|
Jee buka tirai konsert bersama Jim Brickman
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
BERTUAH penyanyi Fauziah Latiff atau Jee kerana dia akan membuka tirai konsert penyanyi antarabangsa An Evening with Jim Brickman pada 5 Ogos nanti di Arena Of Stars, Genting Highlands.
Jee akan menyanyikan sebanyak lima lagu dari album terbarunya Pesona. Kesemua lagu itu adalah milik Jim yang dialih bahasa. Lagu yang bakal dinyanyikan ialah Dilema Mimpi, Kekasihku, Hakikat Cinta, Seindah Cintamu dan Berjanjilah.
Jee juga akan berduet dengan pendatang baru, Phoebe dengan lagu popularnya Sahabat.
Jim Brickman yang menjelajah ke 125 bandar di Amerika Syarikat setiap tahun memukau peminatnya dengan melodi pop kontemporari romantik daripada album popularnya yang mencatat penjualan tinggi seluruh dunia seperti By Heart, Picture This, The Gift and Destiny.
Sejak awal pembabitannya hingga kini, Jim sudah merakamkan sebanyak 10 album dan empat daripadanya menerima penganugerahan emas.
Penyanyi dan pemain piano terkenal itu nyata tidak sabar lagi untuk beraksi di puncak Genting Highlands yang dingin. Semuanya kerana peminatnya yang tidak jemu-jemu menginginkan dia beraksi di sini.
?Membuatkan peminat gembira dengan menghidangkan kepada mereka lagu yang biasa didengar amat penting bagi saya. Lebih menggembirakan kerana seorang artis Melayu akan turut sama dalam konsert ini.
?Saya berasa bangga kerana lagu saya dinyanyikan dalam pelbagai versi oleh artis daripada serata negara. Sebelum ini, lagu milik saya pernah dinyanyikan penyanyi Perancis, Korea, Jepun dan Taiwan. Belum pernah lagu saya dinyanyikan penyanyi Melayu.
?Walaupun saya tidak memahami bahasa Melayu tetapi fasanya kedengaran cukup indah. Fauziah juga memiliki suara yang sangat cantik. Di Amerika Syarikat, tidak ramai penyanyi yang bagus kerana mereka lebih popular daripada bakat,? katanya.
Selain berbakat dalam bidang nyanyian Jim juga berbakat dalam bidang penulisan. Tahun lalu, Jim berkolaborasi dengan Walt Disney Records dan terhasilnya The Disney Songbook yang memberi penghormatan kepada lagu daripada animasi Cinderella, Snow White dan banyak lagi.
Jim juga menulis buku Simple Things dan Love Notes. Isinya adalah sumbangan daripada peminat yang berkongsi kisah suka duka mereka, ia juga digabungkan daripada esei peminat dan temubual dengan selebriti.
Mengakui dirinya seorang yang romantik, Jim yang akan muncul dengan album terbarunya Escape lebih suka menghiburkan peminat daripada terbabit di sebalik tabir.
?Peminat saya sukakan muzik saya untuk menenangkan fikiran dan lari daripada semua kekusutan. Jadi saya rasa sesuai memilih tajuk Escape yang membawa maksud mimpi siang dan fantasi,? katanya.
Jim percaya albumnya akan mendapat sambutan menggalakkan. Katanya, ramai orang yang popular kerana kekerapan mereka muncul di kaca televisyen dengan melihat personaliti seseorang terlebih dulu. Tetapi peminatnya cintakan muzik yang diketengahkan Jim sebelum mereka melihat personalitinya.
INFO:
Kepada mereka yang berminat untuk menyaksikan persembahan Jim Brickman tiket berharga RM40 hingga RM100 boleh ditempat melalui 03-27181118 atau layari www.genting.com. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
asianadelight This user has been deleted
|
Originally posted by dauzz at 1-8-2006 07:04 PM
so jee will perform @ anugerah era la...wow!
Hi dauzz, setahu saya..... Kak Jee tak perform masa anugerah Era ni. Dia cuma presenter. Heehee..... ;) |
|
|
|
|
|
|
asianadelight This user has been deleted
|
Originally posted by jeeboy at 1-8-2006 05:14 PM
ADA SESAPA YANG PERGI TENGOK SHOW KAK JEE NGAN JIM BRICKMAN KAT GENTING 5HB NI?ATAU SHOW KAK JEE KAT ORANGE 13HB NI?
Jeeboy, saya akan pegi both show..... kat Genting pegi, kat Orange pun pegi..... jom lah kita pegi reramai.
Btw, tak silap saya masa kat Sg. Wang & Tower Record nanti Kak Jee akan bawa poster dia sekali dan sign utk semua peminat dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by asianadelight at 2-8-2006 11:50 AM
Jeeboy, saya akan pegi both show..... kat Genting pegi, kat Orange pun pegi..... jom lah kita pegi reramai.
Btw, tak silap saya masa kat Sg. Wang & Tower Record nanti Kak Jee akan bawa p ...
wow..best nie..bolehla bawak semua album2 jee minta kak jee sign kat cover dan kat CD skali.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by asianadelight at 2-8-2006 11:40 AM
Hi dauzz, setahu saya..... Kak Jee tak perform masa anugerah Era ni. Dia cuma presenter. Heehee..... ;)
heloo....oh saya cuma assume je jee perform...jadi presenter je yer....thx for info! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by asianadelight at 2-8-2006 11:50 AM
Btw, tak silap saya masa kat Sg. Wang & Tower Record nanti Kak Jee akan bawa p ...
ni yg rasa membuak2 nak pegi ni...:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknye album cover!!!!!!
mmg terPESONA aku dibuatnye, ekekekek... =) |
|
|
|
|
|
|
|
ARI NI 03.08.2006 MAJLIS PELANCARAN PESONA KAT FEDERAL HOTEL.
TAK SABAR NAK TENGOK SHOW KAK JEE KAT ORANGE..ADA SESAPA YANG PLAN NAK PERGI?BOLEH JUMPA..KITA PAKAI TEMA HITAM NAK?HEHEHAHA |
|
|
|
|
|
|
|
KITA PAKAT RAMAI2 PERGI ORANGE..ALA2 FAN CLUB KAK JEE.BIAR GEMPAK ORANGE!APA2 HAL PLAN BAIK2..HARAP2 DAPAT JUMPA KAT ORANGE |
|
|
|
|
|
|
|
ada sesapa naik Genting sabtu ni tgk JEE & Jim Brickman??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #788 homeboy's post
best ke tak dengar sendiri eheh
bagi aku best kalau ko suka lagu yg easy listening bleh la layan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aGuiLeHa at 2-8-2006 06:45 PM
cantiknye album cover!!!!!!
mmg terPESONA aku dibuatnye, ekekekek... =)
memang cantik...heheh...tu baru pic cover, blom tgk lagi yg dalam2...beli la leha... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah mula suka dengan lagu hari yang istimewa tue ...
aku rasa baik korang jangan bandingkan lagu versi asal dgn yg baru .. baru la enjoy
kalau nak suruh buat mcm lagu asal baik dengar yg versi asal je takyah rakam balik hehe |
|
|
|
|
|
|
|
dr h. metro tak silap beberapa minggu lepas |
|
|
|
|
|
|
asianadelight This user has been deleted
|
Saya akan pegi tengok Jee & Jim Brickman hari Sabtu ni kat Genting. Masa showcase Jee kat Orange pun saya pi jugak.... Confirm ke semua nak pakat pakai baju hitam? Nanti takut tak menyerlah sangat pulak... Ada option warna lain ke? hehehe.... jgn marah....... |
|
|
|
|
|
|
|
SESAPA YANG DAH BELI AMBUM PHOEBE...CERITA SKIT KAT SINI OK..ADA LAGU DUET DENGAN KAK JEE DEBARAN CINTAMU..KALAU BELI CD DAPAT VCD LAGU TU...OK |
|
|
|
|
|
|
|
CADANGAN AKU KALAU JADI BIAR BAJU HITAM..SBB LAGU2 DARI ALBUM BARU NI KAN ALA2 KLASIK..HITAM SESUAI LAH!!LAGIPON KAK JEE PUN SUKA WARNA HITAM..ATAUPUN MERAH..AMACAM? |
|
|
|
|
|
|
|
HAH..APA KATA KALAU TEMA HITAM PUTIH UNTUK SHOW KAK JEE KAT DI ORANGE?ATAU ADA CADANGAN YANG LAIN? |
|
|
|
|
|
|
|
so kompom ke tema MERAH-HITAM utk konsert JEE & JB???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|