Utusan Malaysia Online
Tak kisah seksiPosted on the April 7th, 2011 under Artis by Mami Juram Faradhiya tidak peduli apa orang kata, berhak gayakan pakaian disukai PENAMPILANNYA pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010) menarik perhatian ramai. Menggayakan catsuit rona biru turquoise daripada fabrik lycra rekaan Ariff Shukor berjaya menampakkan keseksian tubuh Farahdhiya. Justeru tidak hairanlah andai setiap kali kelibat Farahdhiya muncul ramai jejaka akan menoleh lebih daripada sekali. Dan bagi si empunya diri, dia sendiri tidak kisah jika penampilannya itu mengundang perhatian ramai. Malah Faradhiya sendiri tidak mahu ambil peduli jika ada lelaki yang merenung atas bawah sekali gus memberikan pandangan nakal.
“Idea untuk menggayakan catsuit ini memang dari saya sendiri. Selepas berbincang dengan pereka saya, maka terhasillah pakaian ini. Saya suka dengan pemilihan warna dan saya selesa menggayakannya. “Saya tak kisah orang nak kata apapun. Saya seorang wanita dan saya berhak untuk memilih apa saja gaya yang saya suka,” katanya yang baru muncul dengan single terbaru berjudul Kau Telah Pergi.
|