CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eva

saka... sapa ada experience?

[Copy link]
Post time 10-10-2006 02:09 PM | Show all posts
Aku rasa saka dlm badan aku ni (kalau betul ada) melawan kot? Sebab aku pegi berubat.. or mebbe the sihir tu.. tapi aku selalu kata sensorang,.." korang nak duk dalam badan aku dudukle, selagi Allah izinkan, korang nak sakitkan kepala aku, badan aku, buatle selagi Allah izinkan, yang bagi sihir kat aku tu, kalau korang rasa puas hati sakitkan aku, terpulang, tapi bila nanti Allah kata korang tak boleh lagi apa-apakan aku.. baru korang tau balasan Allah tu lagi hebat dari apa yang korang penah buat kat aku!.."

True enough, sakit badan aku akan berkurangan everytime aku cakap macam tu, Benda tu kalau betul dia ada, dia paham la kot?

[ Last edited by  fawabi at 10-10-2006 03:50 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2006 02:09 PM | Show all posts
Balik pada hal saka nih,.. orang yang nak merawat aku tu kata, kalau nak buang, aku kena pegi jumpa tok guru dia, jauhlah pulak sampai ke perak sana, lepas tu kena buat dalam masa 3 minggu le, sebab aku kena mandi air limau 3 pagi , air minum (2 kali) lepas tu kali ketiga baru boleh buang betul. Dan yang buat aku dah start rasa sangsi dan mula cari second opinion when orang tu kata, nak buang ni harga dia - sekor anak kerbau atau bersamaan dengan RM 770 lebih kurang le. Hummmm..... siap letak harga ni yang buat aku syak wasangka nih

[ Last edited by  fawabi at 10-10-2006 02:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 02:10 PM | Show all posts
Jadinye aku merujuk kat seorang kawan yang ada pengalaman pasal saka ni (sejak umur dia 7 tahun lagi). Aku tanya le kalau nak buang saka ni payah kena jamu/bagi kobau sekor ke? Dia kata plak, tak payah buat benda tu semua, orang kalau nak ngubat saka- kena buang satu keluarga, jangan buang sendiri takut benda tu datang balik kat ahli keluarga lain. (satu titipan dari org yang pertama mengubat tu: kalau aku buang saka ni,  insya Allah aku tak akan dapat saka lagi.. meaning- aku  buang aku punye aje, keluarga aku punye diorang punye part sendirik le).. Aku dah start kompius.

[ Last edited by  fawabi at 10-10-2006 02:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 02:11 PM | Show all posts
Aku ajukan perihal ni pada mak aku. Then mak aku contact le cousin aku, cousin aku penah bawak mak dia dan mak mertua dia buang saka jugak. Makanye, aku dinasihatkan supaya cepat-cepat buang dalam bulan yang mulia ni lah, yelah lagi cepat, lagi bagus kan?... part ni aku tak tau lagi sebab cousin aku pun belum cakap lagi kat kitorang sama ada ustaz yang boleh ngubat tu available ke tak? Aku harap, kalau betul.. biarlah aku sembuh cepat-cepat,.. kesian aku kat diri sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 02:11 PM | Show all posts
Persoalan dari akal dan iman aku yang tak berapa nak tebal nih,.. kalau kita nak buang saka nih, memang ada harga yang patut kita bayar ke? (wang ringgit/jamuan kerbau etc?), ada tak yang korang kenal yang orang tu boleh buang saka , tapi tak kenakan apa charge pun, atas ikhlas kita? Bukannye apa,.. aku tetiba terfikir plak, kalau aku sorang dah RM 700++, abes tu kalau semua orang datang jumpa dia, dia cakap orang tu ada saka, mewah weh dia tu.. (sorry, pendapat aku ajelah) sebab nak diikutkan, kalau sekali jumpa katalah dalam RM50 kita bagi kat dia, kena berulang sampai 3 kali dah RM 150, lepas tu, kena lagi ulang berkali-kali dan terakhirnye nak membuang saka tu kena bayar lagi RM 700++.. tu baru sorang, kalau masuk 3,4,5 orang?... buat aku terfikir, orang ni nak tolong mengubat ke? Nak mengkayakan diri dia? (sorry lagi, ini cuma pendapat aku yang penuh was-was)

[ Last edited by  fawabi at 10-10-2006 02:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 02:12 PM | Show all posts
Lagi satu, aku tak menuntut apa ilmu lah, tapi aku selalu amalkan baca surah al-Fatihah (baca atas diri aku) untuk tenangkan fikiran aku, untuk Allah bagi kemudahan pada aku.. Tu sebab bila aku pegi berubat, kalau orang tu sembur-sembur or baca-baca kat aku, dalam hati aku, aku mesti baca surah al-Fatihah banyak kali (macam berlawan plak dgn dia)  Adakah sebab tu yang buat aku selalu rasa tak yakin orang tu betul-betul boleh ubatkan aku?

[ Last edited by  fawabi at 10-10-2006 02:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2006 03:59 PM | Show all posts
Tambah lagi, sebelum ni aku penah berubat dgn sorang pak cik kat Tangkak - dia kata ada org antar sihir kat aku, orang ni buat kat Selayang,, pergh time tu aku baru setahun dok KL,.. baru lepas putus dgn second x bf aku, and at the same time aku ada kawan dgn sorang lelaki yang keja kat Selayang.. terkojut den time tu.. so what this pak cik did to me was just kibaskan badan aku dgn sejadah and gave me some ayat letak dalam air buat minum and to read.. sekali aje aku pegi - i remember it was during puasa month back in 2001. dah lama dah, aku pegi sekali aje.. tak kuasa nak ngulang sampai 3 kali.

Masa pak cik tu kibas badan aku dia kata dia nampak bayang ular lilit badan aku... saspen kan... tapi lepas aku berubat aku tak de pulak kena ganggu ular ke apa ke.. mimpi patuk ular pun tak penah... ;)

[ Last edited by  fawabi at 10-10-2006 04:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 04:10 PM | Show all posts
Second time dalam tahun yang sama jugak aku sesaja ikut kawan aku berubat dgn sorang mak cik kat Wangsa Maju, kawan aku baru lepas break up dgn bf dia.. so tgh mental sikit la... aku saja je folo sebab aku suka je serah badan soh org "tengok-tengokkan".. so this mak cik pun ngubatkan le aku..

Cara dia:

Badan aku disapukan miyak angin, lepas tu duit syiling 50 sen diurut kat belakang aku,.. sampai berbirat le belakang aku penangan minyak angin ngn duit syiling tu.. masa dia ngubat dia soh aku baca surah Al-Fiil....

Tapi kan masa dia ngubat tu dia macam menurun tau.. sebab dia dok kecek kelate la pulok dgn tak tahu sapa.. aku time tu dungu-dungu siap pandang keliling, atas ceiling kot le nampak "benda" yang nyembang ngn mak cik ni.. tak ada la pulak... lepas tu mak cik ni kata masa dia urut aku dia kata ada ulau sawa dok melilit pinggang aku..

sudaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah... aritu pak cik tu kata ada ular, mak cik ni pun kata ada ular.. cemas aje aku

tapi cam biasa aku tak pegi pun putus ubat.. sebab hati aku tak yakin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2006 04:21 PM | Show all posts
Few years after (2004 tak silap) mak aku bawak pegi jumpa sorang pak cik kat Tangkak jugak (dekat area kebun bahru pulak) ni pasal aku dah start pengsan kerap sangat.. mak aku saspek something lah.. dgn pak cik ni aku rasa aku berubat lama jugak... dan aku ingat time tu pun bulan puasa..  siap putus ubat le dgn dia, mandi bunga yang dah campur dgn minyak apa tah.. lepas tu pakaian yang aku pakai time mandi tu kena hanyutkan kat sungai.

Dan seperti yang dulu-dulunye.. sakit aku still datang balik lah....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 04:26 PM | Show all posts
so balik pada orang yang aku baru jumpa aritu (yang kata aku ada saka ni lah..) masa aku tanya pasal ular and all the things tu kan... dia tak cakap apapun.. he just said that benda tu may be dah tak ada sebab dah lama, apa yang dia nampak cuma benda yang baru - ie, the sihir yang 2 tahun melekat kat badan aku dan saka yang menghuni badan aku nih...


dan sampai sekarang.. aku masih lagi kompius..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 11:46 PM | Show all posts
mgkn benda2 lama tu masa u berubat dah clear lah kot....ermm atau yg meyerupai 'ular' tu 'saka' ....

mmm..entah la ya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 07:51 AM | Show all posts
salam fawabi...
aku pun tak arif sangat tentang hal perubatan saka ni... kita senasib, tapi dari pengalaman lepas aku dulu, aku serik dah berubat dengan orang yang letak harga... aku mohon maaf kalau menyinggung sesiapa... ni cuma pandangan aku saja, kalau ikhlas menolong orang, kenapalah harganya begitu tinggi...
sekarang ni aku cuma berubat di darul shifa' + berzikir, alhamdulillah, gangguan dah berkurangan... kawan2 kat bod ni banyak membantu dan memberi guideline dalam mencari perawat, memang cabaran untuk melawan saka ni amat getir, tapi aku lawan jugak... walau macam mana teruk pun aku kena, sampai pucat lesi, lemah seluruh badan, dan ada satu ketika aku sampai tak larat nak bangun, aku tetap lawan... alhamdulillah berkat kesabaran dan izin Allah, aku dah tak seteruk dulu... aku bersyukur sangat2...
buat fawabi, aku nasihatkan carilah perawat yang gunakan 100% ayat Quran... tak ada kuasa yang dapat melawan kuasa Allah... aku tumpang simpati dengan apa yang menimpa fawabi... aku faham sangat2 sebab aku juga mengalaminya... mungkin bentuk gangguan berbeza, tapi azabnya tetap sama...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 08:46 AM | Show all posts
tulah fawabi....iqa rasa cara paling baik awk pi berubat kat darul shifa tu...tmpt ustad harun din tu....kat situ betul2 perubatan cara islam.....xder nak ragu2 dah......iqa dulu pun berubat kat situ juga.....cubalah...dkt bangi jerk....iqa faham masalah awk......hope awk tabah k....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 09:24 AM | Show all posts
thanks harum & iqa..

nak tanya, kat darul shifa tu time berubat dia bila ek? ada orang kata ari selasa, ada orang kata ari kamis... aku nak jumpa ustaz haron din terus.. kena appointment ke apa?
teringat mak aku kata, aunty aku berubat dulu tu pun (kes buang saka ni) bayar ikut ikhlas aje...

lagi satu nak tanya,.. air yang orang tu bagi aku minum tu kan.. aku boleh minum lagi ke? sebab hati aku dah tak yakin lah.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by azsagi at 10-10-2006 11:46 PM
mgkn benda2 lama tu masa u berubat dah clear lah kot....ermm atau yg meyerupai 'ular' tu 'saka' ....

mmm..entah la ya...



azsagi..

pernah dgr saka ular ke? setahu aku yang glamer rimau ngn boyer aje....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 10:05 AM | Show all posts
fawabi, darul shifa' buka setiap hari kalau tak salah... cuma bulan ramadhan ni tutup... lepas raya nanti bolehla fawabi pegi sana... kalau nak jumpa ustaz haron din rasanya hari selasa, hari lain murid dia yang merawat... aku selalu pegi hari ahad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2006 10:15 AM | Show all posts
Originally posted by fawabi at 11-10-2006 09:24 AM
thanks harum & iqa..

nak tanya, kat darul shifa tu time berubat dia bila ek? ada orang kata ari selasa, ada orang kata ari kamis... aku nak jumpa ustaz haron din terus.. kena appointment ke ...

bab air tu aku tak pasti la... kalau was2, baik tinggalkan...

aku rasa tak yah wat apptmt... ko just pegi, then tulis nama kat buku, nanti masuk ikut giliran...
semoga tabah hadapi ujian ini fawabi:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 11:10 AM | Show all posts
Originally posted by harumanisz at 11-10-2006 10:05 AM
fawabi, darul shifa' buka setiap hari kalau tak salah... cuma bulan ramadhan ni tutup... lepas raya nanti bolehla fawabi pegi sana... kalau nak jumpa ustaz haron din rasanya hari selasa, hari lain  ...


tutup bulan ramadhan..? aiseh, baru aku nak ajak mak aku pegi this weekend...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by harumanisz at 11-10-2006 10:05 AM
fawabi, darul shifa' buka setiap hari kalau tak salah... cuma bulan ramadhan ni tutup... lepas raya nanti bolehla fawabi pegi sana... kalau nak jumpa ustaz haron din rasanya hari selasa, hari lain  ...


tutup bulan ramadhan..? aiseh, baru aku nak ajak mak aku pegi this weekend...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by harumanisz at 11-10-2006 10:15 AM

bab air tu aku tak pasti la... kalau was2, baik tinggalkan...

aku rasa tak yah wat apptmt... ko just pegi, then tulis nama kat buku, nanti masuk ikut giliran...
semoga tabah hadapi ujian ini ...



tenkiu tenkiu... insya allah aku pegi lepas raya.. tu lah, pasal air ni,.. aku rasa balik karang aku nak buang lah... seriau jugak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.053812 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list