Post time 13-10-2013 06:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
prettyuglybabe posted on 13-10-2013 03:56 PM
yang sy faham dari penulisan, bukan serbuan orang jabatan kesihatan penang ke nampak sendiri uli pak ...
Adik saya kerja kementrian kesihatan ni..dia yg Selalu periksa premise Kilang semua tu...dah merata dia pi satu Malaya.. Bab kisah Kilang uli guna kaki ni dia kata takde berlaku Kat Penang atau dimana2 Kat Malaysia..sumber Akbar Dari mana kena check lah.. Bila org kementrian sendiri ckp takdak meaning takdak lah...
AbukRokok posted on 13-10-2013 06:40 PM
ummah mulayu sunni syumul memang suka buat gambar fitnah...percaya fitnah lg ramai
mentan ...
ntah mana dtg nya dakwaan golongan ASWJ yg akan masuk syurga dan lain2 golongan masuk neraka.....tapi ada ustaz2 yg cakap begitu konfiden sekali....seolah-olah ianya turun dari firman Allah.....hebatkan golongan sunni yg syumul ni?
nour2001 posted on 13-10-2013 06:51 PM
Adik saya kerja kementrian kesihatan ni..dia yg Selalu periksa premise Kilang semua tu...dah merat ...
tapi berita ni sumbernya jabatan kesihatan penang. takkan reporter berani petik nama JKN jika ianya fitnah. camtu JKN dan pengusaha boleh saman la paper kosmo yang siarkan berita ni..
Ia berikutan tindakan jijik pekerja sebuah kilang roti benggali yang popular di Bayan Baru menguli tepung menggunakan kaki sekali gus mengejutkan sepasukan penguat kuasa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKN) yang menjalankan pemeriksaan dalam Ops Food Court kelmarin.Kosmo!
Pengarah Mallia Bakery, Siti Suhaika Mohd Yusof turut bersama pekerja melihat mesin yang digunakan untuk menguli tepung roti benggali.
GEORGETOWN - Penjualan roti benggali terjejas teruk berikutan laporan kontroversi sebuah akhbar berbahasa Melayu yang mendakwa tepungnya diuli menggunakan kaki, mengundang keresahan pelanggan sejak tiga hari lalu.
Presiden Persatuan Penjual-penjual Roti Pulau Pinang, L Manogaran berkata, laporan akhbar itu mengundang salah sangka dalam kalangan pelanggan roti benggali di Pulau Pinang khususnya dan di seluruh negara amnya.
Beliau berkata, laporan akhbar itu yang mendakwa tindakan pekerja kilang roti benggali terkenal di Bayan Baru leka menguli tepung menggunakan kaki tanpa meletakkan sebarang pelapik, adalah tidak benar.
Setahunya dan siasatan yang dilakukan, tidak ada kilang membuat roti benggali di Bayan Baru.
"Saya juga tidak percaya, sama ada kedai atau kilang menguli tepung roti benggali menggunakan kaki seperti yang didakwa.
"Sejak dari zaman datuk moyang saya dulu, tepung roti benggali diuli menggunakan mesin, bukannya kaki seperti yang dilaporkan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Rabu lepas, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengadakan sidang akhbar berkaitan penutupan 12 premis makanan termasuk sebuah premis membuat roti kerana
gagal mematuhi peraturan kebersihan.
Sementara itu, Manogaran kecewa dengan laporan akhbar itu kerana ia bukan sahaja memberi persepi dan imej buruk terhadap pembuat roti benggali di negeri ini, malah memberi tamparan hebat kepada perniagaan mereka.
"Sejak laporan itu disiarkan ia menjadi isu sensasi dan perbualan dalam kalangan orang ramai termasuk dibahas didalam laman sosial seperti Facebook dan blog.
"Ramai pelanggan kami dengan nada sindir dan merungut, 'apa roti benggali buat guna kaki ke? 'Saya sudah makan roti benggali lama, dengar pun sudah mau muntahlah?.
"Kami terpaksa menunjukkan tempat uli tepung kepada pelanggan untuk melihat sendiri keadaan di situ," katanya.
Menurutnya, ada juga pelanggan dari gerai makanan sudah berhenti mengambil stok.
Sementara itu, rakan kongsi Maliia Bakery (M) Sdn Bhd, Datuk Maridass Gopal kesal dengan laporan itu kerana menjejaskan perniagaan mereka.
"Maliia Bakery adalah antara kilang pembuat roti benggali yang terkenal di negeri ini yang beroperasi sejak 1982. Apabila, laporan akhbar itu menyatakan perkataan 'kilang roti benggali terkenal' ramai beranggapan bahawa ia berlaku di kilang saya.
"Di Pulau Pinang hanya ada dua kilang berskala besar dan sebuah kedai yang menghasilkan roti benggali," katanya.
Beliau menjelaskan tidak ada kilang atau kedai roti benggali menerima notis penutupan 14 hari dalam Ops Food Court dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang.
"Ini jelas menunjukkan, akhbar berkenaan membuat satu laporan yang tidak tepat," katanya.
Menurutnya, penggunaan nama 'roti benggali' dalam laporan itu bukan sahaja menjejaskan peniagaan penerima notis, malah ia menjejaskan peniagaan keseluruhan peniaga roti berkenaan.
"Maliia Bakery menerima tempahan pelanggan dari seluruh Pulau Pinang termasuk beberapa negeri lain di kawasan utara. Setiap hari kami menghasilkan 1,500 buku roti benggali menggunakan 125 kilogram tepung.
"Tidak logik langsung mengatakan tepung diuli menggunakan kaki. Malah, kilang pembuat roti benggali menggunakan mesin canggih bernilai ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan roti setiap hari," katanya.
Justeru itu , Maridass meminta akhbar itu membuat penjelasan terhadap laporan yang disiarkan dan juga meminta wartawan dan syarikat akhbar itu meminta maaf secara bertulis berhubung penyiaran itu.
"Wakil pesatuan penjual roti benggali membuat aduan mengenai laporan itu kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan memohon penjelasan secara bertulis dari Jabatan Kesihatan Pulau Pinang berhubung inisiden ini.
"Sekiranya, akhbar itu tidak membuat pembetulan dengan penjelasan sewajarnya, kami akan merujuk hal ini untuk tindakan undang-undang," katanya.
Sellers of the so-called Benggali bread (Roti Benggali) in the state are claiming a drastic decline in sales following a Malay daily report alleging the dough was kneaded with feet.Penang Bread Sellers Association president L. Manogaran said sales of the popular bread have declined by 50% since the report was published four days ago.
terjejas sampai 50% tu nampaknya paper masih berpengaruh
abgboroi posted on 14-10-2013 01:24 AM
sangat low taste laa makan roti gardenia....makan laa roti sebenarnya beb....
Haku tak kisah pung . Janji kenyang .... La ni haku lebih suka pada buah2an dan sayur2an . Terutama buah kurma , anggur , tin , minyak zaitun dan delima . Kira buah2an dari syurga . Lebih tu haku suka nakan susu dan daging kambing jer ( sunnah Rasululah ) . Lembu dan ayam tak berapa suka dah .