Originally posted by isyarina at 22-2-2008 07:50 AM
bayu dingin lembutnya santun
sangat santun nyaman tersebar
pagi-pagi ingin berpantun
sambil berpantun bertanya khabar.. :victory:
*hai semua..apa khabar..? ;)
tiket dijual mengikut kelas
indah pandangan naik keratapi
malam terluang ingin membalas
tapi dia dah lena dibuai mimpi.......
Originally posted by jusoren at 24-2-2008 05:53 PM
beli bunga dr Puan Zaiton
bunga cempaka dlam kereta
singgah sebentar di benang pantun
untuk bertanya kabar berita
janji nak pergi tengok wayang
pulang hampa jalan seorang
mana menghilang wahai sayang
selalu termimpi juga terbayang.......
Originally posted by salju at 26-2-2008 01:05 AM
yang menang menerima hadiah
pulang dengan sungguh bergaya
anugerah borak berlangsung meriah
tahniahlah kepada mereka yg berjaya
bila mandi tidak berbaju
syampu rambur yg ada kutu
ucapan terima kasih pd Salju
Sal pun apa kurangnya hari tu
Originally posted by salju at 26-2-2008 01:05 AM
yang menang menerima hadiah
pulang dengan sungguh bergaya
anugerah borak berlangsung meriah
tahniahlah kepada mereka yg berjaya
jalan sendirian tanpa partner
sambil menanti kehadiran dia
menang anugerah pun takde makna
bila yang ditunggu dtg dengan si dia...
Originally posted by salju at 26-2-2008 01:05 AM
yang menang menerima hadiah
pulang dengan sungguh bergaya
anugerah borak berlangsung meriah
tahniahlah kepada mereka yg berjaya
dayung sampan bersama En Khir
terhenti kejap sebab sakit gigi
anugerah Bod borak sudah berakhir
semoga tahun hadapan bertemu lagi