Bagai di kata, 'When u are in Rome, do as the Romans do' mungkin itu lebih sesuai. Itu adalah peraturan setempat yg harus diakur samada suka ataupun tidak. Apapun alasan, hak mereka menerapkannya.
Post time 13-6-2022 10:08 AMFrom the mobile phone|Show all posts
nolya replied at 12-6-2022 06:01 PM
Bagai di kata, 'When u are in Rome, do as the Romans do' mungkin itu lebih sesuai. Itu adalah pe ...
When u are in Rome, do as the Romans do'...... Lebih 20 tahun yea... At least buat seperti negara Islam lain seperti Iran or saudi bagitahu tourists .. Orang tahu... Aku tiada issue untuk tutup aurat untuk hormat locals... Di states lain tiada issue aurat selagi ber pakaian sopan..aku no idea tentang kelantan.... Mahu quote agak agak lah... Majority kelantanese jumpa bukan pakar aurat..
Nak tukar nama ke tahlil arwah, pas tu bergendang2, menari2? Nk mampus ke bertambah2 dikutuk gila nanti oleh orang ramai? Malah masyarakat dunia pasti mengutuk cara sedemikian kerana mencemarkan keaslian budaya mereka?
Dah banyak pro n cons yg disuarakan, so terpulanglah kpd masyarakat muslimin khususnya. Memasing belajar hukum, boleh berfikir dn boleh memilih. So kenapa orang Islam M'sia mau terus berbalah atas hal yg bukan milik kita.
Setakat nak tengok joget joget Bon Odori tu okay lah kot, macam tengok kenduri arwah orang bukan Islam. Tapi yang tak bolehnya, bila kau join ikut joget sekali.
Tujuan joget joget Bon Odori tu untuk upacara sembahyang diorang. Dia macam kau join keling dengan cina pergi sembah berhala diorang. Walaupun kau kata kau buat tu just untuk suka-suka je, bukannya sembanhyang diorang pun, tapi melalui perbuatan tadi, kau dah dikira buatlah perbuatan mensyirikkan Allah. Tu pun kalau kau ambik berat lah pasal akidah.
Maybe bab ni kot orang ramai tak boleh nak proses. Diorang fikir Bon Odori just joget-joget budaya tak melibatkan agama. Masalahnya si pemerintah sorang tu pon bengap ayam, dia bukannya arif pasal agama pun. Diri sendiri pun caca-merba, nak sekolahkan mufti pulak.
Mufti pun jadi je lah gentleman, pergi je acara tu. Lepas tu kau sekolahkan je lah balik mamat yang beria nak tegakkan benang yang basah. Kalau takut murka Tuhan, kekal dengan pendirian kau. Tapi kalau lagi sayang hidup dengan kesenangan dunia, tukar lah balik kenyataan awal. Kesimpulannya, pilihlah sendiri. Ada otak ada akal, buatlah keputusan sendiri.
aku sependapat dgn post ko neh.tapi cadangan tukar nama festival ni atas alasan xmau polemik ni sorry la nak ckp...bodoh betul.sbb benda tu x mengubah bon odori.ini bukan hujah level mufti tapi level politician murahan yg acah populist
Post time 13-6-2022 12:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah berpuluh tahun buat tiba terpesong akidah lah. Org2 dulu2 gi semua dah kafir ke. Kalo sensitif sangat nama bon cam babi ganti nama festival. Sana just promote budaya jepun makan2 ada game bagai. Kecohhlahhhh
Post time 13-6-2022 12:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pity international students dan national dancers yang bawa traditional malay dance seperti makyong.. Ulek... Untuk introduce malaysia . Di kata kan rosak aqidah oleh religious nuts...
Mana boleh paksa suka2 suruh orang lain tukar nama perayaannya mereka pasti akan jadi isu besar. Cer bayangkan orang luar suruh tukar nama hari raya haji atau aidul adha mau ramai jadi sentap marah. Yang lebih utama kena usaha terapkan semula basic agama tingkatkan iman jadi jika dicampak kemana pun tak terjejas dan tak tergelincir dari landasan.
Masalahnya tok lebai melayu tak boleh fikir seperti ini
"Yang lebih utama kena usaha terapkan semula basic agama tingkatkan iman jadi jika dicampak kemana pun tak terjejas dan tak tergelincir dari landasan."
Tok lobai lebih suka ajar bangsa melayu seperti keanakan selamanya.
Ataupun itu sebenarnya juga adalah pemikiran tok lebai.
Ulit Mayang dn Mak Yong adalah tarian tradisional penuh seni ttpi ditarikan dgn unsur2 syirik (pemujaan roh). Begitu ape yg rakyat M'sia faham, maka UM dn MY itu yg berasal dari Pantai Timur, pemerintah setempat mengharamkannya. That's why UM/MY, yg boleh diketengahkan sbg ikon Pantai Timur dn tarikan turis malap, beku dn tak boleh dipersembahkan.
Spt yg disuarakan mufti Perlis untuk BO, apa kata kalau UM dn MY ditukarkan nama dn dipersembahkan tanpa unsur2 syirik. Jadikan tarian MY dn UM sbg sebuah tarian semata2 tanpa dikhususkan unsur2 syiriknya, jgn ada asap2 kemenyan atau bacaan mantera, seru-menyeru yg membawa kpd kesurupan. Kalau di K'tan dn T'ganu tak boleh (haram) di KL sbg pusat negara tak boleh jugak ke?
Post time 13-6-2022 07:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ULEK MAYANG - Warisan Unik Negeri Terengganu
(Sejarah Lagu dan Mentera Lirik Asal)
Ulek Mayang berasal dari Terengganu semenjak Zaman Pemerintahan Sultan Umar. Waktu itu, Agama Islam belum lagi berkembang luas di Tanah Melayu, majoriti orang2 Tanah Melayu masa tu menganut agama hindhu dan berpegang pada ajaran animisme.
Dijadikan cerita, pada suatu hari sekumpulan nelayan pergi ke tengah laut, tiba-tiba kapal mereka pecah, semuanya hanyut akhirnya terdampar di tepi pantai dan tersedar dari pengsan, tetapi dalam kesemua nelayan, seorang daripada mereka tidak sedarkan diri. Awang (bukan nama sebenar). Apabila diperiksa, Awang masih bernyawa.
Pawang/Bomoh dipanggil untuk mengubati Awang. Didapati semangat/roh Awang telah tersesat. Roh Awang telah masuk ke Alam Bunian.
Salah seorang Puteri Bunian berkenan dengan Awang dan tidak mahu melepaskan Awang. Pertarungan di alam batin berlaku antara bomoh dan puteri, kemudian Puteri tersebut memanggil lagi dua kakak nya untuk bertarung dengan bomoh, kemudian mereka memanggil lagi dua Puteri yang merupakan adik beradik mereka juga sehingga genaplah enam puteri. Pertarungan semakin sengit sehingga membuatkan laut bergelora dan ribut yang kuar yang memaksa Puteri Tujuh turun.
Puteri Tujuh merupakan puteri sulung, paling cantik dan paling bijaksana antara enam yang lain. Si Bomoh merayu-rayu kepada Puteri 7 agar semangat Awang dibebaskan. Disebabkan Puteri Tujuh merupakan yang paling tua maka dia memerintahkan keenam enam adik beradiknya untuk pulang ke tempat asal dengan berkata :
"Aku Tahu Asal Usulmu"
"Yang Laut Pulang Ke Laut, dan Yang Darat Pulang Ke Darat "
Selepas itu semangat Awang dilepaskan. Si Bomoh berasa berterima kasih kepada Puteri 7, lalu menyediakan Hidangan Pulut Kuning (Kalau dalam lirik lagu Ulit Mayang, 'Nasik Kuning' adalah 'Nasik Berwarna' ).
Selepas Peristiwa Tersebut, setiap kali nelayan hendak belayar penduduk kampung akan membuat Persembahan Ulit Mayang di Tepi Pantai pada waktu malam berserta Ancak (Makanan Hantu seperti Pulut Kuning). Pada waktu sebelum kedatangan Islam, Ulit Mayang mengandungi unsur-unsur pemujaan atau spiritual, tetapi selepas kedatangan Islam, lagu Ulit Mayang telah di 'pincang' (mengeluarkan lirik/rangkap pantun/ ayat ayat yang berunsur pemujaan atau jampi serapah) maka lagu Ulit Mayang yang kita dengar pada hari ini bukanlah Lagu Ulit Mayang yang asli.
Pada hari ini, Ulit Mayang hanyalah merupakan sebuah tarian atau hiburan yang tiada unsur-unsur khurafat seperti zaman dahulu kala, juga Ulit Mayang kini masih giat dipersembahkan di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
Bagaimanakah yang dikatakan Lagu Ulit Mayang boleh menyebabkan Kerasukan, penulis juga kurang pasti, sebab ada beberapa versi yang didengari, lirik Lagu Ulit Mayang, rangkap yang akhir sekali ada menyebut :
"Ku Tahu Asal Usulmu, Yang Laut Balik Ke Laut, Yang Darat Balik Ke Darat, Nasi Berwarna Hamba Sembahkan"
Disinilah yang menyebabkan lagu ini berhantu, mungkin.
Ada juga terdengar orang berkata jangan dinyanyi lagu ini di tepi pantai terutamanya waktu maghrib atau malam. Walaupun liriknya dah tak lengkap, dah dipincangkan namun didalam lirik lagu Ulit Mayang ada sebut :
"Umbok Mayang Di Umbok, Ulek Dengan Jalan Jemala, Ulek Mayang Di Ulek, Ulek Dengan Puterinya Satu
Puteri Satu Berbaju Serong, Puteri Satu Bersanggul Sendeng, Puteri Satu Bersubang Gading, Puteri Satu Berselendang Kuning"
Kemudian, lirik lagu ini diulang lagi dengan menukar nama-nama puteri tersebut dengan Puteri Dua sampailah Puteri Tujuh, dan lagi digantikan dengan Perkataan 'Tuan Puteri', dimana perkataan 'Tuan Puteri' itu tidak diketahui sebenarnya siapa. Mengikut lagenda, cuma terdapat 7 puteri, siapa pula Tuan Puteri yang dimaksudkan dalam Lirik lagu ini.
Apakah yang menyebabkan Lagu Ulit Mayang berhantu? Disebabkan lagu Ulit Mayang yang kita dengar sekarang ini sudah tidak lengkap, maksudnya ade beberapa rangkap, ayat, jampi atau mentera yang digunakan telah dikeluarkan dari lirik lagu tersebut, maka sebenarnya lagu Ulit Mayang hanyalah merupakan sebuah cerita, bukan lagi merupakan Mantera untuk menyeru. Ada juga yang berkata, lagu Ulit Mayang ini akan jadi "HIDUP" apabila disebut ketujuh-tujuh nama puteri tersebut.
Perasan atau tidak, lagu-Lagu Ulit Mayang tidak disebut nama nama Puteri 1, 3 & 5. Kenapa? Sebab kalau disebut atau nyanyi lagu ulit Mayang dengan menyebut secara lengkap dari Puteri Satu sampai Tujuh, berkemungkinan besar lagu ini akan jadi "HIDUP".
Ada versi lain mengatakan, Puteri-Puteri yang bernombor ganjil ini agak agresif, kalau disebut mereka akan datang. Wallahuallam.
Inilah lirik sebenar Lagu Ulek Mayang yang dikatakan memuja dan berhantu itu:
"Umbuk mayang diumbuk, Umbuk dengan jale jemale
Ulek mayang diulek, Ulek dengan puterinya SATU
Puteri SATU berbaju serong
Puteri SATU bersanggol sendeng
Puteri SATU bersubang gading
Puteri SATU berselendang kuning
Umbuk mayang diumbuk, Umbuk dengan jale jemale
Jika sambut mayang disambut, Sambut dengan puterinya DUA
Puteri DUA berbaju serong
Puteri DUA bersanggol sendeng
Puteri DUA bersubang gading
Puteri DUA berselendang kuning
Umbuk mayang diumbuk, Umbuk dengan jale jemale
Jika sambut mayang disambut, Sambut dengan puterinya TIGA
Puteri TIGA berbaju serong
Puteri TIGA bersanggol sendeng
Puteri TIGA bersubang gading
Puteri TIGA berselendang kuning
Umbuk mayang diumbuk, Umbuk dengan jale jemale
Jika sambut mayang disambut, Sambut dengan puterinya EMPAT
Puteri EMPAT berbaju serong
Puteri EMPAT bersanggol sendeng
Puteri EMPAT bersubang gading
Puteri EMPAT berselendang kuning
Umbuk mayang diumbuk, Umbuk dengan jale jemale
Jika sambut mayang disambut, Sambut dengan puterinya LIMA
Puteri LIMA berbaju serong
Puteri LIMA bersanggol sendeng
Puteri LIMA bersubang gading
Puteri LIMA berselendang kuning
Umbuk mayang diumbuk, Umbuk dengan jale jemale
Jika sambut mayang disambut, Sambut dengan puterinya ENAM
Puteri ENAM berbaju serong
Puteri ENAM bersanggol sendeng
Puteri ENAM bersubang gading
Puteri ENAM berselendang kuning
Umbuk mayang diumbuk, Umbuk dengan jale jemale
Jika sambut mayang disambut, Sambut dengan puterinya TUJUH
Puteri TUJUH berbaju serong
Puteri TUJUH bersanggol sendeng
Puteri TUJUH bersubang gading
Puteri TUJUH berselendang kuning
Ku tahu asal usul mu, Yang laut balik ke laut, Yang darat balik ke darat, Nasi berwarna hamba sembahkan.
Pulih mayang ku pulih, Pulih balik sedia kala"
Dimana mistiknya. Rangkap 3 adalah rangkap SAMBUT. Dimana puteri 2 menyambut pantun dari puteri 1 begitu juga puteri 3. Rangkap keenam adalah rangkap TUTUP dan rangkap tujuh adalah rangkap JAGA.
Dikatakan kadangkala ada yang meracau dan dirasuk ini kerana apabila lagu ini didendangkan, mereka lupa untuk "menutup" lagu tersebut pada rangkap 6 dan 7. Ini kerana setiap rangkap mempunyai sifatnya tersendiri seperti diterangkan di atas.
Terima kasih kpd ceritanya. Bukan semua orang tau cerita ulik mayang ni. Apakah ianya satu mitos atau legenda, namun jika lagunya boleh memanggil roh dn menyebabkan kesurupan, seram juga. Mungkin juga sebelum menari2 ada ritual yg dimulakan. Agar tarian UM ini tidak terkubur, ahli2 pereka tari tentu boleh mengambil inisiatif mengubahsuai pantun2nya dn UM dpt dipersembahkan sekadar sebuah tarian tradisional. Sayang jika khazanah neg T'ganu spt ini pupus begitu saja.