|
[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari
[Copy link]
|
|
puteribaya replied at 18-7-2017 04:47 PM
cakap apsal pulau..I teringat satu movie i penah tguk lama dulu..kisah satu doktor ni..gila kot..d ...
Oh...the island of dr moreau ke?...val kilmer kot blakon..kalu x slah la...i tgk tak abis...rasa cam geli |
|
|
|
|
|
|
|
hola Dee
yup, kepala khinzir yg dicacak, siap dihurung lalat lagi tu yg dia org panggil lord of the flies paling sadis bila kawan dia yg montel tu mati ditimpa batu besar... yg ditolak oleh geng liar, sbb nak ambik spek dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
cerita island of dr moreau ke? pernah tengok sikit2. w/pon minat marlon brando tp tak pernah teringin pulak nak tengok sampai habis
|
|
|
|
|
|
|
|
betul2..betul citer tu la
|
|
|
|
|
|
|
|
yah..human-animal hybrids..siap buat vivisection lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by msamyrazi at 24-7-2017 10:55 AM
i penah tengok cite tp tak ingat bila . muka budak yg tolak batu selamber gile . naik takut i. cite ni dh tak de ulang kan? nak cari cd pun tak sure ada ke idok kat malaysia .
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalu nak tengok tapi tak berpeluang nak tengok 'The island of dr. Mareau' |
|
|
|
|
|
|
|
muahahahahhaa hahahahaha hihihii! baru perasan i tulis khatan
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by DeeHanania at 20-7-2017 07:56 AM
dani-rox replied at 19-7-2017 12:08 AM
hola Dee
yup, kepala khinzir yg dicacak, siap dihurung lalat lagi tu yg dia org panggil ...
Hola Dani...
Piggy kan nama yer...
Mereka bertiga,Piggy,Ralph&Jack...
Tp kalo bca,baik duk sensorang kat pulau mcm filem Castway,lakonan Tom Hanks sbgai Chuck Nolan,bersama bola sbgai peneman
Nak buat apa2 pun mudah,
Xde berpuak2,xde bertalam muka,dendam antara satu sama lain kan...
Dani,
Penah bca x kisah Jill Dando-pembunuhan selebriti UK yg x trungkai kes yer
Jugak kisah pasangan pembunuh Fred&Rosemary West...
C rosemary penah mmbunuh anak Fred( hasil perkahwinan pertama)semasa Fred d dlm penjara,tanpa dketahui Fred
Jugak Fred&Rosemary membunuh kakak Rosemary,Heather angkara cemburu&membunuh 9 org yg lain kerana gara2 mlampiaskan keinginan seksual pelik pasangan nie...psiko kan |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks dani for the update |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dani-rox at 22-7-2017 12:25 AM
mcm pernah baca dan tengok doku psl kes Jill Dando, tp lama dah kot. kena baca balik la nampaknya, nak refresh memory.
kes fred & rosemary west; heather tu anak kandung dia org... tp selalu didera, dan dirogol oleh fred. lepas bunuh heather, dia org tanam mayatnya kat halaman rumah bersama2 mangsa dia org yg lain. masa tu ai masih sekolah, terbaca dlm newspaper... first page lg, polis UK tangkap pasangan suami isteri serial killers. mula2 tengok gambar rosemary, ala2 suri rumah yg harmless jah. ai masih budak2 lg, tak percaya muka ibu2 mcm tu bunuh berbelas2 org. padahal rupa baik2 itu la yg mengumpan mangsa.
btw fbi yg sama2 kaji kes ni pun cakap rosemary sebenarnya mastermind. ai ingat lg mcm mana dia bunuh anak gf Fred dgn menggunakan frying pan. ada satu family photo; budak tu dgn heather masa baby dan kakak si heather. gigi jarang kat tengah... bila polis jumpa tengkorak memang obvious ciri fizikal tu. sedih sgt bila ingat balik.
Rose dan fred sama2 sex maniacs, fred suka menghendap dan terangsang dgn voyeur... rose pulak nymphomaniac, dia dibesarkan dlm suasana incest. lakibini tu buat iklan pelacuran, rose paling suka layan lelaki kulit hitam west indies... fred pulak akan jd penonton, tengok aksi bininya dgn lelaki lain. kalau tak silap, rose sampai dpt dua anak hasil drpd aktiviti tuh.
satu lg, ada sorg jah survivor yg berjaya menyelamatkan diri. mula2 jd nanny utk anak2 west, tp kemudian dirogol dan diseksa oleh lakibini tu pulak. rose paling agresif katanya. pernah tengok dlm CI, dia org interview mangsa tu... nampak tua dari usia. kesian dia, haruslah trauma seumur hidup kan. rasanya tahun lepas dia meninggal dunia, sakit kanser.
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 22-7-2017 12:19 AM
mcm pernah baca dan tengok doku psl kes Jill Dando, tp lama dah kot. kena baca balik la nampaknya, ...
Tu laa psl yer,
Dani...
Wajah Heather lembut kan...
Kita bca buku Criminal Cold Cases,mngenai kisah laki bini nie
Kmurungan skjap...
Muka Rosemary biasa2 jek,laki yer c Fred xleh hensem mane pun...
Tp psiko...
Jugak kita bminat sungguh psl kisah c Marion Crofts c remaja 14thn drogol,dpukul&dbunuh,basikal yer dtemui berhampiran dgn umah dia...
Mayat yer dtemui kat dlm semak,
Smpai profile dna dcari penjenayah sluruh UK ktika tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
lama gila tak masuk tred ni.. baru sampai episod last. kes sarah joe tu teringat pulak movie perfect storm. same storyline tapi ending dia sume mati ditelan ombak. |
|
|
|
|
|
|
|
Underrated and yet informative...thank you so much tt cuz sharing these cold unsolved cases...ai pernah tgk psl black dahlia,lizzie borden,few other cases but ape y tt share mostly new to me..
Ada satu kes y ai rase very disturbing and mcm ada agenda tersembunyi aje,iaitu kes Deborah Wolfe...bile baca psl kes tu,ada something wrong somewhere,especially cara pihak polis menyiasat kes tu,which is sambil lewa dan terlalu pelik,macam nak cover actual criminal..
Hope tt boley carigali pasal kes deborah wolfe ni and share kt cni..tenkiyu tt once again sebab bukak benang ni..ai am enjoying myself too much with this and been binge reading the whole thing.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas baca setiap kisah dalam ni,aku terus search kisah yang sama dalam pinterest for more stories dan gambar.
Mcm2 info tambahan ada.
Good job tt. |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 28-7-2017 12:08 AM
thanks salmon-suki glad to know you enjoyed this thread so much. btw really appreciat ...
Yessss..that case! Unfair investigation..kesian kt family..bukti ada tp maybe imo, criminal tu police-related kot..sbb tu dorg siasat sambil lewa je.. |
|
|
|
|
|
|
|
lama gila nak habiskan baca.
tak berani nak baca time sorang2.
sikit2 baca sebabnya takut terbayang2.
thanks, TT.
ni fisrt thread seram yang i baca sampai habis walaupun ambil masa yang lama. |
|
|
|
|
|
|
|
Fuh..aku baca dari pukul 11.30 malam sampailah ke pukul 6.30 pagi semata-mata nak baca semua cerita..serius best gila, thanks sis dani-rox.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dani-rox at 8-8-2017 07:03 AM
KES PEMBUNUHAN DI NOIDA, INDIA YANG DITUTUP TAPI MASIH 'TERGANTUNG'
Kiri: Aarushi Talwar, kanan: Hemraj Banjade
Kes ini menggemparkan seluruh negara India bukan saja kerana pembunuhan berkembar yg melibatkan nyawa seorg anak gadis belasan tahun tetapi juga cara siasatan pihak berkuasa yg mencetuskan kontroversi. Bahkan mangsa pembunuhan tanpa belas kasihan menjadi subjek wartawan2 tabloid. Hasil siasatan yg mengambil masa 5thn, kisah ini sepatutnya berakhir dgn pendakwaan dan menjatuhkan hukuman ke atas org2 yg dipercayai bertanggungjawab. Namun, yg menjadi persoalan; adakah sistem undang2 India benar2 berlaku adil?
Malam Kejadian
Pada malam 15 Mei 2008 selepas menikmati makan malam, Aarushi Talwar, pelajar sekolah awam Noida berusia 14thn menerima hadiah hari jadi lebih awal - sebuah kamera digital Sony drpd ibu bapanya. Gadis itu merupakan anak tunggal kpd Rajesh dan Nupur Talwar, kedua2nya doktor gigi yg menjalankan perkhidmatan dua buah klinik, bersama rakan kongsi yg juga sepasang suami isteri; Dr Praful dan Dr Anita Durrani. Keluarga Talwar mendiami sebuah apartmen di tingkat 2, Sector 25, Jalvayu Vihar di Noida, Uttar Pradesh bersama seorg pembantu rumah lelaki berbangsa Nepal bernama Hemraj Banjade, 45 thn.
Aarushi bersama ibu bapanya, Dr Rajesh dan Dr Nupur Talwar
Apartment keluarga Talwar
Pada malam itu Aarushi mencuba kamera barunya itu dgn mengambil beberapa gambar bersama kedua ibu bapanya. Lebih kurang dlm pkl 10.00-10.30, anak beranak itu masuk ke bilik masing2. Hemraj pula menyediakan makan malam utk dirinya.
Pintu bilik Aarushi berkunci secara automatik apabila ditutup – Ia cuma dpt dibuka dr dalam atau dgn anak kunci dr luar. Set kunci bilik gadis itu disimpan di dlm laci bersebelahan katil Nupur.
Rajesh menyuruh Nupur menghidupkan internet router yg berada di bilik anak mereka. Setibanya di bilik Aarushi, Nupur mendapati anak gadisnya itu sedang membaca buku karya Chetan Bhagat yg bertajuk ‘The 3 Mistakes of My Life’. Wanita itu kembali ke biliknya setelah menghidupkan router. Pada masa yg sama, Rajesh menerima panggilan dr Amerika melalui telefon rumah, yg diletak di dlm bilik mereka – yakni deringan telefon yg aktif. Penggunaan internet pula didapati berakhir pd pkl 12.08 pagi.
Sekitar pkl 12.30 pagi, salah seorg rakan Aarushi cuba menghubungi telefon bimbit dan talian rumahnya – kedua2nya tidak berjawab. Dia kemudiannya menghantar sms, namun ia gagal diterima oleh telefon Aarushi.
Untuk masuk ke apartmen keluarga Talwar, seseorg perlu melalui tiga pintu. Pintu paling luar iaitu pagar grill yg perlu ditolak dgn kuat, pintu kedua yg juga jenis grill – mempunyai selak (latch) dari luar. Pintu paling dalam pula adalah diperbuat drpd kayu, spt pintu bilik Aaarushi; ia akan berkunci secara automatik apb ditutup. Bilik pembantu rumah, Hemraj mempunyai dua pintu iaitu salah satunya laluan masuk rumah keluarga Talwar dan satu lagi terletak di antara ruang kedua2 pintu grill.
Klik utk melihat pelan rumah Talwar
Tragedi di Apartment
Pada pukul 6 pagi, 16hb Mei 2008, Bharati Mandal pembantu rumah wanita keluarga Talwar tiba di hadapan apartment keluarga itu. Setiap pagi, Hemrajlah yg membuka pintu utknya memandangkan Rajesh dan Nupur biasa bangun lewat. Kali ini tiada siapa yg datang membuka pintu, dan menurut Bharati – Dia cuba menolak pintu pagar paling hadapan itu, namun gagal.
Setelah membunyikan loceng kali ke-3, Nupur pun muncul dan melalui celah2 gerigi pintu kedua menyatakan ia telah dikunci selak dr luar. Dia juga bertanyakan seandainya Bharati mengetahui di mana Hemraj berada, tetapi wanita itu mengatakan yg dia tidak tahu. Dr Nupur lantas berkata; barangkali Hemraj keluar sekejap utk mengambil susu dan mengunci pintu kedua itu dr luar. Wanita tersebut kemudiannya meminta Bharati utk menunggu di luar seketika hingga Hemraj kembali. Walau bagaimanapun, Bharati enggan dan meminta Nupur utk membaling saja kunci kpdnya. Oleh itu, Nupur menyuruh pembantu rumahnya itu turun ke tingkat bawah supaya dia dpt membaling kunci itu dari balkoni.
Dikatakan dlm masa yg sama Nupur cuba menghubungi telefon bimbit Hemraj, menurutnya panggilan pertama telah diputuskan secara tiba2. Apabila dia cuba sekali lg, telefon lelaki itu telah ditutup.
Sebaik saja Bharati tiba di tingkat bawah, Nupur mengarahkan wanita itu berpatah balik semula ke pintu depan apartmentnya – Mungkin pintu kedua itu cuma ditutup selaknya bukan berkunci. Bharati berkeras agar Nupur melemparkan saja kuncinya, dia tak sanggup turun naik sekali lg seandainya pintu itu benar2 berkunci. Nupur mengalah, dan memberikan set kuncinya.
Tidak lama kemudian, Rajesh pun bangun dan menuju ke arah ruang tamu. Dia terkejut apabila menemui sebotol wiski yg hampir kosong di atas meja makan, lantas bertanyakan Nupur siapa yg meletakkan botol itu di situ. Pelik dgn penemuan tersebut, tiba2 Rajesh teringatkan Aarushi dan menyuruh isterinya memeriksa bilik tidur anak mereka. Pagi itu, pintu bilik Aarushi yg sepatutnya berkunci dari dalam, dpt dibuka begitu saja. Apabila mereka masuk ke bilik tersebut, pasangan Talwar menemui mayat Aarushi terbaring di katilnya. Rajesh mula menangis dgn kuat manakala Nupur pula hanya mampu berdiam diri (menurutnya, dia dlm keadaan yg sgt terkejut).
Sementara itu, Bharati tiba di pintu paling depan, dgn sekali tolak saja pintu itu terbuka tanpa kunci. Pintu kedua pula ditutup selaknya, tp tidak dikunci. Apabila dia masuk ke apartment Talwar, wanita itu melihat Rajesh dan Nupur sedang menangis. Nupur meminta Bharati masuk ke bilik Aarushi, pembantu rumah itu mendapati mayat Aarushi telah ditutup dgn selimut. Setelah Nupur menarik selimut tersebut, Bharati nampak kelaran pd leher anak gadis itu. Kedua2 ibu bapanya syak Hemraj yg melakukan pembunuhan itu. Bharati keluar sekejap meninggalkan apartment itu utk memberitahu jiran akan apa yg telah terjadi. Oleh kerana pasangan Talwar menolak perkhidmatannya utk menguruskan kerja rumah pd hari itu, Bharati pun meminta diri dan meneruskan pekerjaannya di rumah2 lain.
Pasangan Talwar menghubungi keluarga dan rakan mereka. Puneesh Rai Tandon, salah seorg jiran di tingkat bawah menyuruh pengawal keselamatan Jalvayu Vihar utk menelefon pihak polis. Setibanya polis di apartment itu, terdapat 15 org awam sudah berada di ruang tamu manakala 5-6 org lagi berada di dlm bilik Rajesh dan Nupur. Tempat kejadian telah habis ‘tercemar’ dan dipijak2. Kisah pembunuhan di kawasan perumahan elit turut mendapat perhatian pihak media. Mereka mula berkumpul di situ pd pkl 8 pagi.
Suspek: Pembantu Rumah Berbangsa Nepal
Hari semakin lewat dan Hemraj tidak kunjung tiba, membuatkan Rajesh dan Nupur amat yakin bahawa pembantu rumah mereka itulah yg membunuh anak mereka. Rajesh mendesak agar pihak polis memburu Hemraj, drpd menghabiskan masa di apartment mereka. Lelaki itu juga menawarkan wang sebanyak RP25ribu kpd polis utk bergegas ke kampung halaman Hemraj di Nepal.
Teori pihak polis ketika itu; Hemraj memasuki bilik Aarushi dlm keadaan mabuk – setelah meminum wiski Scotch dan cuba mencabul kehormatan gadis tersebut. Apabila Aarushi melawan, dia pun membunuhnya dgn menggunakan ‘kukri’ (sejenis pisau Nepal). Lelaki itu dinamakan sbg org yg dikehendaki oleh polis dgn RP20ribu sbg ganjaran utk maklumat hingga dia tertangkap.
Contoh pisau 'kukri'
Hasil laporan bedah siasat Aarushi menyatakan kepala gadis itu telah dipukul dgn benda tumpul – terutamanya di bahagian kening atas mata kiri. Pukulan itu menyebabkan darah beku pd otak. Dia juga telah dikelar pd leher, kemungkinan besar dilakukan setelah dipukul di kepalanya. Dikatakan salah seorg kenalan kpd Dinesh Talwar (abang Rajesh) yg juga berpengaruh dlm bidang perubatan India, telah meminta doktor yg ditugaskan memeriksa mayat Aarushi utk tidak memasukkan hasil ujian kit rogol ke dlm laporan post mortem. Pakar itu menolak, lagipun ujian rogol mendapati tiada sebarang tanda serangan seksual berlaku ke atas gadis malang itu.
Sekitar pkl 1 tgh hari, mayat Aarushi dibawa balik ke rumahnya dan diletakkan di atas hamparan bongkah ais di ruang tamu. Pd pkl 4 petang, mayatnya dihantar ke pusat pembakaran. Menurut pasangan Talwar, setelah dituduh cuba membakar mayat anak mereka dgn tergesa2, mayat itu telah mula mereput dgn cepat dan org2 tua dlm keluarga mereka mengarahkan supaya pembakaran dilakukan dgn segera. Malah pihak polis sendiri yg mengesahkan bahawa mayat itu tidak perlu melalui pemeriksaan lebih lanjut.
Selain itu, polis juga syak dgn tindakan salah seorg pekerja domestik pasangan itu yg terburu2 membersihkan bilik Aarushi – Namun, ini juga telah dijelaskan oleh pekerja itu, Vikas Sethi ketika dlm perbicaraan; bahawa polis sendiri yg memberi kebenaran kpdnya, disaksikan seorg konstabel wanita.
Tingkat teres di atas apartment Talwar
Sebahagian drpd tilam Aarushi telah dipotong dan dihantar ke makmal forensik bersama bantal, cadar dan pakaian. Vikas Sethi dlm keterangan mahkamahnya memberitahu bahawa dia bersama tiga org lg rakan sekerja cuba membuang tinggalan tilam itu ke tingkat teres di atas apartment keluarga Talwar, tetapi pintu ke tingkat itu berkunci. Lantas seorg wanita di kejiranan itu menyuruh mereka membuang saja tilam tersebut ke tingkat teres bersebelahan yakni atas apartment jiran Talwar iaitu Puneesh Tandon. Tambahan pula mereka pernah ke situ pd tgh hari tersebut, ketika membuang bongkah ais yg digunakan utk menyejukkan mayat Aarushi. Maka mereka mengheret tilam itu ke teres bersebelahan, setelah selesai ia dikunci semula oleh Puneesh.
Tiada seorg pun yg sedar akan mayat Hemraj yg terbaring di teres sebelah -- di atas apartment Talwar, yg hanya dipisahkan dgn pagar grill.
Penemuan Yang Mengubah Haluan Siasatan
Pada pagi keesokannya 17hb Mei, ketika Rajesh dan Nupur pergi ke Haridwar utk menaburkan abu mayat Aarushi ke Sungai Ganga berdasarkan adat Hindu, beberapa pelawat tiba ke apartment mereka yg disambut oleh Dinesh Talwar. Ada di antara mereka mula membincangkan teres Talwar dan perbincangan semakin menarik apabila salah seorg pelawat yg tersilap naik hingga ke teres tersebut, ternampak kesan darah pd pemegang pintu teres . Apa yg pelik hingga sekarang mereka tidak menemui anak kuncinya. Atas kebenaran Dinesh, pihak polis pun memecah kunci pintu itu. Mereka melihat beberapa kesan seretan berdarah, dan beberapa langkah kemudian terdapat sekujur tubuh mayat sedang mereput.
Cap tangan dgn kesan darah yg dijumpai di teres Talwar
Kedudukan mayat Hemraj dan Aarushi
Dinesh gagal mengenali mayat itu dan menelefon Rajesh dan Nupur (ketika itu masih dlm perjalanan ke Haridwar) utk pulang ke rumah. Setibanya pasangan Talwar ke apartment itu, Rajesh saja yg naik ke atas manakala Nupur menunggu di dlm kereta bersama abu anaknya kerana adat mereka melarang membawa masuk abu mayat ke rumah.
Setelah beberapa ketika, Rajesh memberitahu pihak polis yg dia tidak dpt mengesahkan mayat itu adalah Hemraj kerana kecederaannya yg teruk dan juga kerana proses pereputan. Dia dan Nupur menyambung semula perjalanan ke Haridwar dan pulang ke rumah pd hari yg sama. Apa pun, mayat Hemraj telah dikenalpasti oleh salah seorg rakan rapatnya.
Autopsi mayat Hemraj mendapati lelaki itu juga mengalami kecederaan yg sama spt Aarushi -- pukulan dgn objek tumpul pd belakang kepalanya dan kelaran leher pd posisi yg sama. Kandungan isi perutnya menunjukkan Hemraj tidak langsung menjamah makanan, ini disahkan dgn hidangan malamnya yg tidak terusik pd pagi 16hb Mei itu. Fakta kontroversi berkenaan kemaluan mayat yg dikatakan membengkak – doktor bedah yg bertugas berpendapat sama ada Hemraj berada dlm keadaan terangsang secara seksual atau sedang melakukan seks ketika dia menemui ajalnya. Namun pandangannya ditolak oleh mahkamah apabila pihak pembelaan menyatakan adalah sesuatu yg normal sekiranya kemaluan mayat dlm keadaan kembang dan mengeras, dan doktor itu akhirnya mengakui penilaian tersebut dibuat bukan berdasarkan pengetahuan perubatan tetapi pengalaman peribadinya sendiri.
Beberapa thn kemudian, Agensi Biro Siasatan India (CBI) berpendapat senjata yg digunakan utk memukul kepala kedua2 Aarushi dan Hemraj adalah kayu golf kepunyaan Rajesh Talwar. Senjata yg digunakan utk mengelar leher mangsa2 tersebut masih hilang – pd mulanya penyiasat syak ia adalah pisau Nepal, kukri. Kemudian apb. mengetahui kelaran itu spt dilakukan oleh pelajar2 perubatan (spt Rajesh dan Nupur Talwar) mereka meletakkan scalpel (pisau pembedahan) pergigian sbg salah satu senjata pembedahan. Namun saksi pembelaan iaitu pakar forensik memberitahu scalpel yg selalu digunakan oleh doktor gigi tidak mampu melakukan kelaran hingga memutuskan pembuluh darah utama. Scalpel saiz 10 (tidak pernah digunakan oleh doktor gigi) adalah paling hampir.
Hasil siasatan polis pd bilik Hemraj; mereka menemui 3 gelas; dua drpdnya mempunyai sedikit kuantiti alkohol, manakala satu lg kosong. Penyiasat juga menemui satu botol bir, sebotol Sprite dan sebotol wiski. DNA Hemraj ditemui pd botol bir tersebut walaupun menurut rakan2 yg mengenalinya memberitahu Hemraj bukan seorg peminum arak. Di dalam bilik air pembantu rumah, dia juga menjumpai ‘air kencing yg datang drpd 3 org’.
Laporan siasatan pd bilik Aarushi pula menyatakan; gadis itu ditemui di atas katil, ditutup dgn selimut putih. Wajahnya pula ditutup dgn beg sekolahnya. Terdapat darah pd bantal, katil, dinding dan pintu. Namun alat permainan, beg dan bantal merah jambu dlm keadaan normal.
Berdasarkan kedudukan ketiga2nya yg tidak jauh drpd mayat, para penyiasat percaya kesemuanya diletak semula spt biasa selepas pembunuhan itu berlaku. Buku ‘The 3 Mistakes of My Life’ bacaan Aarushi pd mlm itu juga tiada sebarang kesan darah.
Selain itu polis mengesahkan tiada tanda pecah masuk ke apartmen keluarga Talwar dan para pengawal keselamatan Jalvayu Vihar memberitahu bahawa, tiada individu yg mencurigakan keluar masuk di kawasan perumahan itu pd malam kejadian.
Kedua2 telefon bimbit kepunyaan Hemraj dan Aarushi tidak ditemui. CBI memeriksa rekod nombor telefon Hemraj, yg membuktikan Nupur memang ada menelefon pembantu rumahnya itu pd pagi 16 Mei – Rekod itu turut menunjukkan sesiapa saja yg menyimpan telefon tersebut masih berada di kawasan apartment berkenaan pd waktu yg sama. Selepas pembunuhan, nombor itu pernah aktif buat sementara waktu di negeri Punjab.
Bbrp hari selepas kematiannya, telefon bimbit Aarushi pula ditemui di sebuah jalan yg tidak berturap oleh seorg pembantu rumah bernama Kusum, berdekatan kawasan Sadarpur di Noida. Telefon itu kemudiannya diambil oleh abangnya Ram Bhool, yg menggunakannya dgn kad SIM yg baru. Setelah dikesan pd 2009, Ram memberitahu telefon itu telah dijual kpd org lain. Setelah menjalani sesi soal siasat, pihak polis yakin yg Kusum dan abgnya tidak mempunyai sebarang kaitan dgn pembunuhan2 itu dan tidak tahu menahu langsung mengenai perkara sebenar di sebalik telefon bimbit tersebut. Namun penyiasat gagal memperolehi kad data, gambar mahupun sms selepas berjaya mendapatkan telefon Aarushi itu.
Pihak polis juga menerima maklumat mengenai Hemraj, yg kononnya dia pernah memberitahu kpd rakan2nya; dia bimbang tentang keselamatan dirinya. W/pun menantu Hemraj yg juga rapat dgn lelaki itu menafikan pernah mendengar hal tersebut, tetapi salah seorg pekerja sosial yg mengenali Hemraj mendedahkan, 5 hari sebelum kematiannya Hemraj kelihatan dlm keadaan susah hati sambil berkata sesuatu yg buruk akan berlaku pd dirinya, org2 yg rapat dan org2 yg disayangi.
Penemuan mayat Hemraj telah memalukan jabatan polis, kerana pd awal siasatan mereka begitu fokus utk meletakkan tuduhan membunuh ke atasnya. Cara penyiasatan pihak polis juga dikritik terutamanya drpd pihak CBI; sudahlah cap2 jari pd botol arak di bilik Hemraj tidak diambil, polis juga tidak memperketatkan jagaan pd tempat kejadian dan membiarkan pihak media keluar masuk sesuka hati. Satu lg, pihak polis turut membenarkan para doktor yg tidak bertauliah dlm bidang forensic pathology, melakukan autopsi pd mayat Aarushi dan Hemraj. Salah satu proses autopsi adalah mengambil kulit cap jari drpd mayat, namun doktor2 yg bertugas ketika itu tidak menghubungi saintis forensik utk melakukannya. Akibatnya pegawai penyiasat ditukar bertugas utk kes lain, dan superintendannya pula dipindah ke kawasan baru.
Pd Ogos 2008, pihak CBI menemui bukti fizikal yg menunjukkan kehadiran org ke-5 di rumah itu pd mlm kejadian – bbrp cap jari pd botol wiski tidak padan dgn mana2 suspek atupun org yg tinggal di rumah tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|