Edited by GhostWalking at 3-6-2015 11:37 PM
Kempen ‘1 Anjing 10 Ringgit’ undang kemarahanKempen ‘1 Anjing 10 Ringgit’ anjuran Pejabat Daerah Tanjong Malim mengundang kemarahan pencinta haiwan - Foto: Facebook
[size=100%]KUALA LUMPUR 2 Jun:Kempen “1 Anjing 10 Ringgit” oleh Pejabat Daerah Tanjong Malim yang dimuat naik melalui Facebook mereka menjadi viral dalam beberapa kumpulan media sosial.
Dalam kempen yang akan diadakan pada 3 hingga 12 Jun ini, orang ramai akan diberi imbuhan pada setiap ekor anjing yang diserahkan ke Pejabat Daerah Tanjong Malim di Behrang, Perak.
Kempen yang menunjukkan gambar anjing garang itu terbuka kepada semua penduduk Tanjong Malim dan Slim River di mana mereka akan dibayar RM10 untuk seekor anjing.
Posting Facebook itu menaikkan kemarahan segelintir pengguna internet kerana dianggap tidak berperikemanusiaan.
Seorang pengguna, Shirley Yap berkata, bagaiamana membunuh anjing yang tidak berdosa itu diberi ganjaran RM10?
Celinio Chong berkata dia akan menyebarkan berita itu supaya seluruh dunia tahu betapa buruk sikap majlis daerah.
Ramai yang meminta supaya Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) masuk campur dan ambil tindakan supaya program itu dibatalkan.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/viral/2015/06/02/kempen-1-anjing-10-ringgit-undang-kemarahan/#ixzz3bxAFKTBa
|