|
Ada dalam buku "The Elephant Vanishes" oleh Haruki Murakami... koleksi cerpen beliau... (tapi kat sini cuma jual bahasa Inggeris je...)
M- |
|
|
|
|
|
|
sanchez This user has been deleted
|
Originally posted by marquez at 10-11-2003 03:18 PM:
Aku melihatnya lebih kepada keangkuhan manusia yang tak mahu menerima dan berterimakasih dengan rahmat yang diberi...
Tapi tu aku...
M-
boleh jelaskan 'keangkuhan manusia yang tak mahu menerima dan berterimakasih dengan rahmat yang diberi...' merujuk kepada cerita 100% cocok tersebut? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ambik pedoman dari Al-Baqarh, kisah tentang sapi tuh... yang diaorang tak habis-habis nak bertanya jenis sapi samapai punyalah susah nak cari... sama gaklah dengan cerita ni... dah datang rahmat dari langit, masih tak mau berterima kasih...
M-- |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita Ayam
Cerpen diterjemah dari Silverfish New Writing 1, antologi cerpen-cerpen Malaysia dalam bahasa Inggeris.
Cerita Tentang Ayam yang ku Tulis
---------------------------------
oleh Shahril Morat
Ha, ada mamat ni bagitau aku hari tu dia jumpa sorang minah mereng yang menulis cerita pasal sorang perempuan yang berubah menjadi ayam, semata-mata sebab itulah plot cerpen dia.
Aku pun boleh tulis cerita macam tu, aku bagitau kat dia, walaupun sebenarnya aku malas, tapi, ha bacalah apa yang aku tulis ni:
***
Cerita ni bermula bila Mak Limah terasa gatal-gatal pada lengannya. Hari sebelumnya, kata Mak LImah pada Che Pora, dia sedang berfikir tentang ayam; kenapa kita perlu beri layanan yang lebih baik pada ayam, kerana kalau tak ada ayam, kita tak kan dapat telur ayam, atau daging ayam, atau anak-anak ayam. Che Pora nampak macam bersetuju, dia mengangguk-angguk pantas lantas mengubah topik kepada mengapa mereka patut menyertai Puteri UMNO, terutama kalau mau laki mereka berhenti melepak di kedai kopi Lebai Ghani. Selama setengah jam selepas tu mereka berdua mengumpat tentang Faridah, jalang yang menjadi topik perbualan orang-orang lelaki kampung ini, terutamanya yang asyik mahsyuk bermain dam aji kat kedai kopi Lebai Ghani. Si Faridah miang tu, macam tau-tau pulak, bila balik dari kerja kat kilang, nampaklah dia tergedik-gedik depan kedai kopi Lebai Ghani - shortcut konon.
Eeee... Miangnya!
Sebaik saja Che Pora pulang, Mak Limah sedar bulu-bulu ayam sudah mula tumbuh di lengannya. Beberapa jam kemudian, kedua-dua tangannya telah berubah menjadi kepak ayam.
Mak LImah tahu dia perlu sorokkan perkara ini dari suaminya. Kalau suaminya tahu, lagi keraplah dia melepak di kedai kopi Lebai Ghani. Dalam hatinya dia menyumpah-nyumpah si Faridah miang; tak boleh ke aku nak berubah jadi ayam ke kucing ke kambing ke, tanpa laki aku dicuri oleh Jalang? Pfui! Sambil meludah mulutnya terkumat-kamit menyumpah Faridah sekali lagi!
Bila Pak Abu, suami Mak Limah pulang, dia lihat isterinya sedang berkelubung di atas katil. Limah! Apa hal ni? Tanyanya, dengan harapan soalannya terdengar seperti dia mengambil berat. Tiada jawapan diterima. Suka hati engkaulah, kata pak Abu sambil melangkah keluar bilik tidur mereka lalu duduk di atas sofa di ruang tamu sambil menggulung tembakaunya.
Tiba-tiba dia terdengar jeritan nyaring dari bilik tidur. Itu suara Seripah! Anaknya!
Dia bergegas bangun dan berlari ke arah bilik tidurnya. Seripah dilihat berdiri tercengang sambil tangannya menuding ke arah katil.
Rupa-rupanya isterinya sudah berubah menjadi seekor ayam gergasi!
Dia berdiri di hadapan katilnya seketika, dengan muka berkerut memikirkan sesuatu. Kemudian dia menoleh ke arah Seripah: Pi ambik parang. Hari ni kita makan gulai ayam.
Mak LImah cuma mampu mengetuk dengan penuh rasa benci. Lepas ni tentu Pak Abu lagi kerap ke kedai kopi Lebai Ghani. Celaka kau Faridah!
Malam itu seluruh kampung dijamu dengan kari ayam oleh Pak Abu.
[ Last edited by marquez on 10-11-2003 at 05:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
hmm..
ada kenduri apa kat rumah Pak Abu tu?i wonder ....... |
|
|
|
|
|
|
|
peliknya citer nie |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mbhcsf at 10-11-2003 05:50 PM:
ada kenduri apa kat rumah Pak Abu tu?i wonder .......
agak2 kenduri Pak Abu kahwin lain kot... |
|
|
|
|
|
|
|
iskk.. apa saja citer nie... |
|
|
|
|
|
|
mayangpadi This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
mayangpadi This user has been deleted
|
Originally posted by tig_cun at 11-11-2003 12:44 PM:
iskk.. apa saja citer nie...
dah takde idea la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak buat kritikan, bagilah kritikan yang ada isi, setakat kata 'tak ada idea' tu, hmmm membuang masa orang yang menulis je...
M- |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak kisah orang nak kutuk, tapi huraikanlah kenapa tak suka, barulah boleh bawak berbincang...
Kata ko nak gi Silverfish ambil Cerpen Underground... apa sudah jadi?
M- |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak pegi....
mak mentua panggey datang umah dier....dier nak nengok cucu sambil ajak buka poser...kono lah pegi....
aku nak pegi sorang...bini aku marah lak....dah sampai umah mak dier nak kueluar lak...
nak bawak bini aku....bini aku nih susah sikit ler...buku buku nih tak minat sangat...
last last hari Ahad...dier nak gi KLCC shopping raya...aku gi Kinokuniya beli The Art Of Sin City by Frank Miller...ahahahaha..habis 140 ingget.... |
|
|
|
|
|
|
throughtherain This user has been deleted
|
cerita ni mengingatkan kat aku mcm cite pak pandir. karakter-karakter dlm cite ni menggambarkan perangai org melayu secara sinikal seperti suka mengumpat, hasad dengki, suke buang masa (main dam), suke carik jln mudah (mcm dpt ayam gergasi padahal baru tadik nampak isteri die kat situ, boleh laa umpamakan mcm jutawan segera, tanah dijual, padahal tanah tuh laa tempat bergantung harap). cite ni mmg kelakar dan sinikal. |
|
|
|
|
|
|
|
Nantilah kalau aku jumpa penulis ni aku buat wawancara istimewa untuk forum cari... ada apa-apa soalan yang nak ditanya?
M- |
|
|
|
|
|
|
|
Marquez...dier nak buat citer cam yang errr...Animal Farm?
isk...pasal yang binatang tubuh political party semua tuh? George Orwell ker sapa author?
ahahahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
marquez:
kenapa memilih elemen ayam? kenapa tidak kambing, itik ataupun haiwan lain? apakah ayam mengambarkan sesuatu karekter? |
|
|
|
|
|
|
|
Nantilah aku tanya dia...
M- |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|