Aku pun duk termenung, tengok area tu.. Banyak perumahan. Sebelah menyebelah banyak lagi taman2 lain, nak cari satu2 memang mampus aku rasa. Dee dah duk ajak balik tapi aku taknak. Tak puas hati sbb mcm sia2 je usaha kitorg. Ntah kenapa tiba-tiba aku teringat yg hari kejadian, Dee hantar S kat rumah kawan dia kan? Aku pun apa lagi...
Aku : Dee!! Kat mana kau hantar si S hari tu?? Before operate tu! Pegi sana skrg!! Dee : Tak silap area-area ni jugak.. Jap try pusing..
Makanya kami berpusing2 area tu, nasib baik Dee ingat jugak jalan. Sebenarnya kawasan yang dekat-dekat je pon. Area perumahan and masjid tu jugak, Cuma jalan dia pusing-pusing banyak (or kitorang yang dungu sebab tak biasa area tu..) On the way nak ke rumah kwn S tu, Si Dee ada tunjuk salah satu rumah warna hijau lumut.
Dee : Rumah hijau tu, S kata rumah ex tunang adik dia. Sekarang da putus dah la..” Aku : Hmm..
Tak sampai 5 minit dah sampai rumah kawan S (Di mana Dee hantar S yang hari S operate konon2 tu.) Dee tunjuk rumah kawan S yang corner lot.. Ni pun aku yang turun ketuk. Dee tunggu dalam kete. Bagi salam, then kuar la budak dalam umo 14 or 15 tahun camtu. Budak lelaki..
Aku : Adik, ada kenal orang nama S tak?? Budak Lelaki : Oh.. Kejap.. Abang! (someone)
Abang dia kuar.
Aku : Sorry bang, tumpang tanya ada kenal orang nama S tak? Sebab hari tu kitorang ada hantar dia kat sini.. Nak tahu rumah kwn dia mana satu..” Abang Budak Lelaki : Sorry dik, S? Tak kenal la.. Sebenarnya kitorang baru je pindah sini.. Tak sampai sebulan lagi.
Teruk betul penipuan mamat ni every single thing dia tipu rupanya!! Kat mana aku nak cari jantan cilake nii!!! Masuk kete aku suruh lagi Dee pegi kat rumah hijau yang S kata tu rumah bekas tunang adik dia ke haram jadah apa ntah. Kali ni aku dah berapi2, meluap2 rasa, makin aku rasa nak mengganas cari si S ni! Menipu habis!! Tapi aku pikir2 balik mesti rumah dia yang real area ni jugak tak bodoh sgt si S ni nak menipu jauh2!
Singgah rumah hijau lak. Aku dah tengok rumah hijau dipenuhi dengan basikal budak and kasut budak-budak sekolah... Aku buat bodo, bagi salam and tanya lagi. Kuar la seorang lelaki.
Syxx = Adik S Aku : Encik, ni rumah bekas tunang Syxx ke?? Ada anak ke adik perempuan yg pernah bertunang dengan jantan nama Syxx ke?? Encik Rumah Hijau : Eh.. Anak2 saya sekolah lagi dik.... Maka, habislah rumah-rumah yang disyaki semua dah digeledah namun suspek masih belum ditemui..
Detektif Axx belum putus asa ok. Time ni baru pukul 5 lebih. Detektif masih bersemangat nak mencari cuma dah tak tahu nak cari kat mana. Aku pandang Dee, Dee dah lemau dah aku tengok. Dia memang dah putus harapan dah nak mencari.. Dee cakap nak gi singgah solat kat surau tadi jap. Pegila balik kat surau tu.. Dee solat, aku uzur time ni. Aku tunggu kat beranda surau je sambil baca nota Finance. (Aku heret note kecik aku ok sebab rasa macam membazirnya hari ni!)
Kitorang rehat2 kat surau tu, beli air sejuk kat mesin gedegang tu.. Basuh muka semua. Rehat kaki sejukkan badan. Then pukul 6 tu Dee pun ajak balik. Ok, nak cite keadaan surau ni. Nama aku lupa. Surau ni macam area padang. Belakang surau ada taman perumahan, depan surau ada highway. Highway tu mcm tinggi and ada terowong kecik nak ke arah sebelah sana. Ada la jalan bertar dari surau ke arah terowong tu.. Masa Dee reverse nak pusing tu, ntah kenapa hati aku tertarik2 supaya Dee drive ke arah terowong pendek bawah jalan highway tu..
Aku : Dee, cuba pusing balik. Ikut jalan bawah highway tu.. Last round before balik.
Dee tak banyak cakap time ni, dia ikut je segala benda yang aku cakap. So kitorang pun lalu lah ke sana.. Ikut je jalan bertar tu.. Masuk terowong tu.. And then, kat sebelah sana kitorang nampak area flat lama. Aku and Dee masa tu pandang je sekeliling, kitorang pusing satu blok ke satu blok.. Then aku ternampak ada satu blok ni huruf dia belum pudar, Blok A/O/E lupa plak aku.
Dee : “Aku rasa aku tau tempat ni.. Ni rumah lama S” (Aku tak tahu sama ada Dee betul2 lupa atau dia buat2 lupa)
Then Dee pun pusing Blok yg aku tunjuk tadi.. Pusing gi rumah paling hujung. Then aku nampak ada 2,3 biji kereta bersepah depan rumah. Kereta Perdana Putih, Kereta MyVi Merah and kete apa ntah satu lagi..
Dee: Ni lah rumah S.. Tapi dia cakap dia dah pindah kat area surau tu.. Aku pernah datang sini dulu, sebelum S menghilang tu. Tapi time tu malam and S yang bawak kete. Sebab tu aku tak cam tadi jalan. Bila dah masuk baru cam.. Tu kereta S ada. Weh kita dah jumpa ni Axx. Camne ni Axx. Kali ni mmg confirm rumah dia aku pernah naik semua kete tu!
Dee : Oh.. Patutla.. Setiap kali aku nak ambik dia, dia pesan bila sampai tol gtau.. Supaya senang dia nak turun rumah siap2 nak jalan gi kat surau tempat aku ambik dia selalu tu..
Dee dah shaking balik sebab kali ni dah jumpa rumah S betul2. Kitorang pun turun. Pegi depan rumah tu. (rumah S flat tapi tingkat paling bawah yg sama level tanah) Kat luar tu ada jemuran kain.. Then tetibe je Dee cakap
Dee : Confirm rumah dia! Aku cam boxer pink tu S punya!! Aku : ...................... Dee : Aku pernah tengok masa kitorang skype.
Ok back to work.. Byee
|