CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tenderfly

Kisah Seram dan Misteri dari Pemandu Teksi

[Copy link]
Post time 7-9-2011 02:13 PM | Show all posts
aku crita pengalaman abah aku yg paling latest sepanjang dekat 15 tahun dia bawak teksi ni (crita ni mak aku bgtau masa sebelum raya haritu, dan terjadi masa sebelum kita posa). dulu abah aku askar, dh pencen masa umo 45 tahun tu dia pun bawak la teksi, keja2 jadi gad ni dia dh tak mau dh sbb dlm hutan pun dok standby mcm pak gad dh dia kata.

malam tu dlm pukul 9 lebih mcmtu abah aku hantar budak pompuan ni pegi shahab perdana (stesen bas kt alor staq). kesian punya pasal lepas tu pikir pulak bdak tu pompuan dia pegi la hantar jugak ke shahab tu. mak aku teman abah aku sbb takut la jadi apa2 kat jalan, abah aku tu pn mata bukannya clear sgt pun. so masa gi hantar budak pompuan tu abah aku lalu jalan dari hgway bukit kayu hitam lalu changlun, jitra segala smpai la masuk ke alor staq. umah mak abah aku ni area2 sempadan bkt kyu hitam dgn perlis. so kalau nk senang mmg lalu highway tu la kalau nk masuk alor staq tu.

dh setel hantar budak pompuan tu kt shahab, mak abah aku pun balik la umah, lalu jalan yg sama masa pegi tadi. abah aku ni kalau malam mmg dia bawak keta selow sbb mata pun tak brapa nk nampak + teksi proton saga tu pun dh ala2 nk habis hayat dah. biasa la teksi2 belah kedah perlis mmg oldiest2 belaka, tak mcm KL ni. dalam dok bawak selow2 tu masa tu dh pukul 11 lebih dh rasanya ada la sorg lelaki ni tahan teksi abah aku. yg abah aku ni pun pi berenti pulak, mak aku pulak tak dan nak kata apa. dh berenti tu laki tu tnya bleh tak hantar dia pi Napoh. sapa2 yg asal org kedah tau la nama tempat Napoh ni (kalau kat hgway PLUS napoh ni antara area changloon nk ke jitra camtu, nak ikut jalan lama ke jitra pun ada simpang nk ke napoh ni). area situ mmg dh bnyak kmpung2 siam & jalan nk masuk ke napoh dr hgway tadi mmg dh jalan kampung dah.

abah aku pun sbb kesian bawak la pulak laki tu hantar dia ke Napoh tu, abah aku mau hantar sbb laki tu kata tak jauh sangat umah dia dr tepi hgway tu. laki tu org myanmar mak aku kata, sbb mak ngn abah aku ada la jugak tnya2 dia, sbb mula2 ingatkan org siam. dia kata dia keja kilang kat area alor staq tu. ni tadi baru lepas dating ngn awek dia, tgok2 nk balik dh x dak bas, tepaksa la dia jalan kaki nk balik umah. tu yg abah aku cam kesian & ok je nak pi hantar.

jalan kiri kanan mak aku cakap lampu jalan pun x dak, gelap je. mak aku dh baca2 la ayat quran sambil2 sbb dia pun penakut jugak. mak aku cakap punya la jauh masuk ke umah laki myanmar ni, tadi kata dekat je dari jalan besar (highway). pemuhong mak aku kata, padahal jauh tak sangga. dh la cermin tingkap teksi tu kena bukak sebab ekon dh rosak. dh lama tu ada la nampak lampu2 skit, laki myanmar tu kata stop situ. kat situ la umah dia. lepas dah bayar duit tambang, abah ngn mak aku pun balik je la, sib baik la jugak mak aku kata jalan dia stret je takdak kona2 sangat.

haa, masa mak ngn abah aku nk balik la menda ni jadi ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 02:23 PM | Show all posts
Demi kerana mu TT, gigih aku contact balik kawan aku yg aku citer dlm first story aku tu.  smpt la g ...
annehuda Post at 6-9-2011 04:53 PM



   
meremang bulu roma aku bayangkan rupa antu tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 02:37 PM | Show all posts
aku crita pengalaman abah aku yg paling latest sepanjang dekat 15 tahun dia bawak teksi ni (crita ni ...
selipar_hijau Post at 7-9-2011 14:13



    sambung please...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 02:52 PM | Show all posts
masa mak ngn abah aku otw nk keluar dari jalan kampung area napoh tu la menda tu mula buat hal.

tengah dalam gelap teksi abah aku sorg je kt jalan tu. jangankan keta, moto ke gerek (basikal) pun takdak sapa pun lalu. tadi masa pi bertiga ngn laki myanmar tu takde la rasa sunyi sgt, sbb ada jugak dok sembang2. ni dh balik tinggal mak ngn abah aku je depa dua pun senyap tak terkata apa. radio dalam teksi abah aku tu pun bukannya mau hidup sangat, sat ada siaran sat takdak. tambah2 la pulak masuk kampung camtu lagi la takkan dapat punya siaran, kalau dapat pun siaran radio siam, tu pun blom tentu clear. so senyap je la depa dua kt dlm teksi spnjang keluar dr jalan kampung tu.

tiba2 je mak aku cakap dia bau menda hangit, mcm ada wayar short kat dalam teksi tu. mak aku yakin bau tu dari dalam teksi sbb abah aku mmg bawak slow je (even tingkap bukak), dalam hati mak aku kata mcm nk tolong pi tekan je kaki abah aku tu bagi tekan minyak laju skit. slow sangat mak aku kata mcm tak guna enjin! yg abah aku senyap je mcm takde bau apa2 pun. mak aku pun diam je nk bersuara pun tak berani. tengah2 dok bau menda hangit dalam teksi tu tiba2 mak aku nampak kilat menyambar dari belakng teksi (tak pasti dari seat blakang ke atau belakang luar teksi) terus panah ke cermin pandang belakang teksi abah aku tu. menyirap la mak aku tekejut + takut. masa dia crita kat aku ni pun dgn aku skali takut meremang segala. cermin pandang blakang tu tak ke dekat depan muka kita je kan?? mak aku dh mcm nk tercabut jantung time tu. depan2 mata tak ke pelik mai mana kilat tiba2 panah ke cermin mcm tu. mak aku kata mcm lintaq (halilintar) zapp zapp zapp dari belakang pastu panah kat cermin, lalu tepi bahu ni. lepas tu panah lagi kt cermin pandang belakang tu jugak. ada la dalam 3 kali kilat tu panah ke cermin tu.

mak aku punya la berselawat segala sbb dh takut. yg abah aku boleh dia buat derk je dok feeling2 bawak teksi slow tak sangga. mak aku tak berani nak bcakap sbb dia takut kes mcm kt sg petani dulu jadi balik kat dia (nti aku crita). dh habis lepas kilat tu main sambar2 kat cermin baru la abah aku bcakap "apa dia yg bau hangit ni? lampu dlm teksi aku tebakaq ka??" sambil2 tu abah aku dok pegang2 la lampu kt bumbung teksi dia tu sbb ingatkan rosak.

mak aku cakap rasa lama sangat nk dapat keluar dari jalan napoh tu. rasa nk teriak pun ada tp sabar je la mulut ni tak berhenti berdoa. yg abah aku ni pun bawak slowww laa.. nk marah ke apa tak berani la sat lagi jadi ke lain pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 02:53 PM | Show all posts
sori boss dok mintak2 keja. tu yg crita mcm sangkut2 skit
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 03:23 PM | Show all posts
mak aku ni nak toleh ke belakang pun tak berani. mulut ni dah tak larat dh dok baca2 doa mak aku kata. yg abah aku tu dok sibuk la ngn lampu dlm teksi dia terbakaq la apa la. mak aku pn geram jugak sbb dh tau jln dlm hutan mcm ni lagi abah aku tu dok bising psl lampu dia. yg kilat dok panah tadi tak nak pulak abah aku tu bising ke apa. bawak sloww jugak mak aku kata.

tgh2 abah aku dok bising pasai lampu teksi dia tu tiba2 handphone dari seat belakang bunyi. mak aku sekali lagi la terkejut mcm nk terkeluar jantung. tadi kilat, ni bunyi phone pulak. mak aku gagah la jugak toleh ke seat belakang, mmg dia nampak la handphone tu atas seat. baru la mak aku bcakap dgn abah aku "sapa pulak yg pi tinggai henfon dlm teksi ni.." abah aku kata taktau la apa2 pun biaq la jumpa jalan besar dulu nak ambik tgok ke apa.

phone tu pun dok bunyi la dlm 2-3 kali. mak abah aku biar je tak usik pun. tak lama lepas tu baru la jumpa jalan besar (hgway). mak aku punya la bersyukur, sbb lama sangat rasa nk jumpa jalan besar tu. lepas tu terus la abah aku singgah kat kedai mamak kt changlun tu. ye la org2 tua ni mana la reti nk tekan2 henfon canggih ni. abah aku suruh tokey kedai tu tekan2 henfon tu. wallpaper  henfon tu gambar pompuan tp free hair, nak kata budak yg dia pi hantaq kat shahab perdana tadi , budak tu pakai tudung. takkan henfon budak tu. pastu abah aku suh la tokey tu bukak gambar2 kot2 ada dlm henfon tu, bukak2 tgok2 ada la muka laki myanmar tadi. mak aku cam sebab masa dia mintak abah aku hantar dia ke napoh tu dia sua (jengah) muka dia kat cermin tingkap teksi so mak aku dapat cam muka dia.

abah aku gigih nak pi hantar tipon tu mlm tu jugak kat laki myanmar tu, mak aku apa lagi marah tak sangga la tak sanggup dah dia nk redah hutan belantara tgh2 malam buta ngn segala mcm kilat la, bau hangit la apa la. tokey mamak tu kata takpa dia tolong salinkan nombor yg call henfon tadi tu, sbb tokey tu kata maybe nombor yg misscall tu awek laki myanmar tu kot sbb bila cek balik kuar gambar pompuan tu. so lepas setel kat kedai mamak changlun tu mak ngn abah aku balik la umah. esoknya abah aku call nombor awek laki myanmar tu bgtau henfon laki tu tertinggal dalam teksi smlm. & abah aku kata dia tunggu kat pekan changlun je nk pulangkan henfon tu balik kat tuan dia. abah aku pun serik dh nk pi ke napoh tu lagi.

so esok siang tu laki myanmar tu dtg la ambik phone dia kat abah aku. siap berterima kasih & sembah abah aku sbb bagi balik phone dia. pastu siap bagi duit minyak kt abah aku rm20.00.

sib baik jugak la tak jadi apa2 kt mak aku mlm tu sbb mak aku ni jenis lemah semangat skit. bila mak aku tnya abah aku dia nampak tak kilat2 tu, abah aku jawab tak nampak apa pun. dia bau hangit je sbb tu dia bising ingatkan teksi dia nk terbakar... ha3.
pastu abah aku kata dia bukan sengaja bawak sloww, dia dh tekan abis mnyak dh teksi dia mlm tu, tp tak mau pi laju jugak mcm ada org dok tarik bonet teksi dia tu..


sekian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2011 03:34 PM | Show all posts
mak aku ni nak toleh ke belakang pun tak berani. mulut ni dah tak larat dh dok baca2 doa mak aku kat ...
selipar_hijau Post at 7-9-2011 15:23



    bapak uols mmg jujur......susah nk cari org mcm tu zaman skrang ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 03:49 PM | Show all posts
Kisah kedua

kisah seorang pemandu teksi di bangi gak. lokasi sbnr tak sure la plak, alkisahnye pakcik teksi ni, mcm biasa la tido dlm teksi smbl menunggu penumpang kt stesen komuter UKM tu.  tetiba cermin tingkapnye diketuk, sorg perempuan rambut panjang, pun usia dlm lingkungan 20an gitu mintak hantar ke rumah die, kt mane tu tak sure. tp nk masuk kawasan tu mmg kene lalu satu kawasan berhutan la.  dhle gelap tmpt tu, lampu jalan pun takde.  tp kt situ mmg ade kawasan perumahan yg baru je bukak, kirenye mcm underdeveloped la gitu.

di pertengahan jalan tetiba perempuan tu suruh stop, kt tgh2 kawasan hutan tu.

'pakcik pakcik, berenti. saya dh sampai ni'

'eh kamu ni bio betul. kan ke taman XXX tu depan lg?'

'betul la pakcik. sinilah rumah saya'

pakcik tu pandang kiri kanan gelap gelita je. lampu jalan pun takde.  pakcik tu dah rasa tak sedap hati. budak perempuan tu hulur duit kt pakcik tu, bayar tambang.

'keep the change'.  smpt lg perempuan tu kasi tips.  

pakcik tu peratikan je perempuan tu berjalan masuk dlm kawasan hutan2 tu.  tp takdela plak perempuan tu melayang ke hape ke. jalan mcm biasa jelah. pakcik tu pun blah dan die pun pegilah ke mapley BBB. jumpe kawan2 teksi die, tgh hirup kopi nk kasi mata tak ngantuk.

adelah kawan pakcik tu tegur, 'eh ko pegi mane td? menonong je kuar tak ajak aku pun'

'la tadi aku hantar org la pegi taman XXX.'

'ko ni bio betul mane ade org masuk teksi ko td? aku perasan ko tido ko suruh aku kejutkan ko kalau tren dh smpi. tp td ms tren belum sampai ko dah blah dulu. ingatkan ko pegi mapley'

'eh betulla aku pegi hantar org td. siap kasi tambang lebih kt aku' pakcik tu raba2 kocek baju tmpt die simpan duit perempuan tu tadi.kosong. takde ape pun.  adakah pakcik itu bermimpi sahaja? wallahualam....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2011 05:10 PM | Show all posts
wah wah..banyak cilita..besh besh... sila menambah lagi..aku nk kena korek2 la darik sapa2 plak pasal cite hantu dari pocik teksi pasal citer dari pak cik said dah abeh..nanti aku korek2 lagi ye....
seri..ampehs la ko ni..cakap nk sambung crita arini pasal teksi highlands towers tu..pengsan apo..?huhuhuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2011 05:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by tenderfly at 7-9-2011 18:01

Kisah kali ni...aku rembat dari laman web http://portalintranet.kettha.gov.my kredit to the owner...
kali ni bukan pasal penumpang teksi yang berhantu..tapi teksi yang berpenunggu..
KISAH misteri kali ini berkisar tentang pengalaman seram seorang
pemandu teksi. Pemandu teksi yang mahu dikenali sebagai Azli ini tidak menyangka bahawa teksi yang dipandu untuk mencari rezeki rupanya berpenunggu.
Beberapa kali Azli mengalami kejadian yang menyeramkan hingga membuatkan dia nekad untuk mencari teksi lain untuk disewa. Tak sanggup rasanya Azli berterusan berhadapan dengan pelbagai peristiwa aneh yang meremangkan bulu romanya.
Menurut cerita Azli, dia tidak tahu teksi yang dipandu itu berpenunggu sehinggalah beberapa kali mengalami peristiwa yang tidak menyenangkan. Teksi tersebut katanya disewa daripada sebuah syarikat teksi di bandar yang didudukinya. Setelah perniagaan yang diusahakan lingkup, Azli mencuba nasib mencari rezeki sebagai pemandu teksi.
Beberapa lama bersusah payah mencari teksi untuk disewa akhirnya dia berjaya mendapatkannya. Kata pengusaha syarikat teksi itu, teksi yang bakal digunakan oleh Azli memang telah lama tidak dipandu. Tiada yang berani menggunakannya. Kata-kata tersebut langsung tidak merisaukan Azli.
Tidak terlintas langsung untuk Azli bertanya mengapa jadi begitu. Seminggu Azli membawa teksi berkenaan tiada apa-apa berlaku. Azli seronok dengan kerja barunya. Dapat pusing-pusing bandar sambil bertemu dengan bermacam jenis orang.
Minggu kedua memandu teksi itu barulah Azli mula mengambil kira apa yang dikatakan oleh pengusaha teksi terdahulu kepadanya. Semasa membawa teksi tersebut terutamanya pada waktu malam beberapa kali berlaku kejadian-kejadian yang aneh. Menurut Azli, kali pertama peristiwa itu berlaku padanya adalah sewaktu menunggu penumpang di sebuah pusat membeli belah. Waktu itu malam minggu, kerana terlalu lama menunggu penumpang Azli tertidur. Belum sempat bermimpi, Azli dikejutkan dengan lelaki dan wanita muda yang meminta dihantarkan ke sebuah kawasan perumahan. Tanpa banyak tanya Azli terus bersetuju. Belumpun sampai jarak 100 meter teksinya bergerak, Azli kembali bertanya meminta kepastian tempat yang dituju. Semasa menoleh ke belakang,
alangkah terperanjatnya apabila melihat penumpang lelaki dan wanita tadi lenyap.
Tak tunggu lama, Azli terus berpatah balik ke pusat membeli belah untuk memberitahu rakan-rakan teksinya yang lain. Apabila sampai Azli diketawakan.
“Apa hal engkau terus aje pergi, takde penumpang pun nak jalan ke. Engkau mimpi ke apa? Lepas tu datang balik sini, baik balik rumah terus, pelik la engkau ni,” kata rakan Azli sambil disambut dengan ketawa rakan teksi yang lain.
Kejadian tersebut rupanya bukan yang terakhir. Tiga hari kemudian dia mengalami kejadian yang hampir serupa. Sewaktu sedang berlegar-legar di bandar, teksinya ditahan oleh seorang wanita. Tanpa fikir panjang Azli terus memberhentikannya teksinya dan membawa penumpangnya. Waktu itu hari baru sahaja merangkak malam. Jam di tangannya Azli ketika itu menunjukkan pukul 7.30 malam. Gadis muda itu meminta Azli menghantarkannya ke kawasan pinggir bandar. Azli terus meluncurkan teksinya. Sambil memandu Azli melirikkan mata melalui cermin pandang belakang untuk melihat gadis itu.
Pertama kali memandang Azli terkejut, tiada sesiapa di belakangnya.Apabila kepalanya menoleh ke belakang kelihatan gadis itu tetap di posisinya.
Berulang-ulang kali Azli mengintip melalui cermin, memang benar-benar tidak melihat siapapun. Azli tak cepat melatah dia terus memandu, ketika Azli menghampiri kawasan yang dituju, sekali lagi Azli terkejut.
Apabila menoleh ke belakang, gadis yang dibawa tadi hilang tiba-tiba. Dengan perasaan yang tidak menentu, Azli akhirnya memandu laju teksinya tanpa tujuan yang jelas.
Selang beberapa minggu kemudian, kejadian aneh kembali lagi menimpa diri Azli. Semasa sedang mengelilingi bandar satu malam bagi mencari penumpang tiba-tiba dia mencium bau wangi yang sangat menyesakkan hidung. Bahkan ketika cermin kereta dibuka, bau itu masih tetap melekat.
Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, Azli membacakan ayat-ayat suci Al Quran. Ketika itu bulu tengkuknya berdiri. Tak berapa lama bau itu dengan sendirinya hilang.
Ketika sampai di pusat membeli belah tempat pertemuan ramai pemandu-pemandu teksi, Azli kemudiannya bercerita. Peristiwa aneh dalam teksinya diungkap satu persatu. Malam itu barulah Azli dapat jawapan terhadap peristiwa ganjil yang berlaku sewaktu dia membawa teksi. Menurut cerita salah seorang rakan pemandu teksi yang berkumpul ketika itu, teksi yang dibawa oleh Azli pernah mengalami kemalangan yang cukup dahsyat. Pemandu serta sepasang muda mudi mati dalam keadaan yang mengerikan.
Setelah teksi itu diperbaiki dan beroperasi semula, banyak pemandunya mengalami kejadian yang aneh. Ramai yang mengalami kejadian yang serupa dengan Azli. Rata-rata menganggap bahawa teksi itu berpenunggu. Lama teksi itu tidak dibawa hinggalah ditawarkan pada Azli. Mendengar cerita itu sekali lagi bulu tengkuknya meremang. Tidak sabar rasanya untuk Azli memulangkan kembali teksi yang disewanya itu. Setelah malam makin larut, Azli meminta diri untuk pulang. Dalam perjalanan hatinya berdebar-debar, janganlah kejadian itu berlaku lagi malam ini.
Sewaktu sedang memandu melintasi deretan kedai, teksinya ditahan oleh seorang lelaki tua. Walaupun tidak terasa hendak mengambil penumpang, tapi Azli memberhentikan juga teksinya. Hatinya kasihan melihat lelaki tua itu bersusah payah menahan teksinya. Lelaki tua itu meminta Azli menghantarnya di sebuah kawasan perkampungan sehala dengan rumah Azli. Sambil memandu sekali sekala Azli menoleh ke belakang bagi memastikan penumpangnya tetap ada.
Hatinya cukup risau, takut peristiwa aneh dalam teksinya berlaku sekali lagi. Dengan hati-hati Azli meneruskan perjalanannya. Bagaimanapun semasa sedang tenang memandu, tiba-tiba orang tua yang dibawanya menjerit.
“Aku tak boleh bernafas ni,”jerit orang tua di belakangnya. “Tolong! Tolong, Ada orang cekik aku ni,” jeritnya lagi.
Kelam kabut Azli dibuatnya bila mendengar penumpangnya menjerit. Dari cermin pandang belakang Azli melihat keadaan orang tua itu, alangkah terkejutnya Azli apabila melihat dari cermin, makhluk dengan wajah yang mengerikan sedang mencekik leher penumpangnya. Azli lantas memberhentikan teksinya dengan mengejut. Dilaungnya beberapa kali kalimah ‘Allahukbar’, kemudian dibacakan beberapa surah ayat suci Al- Quran yang diingatinya. Tak lama kemudian, penumpang tadi tenang kembali. Tiada lagi dilihat makhluk yang mengerikan tadi.
Pantas Azli keluar dari teksi dan kemudiannya membawa penumpang tuanya jauh dari teksinya. Dengan cepat Azli berjalan meninggalkan teksinya sambil
memimpin lelaki tua yang dalam keadaan terpinga-pinga. Teksi itu terus ditinggalkannya hingga ke hari ini. Sumpah! takkan dibawanya teksi itu lagi.
Memang benarlah kata pemandu teksi yang lain bahawa teksi itu berpenunggu. Azli sendiri pernah melihatnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2011 06:10 PM | Show all posts
Aku gugel2 citer antu highland tower n drebar teksi..aku dapatla citer ni... kredit to http://2435.activeboard.com
Kisah ni lak berlaku time Highland Towers baru aje runtuh....lebih kurang dalam tahun 1991/92.Cerita ni aku dapat dari sorang pemandu teksi yang aku kenal....
Pemandu teksi ni aku panggil Abu aje pasal aku tak tahu nama betul die tapi die pun OK je aku tengok so...nama tu stay jelah. Die tengah drive teksi lewat malam ari tu.....
dalam pukul 2:15 pagi.Tengah drive,ader lak sorang mamat tahan teksi dia.....
so stop jelah....rezeki kan?Mamat tu memang peramah hinggakan Abu ni lupa nak tanya
destinasi mamat tuh.Bile dah teringat terus Abu tanye.....mamat tuh kata dia nak ke Highland Towers.Abu pun terus kan drive tanpa banyak soal lagi.Pas tu,terus senyap...
mungkin dah takde apa2 lagi yang nak dibualkan. Tetiba barulah Abu teringat yang Highland Towers baru aje runtuh jadi apa yang mamat tuh nak buat kat saner?Bila Abu tanye
je mamat tuh jawab time runtuh ari tu,kaki dia dua2 belah putus atas paras lutut sambil menunjukkan kakinya yang kudung dan berdarah.Abu time tu panik gila....tak tau nak buat
apa2 dan dia hanya terkaku tengok mamat tuh turun teksi dan merangkak ke arah kawasan timbunan runtuhan.Baru 2-3 meter mamat tu merangkak, Abu dah tak nampak dia lagi....terus hilang.
Abu terus pecut teksi laju gila.....nasib baik tak eksiden tapi pengalaman tu memang tak dapat dia lupakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2011 06:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by tenderfly at 7-9-2011 18:42

Kisah ni pun aku ambik dari laman web http://www.yulsahaja.com...credit to the owner..pasal aku rasa kisahnya menyeramkan jugakla buat drebar teksi..

Salam semuanya, hari nie entri yul nak bercerita kisah seram lagi. Sebelum nie yul bercerita mengenai Villa Nabila kan? Kali ini pasal Mahmoodiah. Mahmoodiah nie jugak
ada terkait masa kisah yul yang lepas. So, yul nak kongsikan kepada korang mengenai Mahmoodiah nie pulak. Banyak-banyak kisah mistik, yul rasa ini lah yang paling menyeramkan kot dan banyak kisah yang berlaku di kawasan ini. Tidak lupa juga kawasan berhampirannya iaitu Dataran Bandaraya Johor Bahru yang pernah di gemparkan dengan kisah Hantu Lilin pada tahun 1990-an. Pada tahun 1980-an lagi lah best, pelancong Kuala Lumpur yang datang ke Johor Bahru tertarik dengan kemeriahan persembahan kuda kepang di pentas dataran tersebut. Hampir 2 jam dia melihat persembahan itu. Oleh kerana terlalu terpegun dengan kehebatan negeri Johor yg 'menghalalkan' pementasan sehingga jam 2 pagi, pelancong tersebut menceritakan hal ini kepada rakannya yang kebetulan bekerja dengan Majlis Bandaraya. Rakannya menafikan dakwaannya itu dan mengatakan bahawa dia berkhayal! Habis, apa yang sebenarnya berlaku selama 2 jam pada mlm tersebut? Wallahualam..
Berbalik kepada kisah di Mahmoodiah, ramai pemandu di ganggu ketika melalui kawasan perkuburan yg menempatkan kerabat-kerabat di Raja itu.
Kisah pertama ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir. Kadir dalam perjalanan ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga Bay.Jam menunjukkan pukul
7.30 malam. Sampai di pertengahan jalan lingkaran (sekarang di dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri. Dia pun memberhentikan kenderaan dan bertanya arah tujuan wanita berkenaan. Wanita itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah Aminah. Kadir pun menumpangkan wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Kadir agar tidak menggunakan penghawa dingin. Biarlah dengan membuka tingkap sahaja katanya.
Wanita itu memberitahu bahawa sepatutnya teman lelakinya yang menjemputnya, tetapi akibat masalah yang tidak dapat di elakkan, dia terpaksa berjalan kaki untuk ke perhentian bas hospital itu. Wanita itu juga berpesan kepada teman lelakinya agar membawa kereta, kerana dah serik menaiki motor. Kadir cuba menenangkan wanita berkenaan dgn mengatakan bahawa naik motor lagi romantik, jimat minyak dan kalau jalan jem, boleh selit-selit. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Kadir bahawa berlaku satu kejadian yg tak di ingini semasa dia menunggang motosikal bersama teman lelakinya. Pernah satu ketika semasa menunggang motor bersama teman lelaki, mereka di sondol oleh kereta yg berlumba di situ. Kadir lantas bertanya "Ya Allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak divider itu? di situlah saya dan teman lelaki saya tercampak selepas di seret hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama"..
Apa saja ayat al-quran yang terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya kuat-kuat. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas terbang dan berlalu pergi menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka luas. Kadir membatalkan hasratnya untuk berjumpa kawan-kawannya lalu terus balik ke rumah. Di rumah, dia menceritakan segalanya kepada pakciknya yang kebetulan bertandang ke rumahnya. Pak ciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu.
Kisah kedua yang terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang pemandu teksi. Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR. menghala ke Anjung Warisan dari Petronas Lingkaran. Selepas melalui terowong tersebut, ada seorang wanita menahan teksinya dan terus mengejar teksi berkenaan.
Kisah ketiga ialah bangunan Yayasan Warisan Johor. Mase perang Jepun dulu. Jepun gunakan bangunan tu sebagai markas / kem mereka. Jadi, macam-macam hukuman jepun seperti pancung kepala dan macam-macam lagi yang mereka lakukan disitu. Dan disitu jugak banyak askar jepun mati. Orang-orang otai cakap, kat situ ada jepun berbaris di atas
bumbung! mcm mana tu dieorang berbaris yul tak tahu la. wallahualam.
Kisah keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap jalan lingkaran dalam. Ade orang cerita yang kawasan tu berhantu pada waktu petang selepas asar sebelum maghrib. Ade orang pergi ziarah kubur time tu. Ade gangguan seperti ade bende terbang atas kepala. Banyak kali. Penggali kubur kat situ pun sarankan jangan datang waktu-waktu petang macam tu. lagi-lagi kawasan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 10:48 PM | Show all posts
salam
best2 sila hupdate!
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 09:19 AM | Show all posts
wah wah..banyak cilita..besh besh... sila menambah lagi..aku nk kena korek2 la darik sapa2  ...
tenderfly Post at 7-9-2011 17:10



ha ah.... semlm aku pengsan...baru ni aku tersedar balik

aku smlm bizi tak hengat la.....
besa la aku awal2 bln..... nk setel data da la minggu lepas coti
ni pon ade keje tunggu ni. kang kalo sempat aku citer la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2011 10:15 AM | Show all posts
Reply 74# seeri_7843

sungguh ampeh ini tukang cop det...huhuhuhh...si syaza ni dah 2 ari batuk batu n slesema..penangan akak dia...derang batuk2 dok cium dia...jangkit ah..

sila menyelam dulu ye cik puan seeri..dah abeh nyelam kang sambung balik..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 05:03 PM | Show all posts
Reply 1# tenderfly


   bukan kuala kurau kot.. tp batu kurau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2011 08:55 PM | Show all posts
Reply 76# johnazizul


   sblom sampai selama...ada satu simpang...yang selepas kubu gajah tu...eh bukan kuala kurau..kubu gajahla..hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 08:52 AM | Show all posts
seronok baca cerita tt..

tp bukan yg amik dr blog org lain..aku tak baca  
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 11:33 AM | Show all posts
Reply 16# tenderfly

Masalahnya kalau jalan jauh, pembantu pemandu pun sedap membuta.. Tinggal la pemandu sensorang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 06:20 PM | Show all posts
JARI-JEMARINYA MERAYAP..Saya taip balik dari Mastika April 2004

Kira-kira pukul 2.00 pagi saya terjaga apabila mendengar suara operator telefon radio teksi membuat panggilan..

"Ada penumpang dari Bukit Antarabangsa nak ke Taman Tun Dr.Ismail , yang berdekatan kawasan itu sila lapor..."suara operator halus keluar dari alat komunikasi.

  Tanpa berfikir panjang saya terus menyambut panggilan dan menyatakan sanggup untuk mengambil penumpang itu.Dari Jalan Hulu Klang,saya masuk ke simpang Bukit Antarabangsa yang jalannya banyak selekoh tajam.Malangnya,kira-kira lima minit kemudian operator memberitahu supaya saya tidak terus ke kondo tersebut kerana terksi lain telah mengambil penumpang itu.

  'Dah dekat nak sampai ni."beritahu saya pada operator.

  "Janganlah marah,saya pun tak tau.Teksi tu tak lapor pun,tiba-tiba aja beritahu dah ambil."suara operator membela diri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.077779 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list