DAP will field seven new faces in 15 seats in the 10th Sarawak Election on April 16.
Following Saturday’s announcement in Kuching of five candidates for the southern region, party secretary-general Lim Guan Eng announced the remaining 10 candidates for seats in the Sibu, Sarikei, Miri, Bintulu and Limbang divisions here on Sunday.
Among the 15 candidates include four women. The party will also be fielding two of the youngest candidates in the elections.
1.Wong Ho Leng (Bukit Assek)
2.Ting Tze Fui (Meradong)
3.Chiew Chiu Sing (Kidurong)
4.David Wong Kee Woan (Pelawan)
5.Yap Hoi Liong (Dudong)
6.Fong Pau Teck (Pujut)
7.Leong Kwong Yaw (Bukit Kota)
8.Wong King Wei (Padungan)
9.Violet Yong (Pending)
10.Chong Chieng Jen (Kota Sentosa)
11.Christina Chiew Wang See (Batu Kawah)
12.Leon Jimat Donald (Simanggang)
13.Lawyer Ling Sie Kiong (Piasau)
14.Alice Lau Kiong Yieng (Bawang Assan)
15.Wong Hua Seh (Repok)
Lor.. DAP letak calon kat Padungan ker? Abis tu Dominique nak bertanding kat mana?
Muntz Post at 4-4-2011 07:57
dominique tak bertanding
ni berita dia
apa komen muntz mengenai langkah dap dan pkr yang mematikan karier ahli politik masing masing
DAP, PKR tukar kerusi Padungan, Batu Lintang
Dalam satu perkembangan mengejutkan, DAP dan PKR bersetuju untuk bertukar dua kerusi DUN yang dimenangi dalam pilihan raya negeri 2006.PKR dalam satu pengumuman lewat malam ini menyatakan bahawa parti itu akan menyerahkan kerusi Padungan kepada DAP manakala DAP pula akan menyerahkan kerusi Batu Lintang kepada PKR.
Kerusi Padungan sebelum ini dimenangi PKR (Dominique Ng) manakala kerusi Batu Lintang dimenangi DAP (Voon Li Shan) dalam pilihan raya Sarawak pada 2006.
Perkembangan ini mungkin akan menyebabkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan tidak akan diturunkan semula untuk bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya negeri 16 April.
Kedua-duanya dianggap 'duri dalam daging' dalam parti masing-masing.
Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar yang dihadiri pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng, ketua PKR Sabah Baru Bian dan pesuruhjaya PAS negeri, Adam Ahid.
Pertukaran kerusi tersebut merupakan satu kejutan besar kerana Padungan adalah kerusi pertama dan satu-satunya kerusi yang diwakili PKR di Malaysia Timur.
azlanTambahan pula, Ng yang merupakan bekas pemimpin DAP yang tidak sehaluan dengan parti itu pada 1990-an, mempunyai pengaruh kuat di Padungan.
Langkah itu berpotensi membawa risiko kepada DAP kerana Ng juga mempunyai sejarah bertanding sebagai calon Bebas dalam pertarungan tiga penjuru.
Voon, sebaliknya, dipercayai menjadi duri dalam daging kepada kepimpinan DAP sekarang.
Beberapa pihaknya melihat langkah tersebut sebagai usaha DAP dan PKR untuk menyekat kerjaya politik Ng dan Voon.
Ketika dihubungi oleh Malaysiakini melalui pesanan teks, Ng berkata: "Saya merasa dikhianati."
Voon, ketika dihubungi berkata: "Saya tak tahu apa-apa. Saya sedang menonton perlawanan bolasepak."
Ditanya sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya negeri pada 16 April ini walaupun tidak dicalonkan oleh partinya, beliau berkata: "Anda sepatutnya tanya kepada pemimpin apa mereka nak buat dengan saya."
Ditanya sama ada beliau akan menimbang bertanding sebagai calon Bebas, Voon berkata: "Pada masa ini saya tak tahu apa-apa... biarlah mereka putuskan. Biarlah ia begitu.
"Saya tidak penting, rakyat lebih penting. Rakyat dan negara lebih penting daripada parti. Biarlah rakyat buat keputusan, kerana mereka akan tahu apa yang patut dibuat."
Tiga pemimpin Pakatan Sarawak itu juga mengesahkan PKR akan bertanding di sekurang-kurangnya 24 kerusi manakala DAP dan PAS masing-masing akan bertanding 15 dan lima kerusi.
Rundingan antara PKR dengan Parti Nasional Sarawak (SNAP) masih berterusan.
Camner nak perintah Sarawak, kalau sesama pembangkang pun berebut kerusi.
PKR dijangka tanding tanpa SNAP
2011/04/04
KUCHING: Dalam kunjungannya ke sebuah rumah panjang di Sri Aman kelmarin, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kemungkinan parti itu bertanding pada pilihan raya negeri kali ini tanpa Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).
Namun, kenyataan itu ditempelak pemimpin SNAP yang menegaskan bahawa ia tidak mahu membuang masa melayan kerenah PKR, sebaliknya kini giat membuat persiapan rapi menjelang penamaan calon, Rabu ini.
Naib Presidennya, Johnny Wong, berkata semua 27 calon SNAP yang bakal bertanding pada pilihan raya negeri, 16 April ini sudah pun turun padang di kawasan masing-masing untuk menemui pengundi.
“Sekarang kami (SNAP) hanya mahu melakukan kerja kami dengan membuat persiapan menghadapi pilihan raya negeri. Kita tidak mahu membuang masa memberi perhatian kepada hal lain.
“Kelmarin, kepemimpinan tertinggi SNAP sudah pun membuat keputusan untuk bertanding di 27 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), maka kita hanya mahu memberi perhatian serius terhadap keputusan itu,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita semalam yang memetik Anwar sebagai menggesa masyarakat Iban supaya menolak parti tertentu yang didakwanya ditaja oleh Barisan Nasional (BN) bagi memecahkan undi pembangkang.
Anwar tidak menamakan parti itu tetapi portal berita berkenaan menyatakan bayangan itu jelas merujuk kepada SNAP, parti yang majoriti ahlinya kaum Iban.
Kelmarin, SNAP mengumumkan akan bertanding di 27 kerusi DUN dan menolak sama sekali formula pengagihan kerusi oleh PKR yang cuma memperuntukkan tiga kerusi untuk SNAP.
Malah, PKR sudah mengumumkan untuk bertanding di 52 kerusi, sekali gus dijangka menyaksikan pertembungan sesama parti pembangkang di beberapa kerusi.
Johnny berkata, SNAP sentiasa menghormati rakan komponen pembangkang yang lain, termasuk PKR di atas semangat setiakawan.
"Tidak mengapa... SNAP adalah antara parti tertua di Sarawak, kita tidak akan patah hati, sebaliknya akan terus berjuang pada pilihan raya kali ini," katanya
Reply Muntz
sik pasti juak koh...selalu dalam newspaper ada - usually kan release on the polling ...
journey7148 Post at 3-4-2011 20:31
Yup. Tapi sepatutnya dah handy dah statistik2 DUN tok semua. Sikboh gik gago nak bercarik dekat blog2... tapi nangga rupa dalam website SPR pun belum keluar apa2 gik.
dari rumours yang aku dengar
kemungkinan menteri di jabatan perdana menteri, idris jala y ...
Magika Post at 4-4-2011 08:00
Yup. Aku pun rasa camtu gak. Kalau Idris Jala bertanding situ, harapan besar Idris Jala menang. Tapi pelik pulak nanti kan.. Idris Jala bertanding kat DUN, tapi jadi menteri persekutuan.