|
Cara memasuki alam bunian - Mohon Penjelasan
[Copy link]
|
|
edoraixora posted on 2-7-2013 10:32 AM
aku percaye je pokcik tu bercinta ngan bunian
cume maksud aku yg klako tu sbb ko gune word 'gf' t ...
hehehe gf ler paling eloknye...tak de yg terasa hati nanti...yg aku lawak tiap2 bulan berdating tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
citer pasal bunian ni kat Melaka belakang rumah moyang aku area lendu, alorgajah melaka tu selalu dengar bunyi manusia bercakap-cakap.. tapi aku tak penah Nampak.. moyang aku yg dh berusia 100tahun lebih tu penah cakap belakang umah dia mmg ade kg bunian.. skg ni moyang aku dh uzur.. dan dulu pun arwah mak aku penah citer yg sepupu arwah mak aku penah kena sunat dgn orang bunian.. ni kenyataan.. masa tu arwah mak aku cerita, sepupu dia yg aku panggil busu am ni kecik2 tak suka pakai suar.. pastu setiap kali dia pergi main mesti dia bgtahu kt mak dia(wa mok aku) yg dia selalu Nampak orang terbang.. pastu satu hari tu lepas main2 dia menangis ngadu kat mak dia (wa mok aku) 'anu' dia sakit.. wa mok aku pon tgk sekali berdarah.. tokyang aku (arwah tokyang) bawa la busu am ni tadi pergi jumpa dr, then dr kata dia dah sunat.. pastu tokyang aku mcm tak percaya bawa pegi jumpa tok mudim n dia kata pun dah sunat.. tak silap aku ada masuk paper tahun 70an kalo tak silap.... tapi masa raya aritu lupa plak nak Tanya kat wa mok aku mana paper tu.. (masuk paper tulisan jawi) dulu2 kan byk paper tulisan jawi..
nnti aku blk Melaka aku snap 1pic ttg paper tu.. harap2 paper tu masih disimpan lg lah.. dan skg busu am aku tu dh jd askar dah kawin n beranak-pinak serta hidup bahagia tanpa gangguan bunian.. moyang aku msh hidup lg cuma skg dia dah uzur skit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Setahu aku la.. bunian ni golongan jin jugak la.. makna nya anda semua pernah memasuki dimensi alam jin lah gitu ye..
Aku nak kongsi la sikit cerita.. mungkin bukan bunian kekeke.. cerita ustaz sorang kenalan aku ni dia masuk hospital serdang 3-4 tahun dulu kena bedah jantung.. lepas bedah, duk kat hospital, dia kata dia nampak mcm2 makhluk mcm manusia tapi senget2 muka dan bentuk badan duk kat katil dia..walhal hospital tu siap semua katil ada speaker bacaan al-quran centralized lagi... kekeke... itu dia alami dalam keadaan sedar bukan mimpi...
Saya percaya di kala kita dalam keadaan tertentu kita mungkin memasuki alam / dimensi lain melalui-roh dan juga kita rasa seperti fizikal kita juga berada di sana..
|
|
|
|
|
|
|
|
tak berani nak travel ke sana.
nak ke thailand pun saya takut. |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra posted on 28-6-2013 12:45 PM
dari segi hukum agama..apa hukumnya?jaga2lah akidah tu...
Sesungguhnya Allah yang lebih mengetahui.......
[size=85%]Firman Allah :
[size=85%]“Wahai jin dan manusia, jika kamu mampu menembusi dinding langit dan bumi, maka tembusilah, dan kamu tidak akan mampu menembusinya melainkan dengan kekuatan”
[size=85%]( Ar-Rahman :33)
Mungkin kah mereka2 yang berusaha bersungguh-sungguh memasuki alam ghaib seperti alam bunian dan mencari ilmu merentas masa melalui pembacaan mantera atau persekongkolan dengan jin terasa tercabar dengan ayat di atas kot?
Adakah memasuki alam mahkluk ghaib termasuk dalam cabaran ayat Allah di atas?
Atau adakah percubaan manusia memasuki alam jin... dan jin pula memasuki alam manusia... termasuk dalam cabaran tersebut?
Kalau mengikut cerita2 yang biasa kita dengar... jin telah dapat memasuki alam manusia... malah memasuki dan mengawal kehidupan manusia melalui rasukan... menurun... dan berumahtangga dalam badan.
Adakah mungkin di alam jin terdapat pula cerita2 anak jin polan telah dirasuk atau dikenen oleh manusia dan mereka pula ada pakar2 merawat untuk menghalau gangguan manusia tersebut? hehehe... sekadar lontaran pertanyaan.
Dalam pembacaan di board MPS ni ada kisah manusia yang hilang dan setelah beberapa lama muncul kemudian. Ada yang mengaku memasuki alam ghaib lantas menceritakan pengalaman mereka berada di alam tersebut. Ini bermakna... kalau kita mempercayai sepenuhnya cerita tersebut... manusia berkemampuan menembusi alam ghaib dengan jasad dan tanpa kenderaan... tapi untuk apa?
Manusia tak mampu terbang dan tinggal lama di udara atau dalam air.
Dengan kenderaan seperti Kapalterbang malah Stesyen Angkasa Lepas atau Kapal Selam, manusia mampu terbang atau tinggal lama dalam air atau udara.
Nabi SAW dalam Isra' dan Mikraj dicatatkan mempunyai kenderaan yang kita kenali sebagai Buraq.
Nabi SAW telah ditemui oleh segolongan jin seperti tersebut dalam Surah Al-Jin. Dan ada hadis mengatakan Baginda SAW pernah dijemput dan berada dalam alam jin tanpa menyebut kenderaan seperti hadis di bawah:
Hadits Ibnu Mas'ud r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: "Pada suatu malam kami bersama Rasulullah SAW, lalu kami kehilangan beliau lantas kamipun mencari beliau di lembah-lembah dan gang-gang. Kami mengatakan "Rasulullah SAW telah diculik." Maka kamipun tidur malam dengan sejelek-jelek malam yang suatu kaum bermalam dengannya. Tatkala tiba waktu pagi hari, tiba-tiba beliau datang dari arah Haro', maka kami mengatakan:"Ya Rasulullah, kami kehilangan anda dan kami mencari anda namun kami tidak menjumpai anda, lantas kami bermalam dengan sejelek-jelek malam yang suatu kaum bermalam dengannya." (Mendengar ucapan tersebut) maka Rasulullah menjawab: "Datang kepadaku seorang yang mengundang dari kalangan jin, maka akupun pergi bersamanya dan aku membacakan Al-Qur'an kepada mereka." (HR.Muslim, 1007)
Satu perkara yang sangat kontras... antara buat dan cerita
manusia di belah eropah membuat kajian untuk menciptakan alat berupa kenderaan untuk membolehkan manusia
- bergerak pantas dan jauh di daratan mengalahkan cheetah - manfaat kepada ramai kita yang guna kenderaan
- mampu berada lama dengan kedalaman yang jauh di lautan - boleh buat kajian dasar laut selain guna untuk ketenteraan
- mampu terbang hingga ke angkasa dan tinggal beberapa lama di sana - teknologi satellit untuk perhubungan selain untuk mengintip
tetapi, belum mampu menciptakan kenderaan yang membolehkan manusia
- hilang dari pandangan
- menembus alam kubur, alam roh dan yang seumpamanya
dan, semua di atas boleh dibuktikan secara zahir.
Kita di belah sini:
- mendengar cerita si polan bahawa uncle kepada kawan baik dia berkahwin dengan jin - tah tahu apa manfaatnya pada masyarak kat kampung atau negara dia
- mendengar cerita warisan, zaman panglima sekian2 waktu di jajah, si polan mampu menghilangkan diri hanya dengan selembar daun - ilmu selembar daun
- mendengar cerita si polan yang telah mendapat alamat dari alam roh untuk menyebarkan beberapa keping surat dengan sekian kandungan dan akan mendapat laba dunia, kalau tidak dibuat akan mendapat bala dunia - surat berantai
- mendengar cerita ilmu si polan yang mampu menembak siapa saja yang dihajatkannya dari atas katil dengan menuju kat mana-mana saja dia suka... yang dihajati tetap kena - ilmu patunang atau ilmu menggilir peluru
- [kat youtube - tengok sendiri] seorang yang ditembak tak mati... tepi lepas cincin dia tertanggal dari jari baru tewas - tak boleh menang perang dengan US ler
- [kat tv3 - tengok sendiri] demo oleh seseorang yang tak lut pisau ketika memegang sejenis batu dengan syarat hanya menghiris sehala kebelakang dan tak boleh hiris back & forward atau dengan cara menusuk - pun tak boleh menang perang hatta dengan lanun sekalipun
- lain-lain, boleh berjalan atas air, terbang di udara, menyelam berjam-jam & mostly untuk dia sahaja tak boleh bawa penumpang - respon biasa kita samada... wow hebatnya ilmu dia atau dia ada karamah... atau... dia ada pendamping. kalau ada yang mempertikai... ayat yang diguna untuk membungkam mulut yang mempertikai - awak jangan tak percaya... Kuasa Allah tak mustahil kalau Dia berkehendak!
Saya percaya pada alam ghaib sekadar sebagaimana saranan agama. Wallahu'alam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak Bee nak cerita lah jugak..(tt..mintak izin tumpang benag
Satu hari tu, tahun 2010..Mak Bee duk rumah Mak Bee
Lepas siap2 nak g kerja, Mak Bee dukung anak Mak Bee, masa tu umo dia 6 bulan nak antar umah babysitter sebelah umah je.
Masa melangkah keluar rumah tu, nak turun dari tangga.(satu mata je pon)..Mak Bee nak pijak tanah tu..rasanya mcm blom sampai pon kaki tu, tetiba Mak Bee rasa gelap mcm tertutup pandangan.
Tetiba gedebuk!!! EH EHHH.jatuh rupanya aku.Nasib baik anak Mak Bee tak tercampak..Mak Bee peluk dia kuat2.
Tp Mak Bee rasa sangat2 pelik..sebab tetiba je Mak Bee dah terjatuh..mmg takde pon tersadung apa2.Kebetulan suami babysitter mak bee ada kat situ..aduhai malu yg amat!cecepat dia capai anak Mak Bee..Mak Bee pon buat2 mcm tak sakit..mcm hero la.padahal malu gile!
Lepas terjatuh cam nangka busuk tu, Mak Bee masuk balik dlm umah..terkedu dan terdiam..tgk2 ada melecet ke tak..pastu Mak Bee selawat..kuar balik..start keter terus g keje.
Seminggu pastu, masa sedap2 Mak Bee tgk citer Saka Jentayu kalau tak salah (kalau salah..ampunkan mak Bee)pastu bersambung lak rancangan Ghost Adventure..
masa tu dah dekat kul 12 mlm kot...laki Mak Bee masa tu pon tak tido lagi..dia siap masak mee megi sedap dimakan tu...wah wangi ni..terliur lak Mak Bee..
Mak Bee buat2 manja request kat suh buatkan Mak Bee megi kari tu..
pastu..ishh teringat2 Mak Bee..kalau nak dgr lg..bgtau le..Mak Bee takut syok sndiri je cite ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
ninja9 posted on 16-6-2013 10:14 AM
aku selalu ingin nak tahu bagaimana sesuatu yang ghaib atau tidak nampak, bersaiz besar iaitu satu ...
bkn noks..alam lain dgn alam mnusia btindih tp dorang wavelength berbeza dgn kita..kita ni pon dr energy je..kalau ikutkn..kalau ko ni mahkluk alam lain..yg real tu alam ko..alam mnusia ni pulak 1 yg dorang pon sendiri tak pasti..gitu..mcm kita..dorang dan kita hanya lah energy..semua makhluk..dorang pon dicipta untuk jd hamba Allah..mgkin dorang pon ada mcm kita tak percaya kwujudan manusia..
|
|
|
|
|
|
|
|
olyd88 posted on 1-7-2013 07:27 PM
serius...
tu lah, orang zaman sekarang ni dah makin susah nak terima mende2 gini, mesti akan ta ...
Jauh beza tu. Percaya pada malaikat ada disebut dlm rukun iman. Percaya pada perkara ghaib pun ada dlm rukun iman, tapi setakat mana? Setakat yg disebut Al-Quran & Al-Hadis dan bukan yg disebut sebarang orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari post2 yg ngaku @ claimed tahu alam bunian boleh diambil few points:
1. Sesuatu yg menakutkan di mana manusia ni perlu beradab dgn alam bunian.
2. Suasananya mcm perkampungan melayu sebelum koloni atau seperti filem P.Ramlee - Pendekar Bujang Lapok.
3. Masyarakat alam bunian ni pergi sana-sini dgn terbang jer.
4. Alam bunian adalah alam berteknologi tinggi lebih dari milik manusia - ala2 filem transformers?
Bagi saya nampak contradictions. Apa kata para Promoter kehebatan makhluk halus?
Ada yg nak tambah lagi claimed2 yg pernah ada? |
|
|
|
|
|
|
|
MariaClara posted on 20-6-2013 10:44 AM
oo mase tu peknen anak no.1..baru sebulan x silap....pegi konvoi ramai2 ke cherating..dlm perjalan ...
Assallamualaikum
cerita MariaClara ni buat Uncle teringat cerita 'Pak Ngah Uncle"
Pak ngah Uncle duduk kat Lenggong, Perak.
Siapa yg pernah p Lenggong pasti tau...Kg + Pekan Lenggong ni berdekatan dgn kwsn bukit2...& ada byk gua2..(mcm2 nama Gua..gua kelawar, Gua Puteri & tah apa lgi, lupa dah Uncle)
Cerita Pak Ngah Uncle, suatu malam tu..tiba tiba..dia nampak ada denai/jalan yg cerah bercahaya dibelakang rumah dia.
& entah kenapa..dia pun terus sja jalan ikut denai yg terang benderang tu.
Dia kata..masa tu ..dia tak fikir apa..dia jalan je ikut denai tu terussss je...lapang & terang benderang...macam jalan raya je kata dia..
Tiba tiba...dia terantuk..& rasa sakit d kepala!
Suasana yg tadi terang benderang, terus jadi gelap gelita.
Dia dapati..dia terantuk dengan batu...rupa rupanya..dia sedang nak masuk ke dlm gua! & sebab pintu gua tu rendahlah dia terantuk.
& baru dia sedar...dia dah berjalan dari rumah dia ke gua (mujur dia tau gua tu)..lebih kurang 3 KM kedlm hutan dari belakang rumah dia! dalam pekat malam!
Wah...macam baru terjaga tidur....susana yg tadi terang benderang, dah bertukar gelap gelita..dalam hutan pulak!..apa lagi..dia pun lari balik ke rumah dia.
Banyak hari le juga dia demam lepas tu..
Dia kata.."kalau dia tak terantuk dgn pintu gua..entahlah apa yg dah jadi pada dia.. "
|
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 9-8-2014 01:10 AM
Assallamualaikum
cerita MariaClara ni buat Uncle teringat cerita 'Pak Ngah Uncle"
baca cerita awak ni teringat cerita mak cik saya.. kejadian berlaku penghujung 70-an atau awal 80-an.. masa tu mak cik saya dalam perjalanan nak balik rumah dari kebun. Disebabkan penat, mak cik saya duduk berehat di satu kawasan.. di pinggir denai. Tiba2 mak cik sata ternampak sebuah tajau.. xtau pula saiz tajau besar@kecil.. elok terletak di sebelah beliau dan dipenuhi dengan barangan kemas.. diulangi.. barang kemas... Mak cik sempat memegang dan menilik barang kemas tersebut.. ada rantai emas, gelang, cincin...besar2 dan cantik-cantik.. Tapi mak cik saya masa tu tak terfikir nak ambil.. sebaliknya beliau terfikir siapa yang dah tertinggal barang kemas begitu banyak..
beliau balik rumah utk bagitau maknya tentang penemuan itu dan bila mereka kembali ke tempat tu barang kemas tu dah tak ada.. Mengikut orang pandai masa tu tu harta bunian.. nak uji kejujuran mak cik saya..
FYI masa tu Mak cik masih pagan.. sekarang beliau kristian.. bunian suka ke orang agama lain?? |
|
|
|
|
|
|
|
luvAnne posted on 9-8-2014 11:01 AM
baca cerita awak ni teringat cerita mak cik saya.. kejadian berlaku penghujung 70-an atau awal 80- ...
Salam luvAnne
Setahu Uncle lah..
"BUNIAN" merujuk Jin drp jenis yg menyerupai manusia & BERAGAMA ISLAM.
Tapi..
Jin yg tak beragama Islam pun banyak..
Cuma tak dipanggil Bunian.
Tapi..kalau sesama manusia pun..Islam & bukan Islam boleh berkawan...so depa jin ni pun lebih kurang kita juga lah..
|
|
|
|
|
|
|
|
k_a_a posted on 18-8-2013 05:31 PM
Setahu aku la.. bunian ni golongan jin jugak la.. makna nya anda semua pernah memasuki dimensi alam ...
1) Aku pnh kna buat sleep study kt hospital serdang. Sbb prob tdo. Pasang wire2 la kt badan n kepala..
Kna check in mlm kol 10. Dpt bilik single.
Masa aku nk tdo tu... aku dlm sador tk sador. Aku mcm ada dlm kedai dobi. Dgn spender bergantungan.. baju... mcm ada kedai lain lg la... tp tk berapa nk igt lps terjaga..
Mcm mimpi n mcm real. Entah la.. tp sampai skrg aku tk dpt result. Hospital tkde call aku lsng. Entah masa tdo tu apatah yg dirakam.. lps tu aku mcm fedup lg nk buat sleep study. 2 kali buat mcm kna tipu jer... spital mcm nk duit aku jer
|
|
|
|
|
|
|
|
2) masa bujang. Otw blk kg... masa ni LPT br lg bkk. Gerak pg dlm kol 4. Hari tu mmg mgantuk tahap gaban..
abg aku berenti smyg subuh kt mana aku tk igt sbb aku mengantuk gila ( rnr lancang or tmloh rasanya).
Aku bkk mata nmpk surau lama jer.. aku smbung tdo. Telinga mula berdesing mcm biasa bila nk kna tindih. Aku sedar bila ada budak2 main keliling kereta. Aku kuar kereta.. suasana hening mcm yg org gmbokan ttg alam lain.
Aku ikut dorg tp dorg mcm lari/buat hal sdiri. Yg aku pelik dorg patahkan ranting.. n isap mcm isap rokok. Siap kuar asap.. tetiba abg aku ketuk pintu kete lps smyg subuh. Entahla... mcm mimpi.. tapi.... ermmm pelik. Ermmm entah la.... |
|
|
|
|
|
|
|
3) kawasan sekolah aku terdapat pertindihan dgn kawasan kerajaan jin.
Ada satu hari tu... ketua dorm aku (senior) tnya mmbr dia ketua dorm jgk. Ada tk kwn sebatch aku ni msk alam jin utk bls dendam. Dia ckp apa aku lupa dah.. yg aku igt lps tu dia tnya mcm mana nk msk alam jin.
Senior ni ckp baca ayat quran yg aku dh lupa apa dia.. tenangkan hati... n byg kan berada di satu jalaan yg lurus.. kemudian berlari la sekuat hati tanpa henti n tkde peng hujung... insyallah nnt akn termasuk alam jin melalui roh kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg bole masuk dunia bunian..cer tanye dorg Mana mh370? Kan dorg teknologi tinggi..
Aku percaya perkara ghaib..Tp tak nk la masuk Alam tu |
|
|
|
|
|
|
|
tinker_bell posted on 8-8-2014 04:08 PM
bkn noks..alam lain dgn alam mnusia btindih tp dorang wavelength berbeza dgn kita..kita ni pon dr ...
ya ... dlm sains pun tengah pening kepala sebab fizik kuantum seolah-olah menunjukkan jasad ini semuanya hanyalah dari tenaga.... dan adanya hubungan dengan kesedaran manusia (consciousness)... barangkali benar kita boleh masuk alam mereka dengan menggunakan latihan fikiran spt setengah2 kaedah tradisional... barangkali juga kaedah guna mantera hanya utk memudahkan masuk ke alam mereka, supaya ada makhluk dialam ghaib ini yg menolong mereka... kalau ada kes yg dapat bawa handphone ke sana kan bagus, boleh test mcm2, itu pun kalau masih dapat guna di alam itu... hahaha
The Scientific Explanation As To Why Matter Is Simply An Illusion
Niels Bohr, a Danish Physicist who made significant contributions to understanding atomic structure and quantum theory once said: “if quantum mechanics hasn’t profoundly shocked you, you haven’t understood it yet.” Quantum physics has left scientists all over the world baffled, especially with the discovery that our physical material reality, isn’t really physical at all. “Everything we call real is made of things that cannot be regarded as real.” It seems philosophers of our ancient past were right, our senses really do deceive us. Again, our physical material reality really ISN’T physical at all. The meaning, significance and implications of these findings within our quantum world have led to a plethora of ideas and theories, some of which lay inside the label of “pseudo-science.” This article will present scientific evidence that clearly show the connections between consciousness and what we call reality and how these can no longer be denied. It will also ponder the implications of this knowing, and how this realization plays an important role in the potential transformation of our planet, at a time when we need it the most.
teruskan di...
http://www.collective-evolution. ... ly-physical-at-all/
|
|
|
|
|
|
|
|
opeth posted on 15-6-2013 04:55 PM
Tok ni baca mastika banyak sgt ni
bukan pembaca mastika ni silap2 penulis mastika kah3
|
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 9-8-2014 01:10 AM
Assallamualaikum
cerita MariaClara ni buat Uncle teringat cerita 'Pak Ngah Uncle"
huhuhu sib baik ade org yg percaya crite sy..sbb mmg susah org nk percaya kalau x alami sendiri...mmg suasana jadi terang benderang..cantik sgt2...xleh tgk kat alam kita.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada yang mendakwa pernah melihat dan mendakwa manusia mampu berkomunikasi dengan orang bunian sehingga boleh hidp berjiran termasuk meminjam barang-barang keperluan harian. Hadis Nabi SAW menyebut bahawa terdapat makhluk halus yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dengan perkampungan manusia. Golongan bunian ini disebut oleh Rasulullah SAW sebagai ‘Amir atau ‘Umar yang tinggal berhampiran dengan manusia.
Dalam suatu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat yang bernama Khurafah didapati hilang secara tiba-tiba. Keluarganya bertemu dengan Nabi SAW menceritakan perihal kehilangan Khurafah.
Tidak berapa lama selepas itu, Khurafah muncul semula dan menceritakan mengenai pengalamannya membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedarkan diri. Apabila tersedar, dia mendapati dirinya berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.
Dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu dan mereka menuntut supaya dia dibalas bunuh. Dia dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai system keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguam bela dan sebagainya.
Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukakan hujah dengan berkata, “Khurafah tidak dipersalahkan kerana dia membunuh salah seorang anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukanlah berniat membunuh orang kita, tetapi mambunh musuh di alamnya.” Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.
Apabila berita ini disampaikan kepada Nabi SAW, ramai mempertikaikannya. Nabi SAW berkata:
Maksudnya: “Khurafah (bercakap) benar.”
Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk dalam cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya khurafat. Asal istilah khurafat itu adalah cerita benar daripada individu yang bernama Khurafah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|