CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] {5} Isinya kicap, botolnya arak !

[Copy link]
Post time 11-9-2013 01:09 PM | Show all posts
Nash^Roy posted on 11-9-2013 10:03 AM
aku dulu kat kampung beli petrol dijual lam botol arak.. petrol stesen jauh.. sebotol lam 2 ringgit  ...

kereta kau tak mabuk ke minum petrol botol arak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 01:32 PM | Show all posts
ini kicap tiruwan ke.takkan kicap ABC
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 01:38 PM | Show all posts
masih ade yg tak paham lagi ke? yg ni kicap tiruan jenama ABC, guna botol arak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 01:42 PM | Show all posts
beli je kicap cap gajah
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 01:42 PM | Show all posts
crystal_biru posted on 11-9-2013 12:01 PM
Dalam berita rtm, terang benderang diorg shot jenama ni.
Utk makluman, yg kilang diserbu ni adalah  ...

fuuhhhh nasib baik aku beli kicap ABC ori JDM recon
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 01:57 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 11-9-2013 01:09 PM
kereta kau tak mabuk ke minum petrol botol arak?

motor je.. no plet pun tarak.. maklum la kan kat kampung.. ok je aku pakai.. takde plak motor tu mabuk masuk sungai ke apa..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2013 02:00 PM | Show all posts
krustykrab posted on 11-9-2013 11:57 AM
botol arak kena samak ke kalau nk guna semula?

cuci dengan sabun dah memadai sebenarnya.. cuma tak beradap guna bekas benda yang diketahui pernah diisi arak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 02:03 PM | Show all posts
guna botol arak satu hal.. penyediaan kicap tu pun kotor...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
nexusys posted on 11-9-2013 07:08 AM
meluat aku dgn media mesia, susah tul nak reveal jenama, nak bagitau orang suh jejaga, tapi takmo ba ...

Sokong sesangat...salah ke kalau pamerkan jenama tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 02:06 PM | Show all posts
kecimpret posted on 11-9-2013 01:42 PM
fuuhhhh nasib baik aku beli kicap ABC ori JDM recon

yang penting JDM
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 02:06 PM | Show all posts
sweetmi09 posted on 11-9-2013 10:09 AM
iols pun suka cap kipas udang.. yang manis tu.. sedap..

kicap kipas udang tu banyak ajinomoto ke ek?skang ni makin melampau2 plak rasa lemaknya....dah la mahal
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 02:10 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 11-9-2013 02:06 PM
yang penting JDM

ko beli kicap ori JDM ka jepun celop adam??




Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 02:16 PM | Show all posts
pada saya arak bukan najis...makanya ga menjadi keshalahan pun andai kicap dibubuh dalam botol arak....jika botol itu udah pun dibersihkan...ini sama persoalan dengan....perlukah saya samak dgn air tanah liat gelas yang pernah diisi dengan wine?

saya
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 02:18 PM | Show all posts
saya lebih ambil berat dengan telur yang dijaga oleh anjeng berbanding kicap berbotol arak ini.....karena dari sudut kebersihan....telur yang dijaga anjing lebih menggelikan berbanding kicap dalam botol arak?WTF...yang kamu orang duduk melahap dihotel itu kamu orang pastikah yang gelas kamu minum itu ga pernah terisi dengan wine ataupun arak?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 02:23 PM | Show all posts
siputsedut posted on 11-9-2013 09:20 AM
huwahhhh aku mula2 tengok gambar pon terbayang kicap abc ni  dah byk dah masuk dlm perut aku

patulah hang ketagih, kicap perasa arak, hang ada rasa mabok2 penen kapla makan kicap tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 02:23 PM | Show all posts
kecimpret posted on 11-9-2013 02:10 PM
ko beli kicap ori JDM ka jepun celop adam??

aku beli kicap conti.. ok.. bukan cm org tu beli kicap sperma s
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 02:28 PM | Show all posts
boyagombak posted on 11-9-2013 02:23 PM
patulah hang ketagih, kicap perasa arak, hang ada rasa mabok2 penen kapla makan kicap tu ?

dik...mabuk kah lahap kicap dalam botol arak yang udah bersih itu?...kenapa kamu orang sensitif ga bertempat ini?

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 02:30 PM | Show all posts
gogo2 posted on 11-9-2013 09:01 AM
Kalau Botol Arak yg kitar semula, apa masalahnya? Kerosakan mental org Malaysia sudah teruk.

hang ada masaalah mentel ke ?
kalau x bersih betul2, lebeh kurang macam minum arak tu sajalah
orang bkn Islam, lantaklah, mungkin x kisah kut even kicap tu campor dgn air longkang



Hukum Menggunakan Bekas Minuman  Arak



Oleh : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Fatwa Mufti Kerajaan 1999

Soalan:-


Unit Kawalan Akidah dan Syara'iah telah menerima aduan daripada orang awam yang ingin mengetahui kedudukan hukum orang Islam meminum lemonade yang menggunakan bekas botol minuman keras Carlsberg. Sehubungan dengan itu, sukacita unit ini memohon kerjasama dari Jabatan Tuan untuk meminta pandangan dan fatwa daripada Yang Dimuliakan Pehin Mufti mengenai perkara tersebut.

Jawapan:


الحمد لله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل، واله وصحبه أجمعين.

Apabila disebut minuman keras, ia adalah istilah yang merangkumi pelbagai jenis minuman yang memabukkan, clan setiap yang memabukkan haram dengan ijmii' ulama.Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda menerusi riwayat Abu Musa:


كل مسكر حرام


Maksudnya: "Setiap yang memabukkan itu adalah haram. " (Hadis riwayat Ahmad,Muttafaq 'alaih, Abu Daud dan Nasa )

Oleh kerana ia daripada jenis cecair, mengikut jumhur ulama, termasuklah ulama-ulama Syafi'iyyah, selain daripada haram diminum, ia juga dihukumkan najis. Imam Nawawi berkata di dalam Minh&j Al- Th&libin h. 15):

باب النجاسة: وهى كل مسكر مائ


Ertinya: "Bab menerangkan jenis-jenis najis: Dan ia termasuklah setiap cecair yang memabukkan"

Ketika menghuraikan perkataan Imam Nawawi ini, Ibnu Hajar menerangkan bahawa setiap cecair yang memabukkan itu termasuklah jenis khamr dan segala jenisnya sarna ada yang diperbuat daripada anggur ataupun nabiz iaitu yang diperbuat selain daripada anggur. (Al- Tuhfah 1/288)

Dalil kenajisan khamr atau arak ini ialah firman Allah Ta'ala:


إنما الخمر والميسر والانصاب والازلم رجس من عمل الشيطان


Tafsirnya: "Bahawa sesungguhnya arak, dan judi dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. "
(Surah Al-Maidah: 90)

رجس atau kekotoran arak di dalam ayat ini diertikan oleh jumhur ulama sebagai najis, dan kenajisannya itu tergolong dalam najis mutawassithah (pertengahan). Cara membersihkan tempat yang terkena najis ini ialah dengan membersihkannya sehingga hilang bau, rasa dan warnanya.

Mengenai dengan bekas botol arak seperti 'Carlsberg', apabila ianya sudah dibersihkan mengikut cara membersihkan najis mutawassithah, maka ia menjadi botol yang suci, dan apa saja jenis makanan atau minuman yang dimasukkan ke dalamnya adalah suci dan tidak bemajis.
'
CARLSBERG'

Perkataan 'Carlsberg' pada botol adalah cap bagi salah satu jenama minuman keras. Umumnya orang-orang Islam di negara ini turut mengetahui bahawa 'Carlsberg' itu adalah jenama bagi arak.

Dalam siyasah Islamiyyah, adalah menjadi tugas dan kewajipan pihak berkuasa membuang dan mencegah segala kemungkaran dan menghalang terjadinya sebab-sebab kemungkaran itu.

Ketika membahaskan senarai perkara-perkara yang tidak boleh dizahirkan kepada orang-orang Islam oleh orang-orang kafir dzimmi, Ibnu Hajar di dalam AI- Tuhfah 9/301 antara lain berkata:

ومن إظهار منكر بيننا نحو خمر وخنزير وناقوس


Ertinya: “ (Termasuk yang ditegah) ialah menzahirkan mungkar di kalangan kita orang-orang Islam, seperti arak, babi dan loceng gereja. "Mengikut beliau lagi, di antara sebab ia ditegah itu ialah kerana ianya boleh membawa pelbagai kemungkaran. Selain daripada itu, perkara yang turut dilarang sarna sekali tidak boleh dizahirkan ialah syiar atau lambang kekufuran dan kemungkaran. (AI-Tuhfah 9/301 dan AI-Muhgni 4/323).

Oleh kerana 'Carlsberg' itu salah satu daripada jenis minuman keras, maka wajiblah ia dihalang atau ditegah oleh pihak berkuasa daripada zahir atau muncul secara terang-terangan di kalangan umat dan negeri Islam, sarna ada kemunculannya itu menerusi iklan-iklan di media massa, poster-poster, botol-botol minuman dan sebagainya.

Apabila lambang 'Carlsberg' itu terdapat pada barang-barang yang lazim dan biasa terdedah kepada orang-orang Islam, seperti pada pakaian dan botol-botol minuman, dan dibiarkan beredar dan berleluasa di kalangan orang-orang Islam, maka hal ini seakan-akan mempromosi, melaris atau mengiklankan 'Carlsberg' sebagai salah satu jenama arak yang juga menjadi salah satu lambang kemungkaran itu.

Oleh kerana 'Carlsberg' itu arak atau lambang arak, maka dengan membiarkannya terdedah dan beredar di kalangan orang Islam, sekalipun hanya botol atau namanya sahaja (Carlsberg) yang ditampal dan dipamerkan pada mana-mana objek seperti baju dan sebagainya, ini bermakna membiarkan perkara mungkar itu terjadi dalam masyarakat. Hal ini tidak boleh dibiarkan dan mesti dihalang.

Luqman pernah berpesan kepada anaknya sebagaimana firman Allah:


يبني أقم الصلوة وأمر بالمعروف وأنه عن المنكر


Tafsirnya: "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar... "
(Surah Luqman: 17)


Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pemah bersabda:


من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطيع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان


Maksudnya: "Sesiapa yang melihat satu-satu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kekuasaannya), jika dia tidak sanggup atau berdaya, maka dengan lidah (nasihatnya), dan jika tidak berupaya, maka dengan hati (membencinya) dan cara yang terakhir ini, adalah selemah-lemah iman. "
( Hadis riwayat Ahmad dan Muslim )

Bekas Botol 'Carlsberg'

Apabila botol yang bercap 'Carlsberg' itu berisi arak, lalu dizahirkan di kalangan orang-orang Islam, maka di sini ada dua perkara kemungkaran yang terjadi, pertama lambang atau cap 'Carlsberg' itu sendiri dan kedua ialah arak.

Botol semata-mata yang bercap 'Carlsberg' adalah suci, tetapi oleh kerana ianya diisi dengan arak jadilah ia bemajis. Jika arak dibuang dan botol dibersihkan, maka botol itu menjadi suci, akan tetapi masih tetap mengandungi lambang kemungkaran iaitu cap 'Carlsberg'.

Merujuk kepada hukum perkara yang diminta fatwa: Minum oren 'lemonade' menggunakan bekas minuman keras 'Carlsberg', persoalan yang perlu diperhatikan di sini ialah, adakah bekas minuman keras itu sudah dibersihkan mengikut cara mensucikan najis mutawassithah? Jika sudah, maka oren itu boleh dan halal diminum, akan tetapi jika belum, maka oren itu adalah bercampur najis arak, hukumnya najis dan haram diminum.

Mengenai bekas botol 'Carlsberg' yang dipakai atau dipergunakan semula oleh orang-orang Islam setelah ianya dibersihkan dan tidak mengandungi arak lagi, adalah penggunaan tersebut masih saja boleh menimbulkan fitnah atau kesan negatif kepada pengguna-pengguna Islam, dan bahkan juga boleh menghitamkan imej negara Islam sendiri.

Di antaranya:

(a)Akan timbul tohmah atau sekurang-kurangnya sangkaan, bahawa yang diminum oleh orang Islam itu ialah arak.

(b)Tidak syak lagi, ianya masih saja satu promosi bagi jenama arak yang berlambangkan 'Carlsberg' itu.

(c)Menjual minuman oren dan seumpamanya dengan menggunakan botol bekas minuman Carlsberg, boleh dianggap sebagai senghaja menghina Islam dengan menzahir dan mengembangkan syiar minuman keras itu, padahal masih ada banyak lagi botol-botol lain yang boleh digunakan.

(d) Boleh dianggap sebagai melawan hukum Allah dan undang-undang negara serta tidak bekerjasama dengan pihak kerajaan yang telahpun menguatkuasakan pengharaman arak yang meliputi pengedaran dan penjualannya.

(e) Boleh melahirkan tanggapan adanya kelemahan di dalam kerajaan sehingga tidak dapat mengawal perkara-perkara mungkar yang berkaitan dengan arak, padahal kerajaan telahpun mengisytiharkan pengharamannya.

(f) Boleh mendatangkan sangkaan, khasnya bagi orangorang asing, bahawa di negara ini dibenarkan beredar dan meminum minuman keras dengan sebebasnya.

Oleh yang demikian penggunaan botol-botol 'Carlsberg' sebagai botol minuman oren itu adalah perlu dicegah demi mengelakkan kekeliruan serta mencegahnya daripada menjadi satu promosi kepada jenama arak berkenaan

Melarang atau mencegah manusia daripada berada dalam kedudukan yang diragui atau yang boleh menimbulkan tohmah adalah dituntut oleh syara'. Ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:


دع ما يريبك إلى ما لا يريبك


Maksudnya: "Tinggalkanlah perkara-perkara yang membawa ragu-ragu kepadamu, (dan) ambillah apa-apa yang tidak meragukanmu. "
(Hadis riwayat Tirmidzi dan Nasa 'i Berkata Tirmidzi hadis Hasan shahih)

Sumber : http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=114&Itemid=48



Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 02:31 PM | Show all posts
boyagombak posted on 11-9-2013 02:30 PM
hang ada masaalah mentel ke ?
kalau x bersih betul2, lebeh kurang macam minum arak tu sajalah
o ...

arak bukan najis...satu terma yang salah diguna pakai oleh puak2 sunni nusantara....saya benci dengan sikap  sunni nusantara yang suka memandai2 merubah hukum yang digariskan dalam koran

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 02:36 PM | Show all posts
boyagombak posted on 11-9-2013 02:30 PM
hang ada masaalah mentel ke ?
kalau x bersih betul2, lebeh kurang macam minum arak tu sajalah
o ...

kalau recycle tuh kenalah recycle betul2. Yakni, bersih dan tiada lagi logo arak. Itu pon kamu tak paham ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.169689 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list