murni,laparoskopi tu proses ape??xtau la pulak...
kellydaa Post at 17-1-2011 15:54 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
sbnrnya kelly,murni ada pcos..ni penerangan nya...
Polycystic Ovary Syndrom atau PCOs adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesuburan dan gangguan haid pada wanita tersebut. Gejala utama akibat PCOS ialah kemandulan, sukar untuk hamil dan bila hamil, mudah gugur. Ramai juga dikalangan pengidap PCOS yang mengalami masalah tidak datang haid untuk jangka waktu yang panjang, perdarahan haid yang banyak atau berpanjagan, masalah kegemokan/obesity dan ada yang bermasalah tumbuh rambut pada kaki dada dan muka.
Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.
Rawatan laparoscopy dan ovarian drilling
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit “polycystic ovary” akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik cautery ataupun laser cautery.
krdt to forum dr hamid arshad |