|
personally aku paling suka album TIADA DUKA UNTUK APA..
sebab
1. very personal album..ala2 the diary of alicia keys,the emancipation of mimi,stripped,dll..kalau industri muzik malaysia macam hollywood confirm album2 begini yg akan diiktiraf...banyak lagu2 esp lirik aishah buat sendiri..lagu ni mmg banyak kena mengena dengan kehidupan aishah di malaysia mahupun masa dia study di NZ..inlay album pun very personal..
2. lagu2 dalam album ni very cool..fresh and relaxing...ada mood rnb skit cam lagu ORIENTALISM n BACK ROOM juga SEMALAMALAMAN...very fresh utk pasaran malaysia..
3. lagu ballad juga amat mantap...esp lagu HARI HARI BERLALU(my all time fav.)..lagu UNTUK APA dan ANTARA CINTA DAN KASIH tak perlulah dipertikaikan kehebatannya..
4. lagu OMBAK sangat istimewa..aishah macam bersajak diiringi susunan muzik yg sangat menarik dan lirik yg amat puitis bermesejkan kehidupan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #57 dexa's post
Dex, dah beli ker albu baru Aishah ? Dengar le lagu Songkok Mereng. Besttt |
|
|
|
|
|
|
|
Aishah kongsi suka duka ibu tunggal!
Sememangnya bukan mudah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal. Lebih-lebih lagi kalau sudah mempunyai beberapa anak yang perlu ditanggung makan, minum dan pakainya. Perasaan sukar itu diceritakan oleh penyanyi Aishah kepada seorang kawan Joyah baru-baru ini.
Faham keadaan dan kekurangan golongan ibu tunggal, Aishah mahu bergerak aktif membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkannya. Aishah kini giat menjalankan kursus untuk membuat hantaran perkahwinan dan aksesori semenjak beberapa tahun lalu.
Pengalaman perceraian yang pernah dilalui penyanyi ini memberi semangat kepada Aishah untuk membantu golongan ibu tunggal dan wanita untuk mencari duit sendiri sebagai bekalan di masa depannya. Yang ada suami tu bolehlah bantu mana-mana sikit, ya tak?
Lantaran itu Aishah bersama dengan seorang sahabat baiknya, Kak Normahiran dari Mahir Entertainment yang juga bekas Pegawai Perhubungan Awam di EMI, ligat menganjurkan bengkel kraf tangan sana sini.
Aishah tak tau duduk diam ni. Ada-ada saja kerja hendak dibuatnya. Tak apalah orang kreatif memang macam itu. Istimewanya semua hasil kraf ini Aishah sendiri reka dan sendiri ajar. Tak mainlah tiru orang punya. Kira kalau M. Nasir dipanggil sifu dalam bidang penciptaan lagu, Aishah ni boleh jadi sifu kraf tangan.
Dan kalau boleh penyanyi yang sudah punya dua anak ini mahu bersama-sama dengan badan-badan tertentu berkaitan dengan wanita bagi menganjurkan bengkel ini pada masa depan.
憭Bengkel macam ini penting untuk beri didikan kepada wanita supaya kreatif, berdikari dan pandai cari duit sendiri. Dalam bengkel itu juga peserta berpeluang untuk mendapat pendedahan mengenai pelbagai peluang perniagaan yang mudah dan berkesan untuk mendapat wang sampingan. Sebab itu kalau boleh saya hendak sangat dapat kerjasama dari badan-badan kebajikan atau kemasyarakatan yang ada sebab melalui bengkel seperti ini kita boleh mendorong kaum wanita menjadi lebih positif tentang kehidupan mereka,拻 kata Aishah lagi.
Bagaimanapun bengkel ini bukan hanya terhad kepada ibu-ibu tunggal sahaja tau. Mereka yang ada suami atau belum berkahwin pun boleh juga bersama-sama. Tambah bagus kalau mereka yang berhasrat untuk mempunyai perniagaan sendiri selepas ini.
Bengkel bersama Aishah akan diadakan pada 11 Februari dan 25 Februari di Keramat, Kuala Lumpur.
Aishah juga akan membawa bengkel berkenaan ke seluruh pelosok negara bermula 4 Mac ini di Ipoh, 10 Mac di Seremban, 11 Mac di Melaka dan 18 Mac di Kuantan.
Mereka yang berminat menyertai bengkel bersama penyanyi Janji Manismu ini boleh menghubungi talian 019-2129029 atau 03-42511469.
Cepat-cepat tau sebab tempat untuk menyertai bengkel ini terhad sangat. Jadi, bak kata Aishah, 憫Pat-pat siku lipat, siapa cepat dialah yang dapat.拻 |
|
|
|
|
|
|
| |
|