aku plak bukan la peminat adira malah af8 nie aku x tgk sgt pun.. tp aku akui la suara dia mmg power n mantap, kejelasan mmg x dpt dinafikan la..tp aku rasa dia perlu membaiki lagila pesmbahan dia..bukan nk bersifat kenegerian..tp kalau korang prasan dia punya pelat sabah terlampau pekat..smpai dlm nyanyian pun nampak sgt mcm pelat walaupun x kuar pelat sabahnya..cthnya mcm mat salleh nyanyi lagu melayu la tp nie sabahan...bagi aku masa dia nyanyi lagu kini, myall n smalam aac mmg kureng la...tp sore dia mmg mantapla ini just pendapat iklas dr aku..bkan mengutuk..
rasanya malam ni pertama kali kan dira tersenarai sebagai bottom three walaupun sekejap.... dira, shahir dan iwan...sebelum talian betul2 ditutup
masa kakmah gali umum 3 peserta bottom 3 selepas undian ditutup cam dah dapat rasa shahir akan tersingkir..... sebabnya... dira dan iwan dapat naik dari zon bahaya tapi shahir tak.....
memang % undian giler tul kejap2 tukar ... sebelum konsert tu farina dah overtake adira lepas tu undian adira terus turun sampai lah dia kat zon bahaya .. terus astro annnounce padahal tak lama lepas tu adira naik semula no2 then setrusnya no1 bila line ditutup ... giler tul time tutup tu only adira 15% yang lain semua 14% ...
dari site astro:
'.. Kini, tinggal enam peserta yang akan meneruskan perjuangan mereka dalam AF 8 pada minggu ketujuh ini. Setelah undian ditutup malam tadi, Adira sekali lagi menduduki tangga pertama dengan 15.46 peratus, Daus (14.39), Iwan (14.36), Ain (14.07), Maulana (13.94), Farina (13.90) dan Shahir di tanggah terbawah dengan 13.89...
memandangkan thread adira ni jatuh page 2 pagi ni aku upkan dengan aricle dari gua.com.my
Adira Masih Yang Terbaik
by Ashraf Abd Manaf | 2 May 2010Share
Sehingga konsert minggu ketujuh Akademi Fantasia 8, ketiga-tiga juri yang diberi tanggungjawab untuk menilai persembahan setiap peserta berpendapat, Adira merupakan peserta terbaik di dalam AF8.
Menurut Adlin Aman Ramlie, Adira sejak awal lagi menjadi peserta kegemarannya kerana kualiti persembahan yang ditonjolkan saban minggu. Malah walaupun adakalanya persembahannya disifatkan Adlin kurang berkesan, namun tetap lebih baik jika dibandingkan dengan peserta lain.
"Kalau ikutkan peserta pilihan saya pada malam ini, yang berada di tempat pertama adalah Adira manakala Iwan berada di tempat yang kedua. Peserta yang paling teruk pada saya adalah Shahir.
"Tetapi dia bukan teruk dari segi vokal tetapi dari segi persembahannya. Ini kerana semua yang ditampilkannya setakat ini, adalah persembahan yang memang saya sudah jangka dia mampu buat," katanya.
Manakala Lah Ahmad turut bersetuju dengan pendapat Adlin dan mengakui Adira mempunyai kualiti vokal yang jauh lebih menyerlah berbanding peserta lain. Namun katanya semasa konsert minggu ketujuh, Daus menampilkan persembahan yang cukup bertenaga dan memberikan kejutan kepada penonton.
"Saya lihat persembahan Daus sangat menghiburkan. Tetapi dari aspek teknik nyanyian, saya lihat Adira dan Farina banyak menggunakan teknik nyanyian yang betul.
"Manakala beberapa peserta lain saya lihat menyanyi dengan cara yang mereka biasa gunakan sebelum ini dan tidak mengaplikasikan teknik nyanyian yang telah diajar semasa berada di dalam akademi.
"Teknik nyanyian ini sangat penting kerana ianya akan memudahkan mereka untuk mengeluarkan suara dengan lebih baik," ujarnya yang mahu melihat peserta AF8 berusaha lebih gigih pada minggu-minggu yang akan datang.
Sementara itu, Aznil menyatakan jika berdasarkan persembahan semasa konsert minggu ketujuh, dia berpendapat Daus lebih layak untuk berada di puncak takhta manakala Adira berada di tempat yang kedua.
"Saya cuba letakkan diri saya sebagai penonton. Sebagai penonton yang hadir menyaksikan sebarang konsert, saya mahu lihat persembahan yang menghiburkan dan eleman itu ada di dalam persembahan Daus. Sementara itu, persembahan yang paling saya tunggu-tunggu adalah Ain kerana dia akan menyanyikan lagu Dato' Siti Nurhaliza.
"Ini kerana sebelum ini ramai peserta AF yang tidak mahu menyanyikan lagu Dato' Siti kerana akan terpengaruh dengan gaya nyanyian Dato' Siti. Namun Ain nampaknya berjaya mengatasi masalah tersebut."