CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: keypochino

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 40

[Copy link]
Post time 1-8-2021 03:32 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 03:33 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 1-8-2021 03:31 PM
Sehingga 1 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,150 kes (1,130,422 kes).[/back ...

Tinggiiiii....


Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 04:18 PM | Show all posts

Tahu xpe...sabo je pe, kome...

Paneh bebeno...lidah dah pecah2...minggu ni perabih 2 tub mini eskrem coklat dan keladi...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 06:25 PM | Show all posts
Tinggi juga...huhu...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 06:27 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2021 06:28 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 06:30 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 1-8-2021 05:32 PM

Kenyataan Akhbar KPK 1 Ogos 2021 – Kepentingan Pendermaan Darah Secara Berterusan Semasa Pandemik COVID-19 di Malaysia

BY DG OF HEALTH ON AUGUST 1, 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan situasi stok darah yang semakin berkurang dan menekankan kepentingan pendermaan darah yang berterusan walaupun negara sedang menghadapi pandemik COVID-19. Ini untuk membantu pesakit yang memerlukan, termasuklah pesakit kecemasan yang mengalami pendarahan di luar jangka seperti kes kemalangan atau komplikasi semasa bersalin, bayi pramatang yang kekurangan darah, pesakit thalasemia, pesakit kanser, kegagalan buah pinggang serta mereka yang perlu menjalani pembedahan kritikal dan kompleks. Tambahan pula sejak kebelakangan ini terdapat ramai pesakit COVID-19 terutamanya yang mempunyai latar belakang penyakit kronik turut memerlukan transfusi darah.


Purata darah yang diperlukan setiap minggu untuk kegunaan pesakit di seluruh negara adalah sebanyak 14,000 beg darah, termasuklah di Pusat Darah Negara (PDN) yang memerlukan 3,500 – 4,000 beg darah setiap minggu bagi pembekalan kepada hospital-hospital di Lembah Klang. Namun, peningkatan kes-kes COVID-19 dari 31 Mei – 25 Julai 2021 (iaitu minggu epidemiologi ke 22 ke minggu epidemiologi 29) telah menyaksikan pengurangan kutipan darah yang ketara untuk seluruh negara seperti di dalam rajah di bawah terutamanya di Lembah Klang berikutan penurunan bilangan penderma yang tampil menderma.
Antara faktor penurunan ini ialah kebimbangan masyarakat dan penderma darah terhadap keselamatan sepanjang proses menderma darah serta pembatalan kempen derma darah oleh penganjur. Tren penurunan ini amat membimbangkan dan boleh menjejaskan keupayaan dalam perawatan pesakit.



KKM melalui PDN dan Tabung-Tabung Darah sentiasa mengutamakan keselamatan penderma darah, penganjur kempen derma darah dan petugas dalam memastikan proses pendermaan darah yang selamat. Setiap tabung darah perlu mematuhi SOP berdasarkan ‘Garis Panduan Pencegahan Dan Kawalan Semasa Aktiviti Pendermaan Darah Bagi Mengekang Penularan Jangkitan Penyakit Berjangkit COVID-19- Annex 49’ untuk meningkatkan keselamatan orang ramai. Garis panduan ini telah dikemas kini baru-baru ini selari dengan garis panduan antarabangsa.


Antara SOP yang dijalankan ialah memastikan penderma darah dan petugas kesihatan adalah sihat sebelum memasuki ruang pendermaan darah. Ini termasuklah saringan awal yang dilakukan ke atas bakal penderma di mana hanya yang tiada gejala, tidak mengalami jangkitan COVID-19 atau tidak ada kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dalam masa 14 hari sahaja yang boleh meneruskan pendermaan darah.
Petugas kesihatan juga akan memastikan para penderma memakai pelitup muka, menjalani ujian saringan suhu badan, mengimbas kod MySejahtera, pengisian borang deklarasi COVID-19 serta mencuci tangan menggunakan sabun dan air atau hand sanitizer sepanjang berada di lokasi pendermaan. Kedatangan penderma ke lokasi pendermaan sentiasa dipantau dan dihadkan kepada bilangan tertentu sahaja pada satu-satu masa untuk memastikan penjarakan fizikal sewaktu proses pendermaan dipatuhi.


Selain dari itu, pembersihan meja pendaftaran, peralatan pendermaan darah, katil penderma dan stress ball yang telah digunakan selepas setiap kali pendermaan dilakukan secara berterusan oleh petugas kesihatan untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19.

Justeru, KKM menyeru orang ramai untuk segera tampil menderma darah di Pusat Darah Negara, PDN Donation Suite, Midvalley Mall, Suite Derma Darah Puspanita,  Presint 10, Putrajaya dan Tabung-Tabung Darah yang berhampiran, serta kempen derma darah bergerak bagi memastikan bekalan darah mencukupi sepanjang masa di semua hospital serta menjadikan pendermaan darah sebagai satu budaya hidup sihat. Berikut merupakan maklumat lanjut berkaitan waktu operasi Pusat Darah Negara:

1. Pusat Darah Negara Jalan Tun Razak
  • Isnin – Jumaat  : 7.30 pagi sehingga 8.00 malam
  • Sabtu & Ahad   : 8.00 pagi sehingga 4.00 petang
2.  Pusat Darah Negara Donation Suite, Midvalley Mall
  • Setiap hari : 10.00 pagi sehingga 6.00 petang
3.  Suite Derma Darah Puspanita,  Presint 10, Putrajaya
  • Setiap hari: 10.00 pagi sehingga 6.00 petang

Sila hubungi Unit Perhubungan Awam, Pusat Darah Negara di talian 03-26132657/ 2658/ 2776/ 2777 atau e-mel [email protected] bagi maklumat lanjut dan perbincangan perancangan. Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang http://www.pdn.gov.my serta facebook PDN KKM bagi maklumat lanjut berkaitan waktu operasi, lokasi kempen derma darah dan perkembangan perkaitan perkhidmatan derma darah.
Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
1 Ogos 2021





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 1 Ogos 2021 – Kebimbangan KKM Berikutan Pengesanan Kes COVID-19 dan Risiko Penularan Jangkitan di Parlimen
BY DG OF HEALTH ON AUGUST 1, 2021
Seperti makluman umum, Sidang Mesyuarat Khas Parlimen telah berlangsung pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021 bertempat di Dewan Parlimen Negara, Kuala Lumpur. Mengambilkira Sidang ini melibatkan ramai individu berkumpul (mass gathering) dari seluruh negara dan memberi risiko tinggi penularan jangkitan COVID-19 terutama di kala varian berbahaya seperti varian delta merebak di dalam komuniti dan situasi peningkatan kes COVID-19 yang semakin melarat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sememangnya bimbang sekiranya berlaku penularan jangkitan di Parlimen.

Sebelum Sidang Khas Parlimen Bermula

Ujian pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atas semua individu yang akan hadir ke Parlimen. Hanya individu yang disahkan negatif COVID-19 dan tidak bergejala sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke Parlimen. 2,093 individu telah menjalani RT PCR sebelum mereka menghadiri Parlimen. Seramai 56 kes daripada jumlah yang disaring itu didapati positif COVID-19 dan telah diarahkan untuk menjalani pengasingan. Siasatan dan pengesanan kontak rapat mendapati empat (4) kes dikesan positif COVID-19. Kesemua 60 kes positif COVID-19 ini tidak hadir ke Parlimen sejak dari hari pertama Sidang berlangsung.

Sebelum Sidang bermula, pada 26 Julai 2021 jam 8 pagi, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) yang mewakili KKM telah membuat pembentangan kepada “Mesyuarat Penyelarasan Bagi Urusan Berkaitan Mesyuarat Khas Bagi Dewan Rakyat berikutan Penularan Wabak COVID-19” di Parlimen. Mesyuarat telah dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri Kluster Keselamatan, YB Menteri Parlimen, YDP Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, dan ketua atau wakil kanan parti-parti politik dari pihak Kerajaan dan Pembangkang.

Mereka telah dimaklumkan hasil saringan pra-persidangan, risiko penularan jangkitan COVID-19 serta kekhuatiran pihak KKM. KKM kemudiannya telah mengemukakan cadangan seperti berikut:

i.       Sidang Khas Parlimen ditangguhkan sehingga status liputan imunisasi sekurang-kurangnya 40 peratus terutama di Lembah Klang. Ini mengambilkira peningkatan kes positif COVID-19 seluruh Malaysia terutama di Selangor, WPKL dan Negeri Sembilan; ATAU

ii.       Sekiranya Sidang Khas Parlimen diteruskan, jumlah kehadiran secara fizikal di Parlimen dikurangkan dan tempoh persidangan dipendekkan bagi mengurangkan tempoh pendedahan. Dicadangkan supaya Sidang hendaklah dihentikan serta merta sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dikesan bagi mencegah berlakunya risiko penularan jangkitan di kalangan individu yang hadir di Parlimen.   

Mesyuarat termasuk wakil parti-parti politik telah memutuskan untuk melaksanakan opsyen (ii).

Sepanjang Sidang Khas Parlimen Berlangsung

Bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 sepanjang Sidang, KKM telah:

memantau status kesihatan setiap individu yang hadir di Parlimen dengan mengadakan saringan suhu dan risiko jangkitan di pintu masuk Parlimen pada setiap hari;
menyediakan kemudahan ujian saringan kendiri RTK antigen (Ag) saliva di bangunan Parlimen bermula pada 26 Julai 2021. Seramai 104 orang telah disaring pada 26 hingga 28 Julai 2021.
Pada 29 Julai 2021 jam 12.30 tengah hari, KKM telah dimaklumkan mengenai dua (2) kes positif COVID-19 yang telah hadir ke Parlimen. Kes pertama merupakan seorang petugas yang telah hadir ke Parlimen sejak 26 Julai 2021 dan dikesan positif melalui ujian pengesahan RT PCR di sebuah fasiliti kesihatan kerana bergejala batuk. Nilai CT value atau nilai ambang RT PCR beliau adalah 18.71. Kes kedua pula dikesan semasa saringan di Parlimen pada pagi 29 Julai 2021 jam 12:30 tengah hari menggunakan ujian kendiri RTK antigen (Ag) saliva kerana gejala batuk dan loya.

Tindakan KKM Susulan Penemuan Kes Positif COVID-19

Seperti sedia maklum kebolehjangkitan adalah tinggi dua (2) hari sebelum gejala dan berterusan sehingga hari ke tujuh (7). Dengan pengesanan dua (2) kes positif COVID-19 tersebut terutama dengan kes pertama didapati mempunyai CT value 18.71 semasa ujian RT PCR, KKM telah mengambil keputusan segera untuk menjalankan saringan ujian kendiri RTK Ag saliva ke atas 1,183 individu di dalam Parlimen dan mendapati sembilan (9) lagi kes positif COVID-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 11 kes (seorang RT PCR positif dan 10 orang RTK Ag positif) dengan lima (5) daripadanya bergejala.

Bagi pengesahan lanjut, kesemua 10 kes positif RTK Ag telah diambil swab bagi ujian pengesahan jangkitan COVID-19 menggunakan RT PCR. Lapan (8) kes disahkan positif COVID-19 di mana lima (5) kes mempunyai kadar kebolehjangkitan yang amat tinggi (CT value atau nilai ambang antara 12.67 hingga 18.19). Kesemua sampel ini telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk dibuat ujian jujukan genom (genomic study) bagi mengenalpasti jenis varian virus SARS-CoV-2.

Daripada lapan (8) kes positif COVID-19 ini, hanya dua (2) kes sahaja yang mempunyai sejarah vaksinasi COVID-19 lengkap (melepasi 14 hari dari tarikh dos ke-2). Kesemua kes ini stabil dan telah diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian untuk menjalani pengasingan di tempat kediaman masing-masing serta dipakaikan gelang tangan pengawasan. Setakat ini seramai 48 kontak rapat telah dikenalpasti, namun siasatan dan pengesanan kontak rapat masih lagi diteruskan.

Pada 30 Julai 2021, saringan pra-persidangan Dewan Negara telah dijalankan ke atas 100 individu menggunakan ujian RT PCR dan mendapati sembilan (9) kes positif COVID-19. Pemakluman kes telah dilaporkan kepada KKM pada 1 Ogos 2021. Siasatan ke atas kes dan pengesanan kontak rapat sedang dijalankan untuk diambil tindakan kawalan dan pencegahan sewajarnya.

Penilaian Risiko

Walaupun jumlah kes positif COVID-19 yang dikesan semasa Sidang Parlimen ini adalah 0.8 peratus, namun hasil penilaian risiko dengan mengambilkira faktor epidemiologi dan persekitaran, didapati persidangan Parlimen merupakan satu perhimpunan yang berisiko tinggi untuk berlaku penularan jangkitan COVID-19. Kriteria penilaian risiko tersebut adalah:

Faktor epidemiologi:

1.      Terdapat enam (6) kes (1 kes pertama dan 5 kes pengesahan lanjut dengan RT PCR) dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi (CT value yang rendah) dan bergejala yang memberi risiko berlaku penularan jangkitan dan berpotensi menjadi superspreader.

2.      Seperti sedia maklum kebolehjangkitan adalah tinggi dua (2) hari sebelum gejala dan berterusan sehingga hari ke tujuh (7).

3.      Pergerakan kes di sekitar kawasan Parlimen yang berkemungkinan boleh menyebabkan pendedahan kepada individu lain.

4.      Ramai dalam kalangan yang hadir ke Sidang Mesyuarat Khas Parlimen ini dalam kategori warga emas dan kemungkinan mempunyai faktor komorbid yang meningkatkan risiko jangkitan.

5.      Tidak semua individu yang hadir di Parlimen telah mendapat vaksinasi COVID-19 yang lengkap.

Faktor persekitaran Parlimen

1.      Keadaan dewan Parlimen yang bertutup meningkatkan risiko penularan jangkitan memandangkan virus SARS-CoV-2 tersebar/menular melalui udara dan boleh kekal dalam persekitaran selama beberapa jam (rujukan New England Journal of Medicine, WHO, CDC Atlanta).

2.      Tempoh berada dalam Dewan dan sekitar Parlimen yang panjang memberi risiko pendedahan berulang.

3.      Perkongsian kemudahan asas seperti tandas, surau, kafe dan sebagainya oleh ramai individu termasuk kes.

4.      Penjarakan fizikal dalam Dewan kurang dari satu (1) meter antara satu sama lain walaupun terdapat penghadang meja.

5.      Perkumpulan kecil kerap berlaku di dalam dan di luar dewan.

Mengambilkira hasil penilaian risiko semasa dan bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19 dari berlaku di Parlimen, maka KKM telah mencadangkan agar semua sesi mesyuarat termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen serta pembentangan yang dirancang di Parlimen atau yang melibatkan individu yang berada di Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021 ditangguhkan sementara waktu untuk tempoh dua (2) minggu bermula dari 29 Julai 2021. Penilaian risiko kejadian jangkitan COVID-19 di Parlimen akan dinilai semula dari semasa ke semasa.

Semua individu yang berada di Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021 dinasihatkan untuk memantau status kesihatan secara kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera. Sekiranya mengalami gejala, sila jalani pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran dengan tempat tinggal masing-masing.

Kerjasama semua yang terlibat dipohon agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan demi memastikan penularan jangkitan dapat diputuskan. Kesihatan dan keselamatan semua menjadi tanggungjawab kita bersama.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 Ogos 2021 @ 6:30PM
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:30 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:31 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:32 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:33 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:34 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:35 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:38 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 07:38 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:39 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:40 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 07:52 PM | Show all posts

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 11,326 kes (925,965 kes kumulatif, 81.9%);
Kes baharu : 17,150 kes (1,130,422 kes kumulatif);
Kes import : 1 kes (1 warganegara);
Kes tempatan : 17,149 kes [14,443 warganegara (84.2%);  2,706 bukan warganegara (15.8%)];
Kes aktif : 195,273 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,059 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 531 kes;
Kes kematian : 160 kes (9,184 kes kumulatif, 0.81%; 140 warganegara, 20 bukan warganegara);
Jumlah kluster : 3,702 kluster;
Jumlah kluster baharu : 23 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 2,586 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 1,116 kluster.
Daripada 17,150 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 745 kes (4.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 16,405 kes (95.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes, sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1.


Rajah 1 Status Vaksinasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori
Sebanyak 160 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 55 kes di Selangor, 25 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing 14 kes di Negeri Sembilan dan Johor, masing-masing 10 kes di Melaka dan Kedah, lapan (8) kes di Pahang, tujuh (7) kes di Sabah, enam (6) kes di Pulau Pinang, masing-masing empat (4) kes di Kelantan dan Perak, serta tiga (3) kes di Terengganu.  

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 31 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 31 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.10. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.47) dan Terengganu (nilai RT 1.42) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.27). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 Ogos 2021 @ 7:15 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 1 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI        BILANGAN KES BAHARU *(    )        BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR        6,326        413,745
WP KUALA LUMPUR        2,086 (1)        125,113
JOHOR        1,045        91,728
SABAH        1,002        85,723
SARAWAK        578        77,306
NEGERI SEMBILAN        809        72,300
KEDAH        1,511        47,142
PULAU PINANG        752        46,585
KELANTAN        459        43,453
PERAK        693        38,372
MELAKA        686        32,052
PAHANG        676        25,112
TERENGGANU        429        17,377
WP LABUAN        5        9,666
WP PUTRAJAYA        72        4,023
PERLIS        21        725
JUMLAH KESELURUHAN        17,150 (1)        1,130,422

LAMPIRAN 3

Perincian 17,150 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 1 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:

NEGERI        JUMLAH KES        KLUSTER        KONTAK RAPAT        IMPORT A*        LAIN-LAIN
SELANGOR        6,326        170        4,023        –        2,133
WP KUALA LUMPUR        2,086        685        731        1        669
KEDAH        1,511        185        866        –        460
JOHOR        1,045        275        537        –        233
SABAH        1,002        133        591        –        278
NEGERI SEMBILAN        809        25        529        –        255
PULAU PINANG        752        83        322        –        347
PERAK        693        71        330        –        292
MELAKA        686        196        322        –        168
PAHANG        676        141        396        –        139
SARAWAK        578        64        440        –        74
KELANTAN        459        129        258        –        72
TERENGGANU        429        173        218        –        38
WP PUTRAJAYA        72        –        49        –        23
PERLIS        21        –        7        –        14
WP LABUAN        5        –        4        –        1
JUMLAH KESELURUHAN        17,150        2,330        9,623        1        5,196
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 1 OGOS 2021

NO        NAMA KLUSTER        KATEGORI        NEGERI        DAERAH        JUMLAH KES        JUMLAH DISARING
1        Industri Jalan Gemilang Kluang        Tempat Kerja        Johor        Kluang        24        89
2        Industri Tanjung Kulai        Tempat Kerja        Johor        Kulai        13        101
3        Jalan Tembaga Dua        Tempat Kerja        Johor        Johor Bahru        13        303
4        Jalan Angkasa Mas Utama        Tempat Kerja        Johor        Johor Bahru        14        127
5        Jalan Bertam Lima        Tempat Kerja        Johor        Johor Bahru        16        73
6        Industri Jalan Tunjong        Tempat Kerja        Kelantan        Kota Bharu, Machang, dan Tumpat        6        15
7        Jalan Padang Tembak 2        Tempat Kerja        Kelantan        Kota Bharu        24        41
8        MIEL Batang Kali        Tempat Kerja        Selangor        Hulu Selangor        22        106
9        Tapak Bina Jalan Impian Indah        Tempat Kerja        WP Kuala Lumpur        Lembah Pantai        428        771
10        Jalan Ong Yi How        Tempat Kerja        Pulau Pinang        Seberang Perai Utara        20        37
11        Industri Tanjung Bruas        Tempat Kerja        Melaka        Melaka Tengah        99        200
12        Kampung Tok Junuh Mahligai        Komuniti        Kelantan        Bachok        13        28
13        Kampung Jelutong Gunong        Komuniti        Kelantan        Bachok        16        51
14        Jalan Sultan Ibrahim        Komuniti        Kelantan        Kota Bharu        8        20
15        Kampung Quop        Komuniti        Sarawak        Kuching        19        50
16        Kandis Pantu        Komuniti        Sarawak        Sri Aman        6        9
17        Tembidong Bidong        Komuniti        Sabah        Telupid dan Beluran        88        292
18        Jalan Patikang Ulu        Komuniti        Sabah        Keningau        17        24
19        Gerachi        Komuniti        Selangor        Hulu Selangor        29        44
20        Jalan Sejahtera Lapan        Kumpulan Berisiko Tinggi        Selangor        Klang        5        23
21        Jalan Kerayong        Kumpulan Berisiko Tinggi        WP Kuala Lumpur        Cheras        47        50
22        Jalan Maktab 2        Institusi Pendidikan KPM        Selangor        Sepang dan Hulu Langat        25        42
23        Pagar Pasir Puteh        Pusat Tahanan        Kelantan        Pasir Puteh        12        16


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 31 JULAI 2021

NEGERI        NILAI RT
PERLIS        1.47
TERENGGANU        1.42
KELANTAN        1.27
SABAH        1.21
KEDAH        1.21
PERAK        1.21
WP PUTRAJAYA        1.20
PULAU PINANG        1.18
JOHOR        1.17
PAHANG        1.15
WP KUALA LUMPUR        1.10
SELANGOR        1.08
SARAWAK        1.05
MELAKA        1.05
NEGERI SEMBILAN        0.90
WP LABUAN        0.70
MALAYSIA        1.10
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.965486 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list