|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak/Meroyan N9 #41
[Copy link]
|
|
Bukan awak yg tazkirah tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ren ren go ewei...kam agen anade dei
|
|
|
|
|
|
|
|
tu in general jela.
xde kaitan dgn kita pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
plz come tomorrow so tht i can sleep more
|
|
|
|
|
|
|
|
ok bye for now, masok nanti say hi to me k
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasi Kerabu Kelantan
Kuah Sambal Tumis
Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak
Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.
Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan selayang - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Kisar kesemuanya.
Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Bunga kantan
Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.
Nasi
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna biru(atau guna 15 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
Serai diketuk
Daun limau purut
Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
Resepi ayam madu bakar
Bahan2
Ayam (rebus spruh masak) sbb tkut lmbt msk hehe
Gula
Tos tiram
Madu
Sos cili
Cili kering
Bawang blnder
Kuantiti sy agak2 je.. Tpi mmg guna bhan2 kat ats je..???????? Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk
|
|
|
|
|
|
|
|
Resepi Nasi Ayam Hainan
Ayam Celur / Rebus
Bahan-bahan :
1 ekor ayam belum dipotong - dibersihkan luar dan dalam. Ambil garam kasar dan scrub kulitnya supaya dapat menghilangkan sel-sel mati dan kulit lebih flawless supaya kulit ayam lebih cantik, ni petua orang cina katanya.
Air secukupnya
ketul ais dimasukkan dalam besen dan campur air
Halia - dipotong
Daun bawang - dipotong
bawang besar - dibelah
bawang putih - dibelah
sup bunjut
Cara :
Panaskan air dan masukkan semua bahan-bahan dan rebus seketika.
Bila mendidih, masukkan ayam. masak seketika. Angkat dan rendam ayam dalam air ais seketika. Kemudian rebus balik ayam tadi. Ulang sebanyak 3-4 kali proses rebus dan rendam air ais tu. Saya cuma buat 3 kali je. Lepas tu saya rebus ayam tu sampai masak. Last sekali bila ayam dh masak angkat dan rendam terus dalam air ais. Teknik ni supaya isi ayam lembut dan tak overcooked. Ianya juga membentuk lapisan lemak yang juicy didalam daging ayam tu. Kalau rasa malas dan renyah boleh je terus rebus. Dan kalau suka jenis goreng, ayam tu lepas rebus, lumur kicap manis dan goreng api kuat sehingga kulit rangup sahaja.
Air rebusan simpan untuk dibuat sup, dimasak nasi dan buat sos kicap
--------------------------
Nasi Ayam
Bahan-bahan :
4 pot beras
6 cawan air rebusan ayam (ni ikut beras apa kita guna k sebab kadang-kadang tak sama jenis) Saya suka nasi ayam saya ni lembik sedikit dan tak berderai.
3 - 4 sudu besar stok pekat ayam maggi - yang dalam botol
Minyak untuk menumis
Daun pandan - disimpul
Bahan kisar :
4-5 ulas bawang merah
4-5 ulas bawang putih
4 inci halia
Cara :
Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun pandan sehingga wangi. Masukkan air rebusan dan stok pekat ayam. Biar mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.
-------------------------
Sos Cili
Bahan -bahan :
4 biji cili merah - dibelah dan buang bijinya
2 inci halia
3 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit cuka
sedikit minyak
Cara :
Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus
Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap. Tutup api dan tuang sedikit cuka. Kalau tak suka cuka boleh guna jus perahan limau.
---------------------------
Sos Halia dan Bawang putih
Bahan-bahan :
Seketul halia
2 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit cuka
sedikit minyak
Cara :
Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus
Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap. Tutup api dan tuang sedikit cuka. Kalau tak suka cuka boleh guna jus perahan limau.
----------------------------
Sos Kicap
Bahan-bahan :
Sedikit air rebusan sup
kicap
Cara :
Campur keduanya dan pandai-pandailah adjust kepekatan tu. Siap.!
|
|
|
|
|
|
|
|
sup tulang ala thai
1kg tulang
sup bunjut
4 sekawan
2 inci halia ( mayang)
(semua bhn blh boh lbh ikut suka ya .. agak2 je)
4 bawang putih ( mayang)
4 bawang merah ( mayang)
1 labu bawang besar ( potong weges)
2 btg serai ( ketuk)
1/2 inci lengkuas ( mayang )
15 bj lada hitam (d tumbuk) 15 bj lada putih (d tumbuk)
daun sup daun bawang..
cili padi (d ketuk)
garam aji @ scukup rasa
air limau nipis secukupnya..
nak boh carot tomato kentang btg salary... ikut slera...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bebola Ayam
Bhn2:
Isi ayam bhgn dada sekeping(1/2 kilo)
3 sdb tepong jagong
Sebiji telor ambek putihnye saje
1/2 btg karot
Sedikit daun bwg n daun ketumbar
Cili besar merah dibuang biji
Sesudu mnyk bijan
Kiub ayam knorr, sedikit, garam, gula, lada sulah n serbok perasa
Cara2:
Kisar semua bahan hingga lumat.
Bentukkan bulat hingga habes.
Panaskn air. Bila mengelegak, masokkan bebola. Biar hingga timbol n angkat.
Siap utk dihidang brsama sos cili.
Boleh juga digoreng. Mmg yummy.
Kalau suka boleh juga dibuat sup, bebola msk sos plum, bebola sweet sour, sambal bebola.
Selamat mencuba resepi mudah ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
Bahan-Bahan
1 kg siput sedut - rendam sekejap dengan air garam, buang ekor dan cuci bersih kemudian toskan
10 - 15 biji cili padi - kisar halus
2 inci kunyit hidup - kisar halus
garam dan gula secukupnya
2 inci halia - kisar halus
2 batang serai - dititik
1 kotak santan
3 ulas bawang putih - kisar halus
5 ulas bawang merah - kisar halus
2 ikat pucuk ubi
Cara Membuat Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
1. mula-mula pucuk ubi diambil bahagian pucuk daun yang lembut kemudian rebus hingga lembut dan toskan.
2. panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar tadi hingga naik bau, kemudian masukan santan bersama siput, dan serai.
3. masak pada api sederhana sambil terus dikacau perlahan. kemudian masukan pucuk ubi dan perasakan dengan gula dan garam secukupnya
4. akhir sekali, masak hingga kuah mendidih dan pekat dan bila sudah Oke boleh matika api dan siap dihidangkan.
resepi siput sedut masak lemak cili api ni sangat sedap bila dimakan bersama dengan sambal belacan dan nasi panas-panas. ????????
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada gaya ibu mithali gak
|
|
|
|
|
|
|
|
Stil ren litel litel
|
|
|
|
|
|
|
|
hahhaa
sembang boleh la
|
|
|
|
|
|
|
|
no more rain here...
soon gonna go out for food hunting
|
|
|
|
|
|
|
|
BIHUN GORENG SINGAPORE
Bahan-bahan:
600 gm bihun [direndam lembut dan toskan]
200 gm daging [dihiris nipis dan rebus lembut]
200 gm sotong [dihiris kecil]
200 gm kucai [dipotong pendek]
250 gm kobis [racik halus]
1 batang carrot [disagat ]
1/2 cawan air
3 s/b minyak masak
garam secukupnya
Bahan tumbuk:
1 s/b lada hitam
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Bahan hiasan/tabur;
1 biji telur [buat dadar dan hiriskan]
2 biji cili merah [mayang halus]
Cara memasak;
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.
2. Masukan daging dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan sotong, kobis, carrot, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan daun kucai.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan telur dadar dan cili merah.
|
|
|
|
|
|
|
|
hai hai...
masuk balik
|
|
|
|
|
|
|
|
hi...
boleh sy teman
|
|
|
|
|
|
|
|
dapnya menu yg mek tepek
lapa la
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|