CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hay_ti

Hantu Penanggal mengganas kat Tmn Kota Masai, Johor

[Copy link]
Post time 20-4-2010 03:50 PM | Show all posts
eeeee...seram dowhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2010 04:43 PM | Show all posts
penghulu penanggal baru jer ulang-alik kt sebelah kanan aku tadi
aku buat tak tau jer...level2 *****g mcm tu biasa la
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 04:44 PM | Show all posts
Salah sorang click aku duduk kt tmn ni cerita selang satu jln dgn rumah dia
ada org jumpe penangga ...
hay_ti Post at 19-4-2010 10:07

baru jer tadi penghulu mukim penanggal lalu lalang kt sebelah kanan aku tadi
aku buat tak tau jer...level2 anjing mcm tu jgn layan sgt
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 04:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by robotech at 20-4-2010 16:58

Alam Ghaib
Imej:Tiada
Hantu Penanggalan
Alam:Alam ghaib
Berbentuk fizikal:Ya
Mampu berubah bentuk:Ya
Mampu menyerupai manusia:Tidak
Menghisap darah:Ya
Dipelihara:Ya
Bermasyarakat :Tidak
Gambaran

Sejenis makhluk halus
yang dipelihara bagi
tujuan tertentu.


Penanggalan merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memelihara harta dan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu penanggalan dipercayai diberi makan darah daripada ibu yang mengandung / baru melahirkan anak oleh tuannya.

Hantu penanggalan dikatakan membolehkan tuannya mampu menjelma sebagai sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa. Penanggalan akan terbang kerumah yang dikenal pasti mempunyai wanita yang bari bersalin dan kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.
Cara menghalang gangguan Penanggalan dikatakan dengan cara meletakkan daun berduri, seperti daun mengkuang, di bawah rumah ibu yang baru bersalin. Ini dikatakan kerana hantu Penanggalan takut menghampiri rumah yang berduri kerana bimbangkan tali perut mereka tersangkut pada duri tersebut.

Mereka yang memelihara Penanggalan dikatakan mampu menanggalkan kepala dan urat perut mereka dan terbang mencari wanita bersalin bagi memberi makan kepada Penanggalan. Selepas mereka makan, dikatakan pengamal Penanggalan akan merendam urat perut mereka kedalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perut sebelum masuk kembali kedalam badan asal mereka.
Salah satu cara yang dikatakan paling berkesan bagi mengenal pasti pemilik Penanggalan adalah dengan memusingkan jasad tanpa kepala yang ditinggalkan ketika mereka keluar mencari mangsa. Ini kerana apabila mereka kembali, kepala tersebut akan bercantum songsang dengan jasad mereka menyebabkan kepala mereka bercantum kearah kebelakang. Kepala menghadap kebelakang tubuh.

Matlamat
Penanggalan dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan memelihara harta benda dan, membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.

Status
Penanggalan adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah wanita yang baru bersalin. Selain itu hantu Penanggalan tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu Penanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.

Kelemahan
Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Pembela Penanggalan dikatakan sukar mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik.

Penelitian secara ilmiah
Penanggalan mungkin merupakan cara penduduk zaman dahulu menjelaskan kadar kematian ibu bersalin yang tinggi dikampung-kampung. Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa, kadar kematian ketika bersalin amat tinggi pada suatu masa dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 05:02 PM | Show all posts
hehe... panjangnya hikayat sipenanggal

Alah, tu dari golongan jin je kategori hantu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 05:08 PM | Show all posts
bukankah penaggal ni adalah tuan tu sendiri, dia menuntut ilmu... itu pasal oleh keluarkan kepala dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2010 05:13 PM | Show all posts
Penanggalan atau `Hantu Penanggal` adalah sbhg drp variasi mitos pontianak di Tanah Melayu, atau Balan-balan di Sabah. Mirip dgn Manananggal di Filipina. "Penanggal" atau "Penanggalan"' bererti "tanggal", "ditanggal", "menanggal". Terma Manananggal danPenanggal berkemungkinan membawa maksud yg hampir serupa krn jalinan bahasa Melayu & Tagalog.
Di Bali Indonesia ada juga makhluk yg hampir sama yang dipanggil "Leak".

Mengikut kata org2 tua di Nusantara, Penanggalan ialah kepala wanita yg mampu berterbangan di waktu malam. bila ia terbang, perut & usus tergantung2, dan organ2 ini bersinar2 bak serangga kunang2 tika Penanggalan melayang di waktu malam.

Oleh kerana Penanggal adalah kejadian hasil pengamalan ilmu hitam berterusan serta persekutuan dgn jin, ia tak blh diklasifikasi sbg makhluk ghaib. Secara kesimpulan, ia adalah manusia yg hidup secara normal di siang hari & pada waktu lain sekiranya tak berpisah drp tubuh badannya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 05:18 PM | Show all posts
Bukan mitos, dia memang ujud, cuma dialam ghaib yg tak dilihat oleh kebanyakkan manusia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2010 05:31 PM | Show all posts
Mengikut versi Malaysia, Penanggal samada perempuan cantik (tua atau muda) yang awet muda melalui jalan ilmu hitam, sihir, mistik, atau bersekutu dgn jin yang mana selalunya berbentuk syirik & khurafat.  Selain itu, menjadi Penanggal dlm kisah mistik juga blh disebabkan sumpahan yg kuat atau perlakuan kuasa2 jin syaitan, namun cara ini tak meluas berbanding dgn cara bersekutu dgn jin & amalan ilmu hitam berterusan.

Penanggalan biasanya mak bidan yg bersekutu dgn jin bagi mendapat kuasa ghaib. Dikatakan mak bidan telah melanggar pantang utk tak makan daging selama 40 hari, jika tak, ia akan kekal jd makhluk pemakan darah. Mak bidan sering menyimpan tempayan cuka di rumah, & di waktu mlm setelah menjadi penanggal akan merayau mencari darah. Ia setelah pulang akan merendam isi perutnya ke dalam cuka supaya kecut & senang memasuki tubuhnya kembali.

Salah satu versi cerita Penanggal ialah serorang gadis cantik atau rahib perempuan, yg melakukan mandi beradat di kolah berisi cuka. Sedang mandi & dlm keadaan pertapaan meditasi, seorg lelaki tiba2 masuk ke bilik itu & mengejutkan ia. Perempuan itu terkejut sehinggakan bila dia mendongak tiba2 secara mengejut, telah memutuskan kepalanya drp tubuh beserta dgn isi perutnya sekali. Terlalu marah, ia mengejar lelaki itu, sebagai penanggal. Maka Penanggal, dikatakan membawa bau cuka kemana shj ia terbang, & kembali ke tubuhnya pd siang hari, biasanya sebagai perempuan normal. Tp, utk membezakan penuntut ilmu penanggal dgn perempuan biasa, mrk biasanya berbau cuka pd tubuh ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 05:42 PM | Show all posts
Mangsa Penanggalan biasanya perempuan hamil & anak2 kecil. Penanggalan bertenggek di bumbung / atap rumah perempuan yg sedang beranak, mengilai atau mendesir bila bayi dilahirkan. Penanggalan akan menjelirkan lidahnya yg ghaib utk menghisap darah ibu muda malang itu. Bagi darahnya yg dihisap Penanggalan, kematian bakal menanti ibu muda itu. Apatah lg, kalau Penanggalan tak sempat makan darah, sesiapa yg terkena sentuhan isi perut penanggalan akan menderita luka-luka kudis yg takkan sembuh melainkan dgn bantuan bomoh.

Penanggal dikatakan makan darah / daging manusia tp kebykan versi menyatakan Penanggal lbh sukakan darah bayi baru lahir, darah ibu muda baru beranak serta uri bayi (placenta) dimana Penanggal gemar makan uri setelah uri itu ditanam. Penanggal melayang mencari sumber makanan & turun ke tanah utk makan. Ada 1 versi menyatakan ia blh tembus dinding. Lebih mengerikan, Penanggal blh keluar drp rekahan lantai, naik ke dalam bilik dimana wanita br beranak & bayi sdg tidur. Kdgkala ia akan merayap dgn menggunakan isi perutnya seperti sesungut sotong bergerak ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 06:03 PM | Show all posts
Antara cara yg sering digunakan utk menghindar Penanggal ialah dgn menabur atau menanam Mengkuang berduri yg akan memerangkap atau mencederakan paru2, isi perut & usus Penanggal yg terdedah semasa ia melayang mencari mangsa. Duri mengkuang juga blh dililit atau mengkuang digantung sekeliling luar tingkap rumah bagi menjerat Penanggal. Taktik ini biasa dilakukan bila ada seorg wantia hendak beranak atau br beranak. Tp taktik ni takkan menyelamatkan si bayi kalau si Penanggal muncul dibalik rekahan lantai rumah. Ada sesetgh keluarga menanam nanas di bwh rumah bbrp bulan sblm wanita itu melahirkan anak (rumah org Melayu dulu bertiang), jd buah nanas & daunnya yg berduri akan menghalang penyusupan penanggal drp bwh rumah. Kalau terperangkap, Penanggalan akan dibunuh dgn parang serta golok. Sbg tambahan keselamatan, perempuan mengandung sering menyimpan gunting & kacip pinang di bwh bantal krn Penanggal takutkan benda2 ni.

Satu cara lg membunuh Penangggal adalah dgn kumpulan lelaki yg berani menyiasat Penanggal ini tika ia melayang pd waktu mlm. Mak Bidan yg sbnrnya Penanggal adalah perempuan biasa di pagi hari, tp mrk blh dikenali dgn tanda2 sbg Penanggal dgn cara memerhatikan tabiat mrk. Bila berjumpa org, mrk akan menjauhkan pandangan mata, & bila menjalankan tugas pembidanan, mrk akan membasahkan bibir dgn lidah, seolah2 memikirkan ttg cara menghisap darah si ibu pd waktu mlm nanti. Kumpulan lelaki ini akan menyiasat tempat tinggal si Penanggal, & setelah Penanggal meninggal tubuhnya di rumah & terbang melayang pd waktu mlm, tubuhnya akan dimusnahkan serta merta oleh kumpulan lelaki td atau dicurahkan kaca2 yg dipecahkan, duri atau onak serta bahan tajam lain di ruang leher tubuh Penanggal yg ditinggalkan.

Sekiranya Penanggal memasuki tubuhnya kembali, ia akan mati terseksa akibat kecederaan organ2nya, atau si Penanggal akan mati bila tak dapat masuk ke tubuhnya yg telah dimusnahkan (biasanya dibakar) sehingga waktu matahari terbit. Cara lain ialah dgn menghalang si Penanggal beramai2 drp memasuki tubuhnya hingga waktu matahari terbit.

Cara lain adalah dgn menerbalikkan tubuh si Penanggal, jd apabila ia masuk ke tubuhnya, kepalanya akan terbalik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 06:09 PM | Show all posts
Tak spt Manananggal, semua Penanggal adalah perempuan dlm sejarah Melayu, & tak ada Penanggal lelaki. Antara perbezaan Penanggaldan Manananggal ialah Penanggal hanya memisahkan kepalanya termasuk paru2, perut & ususnya bersambung di kepala bila meninggalkan tubuh & merendam organ2nya itu ke dlm larutan cuka sbb masuk ke tubuhnya. Selain itu, tak spt Manananggal yg menggunakan lidah yg panjang terjelir2, Penanggalan biasnya ada taring samada dua taring spt pontianak atau mempunyai jumlah taring yg cukup byk.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 06:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by robotech at 20-4-2010 18:51



Manananggal
dr Filipina yg hampir sama dgn spesis Penanggal terdapat di wilayah barat Capiz, Iloilo, Antique. Manananggal biasanya manusia yg memisahkan tubuh bhg atas abdomen menjadi makhluk pemakan manusia atau pesihir. Dipercayai asal & popular dlm mitos kaum Visaya, makhluk ini bencikan garam & bawang putih. Ia juga mengelakkan pisau badik (daggers), cahaya, cuka, rempah ratus serta ekor ikan pari yg blh dijdkan tali cemeti.


Manananggal digambarkan sebg perempuan berusia yg catik lawa, mampu memisahkan tubuh bhgn (penanggal tanggalkan kepala je ngan isi perut) atas abdomen & terbang dgn 2 psg sayap seperti kelawar. Ia akan terbang di waktu mlm utk mencari mangsa biasanya perempuan mengandung, dgn menggunakan lidah yg pjg ia akan menghisap hati janin atau darah si ibu yg tgh tidur.


Bahagian bawah badan Manananggal yg ditinggalkan dlm keadaan berdiri & paling lemah. Dgn menaburkan garam atau abu ke bahagian bawah badan (perut ke bawah) yg berdiri itu adalah membahayakan makhluk itu. Bahagian atas tubuh takkan dpt bercantum dgn bahagian bawah tubuh sehingga matahari terbit, & seterusnya membunuh makhluk itu.

Manananggal berasal drp perkataan Tagalog yg mirip bahasa Melayu, iaitu tanggal (pemisahan). Manananggal bermaksud orang yg memisahkan tubuhnya pada dua bahagian (atas & bawah). Masyarakat Visaya yg masih hidup dlm kepercayaan karut masih menggantung bawang putih 7 merah di tingkap & pintu bagi menghalang makhluk ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 06:39 PM | Show all posts
Chonchon, adalah sejenis makhluk mirip penanggal berdasarkan mitos Mapuche & kisah rakyat Chile & selatan Argentina.


Chonchon perubahan magis oleh kalkus yg berkuasa kuat (ahli sihir Mapuche di Amerika Selatan), mengetahui ilmu serta rahsia ilmu Kalkus utk menjadi makhluk yg ditakuti ini. Kalku atau ahli sihir akan melakukan perubahan menjadi Chonchon dgn menyapu krim magis di tekak yg akan memisahkan kepalanya drp tubuhnya, & kepala ini menjd Chonchon.

Chonchon berbentuk kepala manusia dgn berbulu pelepah spt burung dgn cakar tajam spt burung helang, telinganya pula menjadi besar menjadi sayap. Chonchon sering terbang pd malam suram tanpa cahaya bulan.


Hanya kalku shj blh melihat makhluk ini yg dianggap berkuasa magis, serta oleh ahli sihir yg mahukan kuasa magis Chonchon itu.

Chonchon dikenali menerusi hilaian 'tue tue tue' ketika terbang & dikenali sbg makhluk mitos yg membawa berita malang. Dgn bertukar sbg Chonchon, si Kalku atau tukang sihir mudah melakukan kegiatan sihir mrk. Kalku yg berubah sbg Chonchon juga gemar minum darah org yg sedang tidur.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 06:50 PM | Show all posts



Nukekubi (bermaksud kepala mudah tertanggal) adalah makhluk mirip penanggal dlm mitos Jepun. Di waktu pagi, nukekubi adalah seperti manusia biasa. Pada waktu malam, keplanya terpisah drp tubuh & terbang mencari mangsa. Makhluk ini menyerang dgn menjerit hilai menakutkan si mangsa, & menghampiri & terus mengigit utk menghisap darah.

Bila kepala & badan terpisah, tubuhnya akan kaku. Menurut lagenda, ini adalah salah satu kelemahan nukekubi, jika makhluk ini tak sempat mencari semula & bercantum dgn tubuhnya sblm matahari terbit, ia akan mati. Lagenda menyatakan dgn menyorok atau memusnahkan badan nukenubi akan membunuh makhluk ini yg panik mencari tubuhnya sehinggalah matahari terbit.

Nukenubi di waktu siang hari bercampur dgn masyarakat lainnya. Mrk kdgkala tinggal berkumpulan, selalu menyamar sbg satu keluarga. Untuk membezakan nukenubi drp manusia biasa adalah dgn mengenalpasti garisan simbol merah di bawah tengkuk leher mrk dimana kepalanya akan terpisah drp tubuh. Nukenubi dlm bentuk manusia biasanya mudah menyorokkan garisan ini dgn pakaian atau hiasan di leher.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 06:56 PM | Show all posts
Jarang sekali org mengkaji asal usul penanggal atau balan2 di Nusantara ..... biasanya, org Melayu dulu2 yg animis sering dipengaruhi budaya Hinduisme & amalan pemujaan drp rantau Siam, Khmer & Kemboja ...

Maka setelah menelusuri asal usul makhluk ini, sy tak terkejut kalau sy simpulkan ilmu hitam penanggalan ini berasal drp budaya Khmer / Siam / Hindu kuno yg di asimilasi, diwarisi oleh manusia2 bejat di alam Melayu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2010 07:45 PM | Show all posts




K
rasue atau dieja Kra-Sue adalah makhluk penanggal yg terdapat di Thailand, Kemboja dan Laos. Ia dikenali di Tahiland sbg Krasue, di Cambodia sbg Ap dan di Laos sbg Phi-Kasu atau Kasu.


Krasue atau Ap adalah makhluk ganas yg berterbangan di waktu malam. Ia menjelma menjadi wanita muda cantik jelita, dgn isi perut & organ tergantung di bawah leher kepalanya.

Memandangkan ia tiada tubuh bwh, ia melayang layang tak mencecah tanah. Organ yg tergantung termasuk usus yg berlumuran darah segar. Giginya pula adalah taring2 tajam.
Dipercayai asal-usul Krasue adalah perempuan kaya yg mengikat kain hitam melindungi kepala & lehernya drp panas matahari. Hantu puaka merasuk perempuan ini  yg menukar perempuan ini menjadi kepala yg terpisah drp tubuh dgn organ dalaman bergentayangan.

Makhluk ini aktif pd waktu mlm dimana ia memburu mencari darah atau daging mentah utk dilahap. Krasue menjadikan perempuan mengandung di dalam rumah mrk samada sblm atau setelah melahirkan anak.  Ia menggunakan lidahnya yg panjang utk mencuri janin atau uri dlm rahim si ibu & gigi taringnya utk melahap makanannya. Dipercayai drp amalan pemakanannya yg kotor ini, ramai perempuan mengandung mengalami byk penyakit pelik2 ketika spjg kandungan mrk. Menyerang wanita mengandung merupakan elemen Krasue / Ap yg sama dgn penanggal serta salah 1 ciri yg dikongsi manananggal.

Utk melindungi ibu2 mengandung, ahli keluarga meletakkan dahan berduri di sekeliling rumah. Pagar beduri ini menghalang Krasue yg singgah utk menghisap darah & membawa penderitaan kpd wanita mengandung di rumah itu.

Setelah melahirkan, saudara perempuan tadi segera akan menyembunyikan uri (placenta) jauh drp rumah utk ditanam dalam2 mengelakkan pengetahuan Krasue. Dipercayai kalau uri ditanam dalam tanah sedalam2nya, Krasue takkan dpt mencarinya.


Membinasakan atau menukar tubuh tak berkepala (dlm bentu berbaring atau duduk) milik Krasue yg ditinggalkan kaku membahayakan makhluk ini. Kepala yg terbang pulang setelah makan tapi masuk ke tubuh yg salah akan menghadapi seksaan amat sgt sehingga mati. Makhluk Krasue juga akan mati jika isi perutnya yg bergentayangan dapat dipotong putus atau tubuhnya dimusnahkan atau disorok hingga matahari terbit dimana ia akan mati sbb tak sempat bercantum dgn tubuhnya. Ada kepercayaan pula menyatakan Karsue dapat dimusnahkan dgn membakarnya hidup2.

Banyak kepercayaan animis serta Buddha & masyarakat setempat percaya Krasue blh diwarisi drp keturunan seseorang yg cuba belajar ilmu hitam mengikut acuan budaya Hindu yg melakukan kesilapan atau tersilap belajar ilmu ghaib. Hantu ini muncul didepan pengamal & memisahkan tubuh mrk dgn kepala. Dikatakan juga bagi mereka yg melakukan kesalahan dosa spt membunuh atau menggugurkan kandungan akan menerima hukuman menjadi Krasue. Ada setgh cerita juga menyatakan seorg blh mewarisi Krasue dgn makan makanan atau minuman yg dicemari air liur atau daging Krasue terdahulu. Ini biasanya dilakukan oleh pawang perempuan pd anak perempuannya atau cucu perempuannya utk mewariskan ilmu Krasue ini.

Dikatakan Krasue berasal drp Hinduisme drp India yg tersebar ke kerajaan lama Kemboja, yg mana lahirnya hantu Krasue hasil gabungan ilmu hitam & sumpahan pd ahli shir wanita yg mengamalkannya. Amalan ini diteruskan & diwarisi sbg sbhg kepercayaan penduduk tempatan sekian lam hinggalah tercetus suatu peperangan yg mengakibatkan pelarian kerajaan purba Kemboja menyeberangi sempadan membawa bersama ilmu ini ke tanah Siam. Di Thailand, mitos Kra-Sue bermula pada tahun 1700an dimana zaman kejatuhan kerajaan Kemboja yg diserang pelbagai negeri (termasuk Siam), & seorg putri Khmer (org Kemboja) menjadi Krasue yg pertama di bumi Siam.

Kisah ini kemudiannya difilemkan di Thailand dgn tajuk Krasue (demonic beauty), dimana seorg putri Khmer drp Cambodia yg kerajaannya dikalahkan Raja Siam sekitar 1700an, telah ditangkap sbg tawanan perang & Raja Siam berminat & mengahwininya. tp, melihat putri Khmer itu di pelukan lelaki lain, Raja Siam telah menghukum pancung si lelaki itu & menghukum Putri Khmer dibakar hidup2. Putri Khmer sempat mebaca mantera ilmu Krasuenya & sempat mendgr ada anak gadis yg baru mati di kampung berhampiran mirip paras rupanya, ketika putri dibakar roh nya bertukar jd Krasue & masuk ke dlm mayat si gadis. Si gadis hidup spt biasa, tp tiba mlm, kepalanya tertanggal dgn isi perut menjadi Krasue mencari darah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 08:38 PM | Show all posts
penanggall ni terbang dengan kuasa ape sebenarnye??pas tu kalo dah usus2 sume keluar,cam ne die bleh idop kalo badan bercantum, balik?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 10:50 PM | Show all posts
aku tinggal area pasir gudang.
tak ader la pulak aku dengor pasal hantu penanggal ni.
kacang hantu banyak la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 11:08 PM | Show all posts
biar btul..aku hari2 lalu hiway pgudang...
cmni tak nk blik maghrib n malam2 lgla kalau tak terdesak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.361503 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list