CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rhoyo

Cerita-ceriti David Beckham

[Copy link]
Post time 13-4-2004 03:15 PM | Show all posts
Kehidupan Beckham diburu media

utusan malaysia
13/4/2004


MADRID, Sepanyol - Di dada akhbar terpampang tajuk ``Berakhirnya zaman seorang idola,'' dan ``Beckham dikepung dan keseorangan.''

Selepas permulaan yang memberansangkan, hidup David Beckham di Real Madrid mula dilanda krisis.

Pasukannya telah kehilangan Piala Raja Sepanyol, tersingkir daripada Liga Juara-Juara dan kini, berikutan kekalahan 3-0 di tempat sendiri yang memalukan kepada pasukan di pertengahan kedudukan liga, terlepas kedudukan pendahulu Liga Primera.

Untuk menambah kepedihan itu, ketua pasukan England itu kini hidup dalam kepungan pihak media yang memburu cerita mengenai kehidupan peribadinya sejak dua minggu lepas.

Ketika para wartawan dan jurugambar media cuba untuk mendapatkan kenyataan daripadanya, atau sekadar kelibat pemain itu di Madrid selepas perlawanan kelmarin, dia dilaporkan telah tiba di rumah agam mereka di Hertfordshire di England pagi semalam bersama-sama isterinya, Victoria serta dua anak lelaki mereka, Brooklyn dan Romeo untuk merencanakan langkah bagi menjalani kehidupan barunya.

Musim bola sepak Sepanyol masih berbaki enam perlawanan lagi, cukup untuk mendapat peluang bagi cuba menyelamatkan sedikit kegemilangan daripada keadaan yang mungkin menjadi igauan buruk.

Daripada jadual perlawanan Real, sekurang-kurangnya empat dijangka sukar, bermula dengan minggu ini di Madrid bertemu Atletico de Madrid, di gelanggang pencabar mereka itu, Stadium Vicente Calderon.

Ia akan diikuti oleh salah satu perlawanan paling ditunggu-tunggu musim ini, Madrid menunggu kedatangan FC Barcelona, pasukan yang sedang di tahap terbaik apabila telah tiga bulan tanpa kekalahan dan kehadiran bintang Brazil, Ronaldinho.

Berita buruk bagi Madrid ialah para doktor telah mengesahkan semalam bahawa Madrid terpaksa mengharungi tempoh itu tanpa bintang penyerangnya, Ronaldo, untuk satu atau dua perlawanan berikutan kecederaan otot kaki yang dialaminya ketika menentang Osasuna.

Pasukan di tangga ketiga, Deportivo de La Coruna adalah lawan Madrid seterusnya untuk memastikan Real berada dalam keadaan tertekan sepanjang tempoh tiga minggu akan datang.

Hanya pasukan di tangga ke-17, Mallorca dan pasukan tercorot, Murcia kemungkinan memberikan sedikit kelegaan untuk Beckham dan rakan-rakan sepasukannya sebelum menamatkan musim ini dengan bertemu pasukan di tangga ke-12, Real Sociedad.

``Selepas empat tahun yang gemilang telah kami lalui, kini kami menempuh masa paling sukar kami,'' akui Pengarah Sukan Madrid, Jorge Valdano semalam.

``Kami mempunyai enam pertempuran di depan kami, dan kami akan bersedia untuknya dan menang,'' kata jurulatih, Carlos Queiroz.

Adalah jelas bahawa kelab itu memerlukan usaha maksimum, tumpuan dan komitmen daripada pemain-pemain bintangnya - termasuk Beckham - untuk menang satu-satunya hadiah yang tinggal: liga Sepanyol.

Masalahnya ialah di sebalik laporan bahawa Beckham memiliki rumah agam di Madrid dan sebuah kapal layar mewah di Mediterranean, kehidupannya dan keluarga belum lagi berasa selesa di Sepanyol.

Bintang bahagian tengah itu telah melalui kehidupan yang sunyi akhir-akhir ini, membawa kepada spekulasi yang dia kemungkinan kembali ke liga England. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Hamzah This user has been deleted
Post time 13-4-2004 03:25 PM | Show all posts
ni tadi baru aku letak gambar terbaru dua ekor ni kat board gossip ngan ceritenye sekali..gi lah sane..malas aku nak copy and paste kat..si ni..
Reply

Use magic Report

Hamzah This user has been deleted
Post time 13-4-2004 03:57 PM | Show all posts
ni haaa perempuan tak sedar didi..si sarah ader hati nak jadi bini beckam...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2004 04:32 PM | Show all posts
Originally posted by Hamzah at 13-4-2004 03:57 PM:
ni haaa perempuan tak sedar didi..si sarah ader hati nak jadi bini beckam...



memang liar:::


betul cakap bapak dier:hmm:
Reply

Use magic Report

KanTuT This user has been deleted
Post time 13-4-2004 04:41 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 13-4-2004 04:32 PM:



memang liar:::


betul cakap bapak dier:hmm:




wakakakaa...sungguh tak senonoh pompuan nie...lollollol
Reply

Use magic Report

Sound_Garden This user has been deleted
Post time 13-4-2004 05:22 PM | Show all posts
Originally posted by Hamzah at 13-4-2004 15:57:
ni haaa perempuan tak sedar didi..si sarah ader hati nak jadi bini beckam...


budak sama skolah dgn gua dulu niee...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2004 05:24 PM | Show all posts
Originally posted by Sound_Garden at 13-4-2004 05:22 PM:


budak sama skolah dgn gua dulu niee...



betul ker..:hmm::cak:
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2004 05:26 PM | Show all posts
Originally posted by Hamzah at 13-4-2004 03:57 PM:
ni haaa perempuan tak sedar didi..si sarah ader hati nak jadi bini beckam...



Sama Perangai Dengan Victoria...(masa jadi Ahli Spice Girls):cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Sound_Garden This user has been deleted
Post time 13-4-2004 05:28 PM | Show all posts
iyer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2004 07:34 PM | Show all posts
Sarah ni macam kena bayar untuk bercakap pasal hubungan dia ngan beckham ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2004 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by KanTuT at 13-4-2004 01:49 AM:
Malaysian-born Sarah Marbeck, 29, who now lives in Australia, alleged she had an affair with the father-of-two for up to two years, after meeting in Singapore in July 2001 when h ...

korang,  aku kenal her father atas urusan kerja.. he's a nice man.  aku baru tau harini bahawa pompuan ni anak org ni. kesian kat bapak dia ni. aku rasa sure tebal muka dia nak masuk court lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2004 10:18 PM | Show all posts
lorr...ingat masuk bod gossip tadik....

ps...idop ManU n giggsy...ko jgn skandal lak gigsy...
sunat nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2004 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 13-4-2004 10:18 PM:
lorr...ingat masuk bod gossip tadik....

ps...idop ManU n giggsy...ko jgn skandal lak gigsy...
sunat nanti...

dulu ada la bulan.  gf dia dumped dia coz dapat tau ada affair dgn pompuan lain.  tapi taklah sekecoh beck ni.  lagipun satu kes jer kot, tak banyak macam abg kaki sebelah panjang ni.
Reply

Use magic Report

ShookDaGreat This user has been deleted
Post time 14-4-2004 12:21 AM | Show all posts
Originally posted by fairy_hobbit at 13-4-2004 10:27 PM:

dulu ada la bulan.  gf dia dumped dia coz dapat tau ada affair dgn pompuan lain.  tapi taklah sekecoh beck ni.  lagipun satu kes jer kot, tak banyak macam abg kaki sebelah panjang ni.


tak abis abis dengan skandal....

donia donia....

ini yg bahayanyer nie biler terlebih semangat MALAYSIA BOLEH.

semua dia bantai boleh....minah nie...akai letak lutut ka?

nf:nf:nf:nf:

[ Last edited by ShookDaGreat on 14-4-2004 at 12:22 AM ]
Reply

Use magic Report

minah_bangla This user has been deleted
Post time 14-4-2004 01:16 AM | Show all posts
Originally posted by ShookDaGreat at 14-4-2004 12:21 AM:


tak abis abis dengan skandal....

donia donia....

ini yg bahayanyer nie biler terlebih semangat MALAYSIA BOLEH.

semua dia bantai boleh....minah nie...akai letak lutut ka?

nf:nf:: ...




eh..tabaik ckp cmtue..cuba ko jadik pompuan tue..
david bekem, werhh.....!!! david bekem ajak ko masuk hotel..ahaha..
dia siap Goda ko, lagi, tue!!!!!!!!!!!!...mustahil ko tolak, yer tk? (kecuali minah2 serie a fans, ..) heheh





Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2004 01:34 AM | Show all posts
Originally posted by minah_bangla at 14-4-2004 01:16 AM:




eh..tabaik ckp cmtue..cuba ko jadik pompuan tue..
david bekem, werhh.....!!! david bekem ajak ko masuk hotel..ahaha..
dia siap Goda ko, lagi, tue!!!!!!!!!!!!...mustahil ko tolak, yer tk?  ...



kecuali minah serie A? hahhah hah hah... :setuju:  :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2004 01:36 AM | Show all posts
aku tak berkenan dan berbangga lansung kat org2 yg setakat guna nama Malaysia nih... Minah ni... pas tu ada sorg mamat australian idol tu... haram la cakap melayu pun tak reti org Mesia nak bangga buat pe?  nf:
Reply

Use magic Report

Hamzah This user has been deleted
Post time 14-4-2004 02:00 AM | Show all posts
baru tadi tengok news pasal..scandal beckham...ni pun my hubby tolong translatekan

1. khamis ni interview exclusive bersama si rebecca loos..diorang bayar kat dier..750,000 euro ..fohhhhhhh..kayo makcik ni..

2. victoria hier private dictective ..nak siasat pasal sms laki die ni...kalau betul habislah si beckham.
Reply

Use magic Report

KanTuT This user has been deleted
Post time 14-4-2004 02:30 AM | Show all posts
Originally posted by Nesta13 at 14-4-2004 01:36 AM:
aku tak berkenan dan berbangga lansung kat org2 yg setakat guna nama Malaysia nih... Minah ni... pas tu ada sorg mamat australian idol tu... haram la cakap melayu pun tak reti org Mesia nak bangga  ...



masalah dier nie...aku rasa Malaysia pulak yang berbangga pasal semua nie...i mean not pasal si Sarah....pasal Guy Sebastian and "Datuk" Michelle Yeoh...dua2 org nie pas famous....newspapers kat malaysia nie terus nak be apart of the "glamour"...dengan meletakkan "Malaysian-Born"......
pasal budak Sarah nie pulak...i dunno... yang aku kesian nie...kat parents minah tu....
Reply

Use magic Report

minah_bangla This user has been deleted
Post time 14-4-2004 02:38 AM | Show all posts
Originally posted by Hamzah at 14-4-2004 02:00 AM:
baru tadi tengok news pasal..scandal beckham...ni pun my hubby tolong translatekan

1. khamis ni interview exclusive bersama si rebecca loos..diorang bayar kat dier..750,000 euro ..fohhhhhhh..kay ...



la...pompuan rupanya awk nie..

patutla mnt bena gosip psl bekem ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.136345 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list