CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kak-Leen

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 30

 Close [Copy link]
Post time 30-1-2021 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 30-1-2021 06:32 PM
Betulke yg kena ni org indon banglaa.. even sepang hari mi pun dah 500 lebih

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
Berikut adalah Infografik-infografik situasi COVID-19 di Negeri Perak.

1) Infografik 1
Ringkasan Kes COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 30 Januari 2021, 12.00 tengahari)

2) Infografik 2
Taburan Kes COVID-19 Mengikut Mukim di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 30 Januari 2021, 12.00 tengahari)

3) Infografik 3
Kes COVID-19 Mengikut Mukim Tanpa Kes Baharu COVID-19 Selepas 14 Hari dan 28 Hari
(dikemaskini sehingga 30 Januari 2021, 12.00 tengahari)

Data yang dipaparkan adalah data yang telah dikemaskini dan penyelarasan data dilakukan dari semasa ke semasa.

4) Infografik 4
Laporan Kluster COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 30 Januari 2021, 12.00 tengahari)

PERINCIAN KES

112 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini (30 Januari 2021) ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  107 kes adalah jangkitan tempatan dan 5 kes adalah jangkitan dari luar Perak.

a) Daerah Kinta (23 kes)

13 kes dari kluster baru iaitu Kluster Jalan Pengkalan.  13 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Pengkalan adalah 60 kes.

7 kes dari saringan kontak rapat.  7 kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan bergejala.  2 kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan kendiri.  Kes adalah jangkitan tempatan.

b) Daerah Kuala Kangsar (25 kes)

6 kes dari kluster baru iaitu Kluster Lasah.  6 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Lasah adalah 24 kes.

5 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok Taiping.  5 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok Taiping di Perak adalah 69 kes.

2 kes dari saringan kontak rapat.  1 kes adalah jangkitan tempatan dan 1 kes jangkitan dari luar Perak.

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

11 kes dari saringan Orang Kena Tahan (OKT).  11 kes adalah jangkitan tempatan.

c) Daerah Larut Matang Selama (9 kes)

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok Taiping.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok Taiping di Perak adalah 70 kes.

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Beringin.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Beringin di Perak adalah 108 kes.

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

6 kes dari saringan bergejala.  5 kes adalah jangkitan tempatan dan 1 kes jangkitan dari luar Perak.

d) Daerah Kerian (9 kes)

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Beringin.  Kes adalah jangkitan dari luar Perak.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Beringin di Perak adalah 108 kes.

7 kes dari saringan kontak rapat.  6 kes adalah jangkitan tempatan dan 1 kes jangkitan dari luar Perak.

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

e) Daerah Muallim (4 kes)

2 kes dari saringan kontak rapat.  2 kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan bergejala.  1 kes adalah jangkitan tempatan dan 1 kes jangkitan dari luar Perak.

f) Daerah Kampar (12 kes)

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Taman Sejahtera.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Taman Sejahtera di Perak adalah 68 kes.

8 kes dari saringan kontak rapat.  8 kes adalah jangkitan tempatan.

3 kes dari saringan bergejala.  3  kes adalah jangkitan tempatan.

g) Daerah Hilir Perak (8 kes)

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Intan Mas.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Intan Mas di Perak adalah 20 kes.

7 kes dari saringan kontak rapat.  7 kes adalah jangkitan tempatan.

h) Daerah Manjung (8 kes)

7 kes dari saringan kontak rapat.  7 kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan pra-pembedahan di hospital.  Kes adalah jangkitan tempatan.v

i) Daerah Perak Tengah (6 kes)

5 kes dari saringan kontak rapat.  5 kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan Orang Kena Tahan (OKT).  Kes adalah jangkitan tempatan.

j) Daerah Batang Padang (4 kes)

4 kes dari saringan bergejala.  4 kes adalah jangkitan tempatan.

k) Daerah Hulu Perak (4 kes)

4 kes dari saringan kontak rapat.

4 kes adalah jangkitan tempatan.

#penjarakanfizikal
#amalkannormabaharu
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#attackredprotectgreen

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2021 07:45 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 1-2-2021 08:41 AM

Kenyataan Akhbar KPK 30 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JANUARY 30, 2021
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
30 JANUARI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 30 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh :3,805 kes (161,527 kes kumulatif, 77.0%);
  • Kes baharu : 5,728 kes (209,661 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (2 warganegara, 3 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 5,723 kes [3,780 warganegara (66.0%); 1,943 bukan warganegara (34.0%)];
  • Kes aktif : 47,388 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 319 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 120 kes; dan
  • Kes kematian :13 kes (746 kes kumulatif , 0.36%)
Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 3,285 kes (57.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 2,467 kes (75.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 792 kes (13.8 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 480 kes (8.4 peratus).
Sebanyak 132 kes (2.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (103 kes), Kluster Tembok Choh (6 kes), Kluster Tembok Taiping (6 kes), Kluster Tembok Renggam (5 kes), Kluster Matambai (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (3 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (3 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes di Selangor, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perak serta masing-masing satu (1) kes di Johor, Sarawak, dan Melaka. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 30 Januari 2021;
  • Jumlah kluster : 807 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 16 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 420 kluster (termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Batu Tujuh, Kluster D’Bajaru, Kluster Tapak Bina Jalan Broga, dan Kluster Mador;
  • Jumlah kluster aktif : 387 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 97 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria (567 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (103 kes), dan Kluster Pasai (96 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja dan tiga (3) kluster komuniti.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan SuasaJohorTempat Kerja
2Jalan RiangJohorTempat Kerja
3Jalan LombongJohorTempat Kerja
4Bintang UtamaJohorTempat Kerja
5Bayu TampoiJohorTempat Kerja
6Bukit Batu GrisekJohorTempat Kerja
7Jalan TrompetSelangorTempat Kerja
8Kampung HalaSelangorTempat Kerja
9Lingkaran MaluriWP Kuala LumpurTempat Kerja
10Desa TunWP Kuala LumpurTempat Kerja
11Tanah PutihPahangTempat Kerja
12Jalan KetengahPahangTempat Kerja
13Jalan LabukSabahTempat Kerja
14LasahPerakKomuniti
15TersatTerengganuKomuniti
16Taman AmalinaPahangKomuniti
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
30 Januari 2021 @ 7.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 30 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR3,285 (2)65,474
SABAH26348,570
WP KUALA LUMPUR48024,818
JOHOR79220,538
NEGERI SEMBILAN15811,608
PULAU PINANG1017,779
PERAK1126,044
KEDAH995,733
SARAWAK1914,315
MELAKA423,422
KELANTAN  283,221
PAHANG512,910
WP LABUAN29 (3)2,123
TERENGGANU852,059
WPPUTRAJAYA12876
PERLIS0171
JUMLAH KESELURUHAN5,728 (5)209,661
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 5,728 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 30 Januari 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 3,285 kes
    • 967 kes daripada kluster-kluster, termasuk 91 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Trompet dan Kluster Kampung Hala;
    • 1,500 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 816 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 792 kes
    • 337 kes daripada kluster-kluster, termasuk 60 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Suasa, Kluster Jalan Riang, Kluster Jalan Lombong,Kluster Bintang Utama,  Kluster Bukit Batu Grisek, dan Kluster Bayu Tampoi;
    • 256 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 199 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 480 kes
    • 76 kes daripada kluster-kluster, termasuk 35 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Lingkaran Maluri dan Kluster Desa Tun;
    • 180 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 224 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 263 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Labuk;
    • 180 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 67 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 191 kes
    • 106 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 158 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 103 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 112 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lasah;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 101 kes
    • 15 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 58 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 99 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 85 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tersat;
    • 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 51 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tanah Putih, Kluster Jalan Ketengah, dan Kluster Taman Amalina;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 42 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 29 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 28 kes
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 12 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan 13 kes kematian pada 30 Januari 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNo. KesNegeriJantinaUmur (tahun)Hospital/ Tempat KematianLatar Belakang
734121104SabahPerempuan (WN)63Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit ulser peptik
735135654PerakPerempuan (WN)73Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohDislipidemia dan polycythaemia
736140408JohorPerempuan (WN)60Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
737180818SelangorLelaki (WN)62Jenazah  dibawa ke Hospital Tanjung Karang, Kuala Selangor  Penyakit kencing manis dan darah tinggi  
738199155SelangorLelaki (WN)78Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi dan Benign Prostatic Hyperplasia
739201328SelangorPerempuan (WN)62Hospital Sungai Buloh  Kanser payu dara
740201333SelangorLelaki (WN)53Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis dan darah tinggi  
741203226PerakLelaki (WN)71Hospital Seri ManjungPenyakit Parkinson dan aortic aneurysm
742203396SarawakPerempuan (WN)41Hospital KapitPenyakit  darah tinggi, obesiti, dan asma
743203608MelakaPerempuan (WN)64Hospital MelakaPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
744203775WP LabuanLelaki (WN)45 Hospital LabuanPenyakit kencing manis, dislipidemia, dan anemia
745203776WP LabuanPerempuan (WN)43Hospital LabuanPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan obesiti
746195963SabahPerempuan (BWN)75Jenazah  dibawa ke Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit darah tinggi
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER JALAN TROMPET
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang terletak di Jalan Trompet, Taman Alam Indah, Shah Alam. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 131 individu telah disaring, di mana 74 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER KAMPUNG HALA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sabak Bernam di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-200416) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 26 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti institusi awam bagi kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Hala Cara Baru, Sungai Besar, Sabak Bernam. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 77 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN SUASA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Suasa, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 214 individu telah disaring, di mana 29kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN RIANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Riang, Taman Perindustrian Gembira, Johor Bahru. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 270 individu telah disaring, di mana 13kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER BINTANG UTAMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-174631) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 28 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Lapangan Terbang, Taman Bintang Utama, Senai. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 141 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN LOMBONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171299) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 10 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kawasan Perindustrian Kota Tinggi, Batu 2, Jalan Lombong, Kota Tinggi. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER BUKIT BATU GRISEK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tangkak di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Grisek. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 130 individu telah disaring, di mana 18kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER BAYU TAMPOI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106443) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Saringan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 13 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Bayu, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER LINGKARAN MALURI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang terletak di Lingkaran SV, Maluri, Cheras. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 94 individu telah disaring, di mana 33 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER DESA TUN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Desa Tun Razak, Cheras. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 211 individu telah disaring, di mana 21kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN LABUK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Januari 2021 hasil saringan kemasukan ke asrama sebuah sekolah yang terletak di Kilometer 18, Jalan Labuk, Sandakan. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 176 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER LASAH
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-175193) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis perkahwinan yang dihadiri oleh kes-kes dalam kluster ini iaitu di Felda Lasah, Sungai Siput, Kuala Kangsar. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 71 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TERSAT
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, dan Marang di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini iaitu (kes ke-165341)  dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Januari 2021 hasil saringan saringan individu yang merentas negeri dari Selangor. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Melati, Felda Tersat, Hulu Terengganu. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 391 individu telah disaring, di mana 35kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TANAH PUTIH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-180265) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes-kes yang terletak di Jalan Tanah Putih, Kuantan. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 221 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN KETENGAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan, Temerloh, Jerantut dan Maran di Pahang; daerah Seremban di Negeri Sembilan serta daerah Tanah Merah di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154229) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 13 lagi individu dikesan positif COVID-19. Sehingga 30 Januari 2021, 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAMAN AMALINA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Raub di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-186735) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat tinggal kes indeks iaitu di Taman Amalina, Jalan Lipis, Raub. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

@ipes2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 30-1-2021 06:56 PM
Poning tengok nomborrr

Betul. Akak makin pening dari semalam.. huhuhu. Johor pun.. tp tu swab bersasar kat kilang2 dan Penjara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2021 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 30-1-2021 07:00 PM
Kluster2 tu yg ribu2...huhu...

Terasa mcm sambutan CNY pulak bile tengok petaKL & Putrajaya ni.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 08:03 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 30-1-2021 06:59 PM
Terasa mcm sambutan CNY pulak bile tengok petaKL & Putrajaya ni.. huhuhu




















NASIONAL
62 sukarelawan terima suntikan vaksin terawal di Malaysia[size=0.82]Oleh Noorazura Abdul Rahman
[email protected]
January 30, 2021 @ 6:21pm




Kumpulan pertama 62 sukarelawan menerima suntikan vaksin hari ini dengan majoritinya golongan belia berusia antara 18 hingga 30 tahun.-/ Foto NSTP
SUNGAI PETANI: Kerajaan memulakan suntikan vaksin bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19 kepada 62 sukarelawan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, hari ini.
Individu itu adalah kumpulan terawal di Malaysia menerima suntikan vaksin berkenaan dan mereka adalah sebahagian daripada 375 individu yang disasarkan menjadi sukarelawan bagi proses penerimaan suntikan kajian klinikal vaksin COVID-19 di hospital itu.
[color=currentcolor !important]






Ketua Jabatan Pusat Penyelidikan Klinikal HSAH, Dr Vijaya Kumar L Suppan, berkata sukarelawan terbabit dipilih dalam kalangan individu berumur 18 tahun ke atas dan memiliki tubuh badan yang sihat.
Selain itu, katanya, mereka yang dipilih tidak membabitkan wanita mengandung, wanita bercadang mengandung dan wanita yang masih berada dalam proses penyusuan.

"Majoriti sambutan yang diterima untuk menjadi sukarelawan di HSAH membabitkan kumpulan belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun. Mereka sudah menjalani saringan Khamis lalu dan selepas didapati bebas COVID-19, barulah boleh menerima suntikan vaksin pada hari ini.
"Kebanyakan mereka mengetahui maklumat berkaitan Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19 melalui media sosial seperti aplikasi Facebook, WhatsApp dan Twitter," katanya.
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan sebelum ini menyatakan Kajian Klinikal Fasa 3 adalah kerjasama antara Malaysia dan China menerusi Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS). Kajian sama turut dijalankan di Brazil selain Kajian Klinikal Fasa 1 dan 2 dilakukan di China.
Vaksin kajian berkenaan menggunakan platform vaksin tidak aktif yang diperbuat daripada virus yang sudah dimatikan.
Kira-kira 3,000 sukarelawan di seluruh negara akan menerima suntikan di sembilan hospital KKM yang dijadikan tapak kajian di bawah seliaan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM iaitu HSAH, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Hospital Taiping, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Seberang Jaya, Hospital Pulau Pinang, Hospital Ampang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Umum Sarawak.
Mengulas lanjut, Dr Vijaya berkata, sukarelawan terbabit juga akan dikawal selia dan dipantau pihak hospital selama setahun, selain perlu menjalani beberapa ujian lain untuk mengetahui kesan suntikan yang mula dilaksanakan hari ini.
Katanya, suntikan kedua akan diadakan dalam masa 14 hari selepas ini.
"Bagaimanapun, sukarelawan ini akan dipantau setiap minggu selama enam minggu untuk kita tahu kesan dan cara penerimaan suntikan vaksin ini.
"Selepas enam minggu sukarelawan ini akan dihubungi melalui telefon dua minggu sekali sehingga tempoh setahun," katanya.
Sementara itu, Dr Vijaya turut berharap orang ramai terutama yang tinggal di utara tanah air berdaftar sebagai sukarelawan bagi Kajian Klinikal berkenaan di enam hospital termasuk di HSAH Sungai Petani, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Hospital Taiping, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Seberang Jaya dan Hospital Pulau Pinang.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2021 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 30-1-2021 07:31 PM
Stress laa tengok nombor asyik naikk.
Kak leen ok tak

Akak stress juga. Tadi akak pergi clinic ambil injections yg dah sampai. Then pergi empat supermarkets. Ramainya org kat Aeon Big.. Org nak CNY kan.. Cepat2  je capai apa yg anak akak request dan chow chin chow melaju keluar. Rasa suffocated je dlm tu. Yg lagi 3 tu x ramai org pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-1-2021 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 30-1-2021 07:31 PM
Stress laa tengok nombor asyik naikk.
Kak leen ok tak

Bubu ok kat sana?
2hb ni anak akak kena gi pulangkan dan ambil buku kat sekolah. Kakak dia le pergi uruskan. Akak dok diam aje dulu walau tu la chance nak jumpa cikgu kelas dia.. Tahun ni x dpt nak serahkan rotan kat cikgu kelas dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2021 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dinner.
Nasi setoet aje akak minta. Lauk yg meriah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2021 08:26 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 30-1-2021 07:22 PM
Dinner.
Nasi setoet aje akak minta. Lauk yg meriah..

Dap dap lauk sayur tu krup krap kerepek gunting Masri ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 30-1-2021 08:03 PM
NASIONAL
62 sukarelawan terima suntikan vaksin terawal di M ...

X perasan dah mula fasa 3 ni. Huhuhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2021 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 30-1-2021 08:26 PM
Dap dap lauk sayur tu  krup krap kerepek gunting Masri ni...

Dua hari ni dok makan kuaci & jambu loceng aje time dok depan tv..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 08:57 PM | Show all posts
aduhhhhhhh jenuh daki @seribulan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2021 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts

NEGERI JOHOR
+792 Kes Baharu

Kes Mengikut Daerah
Johor Bahru +435 Kes
Pontian +118 Kes
Kulai +84 Kes
Kota Tinggi +41 Kes
Batu Pahat +29 Kes
Tangkak +25 Kes
Segamat +23 Kes
Muar +20 Kes
Kluang +17 Kes

DATA COVID-19 JOHOR
Join t.me/Covid19Johor
#KitaJagaKita #JagaNegeriKita
#PrayForJohor #Johor
30 JANUARI 2021
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 30-1-2021 07:29 PM
X perasan dah mula fasa 3 ni. Huhuhu..

Tunggu pe cite nye nanti...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
pucuk-kelompang replied at 30-1-2021 07:57 PM
aduhhhhhhh jenuh daki @seribulan

Haha...halluuuu...pe cite?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2021 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama Kluang xde kes kematian. Hari ni masuk satu dlm report

KES COVID-19 DAERAH KLUANG

Kes Baharu: 17 Kes
Kes Terkumpul: 1590 Kes
Jumlah Kes: 1607 Kes

Perincian Kes
12 Kes Tempatan + 5 Tahanan

Pecahan Mengikut Mukim
Ulu Benut +2 Kes
Kluang + 5 Kes
Renggam +7 Kes (5 Tahanan)
Layang Layang +3 Kes

Kematian +1

DAERAH KLUANG

t.me/JohorCovid19
#KitaJagaKita #JagaNegeriKita
#PrayForJohor #Kluang
30 Januari 2021.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2021 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 30-1-2021 07:53 PM
Dua hari ni dok makan kuaci & jambu loceng aje time dok depan tv..

Krup krap kacang goreng gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2021 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 30-1-2021 09:04 PM
Tunggu pe cite nye nanti...huhu...

Harapnya diaorg baik2 saja.. Setahun je pemantauannya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2021 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 30-1-2021 09:06 PM
Krup krap kacang goreng gak

Krup krap krup krap aje kan kita PKp ni.. huhuhu Bongsu akak beratnya dah 72kg. Last PKP, sampai 76 kg kalau tak silap. Tu target nak turunkan sampai 65kg katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 30-1-2021 07:58 PM
Betul. Akak makin pening dari semalam.. huhuhu. Johor pun.. tp tu swab bersasar kat kilang2 dan Pe ...

Tak tau kat area sini kat mana yg kena tak tau.. bila tanye kkm asyik sop jah.. nak la tau area mana.. skrg ni nak kuar pi beli barang pun seram..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 04:58 AM GMT+8 , Processed in 2.403115 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list