|

Langit mendung lagi
mentari bersembunyi
awan menutupi
dingin di awal pagi
moga petanda diberkati
murah rezeki
sihat ceria sepanjang hari
hati tenang setenang angin pagi
memulakan hari dengan wajah berseri
salam selamat pagi
moga semua kita dirahmati.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 31-10-2010 09:45

Minum kopi
disulam rebusan ubi
nikmatnya rezeki pagi
syukur kepada Ilahi
masih memberi
kesihatan untuk bersarapan pagi
itulah nikmat sihatnya diri
tidak sakit terlantar diri
makan tak lalu susah hati.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Langit cerah kembali
awan berarak berseri
tiada tanda hujan munculkan diri
berjalan lancar majlis kenduri
kunci pon sibuk ke sana ke mari
melayan tetamu yang menyudikan diri
ke majlis perkahwinan anak jiran kami.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Kepahitan masa silam
Kepahitan masa silam
memberi aku kekuatan
merempuh gelombang ombak di ...
Goldkey Post at 25-10-2010 16:22 
Kepahitan masa silam bagai hujan bersuara
kenangan itu
antara dua persimpangan
bahagia atau duka
pernah terjadi kedua-duanya
meningggalkan lekuk
dalam istana hati
bagai diukir dan dicanai
seperti mematri janji-janji cinta usang
siapa bisa memadam
kenangan yang dirakam ini
hari-hari menggunung
melepasi ruang sedar
melampaui akal
untuk menghitungnya
kerana banyaknya
kenangan yang tidak bisa terpadam ini
gelisahnya bagai hujan petang itu bersuara
menyatakan kelewatan
sebuah penantian untuk sampai
ke pangkal janji
suaranya makin kacau dalam nenanti
bagai akan gugur
mimpi-mimpi ribut kencang
yang kala ini bukan hanya hujan akan bersuara
malah kerisauan manusia juga...
~GRP~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tempat sebaiknya mendoa cinta
Cintaku bersemi di ladang hati permaisuri asmara
Permaisuri as ...
Goldkey Post at 25-10-2010 18:54 
Tempat sebaiknya mendoa cinta,masa dan hirisan jiwa
jika engkau bertanya
manakah tempat "sebaiknya mendoa cinta"
tenang bagiku akan menjawab
di atas sejadah
yang Mengadap Baitullah...
kerna di situ
hati kita tidak akan tersasar
pengacau akan takut menghampiri
dan senjata yang kita bawa
adalah tajam dan berbisa
cinta yang kita pohon
begitu kudus
kerna ketakutan melingkar
pada hati yang dipegangNya
kita bisa menangis dalam menyatakan keikhlasan
hingga tangan yang diangkat
terpaku menadah...
tika itu masa indah akan tercipta
masa yang kita cari-cari
masa yang penuh dengan erti
masa yang tiada kan rugi
masa yang bisa menyucikan hati
masa-masa bersamaNya....
biar masa itu akan terasa hirisan di jiwa
tapi hanya Dia yang mengerti
hanya Dia yang mendengar
hanya Dia yang memegang hati kita
yang masih ada turun dan naik
perasaan antara mahu dan tidak
kerana tipisnya iman
dan ceteknya ilmu di dada.
~GRP~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berbunga jiwa
Ria mengembang di tangkai nurani
hati berbunga disirami kata puji
jika diri d ...
Goldkey Post at 26-10-2010 13:33 
Jiwa yang berbunga-bunga
Mari kita layarkan satu kehidupan
yang indah untuk masa depan
dapat juga menjadi bekalan
berkongsi bersama keluarga, rakan dan taulan
agar hidup kita bertemu kejayaan
jadikan ianya satu impian
bukan sekadar hanya khayalan
biar berbunga jiwa tanpa penyesalan
nokhtahnya hidup sampai kepengakhiran
hidup penuh dengan gemerlapan.
~GRP~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 31-10-2010 18:42
Jangan marah!!!
Jangan kerap marah
nanti jiwa berbarah
tindakan tak terarah
nanti rasa b ...
Goldkey Post at 26-10-2010 20:24 
Siapa yang marah...?
siapa pula yang sedang marah
mungkin hatinya sakit berdarah
hidup menjadi tidak berarah
ke sana sini semakin parah
orang marah kurangnya iman
sabar perlu sebagai taman
penuhi hati dengan haruman
agar hidup mendapat pedoman.
~GRP~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kepenatan
Sungguh penat rasa badan
kerja berat seharian
ke hulu ke hilir berlarian
menjal ...
Goldkey Post at 26-10-2010 21:03 
Kepenatan hilang bila hati tersenyum
sudahkah hilang penatmu tuan
kerna dibelai oleh sang rupawan
bermanja-manja di atas peraduan
hingga cemburu awan-gemawan
hati tersenyum tidak keruan
bagai teruna hilang haluan
berjumpa dengan puteri dermawan
mengarang cerita sebagai kenangan
di laman sendiri mencoret keseorangan
datang tetamu minta pertolongan
berbalas puisi dalam jambangan....
jambangan hati buaian selendang
mengipas malam yang tidak diundang
menjenguk tetamu pandang-pandang
di birai tingkap selalu berdendang
suara hati yang bernama kak selendang
biar yang bertanya tersenyum memandang
atas kurangnya irama berdendang
yang dilayarkan di maya terbentang....
~GRP~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Hujan tak celik mata
Bagaimana rupa?
hujan tak celik mata
mentari tiada
tanda musim tengkujuh tiba
nelayan termenung hiba
nak ke laut, laut bergelora
baiki pukat dan bot sahaja
anak-anak lapar dan dahaga
mengharap rezeki apa saja
demi sesuap nasi menambah tenaga.
Hujan tak celik mata
mentari tiada
mungkin bawa petaka
kawasan rendah banjir melanda
ramai orang terpaksa berjaga-jaga
mengawasi harta benda
dikhuatiri rosak binasa
amukan air yang menggila.
Hujan tak celik mata
mentari tiada
banyak kerja tergendala
kos berlipat ganda
membebankan para pekerja
tiada upah jika tiada kerja
tunggu sahaja
perginya
hujan tak celik mata.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 31-10-2010 22:06

Alam sepi
Malam telah dewasa
angin tidak bersuara
bulan tidak bercahaya
bintang tidak bekerdip ria
awan kelam dalam gulita
gerimis menempias ke jendela
kabus menyelubungi kaca
cengkerik tak sudi memanggil rakan sebaya
belalang rusa tak sudi menyanyi gembira
alam seakan sepi bermuram durja
adakah ini petanda?
tenatnya alam dinoda
manusia yang sering lupa
menghargai anugerah yang Esa.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Penat rehat beradu
Ruang empat sudut
ada katil empat bucu
ada skrin bercahaya segi empat
di sini aku beradu
hilangkan penat seharian
membantu jiran melayan tetamu
mengahwinkan anak bongsu kesayangan
selamat sudah jadi pengantin baru
melayari kehidupan suami isteri
moga berkekalan ke anak cucu.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Kepenatan hilang bila hati tersenyum
sudahkah hilang penatmu tuan
kerna dibelai oleh sang ru ...
Goldkey Post at 31-10-2010 18:11 
bestnya puisi ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 1-11-2010 18:05

Tengkujuh
Musim hujan tiba lagi
dalam putaran sistem alam
angin membawa hujan yang berlebihan
mengundang gudah di hati insan
kawasan lembah jadi sasaran
air melimpah memenuhi ruang
haiwan ternakan bertempiaran
insan cemas harta benda ditenggelam
hujan dari pagi hingga ke malam
tak berhenti mencurah titisan
dingin terasa menusuk ke tulang
mentari hilang di balik awan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Bicara di alam maya
Di sini
aku menitipkan kata
bicara dengan titisan tinta hati
mencoret di lebaran alam maya
tiada sempadan tiada rahsia
semua insan diundang membaca
jika rajin garapkan juga
kongsi idea
kongsi rasa
berbagai-bagai isu semasa
buat panduan sesama kita
moga akhirnya dapatlah faedah bersama.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 1-11-2010 20:03
Cinta
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja.
Di depan orang yang kita cintai, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukan image yang sebenarnya.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.
~MyStudent~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 1-11-2010 19:34
Cinta Monyet
Teringat Kembali Kenangan-Kenangan Yang Lalu.
Menamatkan Sekolah Rendah Dalam Keadaan Yang Gembira.
Tempat Dimana Aku Mengenali Si Dia.
Kelakar Bila Di Kenang Kembali.
Kami Didalam Satu Kelas Yang Sama Tetapi Tahap Kepandaian Kami Berbeza.
Dia Memang Pandai Tapi Saya ?
Bukan Bodoh Cuma Kurang Pandai.
Masih Ingat Lagi Masa Cikgu Bahasa Inggeris Memarah Saya Sebab Tak Bagi Lihat Buku Yang Ada Di Atas Meja Ketika Itu.
Bukan Niat Taknak Bagi Tapi... Buku Itu Menyimpan Banyak Rahsia Tentang Dia.
Saya Bermasam Muka Selepas Situasi Itu Sedangkan Cikgu Ketawa Dengan Penuh Gembira.
Mulanya Tiada Seorang Pun Yang Tahu Saya Suka Dia.
Tapi Entah Macam Mana Kawan-Kawan Sekelas Semua Tahu.
Agak Malu Ketika Itu.
Kawan-Kawan Sentiasa Cuba Untuk Mendekatkan Saya Dengan Dia.
Tapi Saya Tolak Atas Sebab Saya Malu.
Cikgu Kemahiran Hidup Saya Juga Seakan-Akan Mengetahui Tentang Perkara Ini.
Pelik Saya Dibuatnya.
Cikgu Memberikan Kerja-Kerja Memasang Lampu LED Supaya Hidup.
Dengan Berlatar Belakangkan Keluarga Yang Berpendidikan Elektronik Saya Berjaya Melakukan Kerja Itu.
Tetapi Dia ?
Dia Tidak Pandai Bab-Bab Sebegini.
Cikgu Seakan-Akan Ingin Membantu Saya Mendapatkan Dia.
Cikgu Menyuruh Saya Membantu Dia Menyiapkan Kerja-Kerja Ini.
Tetapi Saya Tolak Lagi.
Atas Sebab Yang Sama.
Merah Padam Muka Saya Masa Itu.
Apabila Difikirkan Semula Menyesal Apabila Menolak Semua Itu Atas Alasan MALU.
Tapi Takpe Larh.
Semua Tu Sudah Berlalu Dan Kami Masih Lagi Berkawan.
Bagi Saya Itu Larh Cinta Pertama Saya Terhadap Perempuan.
~MyStudent~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 1-11-2010 19:36
Saya Gembira Walaupun Ketika Bersedih
Apa Yang Awak Tahu Saya Memang Suka Gelak.
24 Jam Bersama , Saya Hanya Tahu Buat Lawak Dan Gelak.
Awak Hanya Tahu Saya Tak Pernah Sedih.
Tapi Awak Tahu Tak ?
Pernah Tak Awak Perasan ?
Depan Kawan-Kawan Pun Happy Je.
Pernah Ke Dia Orang Lihat Saya Sedih ?
Bukan Semua Kesedihan Harus Kita Tayangkan.
Kadang-Kadang Kita Terpaksa Berlakun Gembira Semata-Mata Untuk Menyorokkan Perasaan Sedih Kita.
Tiada Seorang Pun Manusia Yang Ingin Merasakan Kesedihan.
Tetapi Kita Harus Mengharunginya Walaupun Kadang-Kadang Rasa Takde Erti Hidup Lagi.
Kadang-Kadang Saya Terfikir Saya Ni Tak Sempurna Ke Di Mata Awak ?
Dan Tertanya-Tanya Kenapa Saya Tak Macam Orang Lain.
Saya Malu Bila Jumpa Awak.
Walaupun Malu , Kalau Boleh Tiap-Tiap Hari Nak Jumpa Awak.
Cukup Lah Kalau Dapat Lihat Awak Dari Jauh.
Itu Pun Dah Cukup Menggembirakan Untuk Saya.
Saya Tak Tahu Kenapa Rasa Rindu Dengan Awak.
Sedangkan Saya Tahu Saya Tak Pernah Pun Tegur Awak.
Kenal Pun Baru Lagi Rasanya.
Bila Teringatkan Awak Je Saya Tersenyum Sorang-Sorang.
Angau Saya Dibuatnya.
Bila Awak Tegur Saya , Saya Buat-Buat Tak Dengar.
Pura-Pura Sombong Sedangkan Saya Malu.
Saya Selalu Tertanya-Tanya Awak Ni Ikhlas Ke Kawan Dengan Saya ?
Saya Ingat Lagi Malam Tu.
Kelakar Rasanya Bila Diingat Kembali.
( privacy )
Tapi Itu Semua Dulu.
Saya Harap Awak Ingat Pesan Saya 'Jangan Pernah Berubah'.
Saya Nak Awak Tahu Saya Gembira Mengenali Awak Walaupun Kadang-Kadang Saya Sedih Teringat Awak.
( just cerita , takde kene mengena dengan sesiapa )
~MyStudent~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 1-11-2010 21:09

Diri sendiri
Harus dihormati
pegang pada janji
teguhkan jati diri
bentuk personaliti
muliakan peribadi.
Sayangi
diri sendiri
utamakan diri
dalam semua segi
bukan penting diri
penuhi kehendak diri.
Jujur pada diri sendiri
itu sifat terpuji
terang atau sembunyi
tetap takut pada Ilahi.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Apa dipeduli orang mengata
Jadi diri kita
jangan peduli apa orang kata
sifat manusia suka mengata
ada saja cacat cela
tak kena di mata
diri sendiri entah ke mana
silap orang cepat dihina.
Fikirkan yang terbaik untuk kita
usah kisah orang mengata
diri kita yang akan rasa
orang takkan faham cita rasa kita
janji tidak menyalahi hukum yang Esa.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Somebody New
Insider out,
Outsider in,
Roles flip-flopped,
My world in a spin.
Who is this person?
Who's taken my place?
I don't know her name,
Only her face.
She acts just like me,
Sounds like me too.
Her looks are the same,
But she's somebody new.
I know not who she is,
Though I thought I knew her well.
I don't like her much,
But I'll never tell.
She's petty and weak
And she doesn't let go.
She's terribly,
The smile is only a show.
She tallks about people,
She says such mean things.
She dreads whatever horror
Each new day may bring.
She has terrible thoughts,
Tells constant lies.
These things hurt others,
Doesn't she realize?
She just isn't that nice,
Though people seem to think otherwise.
I wish they could see
Through all her lies.
She's scared no one likes her,
That it's all just pretend,
For she's made some mistakes
She's unable to mend.
She has no need to worry,
She has many friends,
But she should fear me,
I'm who matters in the end.
I just don't like her,
Can't stand her in fact.
But she'll eventually be gone,
When the old me is back. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|