CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] 18 Okt: Melaka Berselawat & Oktoberfest

[Copy link]
 Author| Post time 14-10-2014 11:09 PM | Show all posts
Oktoberfest di Melaka dibantah


BANDARAYA MELAKA - Program Oktoberfest yang dijadualkan berlangsung di Jonker Walk, di sini, Sabtu ini terus menerima bantahan pelbagai pihak.

Selain meminta kerajaan negeri mengambil tindakan tegas supaya membatalkannya, beberapa akaun peribadi di laman sosial Facebook turut mengadakan petisyen mengumpul tandatangan orang ramai bagi memastikan pesta itu tidak diteruskan.

Ketua Puteri Umno Kota Melaka, Haryaty Hamdzah yang memuatkan status dalam laman Facebooknya turut membantah dan tidak bersetuju kerana menyifatkan pesta dianjurkan itu bertentangan dengan budaya negara ini sebagai negara Islam yang kaya dengan nilai ketimuran.

Malah, katanya, di saat negara sedang dilanda beberapa peristiwa sedih dan malang, namun wujud pula pesta sebegitu.

“Awal tahun kita semua dikejutkan dengan kematian anak-anak muda dalam Festival Muzik Masa Depan Asia, mabuk dan over dose dadah. Insiden kehilangan MH370 belum terjawab, MH17 ditembak jatuh…berjayakah Visit Malaysia Year 2014?,” tulisan Haryaty dalam laman sosialnya itu.

Bagi akaun milik Jiwa Paradox turut berjaya mengumpul sejumlah 250 tandatangan setakat jam 1.45 petang semalam yang berpendapat, seluruh rakyat akan berhadapan bala yang diturunkan ALLAH SWT sekiranya pemimpin negeri tidak menghalang pesta daripada berlangsung.

Dalam petisyen itu turut menyebut pelbagai jenama dan logo parti politik sudah tidak relevan serta suara pemimpin hanya lantang ketika merayu undi serta musim pertandingan sahaja.

“Kami gerakan petisyen ini untuk mengumpul sebanyak mungkin tandatangan persetujuan dari seluruh rakyat Malaysia terutama dari Melaka supaya suara kecil kita ini didengar.

“Sekali gus, pemimpin besar yang punya kuasa membatalkan pesta arak dari berlangsung pada Sabtu ini. Undi sudah diberi, kuasa sudah di tangan… sekarang janji kalian kami tagih,” tulisan pada laman sosial berkenaan.

Manakala, akaun Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Melaka, Mohamad Saifullah Dolmat turut memberi pandangan melakukan demo bantahan kepada tiga pihak iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia supaya tidak meluluskan permit import arak, pihak berkuasa tempatan dan penganjur menukar tempat pesta.

“Kenapa majlis selawat dan Oktoberfest diadakan pada masa yang sama dan lokasi berdekatan? Mana Islam yang kita agungkan? Apa jawapan yang kita nak beri pada ALLAH di padang mahsyar,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.054367 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list