CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hafeezan

Misteri Istana Billah

  [Copy link]
Post time 25-4-2011 09:37 PM | Show all posts
org2 dulu kalau letak penjaga mesti kat tiang seri rumah kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2011 11:16 PM | Show all posts
aku kalau si Uncle Seekers ada terbabit sekali, memang haram laa aku nak percaya. kalau dia kata dia ...
Nichelena Post at 24-4-2011 14:41



    setuju statement kalo dia sendiri kata dia hantu tu..mmg..aku pon percaya ahahahah

tp..citer realiti paranormal cmni.. tk boring ke ek? ...ermmm :cf:
tp tmpt2 cmni kalo dijadikan muzium mmg aku suka jek nk masuk meninjau..mmg aku suka tmpt lama2 nih...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 11:36 PM | Show all posts
Mungkin ad yg kt luar sn akn ckp cter tu fake or reka2 tp totally korang salah. Bdk yg mati dlm cter tu mmg mati, dn bdk yg hilang dlm cter tu mmg hilang......smp skang. Report polis da buat tp diorg still x jumpe bdk tu smp skang. Almost setahun lebih dah.

Klu korang nk tau, cter Penunggu Istana tu dibikin brdasarkan cantuman2 video yg 5 org bdk "u" rakamkan selama 15 hari pd sekitar 2009 kt Istana Bilah ni.

Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd. Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf.

Kes kematian dlm video2 tu dpt dirakamkan tp polis msh lg x jmpa suspek utama  iaitu Amar Asyraf. Dia hilangkan dri smp skang dn dlm ramai2 bdk "U" tu, dia salah sorang yg hidup, yg lain "jalan"....

aku quote dr laman web tu
rakaman dibuat pada tahun 2009 - tp kenapa kata almost setahun lebih dah hilang?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 11:45 PM | Show all posts
and byk argumentative untuk cerita ni
and aku rasa itu mmg dijangka dan sengaja di buat
untuk meraih publisiti dan strategi pemasaran
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 11:48 PM | Show all posts
apsal aku rasa cam tipoo jek.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 12:03 AM | Show all posts
Reply 65# Santeira

bkn tipu.. lakunan jah semata2 katanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2011 12:06 AM | Show all posts
hasil dari analisis aku dan ashes
filem ini adalah cantuman dari real footage (dan juga footage baru)
klo real footage korg akan bleh perasan yg betapa amaturnya rakaman dorg tp
sepanjang masa bawa kamera HD...
and sara ali tu adalah pelakon ok..
cuma ada part dalam citer ni adalah footage sebnar, footage yg tidak diambil oleh polis..

kes ini adalah kes  yg betul2 terjadi dan masih dlm siasatan polis...
cuma yg dipaparkan adalah yg dibina kembali dan babak2 real yg tidak disimpan oleh polis untuk siasatan... dlm cerita ni just diberitau ttg apa yg terjadi tetapi tak menjuruspun pada kes bunuh tu sbb kes ni sulit kan...

pihak keluarga pun setuju apabila cerita ni diubah darp cerita sebenar kepada cerita based on true story..

tp dorg tanak claim ni adalah based on true story sbb ada babak2 yg diambil dari rakaman sebenar tp tidak menjejaskan identiti org yg terlibat dan juga mengganggu gugat siasatan.
dlm kes polis, setiap bukti adalah penting jadi dorg takde suka2 bg ko tgk bg ko pinjam jap..


p/s: klo betul knp citer real life story lain takleh guna real footage?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 12:09 AM | Show all posts
Reply 67# surfinv

p/s: klo betul knp citer real life story lain takleh guna real footage?

    kena tanya dgn polis la kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2011 12:11 AM | Show all posts
klo tanya pun mmg takleh dapat ...
knp citer dukun takdapat ditayangkan?
samalah sebb kebenaran polis...

finas yg luluskan citer ni so finas kena jaga senstiviti penonton
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 12:29 AM | Show all posts
baru blek dr tgk cite ni.........seram & suspen......
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 12:57 AM | Show all posts
hehe konon dlm siasatan polis tapi cemana video tu boleh terlepas org buat filem pulak...nampak benor tak logiknya

kalau buat filem tanpa kebenaran dari pihak berwajib apa tunggu lagi saman je laa... sbb menda ni boleh busukkan nama istana ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 08:46 AM | Show all posts
actually ash ngan surfinv memang berlainan pendapat berkenaan cter penunggu istana ni. ash memang yakin yang citer tu semua lakonan tapi surfinv cakap tu footage betul tapi last2 kitorang setuju yang mungkin part2 bebudak U ngan uncle seekers tu semua lakonan semula. part2 yg nmpak muka hantu bagai tu maybe footage betul yang diselitkan sekali..

macam yang Arissa cakap, maybe 7 hari tu diorang wat rakaman pastu untuk movie tu diorang campur skali footage asli.. cuma yang ash musykil sampai skang ialah cmna polis bole release video tu? kalau kes masih dalam siasatan, boleh ke mengikut undang2 video tu digunakan untuk tujuan komersial?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 09:31 AM | Show all posts
Itulah. Mak pun kata jgn panjang2kan. Biarkan ajer la. Mamak aziz (bapak aku) pun dah meninggal. Kal ...
Arissa_Adaj Post at 25-4-2011 21:36



arissa...... (eheheh....cam panggey baby aku lak...sbb nama baby aku pun arissa)

yg mengamuk dlm blog uncle seekers tuh abg ko ker???
sbb aku ade terbaca dlm blog tu ade org marah2 dan nak amik tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 10:03 AM | Show all posts
arissa...... (eheheh....cam panggey baby aku lak...sbb nama baby aku pun arissa)  

yg men ...
seeri_7843 Post at 26-4-2011 09:31


aku tolong pastekan


MAZLAN BIN HAJI MAHDI (Anakanda Afifah bt Mohd Dahlan)



KEPADA: PRIMEWORKS STUDIO SDN BHD
(FORMERLY KNOWN AS GRAND BRILLIANCE SDN BHD)
3RD FLOOR NORTH WING, SRI PENTAS
NO 3 PERSIARAN BANDAR UTAMA, BANDAR UTAMA
Tel:  03 7726 6333
Fax: 03 7726 7324

Dan ALTERNATE STUDIOS

Buat perhatian:

1.             Teuku Iskandar Teuku Alaudin – Penerbit Eksekutif

2.             Ahmad Puad Onah – Penerbit Eksekutif

3.             Rosihan Zain – Penerbit Eksekutif

4.             Wan Hasliza – Pengarah & Lakon Layar

5.             Intan Syafina Hassan – Film Support Executive [email protected]


FILEM “PENUNGGU ISTANA” TERBITAN PRIMEWORKS STUDIOS, GB & ALTERNATE STUDIOS

BismillahirRahmanirRahim.

Saya yang bernama diatas mewakili generasi ke-3 dan ke-4 keturunan Raja Bilah bin Raja Asal, ingin menyatakan hasrat dukacita atas penerbitan filem terbaru “PENUNGGU ISTANA” yang sedang hangat dipromosikan di media tempatan. Perkara ini hanya kami sedari baru baru ini apabila kami melihat trailer dan juga keratan akhbar yang merujuk kepada filem anda.

Dari pemerhatian kami, kami mendapati ada beberapa kemusykilan dan juga perkara yang pastinya akan disalah tafsirkan oleh masyarakat apabila mereka menonton filem ini. Antaranya:-

1. Tema filem yang mengenengahkan unsur khurafat, puaka dan pemujaan yang bertentangan dengan kesucian Islam dan iktikad ahli Sunnah wal-Jamaah.

2. Nilai estetik sejarahnya dan kepentingan Istana Papan itu sendiri tenggelam dalam jalan cerita filem itu, dan ia bercanggah langsung dengan sejarah perjuangan Raja Bilah di waktu pemerintahannya di situ.

3. Kebenaran untuk menjalankan penggambaran di situ tidak mendapat restu dari waris Raja Bilah lain yang masih hidup. Kebenaran juga pasti tidak akan diberikan jika kami mengatahui yang filem itu lebih menjurus kepada mempromosikan syirik dan khurafat. Ini jelas tidak menjaga sensitiviti pewaris Raja Bilah bin Raja Asal.

Oleh itu, kami dengan kerasnya menolak usaha anda ini dan jika ada kekhilafan dari pihak anda, kami mungkin akan merujuk perkara ini ke badan yang berkaitan untuk mengambil tindakan.

Semoga usaha anda yang taksub mempromosikan khurafat melalui filem ini, walhal anda sepatutnya meng'akbar'kan Allah, akan dilaknat olehNya dan dijauhi dari keberkatanNya.

Saya lampirkan juga carta salasilah pewaris Raja Bilah bin Raja Asal yang masih hidup.

Dengan izin Allah,
Mazlan bin Haji Mahdi


http://uncleseekers.blogspot.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 10:17 AM | Show all posts
bukan.... ni nama dia lain..... tp mungkin derang si sedara mara la kot

meh aku tepek :-  

Assalammualaikum. Nama saya Luqman Ahmad Rangkuti, saya salah seorang pewaris Istana Raja Bilah. Saya email ni tuk meluahkan rasa tidak puas hati. Saya di fahamkan filem ni pasal jumpa paranormal dekat istana ni? Mintak maaf la,nak buat cerita macam ni tak fikir ke waris-waris istana ni masih hidup dan bersepah je dalam malaysia ni? Saya marah sebab filem ni tayang benda bodoh dan tak boleh terima.Istana ni sejarah dunia,Sultan Perak pun penah datang melawat istana ni.Jadi jangan suka-suka hati buat jalan cerita filem macam ni.

Kalau ada pihak lain datang rumah uncle dan tak hormat rumah uncle,sure uncle marah. Tu la yang saya rasa. Darah saya darah muda dan darah keturunan Mandailing ni kuat uncle.Saya memang pantang ada manusia yang buta sejarah pasal istana ni,pandai-pandai nak buat andian sendiri.Lain kali selidik dulu istana tu asal dari mana.Entah-entah keturunan Mandailing pun uncle tak tau.Datang tempat orang,kene hormat.Selidik latar belakang.

Buta sejarah,search dekat google atau jumpa waris-waris istana.Saya tak kesah kalau uncle nak guna istana ni sebagai lokasi drama atau filem,tapi jangan burukkan nama istana ni dengan filemkan benda karut macam ni.Saya selalu datang istana ni dengan ayah dan nenek saya.Sini la bermula nya tok nenek saya mulakan hidup baru selepas berpindah dari tanah Sumatra akibat perang dengan belanda.

Mungkin bagi uncle,sejarah kami ni tak penting.Tapi ingat,dah datang tempat orang,kene hormat.Saya nak mintak penyelesaian elok,saya dan waris-waris lain nak berjumpa dengan uncle dah krew-krew yang buat filem ni.Kami tak makan orang,kami nak talk.Nak tau apa punca dan selesai masalah ni.Sebab bukan keturunan kami yang dekat sini je tau dan marah,tapi keturunan kami dari tanah Sumatra pun tau dah marah.Kami ada connection dengan mereka di sana.Kami ada society kami.Jadi jangan bakar kemarahan kami.

Kalau uncle seorang yang gentle,tolong balas email ni dan datang ke Istana Raja Bilah tu balik tuk berjumpa dengan kami.Bagi penjelasan dekat kami yang masing-masing rasa tak puas hati ni.Ingat la,kami memang tak boleh buat apa sekarang ni tapi tak bermakna kami biarkan benda tu jadi macam tu je.Kami mintak uncle gentle la dengan kami.Tanggung la risiko.Datang balik berjumpa dengan kami je.Tu je.Mintak maaf terkasar bahasa dalam email ni,hati tengah marah.Mintak maaf sekali lagi.Tapi tolong bekerjasama dengan kami waris-waris Istana Raja Bilah.

http://uncleseekers.blogspot.com/


*** aku da edit sket. wat perenggan. takle berpinau bijik mata nk membace nyer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 10:19 AM | Show all posts
nampak sangat uncle seekers ni nak cari publisiti murahan jer.. ada ke patut pegi post private email ni kat blog dia.. :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2011 10:24 AM | Show all posts
bukan.... ni nama dia lain..... tp mungkin derang si sedara mara la kot

meh aku tepek :-  

Ass ...
seeri_7843 Post at 26-4-2011 10:17



    ramai waris yang marah nampaknya...

huhu memang patut pon marah, dah burukkan nama istana tu, mana tak marahnya kan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 10:46 AM | Show all posts
dua2 komen kat atas tu (Mazlan bin Haji Mahdi, Luqman Ahmad Rangkuti).... dari sedara-mara aku tu.... bagusla dah ramai yg suarakan... abang aku mmg nak mengamuk pun tapi mak aku tak kasik...... bagusla nak jumpa... mintak penerangan sket.... hangin tau
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 12:10 PM | Show all posts
Salam... Aku baru call abang aku tadi. Aku tanyala apa citer sebenarnya. Abang aku bgtau dia tgh ang ...
Arissa_Adaj Post at 25-4-2011 20:26


Alah raja raja memang ler ade jin2 jage...dan setau aku org2 mandailing yg berketurunan raja ni mmg di jaga oleh mahkluk ghaib tapi yg islam ler..baik baik jer..xde lah nak mati pon susah nak kene bukak bumbung, penjaga nya pon xde lah nak merasuk waris sampai nak ibadah pon susah...tapi sebaliknya...lagi kuat ibadah lagi bagus effect nya...

Ni tidak seolah2 menggambarkan ada penunggu jahat plak..padan lah muke kalo mati pon..pertama niat ko tu ape...kalo dah intention nak memburuk2kan makhluk tu mmg ler...kalo kite manusia sesama manusia marah x kalo org kaco kite...memalukan keluarga di raja mandailing jer...kahhaaaqqtuihhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 12:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by batunilam4a at 26-4-2011 12:31

mesjid pon kalo org tinggal lama2 berantu gak....Aku benci Uncle seekers ni....

Betul kate org tu semua entah2 mandailing pon die tak kenal...apa tah lagi marga2nya...anyway aku dari marga rangkuti...sama clan ngan raja bilah bin raja asal.... sgt berjasa pada sejarah pembangunan awal perak termasuk lah Kuala lumpur sendiri...tapi tak ramai yg mengetahui siapa mandailing...walhal nenek moyang kami sgt berjasa kepada langkah awal kemerdekaan dan menentang penjajah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.088744 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list