|
[Tempatan]
Video: Raja Bomoh Dakwa Ada Pihak Hantar Hantu Raya Untuk Bunuh Anwar
[Copy link]
|
|
sedih kau pak cik. satu negara jijikkan engkau. zaman kecil dulu tak menetek susu ibu atau sekurang kurangnya susu anmum.. sel2 otak kamu tidak berhubung, bila tua banyak degenerasi pula.. |
|
|
|
|
|
|
|
Korang nak percaya x percaya lantak koranglah. Tapi aruah abang aku pernah kenalah penangan antu raya yg dihantar oleh org yg sakit hati. Memang mcm dh nk mati , mcm kna darah tinggi,sesak nafas. Kalau x kuat iman, boleh jalan. Dunia akhir zaman ni semakin bnyk org yg ska guna sihir jin setan nk jatuhkan org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai tak pecaya, tapi penyokong sure pecaya punya. |
|
|
|
|
|
|
|
boyagombak replied at 14-2-2015 12:54 PM
Korang nak percaya x percaya lantak koranglah. Tapi aruah abang aku pernah kenalah penangan antu ray ...
Boya, skg abg u tu dh sihat ke
Ada org tu , sakit cam abg u lah, cam sesak nafas, pg hosp, chk semua , jantung semua ok, tp kdg2 sakit agt, dh berkaki2 ke hospital tak de sakit
Blh ke caye harub din kt bangi tu , abg u pnh cuba mana2 tk |
|
|
|
|
|
|
|
kalau atok aku buat perangai macam tu mau aku tampar terus. amat memalukan bangsa melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tangkap raja bomoh, letak sebilik dengan Anwar Ibrahim - Pendakwah bebas
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa agama diminta segera menangkap 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' atau Ibrahim Mat Zin yang mencetus kontroversi di luar penjara Sungai Buloh
Pendakwah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, dakwaan Ibrahim yang menyifatkan ada serangan ilmu hitam yang mahu membunuh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam penjara adalah syirik semata-mata.
"Saya ingat Raja Bomoh ini sudah syirik. Tangkap sahaja dia ini. Jabatan Agama Islam jangan ambil masa lebih lama untuk menangkap individu ini.
"Dia sudah lama bebas dan semakin lama dia dibiarkan begini, entah apa lagi perbuatan syirik yang akan dibuat...memalukan serta merosakkan akidah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Md Daud mengulas video yang disebarkan di laman sosial yang menunjukkan Ibrahim melakukan beberapa upacara, termasuk bermain golf di ruang letak kereta di luar pagar kompleks Penjara Sungai Buloh.
Rakaman berdurasi hampir tiga minit setengah itu menunjukkan Ibrahim menggunakan 'teropong sakti'nya selain mengetuk dua biji kelapa.
Ia dikatakan ritual untuk memberi perlindungan kepada Anwar daripada serangan sihir dan hantu raya yang ingin membunuhnya di dalam penjara.
Katanya lagi, Jabatan Agama Islam juga diharap dapat segera menangkap Ibrahim seperti beberapa kes syirik agama sebelum ini.
"Jalankan tugas seperti yang dibuat kepada Ayah Pin atau Tuhan Haron, ia akan menutup kelemahan dan kepincangan agensi penguatkuasa agama yang mungkin diperkatakan masyarakat kerana lambat menahan Ibrahim.
"Kita ada 14 mufti dan semuanya harus sepakat untuk mengeluarkan arahan penangkapan Ibrahim seharusnya selepas menggemparkan negara kerana ritual mencari MH370 dahulu," tegasnya.
Secara berseloroh Md Daud turut memberitahu, selepas ditangkap, Ibrahim dicadang dimasukkan ke dalam sel sama dengan Anwar di Penjara Sungai Buloh.
"Dia boleh jaga Anwar sepanjang masa, buat ritual kelapa, teropong dan apa sahaja yang boleh untuk menjaga 'kawan sebiliknya'.
"Saya tidak pernah lihat bomoh pakai tali leher seperti Ibrahim ini, agaknya Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama pun boleh tertawa jika melihat Ibrahim ini," jelasnya.
Tahun lepas, Ibrahim menggemparkan negara kerana berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat untuk mencari pesawat MH370.
Ibrahim juga pernah dilihat berjalan di sekitar kawasan di mana mendiang Karpal Singh meninggal dunia sambil memegang suatu objek serupa sebuah mangkuk selain mendakwa kematian Pengerusi DAP itu berpunca daripada gangguan puaka Gua Tempurung.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ahmad Zaharin Mohd Saad dilaporkan memberitahu Ibrahim bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor jika siasatan mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebelum ini juga pernah menerima ugutan Ibrahim yang mengancam mahu menamparnya "macam buaya" kerana dakwaan aksi bomoh itu memalukan negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-2-2015 04:45 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sumbat je satu sel ngan abg KETUM. Kita tgk sapa melawat sapa |
|
|
|
|
|
|
|
kena naik buggy baru berkesan nak halau. |
|
|
|
|
|
|
|
dah meninggal ..
aruah abang aku pernah kenalah
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by belilies at 14-2-2015 01:29 PM
Raja Bomoh, kalau kau betul betul legit, dah lama orang jumpa mh370.
To waris penumpang mh370 bagus korg saman dia ni. Tak serik serik jd attention ho. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiap kali masuk thread ni..mesti gelak guling tgk tok moh |
|
|
|
|
|
|
|
usaha najib utk merakyatkan sukan golf dah berhasil |
|
|
|
|
|
|
|
Hantu raya tengok pun tak tau nak takut ke nak ketawa |
|
|
|
|
|
|
|
tolong kurung manusia2 pelik ni.... memalukan negara saja |
|
|
|
|
|
|
|
Ibrahim manjalankan upacara ditempat kemalangan Karpal Singh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|