Ketukan di pintu terasa macam di awangan-awangan. Mulutnya mahu berkata masuk akan tetapi matanya amat sukar hendak dicelikkan. Suara halus berbisik terdengar di telinganya namun masih payah untuk Faris bangun.
“Welcome to daddy’s world bro”, suara Ridzwan bergetar di telinganya lalu Faris bingkas bangun. Sebaik saja matanya terbuka luas dilihat Ridzwan sedang tertawa kecil dan Alicia, setiausaha peribadinya tersenyum-senyum.
Dengan keluhan Faris mengangkat tangan dan menangkup mukanya untuk beberapa saat sebelum menggosok-gosok mukanya dengan kasar dan meminta secawan kopi pekat daripada Alicia. Tidak Faris sedari sudah berapa lama dia tertidur di sofa bilik pejabatnya. Keletihan bekerja hampir 48 jam semasa di Singapura amat dirasakan.
“Lama sangat dah ke aku tido?” tanya Faris kepada Ridzwan. Hanya dengan gelenggan kepala dan mengangkat bahu sudah semestinya Ridzwan tidak menyedari dan mengetahui apa-apa lalu mengerling jam di tangannya. Waktu telah menunjukkan 3.30 petang membawa Faris bingkas bangun dan memohon diri untuk di bilik air bagi mencuci muka.
Perbincangan dan mesyuarat pendek bersama kakitangannya berakhir jam 5 petang akan tetapi Faris tidak dapat hendak meninggalkan pejabat kerana lapuran perlu disiapkan. Antara keluarga dan kerja dua-dua sama berat, walaupun Nadiah memahami tidak mungkin si kecil itu. Kerinduannya kepada Aina belum habis terlerai kerana semalam dia sampai sudah lewat. Sebaik mandi dan menjamah sedikit makanan dia terus tertidur. Apabila tersedar subuh tadi, Nadiah baru saja habis menyusukan anak mereka.
“It’s ok daddy….as long as daddy ingat kat kami”, itulah kata-kata Nadiah apabila Faris memberitahu akan pulang lewat malam ini. Akan tetapi di penghujung kata-kata Nadiah itu mengundang tanya di hati Faris dan apakah benar apa yang didengarkannya. Namun ketukan di pintu sekali lagi mematikan lamunan Faris.
“Segar nampak pagi ni”, tegur Ridzwan sebaik saja Faris melangkah masuk. Seperti selalu Faris tidak pernah lokek dengan ucapan terima kasih dan senyuman lalu itulah yang diberikan kepada Ridzwan. Pelawaan Ridzwan untuk sama-sama bersarapan tidak ditolak kerana ada sesuatu yang ingin dikongsikan bersama rakan karibnya itu.
Perbualan mereka membawa Faris berfikir terus sepanjang hari didalam kerja yang bertimbun. Sesekali apabila gelak, senyum dan seloroh Ridzwan datang menyinggah, senyum pasti terukir dan mungkin dengan senyuman itulah memberi aura positif kepada suaranya ketika menjawab telefon.
“Happy nampak”, terus saja Azlan berkata begitu sebaik saja Faris berkata hello. Panggilan daripada Azlan ataupun dari Zaid & Co bukanlah panggilan yang amat dinanti-nantikan akan tetapi ia adalah panggilan yang akan membuat Faris berdebar, resah dan tertekan yang mungkin ada bukti-bukti baru diterima lalu harus bersiap sedia untuk ke mahkamah.
Persoalannya sekarang terlalu ramai yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung didalam kes yang membabitkan Aisyah dan dirinya. Keadaan Aisyah sudah disahkan tidak siuman dengan rekod kesihatan yang ada, ikatan persahabatan yang terjalin sejak lama dan tidak lupa hubungan keluarga menjadikan perkara ini remeh difikiran Faris. Didalam hal ini, Nadiah pula mahu melupakan episod tersebut dari hidupnya. Oleh kerana tiada permanent damage pendekatan yang Nadiah ambil adalah forgive and forget akan tetapi mereka tidak boleh lepas tangan terhadap orang-orang yang terlibat membantu dan menerima wang sogokkan daripada Aisyah.
“Sebenarnya perkara ini tidak susah…selepas lapuran dibuat both of you fikirkanlah hukuman apa yang hendak diberi. We will go through the channel, process and procedure dan mereka akan menerima hukuman masing-masing”, terang Azlan.
Keluar masuk pejabat guaman adalah perkara biasa bagi Faris kerana urusan perniagaan akan tetapi apabila memikirkan hendak keluar masuk mahkamah kerana hal ini tiba-tiba membuat Faris buntu.
“Apa yang dimenungkan?” rangkulan lembut Nadiah di pinggangnya mengejutkan Faris dari fikiran yang dalam. Bersama keluhan Faris berpaling dan memandang Nadiah dengan perasaan sedih kerana isterinya ini terpaksa berhadapan dengan kisah silam yang menjengkelkan. Sekali lagi pandangan Nadiah sebagai seorang isteri didengar dan dipertimbangan. Walaupun pada asasnya Nadiah cuba melupakan episod ini namun ia menjadi payah kerana penglibatan orang dalam ataupun informer dari pejabat Faris dan beberapa fakta telah ditemui bagi mengukuhkan tuduhan. Sehingga semalam tiada bukti menunjukkan Aisyah menggunakan khidmat private investigator. Setiap langkah Nadiah dijejak sendiri olehnya.
“I miss you”, tutur Faris setelah lama berdiam diri. Seraya itu Nadiah merapatkan dirinya ke dada Faris dengan senyum nakal.
“Are you sure is that all you want to say?” bisik Nadiah lalu mematikan segala gurauan mereka apabila renggekan Aina sudah kedengaran. Tawa kecil Nadiah lepaskan apabila Faris berkata anak mereka tidak lapar tetapi sengaja menguji mummy dan daddy lalu mendukung Nadiah ke bilik mereka.
*****
Rutin Nadiah memang berubah 360 darjah setelah melahirkan Zara Aina binti Ahmad Faris. Anak kecil itu bukan saja mengubah jadual tidurnya akan tetapi telah dimasukkan kedalam jadual kerja juga. Beruntung Nadiah bekerja dengan firma ayah sendiri, sedikit kelonggaran dan keistimewaan itu tetap ada akan tetapi Nadiah sedar itu semua tidak boleh disalahgunakan.
“Are you out of your mind”, terjerit ibunya apabila mengetahui Nadiah mahu beranak seorang lagi tahun depan.
“No…I’m pretty much sane”, jawab Nadiah selamba. “I’m not young anymore…since Faris and I planning for four, so kenalah express”, sambung Nadiah lagi tanpa menghiraukan mulut ibunya yang sudah separuh ternganga. “Nadiah tak kisah mummy nak anggap Nadiah ni kolot atau jadi mesin buat anak”, sambung Nadiah lagi sebelum berlalu pergi.
Entah kenapa dengan kerja yang menanti dan jadual yang makin kucar kacir di antara anak, rumah dan suami, Nadiah berazam untuk mengandung dan sekaligus memberi Zara Aina seorang adik dalam tempoh setahun ini. Hajatnya buat masa ini hanya mummy saja yang tahu sehingga membuatkan mummy tidak berbunyi dengannya sudah hampir sebulan. Keletah Aina amat menghiburkan hatinya dan sepanjang sebulan kembalinya dia bekerja rasa penat sering bertukar menjadi gembira sebaik saja senyum senggeh Aina menyambut kepulangannya.
“Kenapa tak nak tidur ni? Dah lebih 2 jam berjaga…sayang mummy happy ya sebab daddy dah balik”, beria Nadiah bercerita dengan Aina seolah-olah anak itu faham butir cakapnya.
“Rajin cakap dengan baby…Insha’Allah rapat lagi hubungan kita dengan anak. Mereka akan faham segalanya dengan usapan, belaian dan juga bersembang dengan memandang tepat ke matanya. Perubahan akan kita nampak dari hari ke hari”, begitulah sedikit sebanyak tips yang Nadiah terima dari doktor yang merawat Aina, Kak Asma dan tidak kurang kedua kakak iparnya. Memang benar kata Kak Long, selagi baby tak kembung perut, tak demam muntah bagai motherhood tidak akan lengkap.
Begitulah yang terjadi kepada dirinya apabila Aina menangis tak henti petang semalam. Panik juga Nadiah lebih-lebih lagi dia keseorangan di rumah. Tangisan Aina yang tidak henti memaksanya menghubungi mummy. Akan tetapi panggilannya tidak berjawab. Tanpa Nadiah sedari rupanya Nizam ada di rumah apabila adiknya itu datang menghulurkan minyak yuyi dan sama-sama membantu menyapu di perut, betis dan kaki Aina. Setelah berhempas pulas menahan rasa sebak melihat anak menangis, hati Nadiah lega sebaik saja mendengar Aina kentut dan tangisnya reda dan terus tidur.
“Thank you Pak Su”, ucap Nadiah sambil mengurut perlahan belakang adiknya dan Nizam pula menepuk Aina perlahan-lahan. Senyum senggeh saja Nizam apabila menerima pujian daripada Nadiah kerana menyelamatkan keadaan dan terus mengangkat tangan untuk memberi high 5. Teringat Nadiah kepada kata-katanya ibu tirinya yang Nizam adalah seorang good observer dan senang menerima serta mengingat sesuatu hanya dengan memerhati sahaja. Itulah yang terjadi sebentar tadi dan dengan bangga juga Nizam bercerita sebaik saja ibunya sampai ke rumah.
“Alhamdulillah anak mummy dah ceria. Dah tak sakit perut lagi ya. Sayang buat mummy betul-betul takut petang semalam, nasib baik Pak Su datang tolong” kata Nadiah sambil mengeletek perlahan perut Aina.
“Amboi bukan main lagi mother and daughter bergossip pagi-pagi hari. Apalah agaknya yang dibualkan tu?” usik Faris lalu menghampiri dua beranak itu. ‘Anak daddy tak rindukan daddy ke”, tanya pula Faris kepada Aina dan mengambil tempat disebelah Nadiah.
Di hari ini Aina genap berusia 6 bulan dan sepanjang mengasuh Aina semasa berpantang, banyak perkara yang terlintas di fikiran Nadiah termasuk mengatur jadual kerjanya dan perancangan masa depan. Dia juga telah berbincang dengan Faris tentang perancangan masa depannya termasuk lah hendak membuka ‘nursery’. Nadiah merasa sungguh terharu kerana mendapat sokongan sepenuhnya daripada Faris. Selain daripada menginginkan anak seorang lagi secepat mungkin, Nadiah juga merancang mencari kerja separuh masa dan memikir kembali untuk menjadi pensyarah sambilan semula. Lagi cepat dia bertindak lagi cepat dia dapat bersama Aina di rumah.
Perbualan serta topik bual bicara juga sudah banyak tertumpu kepada anak. Hampir kesemua keputusan yang mahu diambil mereka berdua akan mendahulukan Aina, lebih-lebih lagi Nadiah yang sudah berjanji pada diri tidak mahu anaknya dibesarkan jauh dari depan matanya.
“Awak tak kisah ke kalau kita lama di rumah daddy ni?” tanya Nadiah.
“Kalau saya kata tak kisah saya sebenarnya berbohong…akan tetapi kita berdua sedar kenapa kita buat semua ni kan? Anggap saja semua ini sementara dan penghijrahan buat kita…lagipun saya rasa yakin dan selamat Aina di sini dengan ibu dan adik-adik awak”, jawab Faris pula sekaligus memberikan ketenangan kepada Nadiah.
Namun begitu Nadiah tidak mahu merasa terlalu selesa dengan persetujuan Faris atau mengambil kesempatan di atas jadual kerjanya yang tidak menentu beberapa bulan ini. Jauh di sudut hatinya faham yang Faris ingin menghabiskan masa bersama Aina dan dirinya lebih-lebih lagi di hujung minggu dan oleh itu sedikit sebanyak pembaharuan dan perubahan perlu dibuat.
“Wahh bukan main kau lagi ya…baru anak sorang buat perancangan macam anak sepuluh”, tegur Ira sebaik saja melangkah masuk ke biliknya. Perangai kawan dan rakan sekerjanya ini tidak berubah walaupun sudah menjadi isteri orang. Riuh rendah dan redahnya tetap sama.
“Apalah yang kau merepek ni…dah lah tak bagi salam”, tegur Nadiah dengan lesu kerana terperanjat tadi.
“Merepek kata kau? Aku dengar kau nak berhenti kerjalah, jadi pensyarah lah, bukak day care kat office ni lah dan paling aku terperanjat kau nak beranak sorang lagi next year”, leter Ira macam murai tercabut ekor dan makin Ira bengang apabila Nadiah ketawa dan menganggukkan kepala mengiyakan segalanya. Makin Ira meroyan apabila Nadiah menunjukkan tanda bagus dengan ibu jarinya dan menobatkan kawannya itu sebagai penyiasat persendirian nombor satu.
Memang benar kata Ira bahawa dirinya sekarang bukan Nadiah 15 bulan yang lalu ketika mendapat berita mengandungkan Aina. Di hari ini Nadiah berusaha melakukan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga. Sekali lagi Nadiah harus mengiyakan kata-kata Ira bahawa dirinya beruntung, mempunyai ayah dan suami yang punya kemampuan kewangan. Besar kemungkinan juga segala yang terjadi adalah kerana tidak mahu mengulangi sejarah lama. Andainya nanti rumahtangganya bersama Faris diuji dengan ujian orang ke3 ataupun ujian-ujian lain dia tidak mahu menyesal di kemudian hari. Apa yang pasti dia telah berusaha dan harapannya semoga Allah merestui segalanya.
Berbekalkan alatan moden dan canggih serta keterujaan adik lelakinya Nizam dan Nazim melayan kerenah Aina, dapat juga Nadiah melihat kepandaian Aina semasa dia di pejabat. Sesetengah dari apa yang Aina buat tidak berulang dengan cepat dan adakalanya terlepas juga. Walaupun telah melihat kejayaan ramai orang mengimbangi rumahtangga dan kerjaya, Nadiah tetap ingin menjadi seperti ibu tirinya, melepaskan jawatan sebagai seorang pengurus demi anak dan memulakan kelas tuition di rumah bagi mengisi waktu lapangnya dan untuk mendapat sedikit wang belanja sendiri. Di samping itu ibu juga meluangkan masa ke kelas agama dan belajar membuat kuih-muih Melayu yang sudah mula mendapat tempahan.
“Duit bukan segalanya sayang….walaupun daddy tak pernah lokek dengan belanja ibu tak sedap hati nak belanja suka hati. It is not my money. Jadi ibu harap Nadiah fikir masak-masak segala keputusan. Banyak yang perlu dihadapi. Tentang Aina jangan bimbang, selagi ada kudrat ibu biarlah Aina ibu yang jaga dan kalau ada rezeki adiknya juga nanti”, nasihat ibu Nadiah dengar dengan teliti.
*****
|