|
[Tempatan]
Kos pesawat Rosmah TIDAK AKAN DIDEDAHKAN
[Copy link]
|
|
albob90 posted on 8-10-2014 11:56 PM
Merepek je la rosmah ni. Penting sgt ke anugerah tertinggi tu
tak penting, ko kata???
ni datang dengan gelaran Rosmah Dhulqarnain, taw tak? anugerah besar..
pi google maksud zulkarnain tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku, sebagai rakyat yang duduk kampong ulu yam lama dan sekolah tak tinggi (2 tingkat jer) nak tanya:
Putrajaya enggan mendedahkan kos spesifik ‎pesawat rasmi negara yang membawa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Padang, Indonesia untuk menerima anugerah tertinggi Minangkabau baru-baru ini.
Shahidan juga berkata pesawat tersebut digunakan atas urusan perdana menteri bagi lawatan rasmi ke Singapura.
" Pesawat tersebut merupakan pesawat rasmi kerajaan dan digunakan atas urusan perdana menteri.
"Segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah dalam anggaran bersesuaian dengan perkhidmatannya," kata Shahidan sepertimana dinyatakan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Kat celah mana kata Padang tu urusan rasmi kerajaan?
Dan, kat celah mana kata kos penerbangan (ke Padang) tu dlm anggaran bersesuaian dengan perkhidmatannya?
Perkhidmatan siapa...?
Sejak bila dia jadik PM?
|
|
|
|
|
|
|
|
dah boleh nak berkira2 laa abg jib lepas nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
freebird posted on 9-10-2014 12:04 AM
tak penting, ko kata???
ni datang dengan gelaran Rosmah Dhulqarnain, taw tak? anugerah besa ...
Maksud aku, apa pentingnya utk negara.huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Bingai...benda tak betul pon masih ada yg backup si Rosmah badak tuh |
|
|
|
|
|
|
|
albob90 posted on 9-10-2014 09:08 AM
Maksud aku, apa pentingnya utk negara.huhu
ye lah, bila dah dapat anugerah 'Yang Empunya Dua Tanduk', itu telah mengharumkan nama negara....
|
|
|
|
|
|
|
|
atas kapasiti apa kak mah pi indon yang dapat pangkat dari indon tu?.. |
|
|
|
|
|
|
|
cam ner macai macai sekalian.....rase lege tak bile dapat memaki hamun? |
|
|
|
|
|
|
|
kalo didedahkan konpem dihencap berjemaah kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
kenarikelabu posted on 9-10-2014 09:11 AM
Bingai...benda tak betul pon masih ada yg backup si Rosmah badak tuh
ko jgn ckp mcm ni tak baik tau - @akughi
|
|
|
|
|
|
|
|
nour2001 posted on 8-10-2014 09:13 AM
But Malaysia got 7 govt jet...and Cameron and her majesty the queen ada naik commercial airline. ...
fakta mane kejadah 7 flight, search dulu sblm cakap, nmpk kebodohan disitu,
PM satu flight = Perdana One
Agong satu flight = Diraja one kalau x silap,
Then sarawak punye menteri ade satu, gune airbus kot
Indon je government ade lebih daripada 5 flight, get your fact right idiota!
|
|
|
|
|
|
|
|
robertocarbos posted on 9-10-2014 10:20 AM
fakta mane kejadah 7 flight, search dulu sblm cakap, nmpk kebodohan disitu,
PM satu flight = Perd ...
Pernah terbaca mana kata ada 7 vvip jets/aircraft...
5:29PM Jan 9, 2014
Mahathir: Saya tak perlu jet besar, mewah
Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak memerlukan jet mewah dan besar sewaktu mentadbir negara selama 22 tahun.
Bagaimanapun, kerajan sekarang mungkin mempunyai lebih banyak dana dan mampu untuk memperoleh pengangkutan mewah seperti itu, katanya dalam satu program bual bicara disiarkan stesen RTM2 untuk memperingati 11 tahun persaraannya.
Kenyataan itu timbul selepas tegurannya kepada kerajaan pada akhir bulan lalu, untuk membuat lebih banyak penjimatan.
"Pada tahun 1981, saya mewarisi Boeing 737 dari PM sebelumnya. Dia (Tun Hussein Onn) mempunyai masalah perjalanan jadi saya boleh memahami mengapa dia perlu mempunyai kapal terbang besar.
"Saya pernah menggunakan kapal terbang untuk masa yang singkat dan saya bertanya kepada mereka berapa kos perjalanan. Mereka memberitahu saya ia melibatkan kos kerajaan sebanyak RM2 juta setahun.
“Kemudian (saya mengambil keputusan) kami menjual kapal terbang, saya memerlukan kapal terbang kecil. Oleh itu, dikurangkan kepada Challenger," katanya kepada pemberita.
Mahathir berkata demikian ketika ditanya sekiranya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membuat perbelanjaan berlebihan untuk membeli jet.
"Baiklah, sudah tentu sekarang, kerajaan adalah lebih kaya daripada semasa (zaman pentadbiran) saya, maka mungkin mereka perlu melakukan menaik taraf sistem penerbangan," katanya sinis.
November lalu, Jabatan Perdana Menteri memberitahu Parlimen bahawa kerajaan kini memiliki sekurang-kurangnya lima pesawat termasuk Boeing Business Jet.
Pesawat yang dimaksudkan untuk digunakan oleh VVIP termasuk Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong, termasuk pesawat jenis Falcon, Global Express, Boeing Business Jet, Blackhawk, Augustas dan F28 Fokker.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan, kerajaan menanggung kos RM14.95 juta untuk bahan api dan RM160.08 juta untuk kos penyelenggaraan pesawat tersebut sepajang 2012.
http://beta.malaysiakini.com/news/251372
tapi dalam parlimen ada sebut PM ada sekurang2nya 5 pesawat.
tapi jenis pesawat je ada 6 jenis.
so bermakna PM sekurangnya 6 pesawat la...
tak percaya ka???
siap komen bodoh pulak tu... hmm siapa yg bodoh??? |
|
|
|
|
|
|
|
robertocarbos posted on 9-10-2014 10:20 AM
fakta mane kejadah 7 flight, search dulu sblm cakap, nmpk kebodohan disitu,
PM satu flight = Perd ...
aku dah jumpa!!!
Memang ada 7 pesawat eksekutif...
2:49PM - 7 Nov 2013 RM470,000 untuk setiap penerbangan jet eksekutif
Satu jawapan bertulis oleh kerajaan di Parlimen hari ini mendedahkan bahawa perjalanan menggunakan tujuh pesawat kapal terbang dan helikopter persendirian kerajaan pada 2012 melibatkan kos purata hampir setengah juta ringgit untuk setiap penerbangan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapannya kepada Anthony Loke (DAP-Seremban) berkata ia termasuk kos RM14.95 juta untuk bahan api dan RM160.08 juta untuk penyelenggaraan.
Shahidan berkata kos tersebut bagi 372 perjalanan ke 339 destinasi untuk urusan rasmi.
Ia memberi jumlah purata lebih 470,000 untuk setiap penerbangan.
Pesawat tersebut yang dikhaskan untuk kegunaan orang kenamaan termasuk perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong, melibatkan satu pesawat Falcon, Global Express, Business Jet, Blackhawk, dua Augusta dan sebuah Fokker F28.
Loke berkata ia tidak termasuk kos yang ditanggung pada 2013, ketika mana perdana menteri mengunjungi banyak destinasi dalam negeri menjelang pilihan raya umum ke-13.
Kita tahu pesawat tersebut tidak boleh digunakan untuk urusan parti namun BN nampaknya tidak malu menggunakan dana kerajaan untuk kerja parti,” katanya kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini.
http://www.malaysiakini.com/news/245984
hmmm...
get your fact right!!!
siapa yg bodoh???
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak nam dedah?
Klu xbuat salah kenapa takut? |
|
|
|
|
|
|
|
akughi posted on 9-10-2014 09:44 AM
cam ner macai macai sekalian.....rase lege tak bile dapat memaki hamun?
tak terasa pula uols nak menggelupur macam selalu tu ye
|
|
|
|
|
|
|
|
atira posted on 9-10-2014 11:38 AM
tak terasa pula uols nak menggelupur macam selalu tu ye
|
|
|
|
|
|
|
|
mommymonster82 posted on 9-10-2014 11:38 AM
Kenapa tak nam dedah?
Klu xbuat salah kenapa takut?
kalau duit sendiri ke, duit mak bapak sendiri ke... aku tak kisah..
ni guna dana awam/rakyat, takut pulak nak reveal... |
|
|
|
|
|
|
| |
|