|
Edisi Serbu: Muhibah dinner held in church disrupted
[Copy link]
|
|
harap lepas ni badan2 yg mengutip zakat ni amik iktibar utk membantu umat Islam yg memerlukan wang zakat tu..turun padang dan cari ibu2 tunggal yg susah, fakir2 miskin... |
|
|
|
|
|
|
|
mana agung??? kata krtua agama.... |
|
|
|
|
|
|
|
hanya orang islam sahaja ke yg boleh berdakwah ke atas penganut agama lain??? |
|
|
|
|
|
|
|
minum sejenis air?
ella. Post at 7-8-2011 14:59
air sedap? |
|
|
|
|
|
|
|
minum air laici ke? |
|
|
|
|
|
|
|
perkara kesempitan dalam hidup bagi umat islam
bukan sahaja di Selangor je......
isu ni telah berl ...
BENTARA Post at 7-8-2011 14:48
di Ipoh (gereja selibin) dah common knowledge dah utk budak2 melayu yg haprak. ada yg sesak duit pegi gereja amik duit. mubaligh mrk budget besar, so boleh tabur duit utk melayu2 yg sanggup pi gereja. |
|
|
|
|
|
|
|
Sanggup gadai maruah Islam
Oleh HAKIMI ISMAIL dan
RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
[email protected]
PUTRAJAYA 7 Ogos – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dikecam kerana sanggup menggadaikan maruah agama Islam demi kepentingan politik dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama baru-baru ini.
Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berdolak-dalik mengenai isu itu mencerminkan sikap sebenar pemimpin itu terhadap tanggungjawabnya menjaga kepentingan ummah.
Beliau berkata, dalam isu tersebut Abdul Khalid sepatutnya menjaga maruah agama Islam dan bukannya mengecam JAIS yang membuat pemeriksaan.
“Kita lihat motif sebenar Abdul Khalid berbuat demikian hanya untuk menjaga hati pemimpin bukan Islam yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.
“Kerana kepentingan politik dan jawatan, beliau sanggup menggadaikan maruah agama selain turut mengarahkan semua Exco Selangor menutup mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu pemeriksaan JAIS ke atas sebuah gereja Methodist yang dikatakan menjalankan kegiatan menyebarkan agama lain terhadap orang Islam di Damansara Utama baru-baru ini.
Menurut Mohd. Jurit, GNM menyokong penuh tindakan JAIS kerana jabatan itu menjalankan tugas yang diamanahkan demi menjaga kepentingan agama Islam.
Sementara itu Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia, Jamaludin Yusof menggesa Abdul Khalid berundur daripada jawatannya jika tidak mampu mempertahankan kesucian Islam akibat tekanan segelintir Exco yang berkepentingan di Selangor.
Katanya, ini bagi memastikan para penganut Islam di negeri itu tidak terdedah dengan risiko murtad akibat pujuk rayu gereja dan dakyah sesetengah pihak berkepentingan.
Katanya, Pekida memandang serius perkembangan itu kerana kesucian Islam dan para penganutnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Abdul Khalid perlu bertanggungjawab dalam isu kesucian Islam dan penganutnya serta berundur jika tidak mampu lagi memeliharanya.
“Pekida sentiasa menghormati para penganut agama lain tetapi janganlah pula mereka mengambil kesempatan memurtadkan umat Islam kerana ia salah dari sisi undang-undang,” tegasnya.
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula kecewa dengan tindakan Abdul Khalid yang seperti memihak kepada pihak gereja berkenaan walaupun belum meneliti laporan lengkap JAIS.
Katanya, Abdul Khalid sepatutnya bersikap telus dengan meneliti laporan kedua-dua pihak terlebih dahulu iaitu JAIS dan gereja berkenaan sebelum menyatakan rasa kekesalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aaakan...Jais dibawah Hassan Ali dan kerajaan PR yg pi rempuh gereja...UMNO yg salah.
Hahahahahahahahahahahahahahaha...bulan posa pun Hadi memfitnah..
Tiada tindakan terhadap Hasan Ali - Hadi
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Pas tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali ekoran pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama baru-baru ini.
Malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tugas Hasan sebagai Exco Selangor berjalan seperti biasa.
Beliau juga seperti biasa menyalahkan Barisan Nasional (BN) apabila menyatakan isu itu sengaja dibangkitkan oleh parti pemerintah semata-mata yang mahu menutup tuntutan terhadap pilihan raya bersih.
"Isu Selangor kita buat keputusan untuk terus ke medan walaupun kita tahu isu ini sengaja dijadikan oleh BN untuk menutup (tuntutan) pilihan raya bersih," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Bahagian Penguatkuasaan JAIS dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima, Rabu lalu.
Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.
Dalam laporan eksklusif Mingguan Malaysia hari ini pula, Hasan menegaskan yang beliau sanggup dipecat daripada sebarang jawatan demi kepentingan akidah ummah.
Ketika ditanya hubungan Pas dengan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berikutan isu tersebut, Abdul Hadi berkata, ia berada dalam keadaan baik kerana Pas adalah sebahagian daripada kerajaan Selangor.
Menurutnya, Pas menyerahkan kepada kebijaksanaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menguruskan isu berkenaan kerana ia membabitkan bidang kuasa Sultan Selangor dan negeri.
Ketika diminta mengulas laporan yang menyatakan terdapat usaha memurtadkan orang Islam di gereja berkenaan, Abdul Hadi berkata, Pas akan bertemu dengan pihak gereja untuk mendapatkan penjelasan.
"Kita mahu bertemu dengan pihak gereja untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan secara langsung. Kita tidak mahu bergantung kepada laporan media semata-mata. Kita juga mahu berjumpa dengan JAIS bagi mendapatkan maklumat daripada mereka. Kita mahu mengetahui apa sebenarnya yang berlaku," ujarnya.
Ketika ditanya bila pertemuan itu akan diadakan, beliau berkata, ia bergantung kepada tarikh yang sesuai.
Menjawab satu soalan Abdul Hadi berkata, pihaknya bukan tidak mempercayai laporan yang dikemukakan oleh Hasan, tetapi ia tidak mencukupi.
"Bukan tidak percaya tetapi tidak cukup, laporan media pun tidak cukup. Laporan media lagi kita tidak percaya. Sehubungan itu kita perlu ke medan untuk menemui pihak-pihak yang berkenaan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Akidah tidak boleh 'tawar-menawar'
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Soal akidah umat Islam tidak boleh dijadikan bahan 'tawar-menawar' oleh para pemimpin politik atas alasan menjaga keharmonian antara agama di negara ini.
Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, seluruh pemimpin Islam harus bersatu mempertahankan akidah umat Islam dan berdosa besar sekiranya mereka berdiam diri semata-mata untuk memancing undi orang bukan Islam.
Beliau menyokong penuh pendirian Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Me layu dan Kemudahan Awam, Se langor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang sanggup dipecat daripada jawatannya demi menjaga kepentingan akidah umat Islam.
Menurut Nakhaie, pendirian tegas itu harus dicontohi semua pihak memandangkan gerakan Kristian kini semakin aktif menyebarkan agama itu dalam masyarakat.
"Gerakan untuk mengkristiankan Melayu Islam di negara ini merupakan perancangan antarabangsa dan ia sudah lama dikesan berlaku" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
"Justeru, langkah pemantauan dan pencegahan harus dilaksanakan oleh semua penguat kuasa kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. |

Majlis Fatwa gesa siasat isu gereja
2011/08/08
KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan mahu pihak berkuasa menyiasat segera motif sebenar umat Islam dijemput menghadiri majlis makan malam di sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin yang kesal dengan kejadian itu turut mempersoalkan kenapa majlis itu diadakan ketika umat Islam menjalani ibadat puasa.
“Jika ia bertujuan untuk mempengaruhi individu supaya menukar agama, perkara itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan negara.
“Jika ia sekadar program makan malam, ia tidak sesuai kerana itu adalah waktu berbuka puasa dan diadakan di gereja. Jadi kita kena tengok apa motif sebenar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya kerana mengadakan majlis yang turut dihadiri umat Islam.
Majlis itu dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disyaki berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan percuma kepada golongan miskin atau menghadapi masalah kewangan sebelum memesongkan akidah mereka.
Sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan. Pendedahan itu dibuat beberapa individu yang pernah menyertai program sama dan seorang daripadanya ditahan dalam serbuan itu.
Sambil membidas NGO terbabit kerana tidak menghormati sensitiviti Islam terutama di bulan mulia ini, Abd Shukor meminta semua pihak supaya mengelak melakukan perkara sensitif termasuk menjemput orang Islam menghadiri majlis di gereja kerana ia jelas menimbulkan pelbagai tanggapan.
Abd Shukor juga menegaskan, JAIS tidak boleh dipersalahkan kerana jabatan itu hanya menjalankan tugas.
Beliau meminta pihak yang menghentam JAIS supaya tidak mengelirukan rakyat mengenai tugas serta peranan jabatan berkenaan. |

sempat juga nak selitkan cerita 'bersih' dlm masalah serbu gereja ni
kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
while people are pointing fingers to opposed political parties, we lose footing on what's the most important thing to upheld Islam - help others in need.
bagi aku la, dari jais serbu sana sini, lebih baik dorang spend time, energy, manpower menjaga kebajikan org2 Islam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by crossfire at 8-8-2011 09:34
Majlis Fatwa gesa siasat isu gereja
2011/08/08
KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan mahu piha ...
Anak_Nogori Post at 8-8-2011 09:13
Pengakuan dari wanita yg hadir dlm thanksgiving dinner kononnya....inilah bahan yg dia miliki dari pihak gereja.
Kes serbuan di Gereja oleh JAIS sangat kukuh di pihak JAIS. Bukti semua dah ada. Yang tak tau cerita boleh dapatkan akhbar harian media arus perdana. Jangan cari dalam HARAKAH. confirm takder sebab PAS bukannya perjuangkan Islam tapi kebajikan termasuk kebajikan umat Islam yang nak murtad.
Apa yang kami nak kongsikan kat sini adalah kemerengan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
MB serah laporan kepada Sultan
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menyerahkan laporan penuh berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya, Rabu lalu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor semalam menyatakan penyerahan laporan itu dan tindakan selanjutnya akan dilakukan selepas menerima laporan daripada Jais.
“Sebaik menerima laporan Jais, saya akan menghadap Sultan Selangor untuk mendapatkan nasihat menyelesaikan isu ini serta memastikan perkara sebegini tidak berulang,” katanya.
Abdul Khalid berkata, sehingga tindakan diambil dan isu berkenaan diselesaikan, semua ahli Majlis negeri itu dilarang membuat sebarang kenyataan berkenaan isu itu.
“Seperti dikatakan semalam (kelmarin), kami kesal dengan kejadian itu.
“Niat dan tujuan yang baik tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MBserahlaporankepadaSultan/Article/index_html
Cuba baca betul-betul berita kat atas, Khalid Ibrahim mintak Sultan beri nasihat kat dia? Apa kejadah MB Selangor ni. Sepatutnya dia sebagai MB bagi nasihat kat Sultan bukan Sultan nasihatkan dia.
Nampak sangat dah mereng. Kalau dah tak reti sangat buat kerja, letak je la jawatan wahai Khalid Ibrahim. Derhaka namanya suruh DYMM Sultan Selangor bagi nasihat kat dia. Besar sangat ke jawatan MB sampai Sultan jadi penasihat?
*Apa guna ada penasihat punya la banyak kat pejabat MB kalau semuanya tak boleh pakai. Yang harganya seringgit tu mana pergi. Makin gaji buta ke. MB Selangor ni pun bangang jugak sebab sebagai MB, dia patut mintak nasihat EXCO yang berkaitan bukannya Sultan. Itu pun nak kena ajar ke. |
|
|
|
|
|
|
|
PAS nak amik tindakan kat Hasan Ali pun pikir ribu-ribu kali..musti byk penyokong depa marah...tp at the same time nak amik hati exco2 non muslim kat selnagor tu demi nak undi...
tp takpelah...Cari jln kuar senang.. Hadi salahkan BN jer... |
|
|
|
|
|
|
|
while people are pointing fingers to opposed political parties, we lose footing on what's the most i ...
LostSoul Post at 8-8-2011 09:18
betul tu..sibuk gaduh point here point there sampai lupa isu yg lebih besar....punca knp org Islam boleh turn kpd org kafir untuk bantuan...gempak sgt ke approach mereka? aku rasa tak...dalam zaman skrg dimana jabatan yg patutnya jaga kebajikan org Islam red tape ngalahkan hapa dan iman org2 Islam yg lebih nipis dari kulit bawang...tak payah org kristian dakyah gempak2...bagi makan pun dah blh gadai akidah... |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya ____ korang yang bijak pandai bercakap pasal kegagalan bantuan/zakat kepada umat islam miskin ni ____ lengkapkah bayaran zakat uols?
jangan sampai bercakap jer berdegar-degar ___ tapi nak hulur barang 10sen kat orang susah pun terketaq-ketaq ____ |
|
|
|
|
|
|
|
muhibah pun haram ikot pemahaman JAIS
berlambak org x solat teraweh ...
kecimpret Post at 4-8-2011 09:17
Oooopss! Nanti jap , kata JAIS serbu coz depa tak terawih tu, bukan JAIS ya. SAlah sorang Forummer yg buat assumption kat sini. Andaian forummer sahaja...JAIS tak kata pon... |
|
|
|
|
|
|
|
PAS to help resolve Jais church raid controversy
By SIRA HABIBU
PETALING JAYA: PAS is stepping ...
atira Post at 7-8-2011 21:20
I truly believe JAIS will tell the truth. But will the church do the same thing??
Perlu kah JAIS nak buat statement dgn PAS? JAIS dgn PAS tu sape? |
|
|
|
|
|
|
| |
|