik 13 juta pelancong setahun.

Projek empat fasa itu yang bernilai kira-kira RM335 juta yang bermula pada 2002 kini di fasa terakhir iaitu pembinaan pintu air pasang surut yang dijangka siap akhir Januari depan.

MEMARTABATKAN SUNGAI MELAKA

Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka diberi tanggungjawab untuk memartabatkan Sungai Melaka agar kembali dikenali di seluruh dunia sebagai sungai bersejarah.

Sungai Melaka pada satu masa dahulu merupakan antara pusat aktiviti perdagangan terpenting di nusantara sehingga digelar "Venice of the East" , iaitu tempat pertemuan pedagang timur dan barat.

Sungai yang muaranya terletak di Bandar Hilir di sini dan menghadap Selat Melaka, menyimpan pelbagai kisah termasuk dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, zaman penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.

Bagaimanapun, kegemilangannya itu semakin suram dan airnya mengalir lesu, selepas negara mencapai kemerdekaan di mana sistem pengangkutan jalan raya dan udara yang semakin moden secara tidak langsung meminggirkan peranan sungai itu.

Kini kesungguhan kerajaan negeri membangunkan Sungai Melaka kian menampakkan hasilnya bukan sahaja sebagai produk pelancongan berdaya maju malah mampu menjadi pengangkutan awam alternatif dan mencetuskan kebangkitan kegiatan ekonomi baru di sepanjang sungai itu.

ALI RUSTAM YAKIN SUNGAI MELAKA AKAN POPULAR

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohamed Ali Rustam yang begitu yakin dengan potensi sungai itu, telah mempelawa pihak swasta untuk melibatkan diri termasuk membina hotel, restoran dan kedai cenderamata di sepanjang tebing sungai itu.

Jabatan dan agensi kerajaan berkaitan pula dipertanggungjawab membangunkan sungai itu termasuk menyediakan pelbagai input baru agar dapat menarik kepada lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Mereka yang menyusuri sungai itu akan dapat menyaksikan kawasan tarikan seperti jonker walk, memorial kemerdekaan, kota A Famosa, Stadthuys, Padang Nyiru, Taman Rempah dan Kampung Morten iaitu satu-satunya perkampungan Melayu di tengah bandaraya Melaka, taman tema berharga RM3.3 juta dilengkapi dengan permainan 'pirate ship, `trampoline bungee jump' dan roda Ferris seperti Eye On Malaysia di Kuala Lumpur.

Selain pembinaan siar kaki di sepanjang tebing sungai itu, perkhidmatan bot penumpang disediakan oleh Melaka River Cruise untuk pengunjung menyusuri sungai itu, satu idea yang dicetuskan oleh Mohd Ali.

Melaka River Cruise sedang meningkatkan bilangan bot penumpang kepada 12 buah bot sebelum akhir tahun ini berbanding lima bot sedia ada.

Perkhidmatan bot itu bermula pada November 2005 bersempena dengan sambutan Aidilfitri peringkat negeri yang diadakan di tebing sungai itu sepanjang empat kilometer.

Yang turut menaiki bot pada hari itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Mohamed Ali, serta para anggota Exco kerajaan negeri Melaka.

Sungai Melaka turut mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila anggota Majlis Raja-raja yang menghadiri Persidangan Majlis Raja-raja Melayu dari 21 hingga 24 November 2005 di Istana Melaka, berkenaan menyusuri sungai itu dengan bot berkenaan.

PELIHARA KHAZANAH WARISAN ZAMAN

Mohd Ali berkata kalau dahulu ia terkenal kerana perdagangan, kini ia terkenal dengan keindahan dan sejarahnya.

Jika orang luar boleh berbangga dengan keindahan sungai mereka seperti Venice dan San Antonio, Melaka juga boleh berbangga dengan keindahan Sungai Melaka yang kini telah dibangunkan, katanya.

Mohd Ali yakin apabila siap keseluruhan projek di sepanjang sungai itu kelak, ia akan berwajah baru dengan air yang bersih di samping mempunyai kawasan taman serta siar kaki yang cantik dan mampu menyaingi sungai San Antonio.

PESTA SUNGAI MELAKA

Bagi menyaksikan sendiri kebersihan dan keindahan sungai itu, Mohd Ali mempelawa orang ramai termasuk pelancong dari seluruh dunia mengunjungi Pesta Sungai Melaka 2007 yang akan berlangsung dari 1 hingga 8 November ini.

Pelbagai acara menarik diatur dengan penglibatan jabatan dan agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.

Antaranya mencari harta karun, sukan ria, pertunjukan jet ski dan `island hopping', `uptown nite market', forum perdana, jualan dan pameran, muzium malam, zoo malam, persembahan artis, pertunjukan bunga api dan pertandingan futsal.

Turut diadakan ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, sukan rakyat negeri Melaka, pertandingan kompang terbuka peringkat negeri Melaka, pesta merekacipta tanglung, lanai seni, persembahan kombo, larian sihat, cabaran badang.

Pertandingan skuter tercantik, persembahan kugiran 60-an, festival kesenian rakyat, pertunjukan kebudayaan, permainan layang-layang, tarian singa dan perarakan bot berhias turut diadakan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 01:48 PM | Show all posts

Reply #6 ivy_6731's post

betul......................
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 03:03 PM | Show all posts
aku baru jer gi masjid tu bulan jun lps...

masa anak imam mesjid ni kawin...

sbb...imam mesjid ni pakcik aku.....
Reply

Use magic Report

nfmbf This user has been deleted
Post time 12-12-2007 12:23 PM | Show all posts
peh...punye ar mahal.,, okay ar...
tapi..
yang kat tg bidara tu, okae gak... cume sempit jek..
Reply

Use magic Report

nfmbf This user has been deleted
Post time 12-12-2007 12:28 PM | Show all posts
haha... selalu nampak...tapi x mo naek.. rm5 woo.. betapa kedekutnye aku. haha
yg bkn dua tingkat rm2..

benefit nye: ley gune ticket yng same for the whole day long.. :p
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2007 12:48 PM | Show all posts
uwaaa pernah nampak tp xpernah naik lagik..

nnt wat monorail pulak
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 03:49 PM | Show all posts

Reply #2 silverchair959's post

La kat tengah tu ker mana nak parking tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 04:21 PM | Show all posts

Reply #8 Ibrahim8876's post

tempat yg terbengkalai x nak buat nak buat baru2 jer...ape tah membazir jer...nanti tempat tu gak x de org jd terbekalai gak...ape org buat sume nak buat..huhuhuh....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:17 AM | Show all posts
sape nak naik bas ni,,uzur je aku tgk,,lak tu,,kat malaysia open top bas ni,sape nak duduk ,,panas...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.079249 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list