|
Hello friends... 10 years been passed and here I am again
[Copy link]
|
|
zamkumis posted on 14-4-2014 04:39 PM
Tidak ada gunanya kau nak berjuang bila sudah mati, hidup hanya sekali dan inilah masa perjuangan. ...
Kamu itu haiwan, sebab itulah kamu hidup dan mati sekali je. Tak guna berkata2 mengenai Spiritual dgn haiwan yg begitu pasti dia akan hanya hidup dan mati sekali. Buang masa je.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
By zamkumis
Apa yang aku nampak dalam kes kau ni kira termasuk dalam perbuatan extreme, maksudnya umpama "marahkan nyamuk kelambu dibakar". Sebab itu nabi saw beritahu lebihkurang "sebaik baik pekerjaan ialah dipertengahan/sederhana". Extreme ni kira dah lebih dari sederhana, dalam erti kata lain melampau. Dalam bab makan pun macam tu, makanlah, minumlah tapi jangan berlebih-lebihan. Kalau makan benda halalpun tapi dah berlebih lebihan akan membawa banyak masalah spt penyakit dan lain-lain. Contoh kacang panjang kan bagus, banyak khasiat tapi kalau lebih sangat jadi gout. Macam tulah lebih kurang.
Bukan aku yang extreme bro, tapi aku minta maaf, sebenarnya kaum Muslim sekarang ni lah yang dah "extreme", Muslim dah tinggalkan Qur'an. Tapi ramai tak menyedarinya, Muslim dengan tak sedar dah tak guna Qur'an lagi.
Allah dah warn dalam Qur'an 25:30:
Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".
Ayat kat atas tu complain Nabi masa di akhirat nanti, so umat Nabi (kita ni) dah tinggalkan Qur'an.
Ayat itu Allah yang cakap, bukan aku cakap. So kena renungkan bro, apasal Allah kata kita dah tinggalkan Quran?
Bab Hadis pulak, dalam Qur'an Allah ada beberapa ayat Allah larang kita guna Hadis. Tapi hairan ayat-ayat ni kena skip je.
Ada kau kata "Quran tu dah sempurna semua diterangkan", memang dah sempurna, tapi mampukah kita memahami sesuatu maksud ayat yang samar untuk difikirkan, sedangkan sahabat nabi pun ada yang tak faham dan terpaksa tanya nabi saw apa maksud ayat ini?... kemudian nabi huraikan. Apa yang nabi cakap tu adalah hadist.
Satu misconception terbesar ialah Nabi yang mengajarkan Qur'an. Nabi Muhammad tak mengajarkan, beliau hanya menyampaikan takde tokok tambah, apa yg beliau sampaikan semua daripada Quran. Yang mengajarkan Qur'an tu Allah sendiri direct kedalam hati manusia:
Quran 55:1-2
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
Clear dalam ayat tu Tuhan yang ajarkan Qur'an. Tapi manusia TAK percaya.
Manusia bukannya ikut Nabi bro, tapi ikut cakap dia punya ulama, guru dan lain-lain, guru dia tu dengar daripada guru dia pulak, semua just mendengar dari nenek moyang, tapi takde yg pernah jumpa langsung dengan nabi kan? So semua just percaya cakap-cakap je.
Qur'an pulak ada depan mata, tapi manusia tak percaya dia boleh paham Qur'an, pasal dia tak tahu Allah lah guru sebenar.
Qur'an itu mudah nak dipahami:
Quran 54:17 Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?
Allah kata Qur'an mudah, kena percaya lah tapi kita takde nak belajar pulak, kita just straight tanya soalan-soalan kepada ulama, ustadz dan lainnya nak tanya apa maksud Qur'an tu. Ustad pulak ambik hadis utk explain, so dia macam loop tak habis habis, takde pulak Qur'an tu diambik menjadi pelajaran?
Maaf bro ini aku cakap bukan kata bro salah, aku betul, kita hanya discussion nak cari mana yang lebih baik.
Aku happy bro zamkumis kalau kita boleh diskusi lagi akau akan cuba sampaikan bukti-bukti lagik.
Salam.
|
|
|
|
|
|
|
|
kid posted on 14-4-2014 11:46 PM
Bro, takpelah aku cerita sikit.
Dulu pun aku sunnah waljamaah, 10tahun yang lalu kat forum ini ...
assalam saudara ku kid,
Saya baca pendapat tuan ni yang lari dari fakta sebenar.
- Hadis dirawikan oleh perawi hadis,dengan cara dari mulut ke mulut, start dikumpul dalam kurun150-200 tahun setelah nabi wafat, yang pertama kumpul menjadi kita itu Bukhari, Muslim dan lain lain, Bukhari, Muslim kumpul Hadis dari dengar cerita orang2, takde catatan perawi macam Qur'an.
Kitab Bukhari dan Muslim adalah kumpulan hadith sahioh. Kitab yang asli memang ada di catat perawi sehingga ke nabi s.a.w.
Yang pertama kumpul bukan Bukhari atau Muslim. Hadith sudah dikumpulkan secara sistematik sejak dari pemerintahan Umar Bin abdul aziz (682-720 MASEHI). tapi catatannya tidak dikitabkan (atau dibukukan). Hanya helaian kertas yang kini dah lupus dan hilang.
Selepas tu ada malik bin anas (711-795 masehi) yang menulis kitab hadith muwatta malik.
Bukhari hidup 810-870 masehi dan mengarang kitab Sahih bukhari. Sahih Muslim selepas masa itu.
ramai yang menyatakan hadith muwatta imam malik paling authentic sebab sanad-sanadnya antara 3-4 keturunan untuk sampai ke Rasulullah.
masa tu juga sudah ada Kitab Rijal Al-hadith iaitu biodata-biodata perawi-perawi hadith dalam sanad-sanad hadith.
|
|
|
|
|
|
|
|
by Ibnur
ramai yang menyatakan hadith muwatta imam malik paling authentic sebab sanad-sanadnya antara 3-4 keturunan untuk sampai ke Rasulullah.
Kalau macam itu, ianya bermakna Al Quran bukannya Kata2 Tuhan. Ianya dicipta oleh Muhammad dan djilidkan oleh Sahabat2nya. Sebab itulah memerlukan Hadith utk menperjemahkan kata2 Muhammad. Jadi, ini bermakna Islam itu PALSU.
|
|
|
|
|
|
|
|
By Ibnur
assalam saudara ku kid,
Saya baca pendapat tuan ni yang lari dari fakta sebenar.
Kitab Bukhari dan Muslim adalah kumpulan hadith sahioh. Kitab yang asli memang ada di catat perawi sehingga ke nabi s.a.w.
Yang pertama kumpul bukan Bukhari atau Muslim. Hadith sudah dikumpulkan secara sistematik sejak dari pemerintahan Umar Bin abdul aziz (682-720 MASEHI). tapi catatannya tidak dikitabkan (atau dibukukan). Hanya helaian kertas yang kini dah lupus dan hilang.
Selepas tu ada malik bin anas (711-795 masehi) yang menulis kitab hadith muwatta malik.
Bukhari hidup 810-870 masehi dan mengarang kitab Sahih bukhari. Sahih Muslim selepas masa itu.
ramai yang menyatakan hadith muwatta imam malik paling authentic sebab sanad-sanadnya antara 3-4 keturunan untuk sampai ke Rasulullah.
masa tu juga sudah ada Kitab Rijal Al-hadith iaitu biodata-biodata perawi-perawi hadith dalam sanad-sanad hadith.
Salam saudaraku Ibnur.
Memang betul aku tersilap, kitab hadith pertama dikumpul muwatta malik daripada Imam Malik.
Yang aku maksud, sampai sekarang ni kitab hadith sahih pertama dikumpul Bukhari menjadi kitab paling tinggi kedudukannya dalam Islam.
Yang saya nak cetuskan, perkara hadith Imam Malik, Bukhari dan lainnya ini dibuat lama setelah Nabi wafat, dan mungkin ada catatan daripada zaman Nabi lagi kekal sampai ke tangan perawi hadith, tetapi tak dapat nafikan hadith pun bukan semua catatan, sebagian besarnya ia dari mulut ke mulut (secara oral).
Kalau kita kata sekarang hadith itu 100% betul, ianya tidak boleh nak dipertahankan. Kerana manusia tidaklah sempurna mesti ada kesilapan, dan hadith disusun oleh manusia mesti ade kekurangannya.
Kalaupun betul 90%, so yang 10% tu macamana? Kita kena just terima je lah? Kalau betul 50% je?
Kalaupun hadith 99% betul, bukankah Quran dah cukup untuk kita? 100% dan disusun Tuhan bukan manusia:
Quran 10:1: Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
Allah dah kata Quran dah disusun dan dijelaskan pula kandungannya dari sisi Allah (bukan sisi manusia nak jelaskan). Dalam ayat lain Allah kata Quran dah complete menjelaskan segala sesuatu, so kena ade kitab lain kah selain Qur'an? Tak cukup kuasa Tuhan nak buat satu kitab yg jelas? Allah tak mampu nak buat ke? Itu satu soalan yang aku pikir kita kena renungkan.
Kalau kita ikut hadith, actually bermakna kita ikut penjelasan Bukhari, Imam Malik dll. Kerana dia yang tentukan mana hadith sahih mana yang bukan, Bukhari just ambik 1% dari 700000 hadith yg dia kumpul, bermakan dia delete 99% kerana dia anggap hadith palsu.
Sebenarnya ikut hadith tak semestinya ikut Nabi Muhammad.
Kerana Nabi Muhammad melarang orang daripada mencatat hadith dalam hadith sendiri:
"The prophet said: "Do not write down anything from me except the Quran. Whoever wrote other than that should delete it." [Sahih Muslim, Book 42, Number 7147, also Ahmed, Vol. 1, Page 171]
Aku nak tau lagi macamana kita kena ikut hadith, aku memang tak ikut lagi, kerana dalam Quran dan berkali-kali kita dilarang ikut hadith. Kalau Allah dah larang aku takut nak bantah pulak.
Salam.
|
|
|
|
|
|
|
|
by Kid
Aku nak tau lagi macamana kita kena ikut hadith, aku memang tak ikut lagi, kerana dalam Quran dan berkali-kali kita dilarang ikut hadith. Kalau Allah dah larang aku takut nak bantah pulak.
Nampak gayanya Islam yg kononnya sempurna itu ada banyak lubang dlm ideologinya.
Dlm masyarakat Islam itu sendiri, ada yg terbahagi antara Sunnah dan Syiah (yg berperang dan tumpahkan darah). Dlm golongan dua ini pula, terbahagi lagi menjadi dua lagi (total empat) - yg percaya dan mengikuti Hadith dan yg tak mengikuti Hadith. Dan dalam empat golongan ini pula terbahagi kpd beberapa puak mengikut ideologi politik (spt Demokrasi, Sosialism dan lain2 lagi).
Kalau Islam ini banyak sangat lubang di dalamnya, sempurna kah agama ini? Agama tuhan kah ini?
Agama2 lain spt Hinduism dan Buddhism tidak mencampuradukan politik dgn agama kerana mereka (yg memahami agama masing2) tahu bahawa kedua2nya (politik dan agama) tidak harus dicampur-adukan. Tetapi Islam bukan macam itu. Akhirnya apa jadi - perpecahan. Jadi Islam terbukti tidak mampu menyatu-padukan umatnya sendiri. Ini adalah bukti bahawa Islam itu bukannya agama tetapi sebuah ideologi politik yg direkacipta spt agama oleh pengasasnya, Muhammad. |
|
|
|
|
|
|
|
kid posted on 18-4-2014 12:48 PM
Salam saudaraku Ibnur.
Memang betul aku tersilap, kitab hadith pertama dikumpul muwatta malik d ...
Wassalam Kid,
Kalau nak dihuraikan terperinci persoalan dalam post awak tu memang akan jadi sangat panjang post ni. Inshaa Allah, saya akan cuba sedaya mampu dengan ilmu yang sedikit Allah kurniakan kepada saya. Buat permulaan ni, saya cuma respond untuk apa yang awak post sekadar mampu inshaa Allah.
Saya juga bersyukur kerana awak sebenarnya terbukti menerima satu hadith iaitu dari kitab sahih Muslim hadith ke 7147.
Yang saya nak cetuskan, perkara hadith Imam Malik, Bukhari dan lainnya ini dibuat lama setelah Nabi wafat, dan mungkin ada catatan daripada zaman Nabi lagi kekal sampai ke tangan perawi hadith, tetapi tak dapat nafikan hadith pun bukan semua catatan, sebagian besarnya ia dari mulut ke mulut (secara oral).
Kalau kita kata sekarang hadith itu 100% betul, ianya tidak boleh nak dipertahankan. Kerana manusia tidaklah sempurna mesti ada kesilapan, dan hadith disusun oleh manusia mesti ade kekurangannya.
Persoalan yang awak post tu adalah satu persoalan yang umum. Maksud saya, ia memang patut di soalkan sekiranya ada orang menyampaikan sesuatu cerita atau berita. Macam di mahkamah undang-undang ciptaan manusia di mana, hujah 'hearsay' akan ditolak. Sekiranya 'hearsay' pun ada procedure dalam perundangan manusia, tatatetib menangani 'hearsay' juga ada dalam Islam.
Kalaulah orang macam saya atau awak atau orang-orang yang dalam forum ni cerita pasal dia jumpa Perdana Menteri. Pertama sekali yang terlintas dalam hati kita mest tanya "Betul ke apa dia ni" atau "Boleh percaya ke orang ni". Itu dua adalah contoh. Persoalan ni masa zaman tabi-en dulu pun dah ada. Terutama sekali bila orang kata "Rasullullah bersabda". Maka timbullah soalan dari yang mendengar tu "Engkau dengar dari siapa?" ditambah lagi "Dia dengar dari siapa?" tak cukup lagi ditanya sehinggalah sampai dinyatakan nama sahabat r.a. dan disebut Rasullullah s.a.w.bersabda. Dan tertibnya wajib setiap perawi tu mendengar dari yang menyampaikan. Ini namanya sanad.
Itu baru tertib pertama. Tertib yang kedua, dipersoal pulak setiap perawi di dalam sanad itu samada boleh pakai atau tidak. Kita ambil contoh Muwatta Imam Malik. Dalam hadith-hadithnya, selalunya terdapat 3 atau 4 perawi sebelum sampai ke Rasullullah. Dan masa zaman tu, boleh lah dikatakan para sahabat adalah Atok atau moyang kepada orang yang sezaman Imam malik. Jadi boleh lah kita kata, "Tak kan atok kau sendiri kau tak tau perangai dia? Kalau tak tau, tanya bapak kau. Kalau bapak kau tak tau, kau tanya kawan bapak kau". Ini kita namakan ilmu Rijal Al-Hadith. Ilmu Rijal Al-Hadith ada 2 iaitu sejarah perawi dan satu lagi menerangkan tentang adil atau tidak perawi.
Dua teknik atas tu adalah perkara utama selain dari matan hadith. Teknik ini boleh dipakai zaman kini contohnya bila kita dengar cerita pasal MH370 yang macam macam tu. Kita tanya balik orang yang cerita, "dengar dari siapa, dia dengar dari siapa, dia baca berita mana? Kemudian tanya lagi...... contoh kalau dia kata berita Utusan malaysia.... kita cakap balik.... "Utusan dah banyak kali kalah saman fitnah, boleh percaya lagi ke utusan?". Itu adalah contoh.
Bali kepada perbincangan asal.
Rijal Al-Hadith ni bukan ilmu baru. Dah wujud sebelum zaman Imam Malik bin Anas. Masa zaman awalnya ia tak dikitabkan. Kitab yang tertua yang masih ada kini: At Thabaqat Al Kubra, karya Muhammad ibn Sa’ad (168-230 H).
Satu lagi At Tarikhul Kabir Karya Al Imam Muhammad ibn islmail Al bukhari (194- 256 H) yang ada menceritakan lebih kurang 40.000 biografi perawi. bayangkan masa lebih kurang 200 tahun hijrah sudah ada 40,000 biografi perawi. Jadi tidak susah untuk Imam-imam Hadith zaman silam untuk mencari rujukan berkenaan perawi hadith.
Saya rasa buat setakat ni dulu waktu sebab ni pun dah panjang. Lain kali inshaa Allah saya akan cuba jawab kalau ada persoalan lain. Inshaa Allah dengan rahmat Allah, kita akan dipermudahkan untuk menyelesaikan persoalan persoalan yang ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terimakasih Saudara Ibnur,
Kena ingat, saya bukan tolak semua hadith, tapi saya tolak hadith yang bertentangan dengan Qur'an.
Hadith Muslim kat atas saya boleh terima.
Tetapi untuk jadi asas agama, saya tetap berpegang dengan Qur'an saja.
Kena ambik masa untuk pelajari reply saudara. Nanti saya kan balas dengan hujah saya pula. |
|
|
|
|
|
|
|
kid posted on 20-4-2014 02:19 PM
Terimakasih Saudara Ibnur,
Kena ingat, saya bukan tolak semua hadith, tapi saya tolak hadith yang b ...
Bismillahirrahmanirrahim
Assalam saudara Kid,
Terima kasih kerana sudi membaca. Pada pandangan saya, tulisan saya itu sangatlah pendek dan ringkas kalau nak banding dengan hujah-hujah pakar.
Tuan berkata:
Kena ingat, saya bukan tolak semua hadith, tapi saya tolak hadith yang bertentangan dengan Qur'an.Hadith Muslim kat atas saya boleh terima.
Tetapi sebelum itu tuan berkata:
Since 2011 I embraced Quran only as my guidance, I'm no longer follow hadith and tradition as I found them unreliable and was more about tradition and folklores, and many of hadiths are against the teaching of Quran. I'm not anti-hadith as general, there are still some hadith that are acceptable, but I dont believe we should follow it, as Qur'an is suffice as our guidance as God told in Quran itself.
Maksud tuan itu mengelirukan pembaca sebab tuan telah membuat disclaimer untuk hujah hujah tuan. Disatu post tuan tolak hadith, disatu post tuan kata boleh terima sebahagian. Saya gariskan tulisan tuan yang berkenaan.
Dalam post-post tuan menyebutkan berkenaan hadith yang bertentangan al-quran, sila kemukakan satu hadith untuk dibincangkan. Kami tak pasti hadith mana yang bertentangan dengan al-quran dan apakah status hadith berkenaan. Sila kemukakan supaya ia boleh dibincangkan secara ilmiah.
Allah dah kata Quran dah disusun dan dijelaskan pula kandungannya dari sisi Allah (bukan sisi manusia nak jelaskan). Dalam ayat lain Allah kata Quran dah complete menjelaskan segala sesuatu, so kena ade kitab lain kah selain Qur'an? Tak cukup kuasa Tuhan nak buat satu kitab yg jelas? Allah tak mampu nak buat ke? Itu satu soalan yang aku pikir kita kena renungkan. ..........
Allah telah menyatakan dalam al-quran:
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. [al-Nisa’ 4:13].
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”; dan mereka itulah orang yang beroleh kejayaan. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah maka merekalah orang yang beroleh kemenangan. [al-Nur 24:51-52]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.” [‘Ali Imran 3:31].
Allah dah kata Quran dah disusun dan dijelaskan pula kandungannya dari sisi Allah (bukan sisi manusia nak jelaskan). Dalam ayat lain Allah kata Quran dah complete menjelaskan segala sesuatu, so kena ade kitab lain kah selain Qur'an? Tak cukup kuasa Tuhan nak buat satu kitab yg jelas? Allah tak mampu nak buat ke? Itu satu soalan yang aku pikir kita kena renungkan. ..........
Sebenarnya ikut hadith tak semestinya ikut Nabi Muhammad.
Kerana Nabi Muhammad melarang orang daripada mencatat hadith dalam hadith sendiri:
"The prophet said: "Do not write down anything from me except the Quran. Whoever wrote other than that should delete it." Sahih Muslim, Book 42, Number 7147, also Ahmed, Vol. 1, Page 171
Mungkin tuan terlepas pencarian dimana penulisan hadith telah dibenarkan:
Abu Hurairah menerangkan bahwa ketika kota Mekah telah dikuasai oleh Rasulullah s.a.w., Beliau berpidato di hadapan para sahabat. Ketika berpidato, tiba-tiba berdiri seseorang yang berasal dari Yaman bernama Abu Syah. Kemudian dia bertanya kepada Rasulullah Saw. ujarnya Ya Rasulullah! Tulislah untukku! Rasulullah menjawab, “ Tulislah oleh kalian untuknya!
|
|
|
|
|
|
|
|
Saudara ibnur... saya tak mengelirukan, mungkin tuan kena baca lagi sikit lagi perenggan dibawah quote yg tuan highlight tu:
by Kid
Since 2011 I embraced Quran only as my guidance, I'm no longer follow hadith and tradition as I found them unreliable and was more about tradition and folklores, and many of hadiths are against the teaching of Quran.
I'm not anti-hadith as general, there are still some hadith that are acceptable, but I dont believe we should follow it
- Saya tak tolak hadith as general, bermakna saya terima hadith-hadith yg selari dengan Qur'an
- Saya tak ikut hadith maknanya saya tak jadikan hadith sebagai hukum agama, hukum agama yg saya ikut Qur'an saja. Hadith ni saya lihat macam buku sejarah, kisah-kisah macam buku-buku lain gak, boleh membantu memahami agama, tapi saya tak jadikan hadidth sebagai asas / undang-undang.
So itu lah maksud saya tak ikut.
Untuk tuan lebih paham maksud saya, ini contoh simple nya:
Cara berwudu:
Versi Quran:
- Allah dalam Qur'an ajarkan cara berwudu, 4 steps wudu, Surat 5:6, yaitu basuh muka, basuh tangan sampai siku, sapu kepala, basuh kaki sampai buku lali.
Versi Hadith:
- Ade bermacam versi wudu mengikut mazhab yang berbeza-beza, dalam kitab-kitab Hadith pun ada bermacam, ade yg basuh mulut, sapu telinga dan hidung sekali. Ade yg sampai 10 steps, tuan tau lah pasal tu.
So saya ikut Qur'an, Hadith tu saya tak ikut.
Pasal kedudukan Qur'an tinggi daripada Hadith, dan Qur'an itu absolute. So kalau ia berbeza mestilah bukan datang daripada nabi Muhammad, kerana nabi Muhammad tak diperkenankan menokok tambah ajaran Qur'an. Nabi dah kena warn dari Allah:
Quran 69:44-46
Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan,
niscaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya.
Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta);
So takkan nabi mereka-reka pulak procedure wudu?
Satu soalan saya kepada tuan, tuan ikut wudu versi Imam Syafi'i, Maliki, Hanafi ataupun Hambali? Soalan saya ni penting dijawab kerana saya nak diksusi lagi dengan tuan pasal ni nanti.
Pasal hujah tuan yang lain tu akan saya jawab dengan pendapat saya nanti, tapi kerana belum ade masa sekarang ni, nanti InsyaAllah saya jawab dengan lengkap dan clear. Last edited by kid on 20-4-2014 10:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sephiroth posted on 20-4-2014 09:10 AM
Nampak gayanya Islam yg kononnya sempurna itu ada banyak lubang dlm ideologinya.
Dlm masyarak ...
Kesempurnaan itu ada tetapi manusia yang memilih jalan yang silap. Sama seperti makanan, semua makanan bagus tapi kalau pilih menu yang ganjil dan tidak universal, penyakitlah yang dapat.
|
|
|
|
|
|
|
|
kid posted on 20-4-2014 02:19 PM
Terimakasih Saudara Ibnur,
Kena ingat, saya bukan tolak semua hadith, tapi saya tolak hadith yang b ...
Senang sahaja kid, hadistkan ada tingkatan-tingkatannya, hadist sohih jangan sekali-kali ditolak, kalau tolak alamat kau akan binasa. Hadist sohih dijadikan sandaran untuk sesuatu hukum dan hujjah yang tidak boleh dipertikaikan. Untuk pengetahuan kid, ulama-ulama zaman dahulu kerja tidak mintak upah satu sen pun, mereka ikhlas, solat sunat sahaja sampai beratus2 rakaat sehari, orang munafik atau orang tak ikhlas takkan mahu solat sampai beratus2 rakaat, mereka adalah anak2 yang dididik dengan akhlak islam yang luhur dan murni sejak dari dalam kandungan lagi, ingatan mereka kuat, boleh hafal quran dan hadist ratusan ribu, mereka bijaksana dan bertakwa. Mereka menghabiskan seluruh umur dan masa mereka untuk mengkaji hadist, mempelajari hadist. Mereka serahkan diri mereka seluruhnya untuk agama. Dalam zaman imam bukhari bukannya dia seorang sahaja yang buat kerja kumpul hadist, malah ramai lagi.
Kalau nak dibandingkan jasa mereka dengan kita ni, siapa kita nak mempertikaikan mereka yang telah diiktiraf seluruh dunia. Dah la bukan sekolah agama, kefahaman agama pun tak ada, hari2 tengok tv, cakap sia-sia, asas ilmu pun tak kuat, belajar tauhid pun tak habis. lepas tu memandai-mandai. Apo nak jadi
|
|
|
|
|
|
|
|
zamkumis posted on 21-4-2014 09:37 AM
Kesempurnaan itu ada tetapi manusia yang memilih jalan yang silap. Sama seperti makanan, semua mak ...
Ok, kalau begitu, tunjjukan kpd aku apakah yg sempurna sangat mengenai Islam?
Sebagai sebuah agama - ianya gagal dalam bab Spiritualism (menbawa manusia ke jalan yg baik).
Sebagai sebuah ideologi politik - ianya gagal menbantu negara maju ke hadepan.
Sebagai sebuah ideologi sosial - ianya gagal menbantu masyarakat Islam maju ke hadepan juga.
Jadi, apakah kesempurnaan yg kamu katakan ini?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sephiroth posted on 21-4-2014 01:47 PM
Ok, kalau begitu, tunjjukan kpd aku apakah yg sempurna sangat mengenai Islam?
Sebagai sebuah ag ... Ok, kalau begitu, tunjjukan kpd aku apakah yg sempurna sangat mengenai Islam?
Sebagai sebuah agama - ianya gagal dalam bab Spiritualism (menbawa manusia ke jalan yg baik).
Sebagai sebuah ideologi politik - ianya gagal menbantu negara maju ke hadepan.
Sebagai sebuah ideologi sosial - ianya gagal menbantu masyarakat Islam maju ke hadepan juga.
Jadi, apakah kesempurnaan yg kamu katakan ini? Sebagai sebuah agama - Lebih kurang 95% orang yang masuk muslim tidak akan mahu lagi kepada agama lain. lebih kurang 5% lagi mereka yang ada masalah dan faktor tertentu seperti masuk kerana terpaksa atau merajuk.
Sebagai idealogi politik - Islam itu sendiri ialah politik, tidak perlu lagi kepada demokrasi atau lain-lain. Sama seperti cincin emas, kau lihat ia berbentuk cincin, sebenarnya cincin itu ialah emas.
Sebagai idealogi sosial - Islam membantu supaya memberikan peraturan dan guide dalam pergaulan dan sebagainya. Semua complete. Sama seperti sebuah kereta. Dah siap. Cuma pemandunya sahaja adakah ia patuh undang-undang atau tidak, jika tidak boleh jadi kemalangan jalanraya atau terjun gunung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sephiroth posted on 21-4-2014 01:47 PM
Ok, kalau begitu, tunjjukan kpd aku apakah yg sempurna sangat mengenai Islam?
Sebagai sebuah ag ...
Sebenarnya kau silap sephiroth, kau tak boleh cari kesilapan dalam islam, tak ada kesilapan pada agama Islam. Islam agama yang complete dan sofisticated. Sebelum kau telah ada 1juta orang yang mencari kesilapan dalam islam, bermula dari Nabi Muhammad saw masih hidup hingga sekarang, tetapi tidak ditemui kesilapan pada islam. di Russia ada sebuah UNIVERSITY khas untuk mencari kesilapan islam tapi tidak berjaya sampai sekarang.
Oleh itu mereka mencari kesilapan pada nabi Muhamamd saw. Tetapi tidak juga ada kesilapan, Oleh itu mereka cuma membuat-buat/inovasi kesilapan untuk membohongi manusia supaya imej islam buruk, ini dapat mengelakan dari lebih ramai orang masuk islam. Musuh islam juga cuba alih perhatian orang islam supaya tidak ikut cara hidup islam, tetapi ikut budaya kristian, yahudi dan lain-lain. Contohnya dalam politik, ekonomi dan sosial supaya orang islam jadi rosak. Usaha mereka bukan bermula 10 tahun yang lalu, tetapi ratusan tahun. Sampai sekarang contoh budaya hippies, blues, black metal dan macam-macam. Orang islam diserang dari semua sudut, matlamat supaya orang islam tinggalkan cara hidup islam. Bila orang islam tinggalkan cara hidup islam, orang islam jadi lemah dan ketinggalan. Walau bagaimanapun orang yang berusaha untuk menjaga islam dan amalkan cara hidup islam mereka lah yang berjaya.
Kau sendiri pun kata, kenapa orang islam makn lama semakin meniru orang arab, sebenarnya orang islam sekarang semakin berubah ke arah kembali mengamalkan islam, orang islam bukan ikut budaya arab, tetapi orang islam kembali kepada cara hidup dan ajaran nabi muhammad saw. Sebenarnya sekarang adalah zaman kebangkitan Islam, orang eropah dan yahudi tahu, tetapi mereka tidak boleh buat apa-apa kecuali melancarkan islamiphobia dan macam-macam usaha lagi untuk rosakkan islam, tetapi mereka tidak akan mampu. Sedikit lagi kau akan lihat perempuan yang memakai pakaian hitam dan bertutup muka dimana-mana. Bukan mereka dipaksa, tetapi mereka sukahati. Kalau perempuan sudah tutup muka ramai sekali, itu zaman islam akan memerintah dunia.
Last edited by zamkumis on 21-4-2014 05:32 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
by Zamkumis
Sebagai sebuah agama - Lebih kurang 95% orang yang masuk muslim tidak akan mahu lagi kepada agama lain. lebih kurang 5% lagi mereka yang ada masalah dan faktor tertentu seperti masuk kerana terpaksa atau merajuk.
Yeah kah?
http://www.wikiislam.net/wiki/Muslim_Statistics_-_Population
The Muslim share of the global population will rise primarily because of their relatively high birth rate, the large number of Muslims of childbearing age, and an increase in life expectancy in Muslim-majority countries, according to the report, "The Future of the Global Muslim Population."
Conversion will play relatively little part in the increase, the report anticipates. It says little data is available on conversion, but what little there is suggests Islam loses as many adherents via conversion as it gains.[1][2]
Menurut data di atas, faktor peningkatan penduduk islam adalah kerana :
1. Peratus kelahiran yg tinggi
2. jumlah mereka2 yg boleh melahirkan anak yg tinggi (dan mereka berkahwin lebih muda dari kaum2 lain).
3. Peningkatan hayat hidup di negara2 Islam.
Agama islam itu sendiri tak ada kena mengena dgn jumlah mereka yg masuk Islam. Dan pada masa yg sama, Islam melarang Muslim keluar dari islam dan disetengah negara di dunia, ianya boleh dijatuhkan hukum bunuh, yg merupakan faktor kenapa banyak orang tidak keluar dari Islam secara terbuka.
Sebagai idealogi politik - Islam itu sendiri ialah politik, ...
Ya ... Islam itu ideologi politik semata2. Ianya bukannya agama tuhan, Ianya ideologi dimana seseuatu kaum terpaksa menurut cara hidup orang Arab. Dalam kata orang putih - Cultural Genocide.
Sebagai idealogi sosial - Islam membantu supaya memberikan peraturan dan guide dalam pergaulan dan sebagainya.
Karut. Kalau begitu, kenapa masyarakat Islam (terutamanya di Malaysia) lebih banyak bermasalah dari kaum2 lain? Masalah bohsia, gangsterism, anak luar nikah, terrorism, kadar jenayah yg tinggi dan lain2. kalau Islam itu hebat sangat, apasal masalah2 ini belum di selasaikan? |
|
|
|
|
|
|
|
Sephiroth posted on 21-4-2014 09:53 PM
by Zamkumis Karut. Kalau begitu, kenapa masyarakat Islam (terutamanya di Malaysia) lebih banyak bermasalah dari kaum2 lain? Masalah bohsia, gangsterism, anak luar nikah, terrorism, kadar jenayah yg tinggi dan lain2. kalau Islam itu hebat sangat, apasal masalah2 ini belum di selasaikan?
Masalah bohsia, gengsterism, anak luar nikah, terrorist, kadar jenayah sebenarnya semakin menurun, perkara ini perlu ambil masa untuk selesaikan. Bukan perkara mudah untuk memperbaiki masyarakat yang telah rosak. Kerajaan telah menganjurkan berbagai aktiviti kesedaran dan motivasi secara berterusan. Sebenarnya faktor yang menyumbang kepada masalah sosial pada pendapat saya datang dari pengaruh filem TV barat yang ganas, internet lucah, berita buruk suratkabar, peniaga dadah, arak, judi dan lain-lain. Perkara ini mudah mempengaruhi anak muda yang berfikiran singkat dari aliran sekolah bukan agama(sekolah biasa). Untuk pelajar sekolah agama mereka tidak mudah terpengaruh.
Kenapa saya kata semakin menurun? contohlah kalau kamu kerja sebagai pencuci tandas sejak dari dulu, kamu dah biasa dengan persekitaran bau busuk, kamu rasa biasa(immune), tiba-tiba datang peniaga minyak wangi buka kedai berhampiran tempat kamu kerja, bila orang ramai lalu depan kedai minyak wangi mereka suka bau wangi. Bila mereka lalu depan tandas mereka tak suka bau busuk. Disini telah ada satu ukuran beza antara wangi dan busuk. Jadi orang ramai akan complain tandas bau busuk. Kamu juga baru akan sedar yang toilet itu bau tak selesa.
Begitulah, bila kebaikan telah ada, maka orang semua suka kepada kebaikan. Dan orang jadi tak suka keburukan, keburukan akan diperbesar-besarkan dan dicerita disurat khabar dan lain-lain sebagai satu cara protes masyarakat. Mereka tidak suka dan mahu keburukan itu hilang. Begitulah reaksi cara masyarakat memprotest keburukan. Ini tanda yang baik bahawa kesedaran masyarakat bertambah baik.
Kes jenayah sentiasa menurun kepada negatif
Last edited by zamkumis on 22-4-2014 09:25 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
by zamkumis
Masalah bohsia, gengsterism, anak luar nikah, terrorist, kadar jenayah sebenarnya semakin menurun, perkara ini perlu ambil masa untuk selesaikan.
Menurun kepala hotak kamu. Dari mana kamu dapat gambar rajah ini? Mana source dia? Cuba kamu bagi link dari mana kamu dapat informasi ini. Setahu aku, kadar jenayah kian meningkat kerana kemasukan warga2 negara (Islam) yg lain serta faktor ekonomi.
Beberapa minggu lepas aku menberikan satu rencana dari Yahoo.com bahawa kerajaan sendiri mengaku bahawa kadar jenayah seks di kalangan umat Islam adalah lebih tinggi kalau dibandingkan dgn kaum lain dan bila ditanya apasal, ada menteri mengarut bahawa kaum bukan Islam lebih tolerant dgn jenayah sedemikian, menyebabkan dia kena "bamboo" depan belakang. Ingat lagi tak? Dan kamu pula merempak depan aku bahawa masalah sedemikian kian menurun pula.
Mana statistic 2012 - 2014? Apasal guna statistic 2010 dan 2011 ini?
Kamu juga baru akan sedar yang toilet itu bau tak selesa.
Kamu sembahyang hari2 di masjid di mana ada kubur di belakang bangunan dia pun, tak pernah saya dengar orang Islam merungut. Apasal? Dah selesa sangat ke sembahyang di kawasan kubur?
Kes jenayah sentiasa menurun kepada negatif
Lu ada akal kah? Mana boleh turun menjadi negatif?
Di dunia ini tak ada negara yg mencapai kadar sifar terhadap kadar jenayah mereka. IANYA MUSTAHIL. Ini kan pula turun menjadi negatif konon.
Nak menipu pun, logik sikit lah. Bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Sephiroth posted on 22-4-2014 10:00 AM
by zamkumis Lu ada akal kah? Mana boleh turun menjadi negatif?
Di dunia ini tak ada negara yg mencapai kadar sifar terhadap kadar jenayah mereka. IANYA MUSTAHIL. Ini kan pula turun menjadi negatif konon. Percaya atau tidak itu kau punya pasal. sebenarnya banyak perkara yang kau tak tahu, lebih baik kau masuk islam dan belajar di madrasah. Itu lagi baik.
|
|
|
|
|
|
|
|
And who doth more wrong than one who is reminded of the Signs of his Lord, but turns away from them, forgetting the (deeds) which his hands have sent forth? Verily We have set veils over their hearts lest they should understand this, and over their ears, deafness. if thou callest them to guidance, even then will they never accept guidance. (Al-Kahfi:57)
Untuk orang yang menolak dan menentang islam, mereka tidak dapat memahami Al-Quran. Walaupun mereka membaca quran terjemahan. Mereka tidak boleh faham apa yang mahu disampaikan. Al-quran hanya boleh difahami oleh orang yang mahu mengubah dirinya ke arah kebaikan. Inilah kehebatan Al-Quran. Bagi orang yang mahukan kebaikan mereka akan dapat petunjuk tentang apa yang mereka cari. |
|
|
|
|
|
|
| |
|