http://alamorkidla.blogspot.com/
Festival Anggerik Shah Alam Ke-18, bermula 9hb - 11hb Dis 2011. Hari ini 8hb. Dis'11, hari yang memenatkan kerana hari ini merupakan hari pendaftaran masuk pokok-pokok orkid untuk dipertandingkan, diikuti dengan kerja-kerja mengatur pokok-pokok orkid mengikut kelas-kelas yang ditetapkan dan akhir sekali pokok-pokok diadili. Disamping ikut para peniaga sibuk menyusun pokok-pokok orkid mereka dikawasan jualan yang telah ditetapkan. Oleh sebab gambar-gambar terlalu banyak, kira-kira hampir 100, Orkidla muatkan beberapa keping gambar. Selebihnya mohon jasa baik rakan-rakan lihat didalam album FB Orkidla seperti berikut, Festival Anggerik Shah Alam
Dari kiri Pemilik pokok Best Species dan kanan Pemilik pokok Best Plant (Den. Mini) serta pokok Best Hybrid (Phal. Hybrid).
Dibawah ini antara beberapa keping gambar menarik Adenium yang dijual di salah sebuah gerai orkid di SACC Mall, Selebihnya anda boleh lihat di album Adenium @ FASA18, SACC. Sungguh menawan hati.
|