View: 5874|Reply: 8
|
Wanita makan hati nikah duda! Bekas isteri suami asyik menempel dengan famili mentua
[Copy link]
|
|
Baru hampir setahun berkahwin, wanita ini sudah makan hati berulam jantung.
Mana tidaknya, sepanjang tempoh perkahwinan, banyak insiden menyakitkan hati berlaku melibatkan bekas isteri suami.
Membuat luahan di laman sosial, wanita itu berkata emosinya terkesan gara-gara bekas isteri kepada suami begitu rapat dengan keluarga mentua.
"Normal ke bekas isteri kepada suami masih datang majlis famili suami hanya disebabkan dia rapat dengan mentua saya?
"Tidak, saya bukan penyondol. Saya kenal suami hanya selepas mereka bercerai dan kami berkahwin selepas enam tahun mereka bercerai," katanya, menegaskan dia bukan punca perpisahan.
Menurut wanita itu, mentua sememangnya melayan dirinya dengan baik tetapi dia tidak selesa dengan kehadiran bekas isteri kepada suami.
Berdasarkan pemerhatiannya, dia menganggap bekas isteri suami cuba mengambil kesempatan atas keakraban hubungan dengan mentua dan menunjuk-nunjuk bahawa dirinya paling layak menjadi menantu.
"Dia trying too hard untuk masuk dalam gambar keluarga, tag mentua untuk tunjuk kat saya. Saya selalu mengalah sebab tak suka drama.
"Kadang-kadang tak ada gambar dengan famili mentua pun sebagai kenangan. Dah la baru kahwin, bukan selalu jumpa mereka pun tapi bila ada kesempatan, bekas isterinya ada kat situ dengan mentua. Saya duduk je la dengan suami dan geng lelaki semua," ujarnya.
Tambahnya lagi, dia cuba untuk berbaik dengan wanita itu tetapi mendakwa aura negatif dirinya sangat kuat dan seakan-akan tidak ikhlas apabila berjumpa.
"Masa pertama kali jumpa di majlis kahwin adik ipar, dia ada hulur tangan untuk salam tapi dia langsung tak pandang muka dan tarik tangan dia cepat-cepat dan terus balik. Saya percaya ibu mentua yang suruh dia salam, sebab tu nampak tak ikhlas," katanya.
Walaupun akur dengan tindakan mentua yang masih menjemput bekas menantu ke majlis mereka, apa yang dipertikaikan adalah wanita itu tidak menghormati dirinya.
"Saya faham je mentua masih jemput dia, tapi kalau saya jadi dia, saya hanya datang sebelum atau selepas majlis sebab bekas suami dia dah kahwin, ada isteri dah kan.
"Tak ada common sense ke? Saya fikir seseorang yang berusia 10 tahun lebih tua daripada saya boleh tunjuk kematangan. Tapi umur tak mencerminkan kematangan pun.
"Jujurnya, saya penat menangis dan selalu mengadu pada Allah. Dah hampir setahun kahwin, tapi banyak sangat makan hati," tambahnya.
Menurut wanita itu, keadaan yang berlarutan itu membuatkan dirinya banyak memendam rasa sehingga ke tahap menghadiri sesi kaunseling pada akhir tahun lalu.
"Selalu terfikir sampai bila keadaan akan macam ni? Macam mana nanti bila dah hamil dan ada anak sendiri? Akan berterusan makan hati macam ni ke?
"Bila jenis lemah-lembut, malas layan drama manusia, dipijak pula. Rasanya kalau orang lain, mesti dah bergaduh besar," katanya lagi yang buntu dengan situasi dihadapinya itu.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Buat xtau aja..yg utama mertua ok laki pun ok. |
|
|
|
|
|
|
|
lahhh.. insecure sgt dh knp..
buat relax sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau SG, buat bodoh je lah. As long as suami baik, sayang n side kita, kenapa nak rasa insecure. 6 tahun gap suami kawen baru. Maksud nya mmg dah x nak la dgn bekas isteri. MIL pon ok je, so bior je la exwife yg x boleh move on tu. |
|
|
|
|
|
|
|
“"Tak ada common sense ke? Saya fikir seseorang yang berusia 10 tahun lebih tua daripada saya boleh tunjuk kematangan. Tapi umur tak mencerminkan kematangan pun.”
Lagi 1, kenapa nak mengharap kematangan org lain, lagi2 org yg x related dgn kita. Umur pon bukan pengukur kematangan. Actually diri sendiri yg kena matang n jaga hubungan baik suami tu elok2… baru la suami tu x heran dgn ex nya |
|
|
|
|
|
|
|
Kau sendiri yg dok melayan rengsa rengsi diri ngko. Buat bodo sudah. Lower down yr expectations!! Bila kau tak harap apa2, hidup kau lagi bahagia. Dah sah2 MIL dgn laki ko elok je layan ko. Bersyukur sudah.
Lainlah kalau MIL ko bo layan. Hah tu bolehlah rengsek. Kau pun sejenis nak kan validation. Org tu salam sedetik pun kau nak overthinking. Tak penat ke? Hidup berkisar ex wife laki. Ingat, kau tak boleh ubah orglain, so? Kau ubah diri sendiri. Ubah jgn nak me me me sgt. Buat bodo sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa nak layan benda ni? |
|
|
|
|
|
|
|
[AceHand SPECTaceLAR]
Macang bekas bini hada niat jahat jer tu... Sebagai perempuang dia sepatotnya lebih memahami + Laki tu dungu tak pandai jaga hati bini sekarang = Mertua kurang prihateng...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
benda xboleh kawal..org suka org xsuka..kalau xboleh terima jumpa bekas isteri elok jangan kawen dgn duda dari awal...what do you expect? |
|
|
|
|
|
|
| |
|