CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_herrhughie

anggur pun dapat tumbuh bawah cuaca panas

  [Copy link]
Post time 13-10-2011 07:06 AM | Show all posts
Reply 60# nameloo

Tgk post #57. Ada la secebis info pasal anggur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2011 07:19 AM | Show all posts
bagi saya semua kebykan muslim malaysia ada masalah...tak tahu mcm mana hormat adat / agama ...
cmf_herrhughie Post at 13-10-2011 00:56


kau apahal?ko cakap based on apa?ko ada berapa ramai kawan melayu?sendiri paranoid sendiri buat assumption..sendiri pukul rata.orang pukul rata kata semua cina bukit taw pulak nak melenting..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 07:51 AM | Show all posts
dah ke laut dah thread ni... ish3x
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 07:58 AM | Show all posts
anggur....anggur mmg ditanam di tempat cuaca agak panas....kalo tak cukup panas...tak manis buahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 08:00 AM | Show all posts
semua kejadian telah ditentukan olehNya....rajin usaha..insyaAllah ada hasilnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 08:02 AM | Show all posts
The ending is near...
Its the end of the world!!!

solstice Post at 12-10-2011 16:58

Aku syak dia pakai bomoh
solstice Post at 12-10-2011 16:59



Teknik Penanaman Anggur :


"Terlebih dahulu lihat keadaan cuaca di kawasan anda. CUACA sekitar mesti panas. Sekurang-kurangnya 80% sinaran
matahari dan JANGAN terlindung. Lagi panas lagi bagus".


"Cuaca di Malaysia sebenarnya amat sesuai untuk tanaman anggur. Anggur akan lebih manis dalam cuaca panas.
Pembuahannya juga boleh dirancang. Elakkan daripada melakukan pembuahan pada musim hujan"


rahsia bomoh...tersebut...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2011 08:08 AM | Show all posts
Apekebende thread nih!

Bod ni pun dah jadi entah hape2 aku tengok!

Selalu misleading!

...
nameloo Post at 13-10-2011 06:56


kesian....meh aku tolong ko...takper politik tue beselah...

Ladang anggur KhatulistiwaOleh KHAIRUL AMRI HASSAN
[email protected]


ANAK pokok anggur yang sedia ditaman di kawasan tanah lapang.


ANGGUR, yang suatu ketika dianggap eksklusif kerana harganya mahal, diketahui hidup subur di negara-negara beriklim sejuk. Bagaimanapun, hasil kemajuan teknologi hibrid membolehkan tumbuhan renek itu menyesuaikan diri dengan cuaca panas di Malaysia.

Di negara ini, anggur ditanam buat pertama kali oleh Jabatan Pertanian Perlis kira-kira 20 tahun lalu.

Sejak itu, anggur telah menjadi sebahagian daripada tanaman buah-buhan di negara ini termasuk dijadikan pokok hiasan di laman rumah. Walaupun rasa dan teksturnya tidak sehebat anggur import, ia masih dianggap memiliki kelas tersendiri.

Di Ladang Anggur Sendayan, Negeri Sembilan, pokok anggur ditanam secara terbuka seratus peratus dalam skala yang besar iaitu di atas sebidang tanah seluas 10 hektar.

Ladang yang diusahakan sejak tahun 2006 ini dimiliki oleh sebuah syarikat bumiputera, A-Winn Global Market Services Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan.

Menurut penyelia ladang anggur berkenaan, Saidon Sadri, pihaknya menyediakan persekitaran semula jadi untuk dirasai sendiri oleh pengunjung ladang berkenaan.

“Di negara luar, kebanyakan pokok anggur ditanam di dalam rumah hijau yang dibina untuk mengawal suhu dan keadaan persekitaran demi memastikan hasilnya nanti bermutu tinggi.

“Namun, di ladang ini semua pokok anggur ditanam di kawasan terbuka. Ini sekali gus mendedahkan kepada orang ramai bahawa anggur juga boleh hidup di kawasan beriklim Khatulistiwa,” katanya.

Celoteh jejaka berusia 35 tahun ini bagaikan satu ensiklopedia pertanian. Ilmu agro yang dihirup Saidon sepanjang berguru bersama wakil pengusaha dari Thailand bukan calang-calang nilainya.

Baka Siam

Katanya, terdapat empat jenis baka utama anggur di ladang itu yakni Shiraz, White Malaga, Black Pearl dan Black Opal.

Jika ada rezeki, pengunjung boleh merasai sejenis lagi baka anggur hibrid iaitu Black Pink.


BUAH anggur boleh dipetik selepas 120 hari ia berputik.


“Kesemua jenis anggur itu berbeza dari segi rupa dan rasa. Shiraz mempunyai biji, berwarna kehitaman apabila masak dan rasanya agak masam berbanding anggur jenis lain.

“White Malaga adalah satu-satunya spesies anggur di sini yang berwarna hijau, berbentuk lonjong dan mempunyai rasa yang manis. Setangkai anggur jenis itu pernah mencatat rekod seberat satu kilogram.

“Begitu juga Black Pearl dan Black Opal yang sangat manis rasanya dan biasanya tidak berbiji,” ujarnya sambil menceritakan rasa manis Black Pink yang warnanya merah kehitaman dan berbentuk lonjong.

Tambah Saidon, anggur di ladang itu berbuah mengikut giliran dalam empat peringkat. Setiap peringkat melibatkan masa selama kira-kira empat bulan.

Menurut beliau, anggur boleh berbuah sebanyak tiga kali setahun tetapi ia boleh direhatkan dengan memangkas dahannya.

Tempoh rehat itu bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan daya rintangan pokok terhadap penyakit.

“Ketika pokok-pokok direhatkan, baja kesuburan akan ditambah manakala ranting dan daun dipangkas untuk menghasilkan tunas baru,” jelas Saidon.

Kata beliau lagi, tunas baru pokok yang dipangkas tadi akan berputik dalam tempoh tiga minggu. Selepas 120 hari, buah-buah anggur yang matang boleh dipungut.

Cabaran utama yang dihadapi sepanjang tempoh pokok anggur berbuah tentunya ancaman penyakit, ulat dan mergastua.

“Burung merah mata dan gembala kerbau paling gemar menghabiskan waktu di ladang ini semasa pokok sedang berbuah.

“Adakalanya penyakit yang disebabkan oleh teritip dan ulat pelombong daun turut menjejaskan hasil anggur,” getusnya yang menceritakan ladang itu pernah diserang monyet liar.

Leceh

Selain itu, faktor persekitaran juga menjadi penyumbang kepada kerosakan pokok.

“Jika hujan turun terlalu kerap, daun dan batang anggur akan mereput. Buahnya menjadi berbintik-bintik hitam seolah-olah berkarat kerana sifat berasid anggur yang sensitif kepada air,” ujar Saidon.

Saidon tidak menolak dakwaan bahawa anggur susah untuk dijaga, namun jika pemiliknya bijak mengendalikan tanaman itu, ia pastinya mudah sahaja.

“Anggur perlukan tanah yang sentiasa lembap tapi pantang tanah yang boleh menakung air kerana akar serabutnya mudah rosak dan tidak sekuat akar tunjang.

“Tanah yang sesuai untuk penanaman anggur adalah tanah berpasir yang neutral dan senang untuk digemburkan,” tambahnya yang juga mencampurkan tanah gambut serta penggunaan batas untuk pokok-pokok anggur.

Beliau mengesyorkan tanah berbukit memandangkan sifatnya yang tidak menakung air. Baja yang sesuai juga amat diperlukan oleh pokok yang sedang membesar.

Baja organik, kata Saidon, adalah yang paling baik kerana kandungan nutrien aslinya yang tinggi berbanding baja kimia.

“Ladang ini menggunakan baja khas yang diproses daripada debu gunung berapi yang diimport dari Thailand selain baja kompos serta bahan buangan daripada haiwan seperti lembu dan kelawar,” katanya yang menggunakan nisbah 50 kilogram baja kimia NPK (nitrogen, fosforus dan kalium) untuk setiap sembilan kilogram baja debu gunung berapi.

Pokok anggur perlukan pengairan yang sempurna. Sehubungan itu, penyiraman dilakukan pihaknya sebanyak dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan lewat petang.

“Teknik percikan air ke bahagian batas pokok berdekatan dengan batang dibuat selama dua hingga tiga jam setiap hari menggunakan sumber air yang dipam dari tasik buatan di sekitar ladang,” jelas Saidon.

Kahwin

Tut dan kahwin adalah antara kaedah yang sering digunakan Saidon untuk menambah bilangan anak pokok anggur.

“Paling cepat anak pokok boleh dialihkan ke dalam beg poli ialah sekitar 10 bulan selepas melalui proses tut atau kahwin,” katanya yang jarang menggunakan teknik keratan batang dan semaian biji kerana tempoh pertumbuhannya yang lambat.

Anak pokok akan memanjat selepas berusia sebulan dan buah pertama yang dihasilkan pokok baru biasanya akan berasa masam.

Sebagai alternatif, bagi yang individu yang berminat memiliki pokok anggur sendiri, teknik penanaman secara bongsai digalakkan.

“Kaedah ini hanya menggunakan pasu dan para yang boleh dibina sendiri mengikut saiz dan keperluan,” katanya yang turut menjual anak pokok anggur kepada pengunjung di ladangnya.

Ladang Anggur Sendayan dibuka untuk kunjungan pelawat seawal pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan 4 hingga 7 petang setiap hari. Ia mengenakan bayaran masuk serendah RM3 bagi kanak-kanak dan RM5 bagi dewasa.

Pengurus Operasi Eksekutif, Ladang Anggur Sendayan, Zaiton Disa menyasarkan bilangan pelawat seramai 200 orang setiap hari.

“Selain orang tempatan, kami juga menerima kunjungan pelancong dari Singapura dan Brunei yang sangat tertarik dengan keunikan Anggur Sendayan,” katanya yang turut merancang untuk menambah bilangan pokok anggur yang berjumlah 4,500 batang pokok kini.

Selain itu, pihaknya juga bakal bekerjasama dengan Kementerian Asas Tani dan Jabatan Veterinar untuk memulakan penternakan haiwan berskala sederhana.

“Kita harap dengan adanya perkembangan ini dapat menggalakkan lagi orang ramai untuk singgah di ladang ini sekali gus membangunkan industri pelancongan dalam negara,” tuturnya.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0602&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 08:49 AM | Show all posts
anggur dah selalu nampak, dulu bapak aku pun tanam.....tapi pokok epal x penah aku jumpa lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2011 08:51 AM | Show all posts
tak pelik! dulu di rumah datuk saya depan rumahnya mcm ni..anggur terjuntai2 tapi rasanya masam...
ira_229 Post at 12-10-2011 17:00


yup betul. kat umah den pon ada tanam anggur gak..buah lebat. tp takde sape heran. sbb masam. mungkin cuaca tak sesuai kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 08:54 AM | Show all posts
ini tuan tanah biaselah..bila kantoi bukan penang je yang tanam anggur mula la konar kot lain
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 08:58 AM | Show all posts
boleh jer tumbuh kan...
kat kelantan..perlis tak silap aku dah org tanam..
tp rasa dia lain sket la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 09:07 AM | Show all posts
Tak pelik la...rumah SIL pun ada tanam anggur..biasanye anggur hijau..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 09:13 AM | Show all posts
Motifffff tetiba ramai pulok yg ngaku tanam anggur kat rumah
Nak tumpang glemer mok cik ni kah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 09:24 AM | Show all posts
Teknik Penanaman Anggur :


"Terlebih dahulu lihat keadaan cuaca di kawasan anda. CUACA ...
shamsadis Post at 13-10-2011 08:02



    tu dia penganut agama melayu, mcmana Islam nak maju kalu ni asumption lobai tu...:re:
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 09:26 AM | Show all posts
ya ker? bila ahli PAS pegang lilin putih ahli UMNO apa reaksi pula?
sama saja la....apa yg ...
cmf_herrhughie Post at 13-10-2011 01:15



   sungguh benar kata2 kamu ini.
mereka2 itu bukan mengikut ajaran islam yang sejati pun.

mana ada orang politik yang tidak hipokrit?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 09:32 AM | Show all posts
ade tanam 6 jenis aggur kat rumah...daun semua dah kuar...tapi buah ke tak tu tak tau laa...

kena ...
thessailly Post at 13-10-2011 00:26



    aku tanam 4 pokok... 2 black muscat & 2 Isabella...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2011 09:54 AM | Show all posts
Reply 74# lkick2113
takper la....kita kene tolong bagitau...benda ni pihak MARDI dah lama buat....kat umah2 kampung Johor sana banyak diaorang tanam...kecik2 jerk..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:03 AM | Show all posts
Motifffff tetiba ramai pulok yg ngaku tanam anggur kat rumah
Nak tumpang glemer mok cik ni kah?
solstice Post at 13-10-2011 09:13



   sebab ini 1st thread yg membincangkan pasal topic ni rasanye..
dulu2 wktu kaka gi umah SIl pun ..ingat pokok anggur tiruan..
dia tanam kat garaj..buat kayu kat siling garaj..pokok anggur tu melilit2 sekeliling kayu..
cantik terjuntai2..

tpi wktu kaka pergi...baru beputik buah..lum masak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:05 AM | Show all posts
mcm nh pon jadi isu ke..aiyak!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2011 10:23 AM | Show all posts
ini tuan tanah biaselah..bila kantoi bukan penang je yang tanam anggur mula la konar kot lain
5229 Post at 13-10-2011 08:54



   siapa konar bodoh? siapa start dgn bomb sana sini--islam terrorist?
siapa pernah cakap tempat lain tak ada anggur?sila baca post #25


ya, pernah baca perlis ada tanam anggur juga...tapi tak sure sama ada ia adalah masam / manis...kalau manis mcm dlm berita di atas..ok lah..
lain kali, malaysia boleh buat tourism utk lawat ke ladang anggur...dan ada yg boleh buat kilang wine....and malaysia own wine brand,....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.062140 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list