CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

   Close [Copy link]
Post time 12-11-2011 01:56 AM | Show all posts
Teruskan bunga.. Sama2 kita berkongsi cerita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2011 02:19 AM | Show all posts
akhirnyaa...berjaya gak sampai kat page ni...

banyak ilmu yg di kongsikan di sini...tq chef & TT...
insyaAllah..akan di amalkan...tq so much...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 03:06 AM | Show all posts
Salam semua....

     Saya tak ingat bila kejadian ni sebenarnya berlaku.. Apa yang pasti kisah ni memang menggemparkan negara.. Seorang lelaki lemas di LUBUK YU.. Arwah adalah orang kampung saya.. Kenalan rapat abang saya.. Punya seorang anak kecil.. Dia stay kat kampung saya bersama parents dia.. Apa yang saya tau arwah kesana sebab nak memancing. Gian sebab dah lama tak pegang joran kerana mengikuti kursus anjuran syarikat tempat die bekerja.. Saya tak tau sangat apa yang berlaku sebenarnya kat tempat tu.. Tapi saya nak certa apa yang berlaku pada penduduk kampung ekoran dari kejadian tu..

     Seperti diberitakan hari ketiga baru mayat arwah dijumpai.. Selama itu jugalah penduduk kampung saya berulang alik kesana bagi membantu pasukan penyelamat.. Sepanjang proses menyelamat tu macam2 cerita la yang keluar.. Ada yang kata mayat disorok,ada yang kata arwah masih hidup dan diculik bunian,macam2 hal.. Semasa kejadian ni berlaku saya di KL la. So just mengikuti perkembangan melalui akhbar.. Ada jugak call ibu bertanyakan berita lanjut.. Tapi masa tu takde la pulak ibu cerita hal2 yang berkenaan makhluk halus ni.. Tapi itu masa hari pertama operasi menyelamat..

    Masuk hari kedua ibu call minta saya balik kampung dalam kadar segera.. Dalam hati dah terasa ada sesuatu berlaku sebab malam tu saya mimpi ibu menangis sebab ayah saya mengamuk.. Lepas siap meeting dengan klient saya balik.. Tapi wife saya tak bawak sebab balik ni saya kene selesaikan sesuatu.. Isteri saya tu lemah semangat sikit so better saya tinggalkan je.. Bila sampai dikampung macam biasa singgah kedai beli apa yang patut then baru balik rumah.. Masih siang so kedai masih buka.. Sampai dirumah saya dengar suara tangisan bayi.. Terdetik dalam hati anak sape pulak kat rumah ni.. Bagi salam semua saya masuk.. Ibu masa tu sedang siapkan baby tadi sebab baru lepas mandi.. Rupanya anak kepada anak angkat ibu saya.. Baru berusia seminggu..

     Saya terus mendapatkan ibu dan bersalam. Ayah takde sebab ke LUBUK YU membantu usaha mencari. Ibu dah larang sebab ada baby dirumah tapi ayah tetap berkeras nak membantu.. Ibu sambil menyusukan baby tadi terus bercerita.. Kata ibu malam tadi ada yang menyinggah.. Saya tanya dari mana.. Ibu cakap dari LUBUK tu la.. Mana ibu tau?'.. Ayah mentua nida(mak baby ni) balik2 dari sana terus singgah sini.. Ibu takkan taknak jemput masuk pulak.. Lepas main2 dengan cucu ni,dia balik.. Ibu dah rasa ada yang tak kena,bagitau ayah kamu,tau je la apa jawapan die'.. Pastu apa jadi bu?'.. Takde la apa2 sangat tapi lepas je maghrib macam2 bunyi kat rumah atas. Ibu buat tak tau je la. Ayah kamu pun diam je. Tengah nak siap2 tidur baby melalak tak hengat dunia. BAru la ayah kamu sibuk nak buat air bagai.. Ibu dari awal2 dah pesan buat awal2 elak kena.. Degil!!'..

     Lepas ayah sapu2 baby dengan air die ok terus tidur.. Ibu tak sedap hati pakat dengan ayah tidur semua sekali kat ruang tamu. Baru je nak lelap ibu dengar kat cermin parking kereta bunyi orang bercakap2.. Ibu cuit ayah.. Ayah suruh diam je.. Elok je ayah bangun nak tengok pintu bergegar kuat.. Tapi nida dengan amin(suami nida) langsung tak sedar.. Lepas tu bunyi macam ada yang mencaka2 pintu. Ayah kamu duduk la balik. Ayah cakap benda tu nak masuk. Ibu pun baca la surah2 yang kamu bagi. Senyap sekejap. Ayah cakap malam ni jangan tidur,risau leka benda tu lepas masuk rumah lagi payah. Masa baring2 sambil dodoi2 baby ibu nampak ada bayangan lalu kat tingkap. Ayah tak nampak.'

     Pastu benda tu cakar lagi sepanjang2 rumah. Ibu mula la hangin. Ibu sound ko nak apa?.. Jangan nak cuba2 kacau keturunan aku!!.. Berambus!!!.. Lepas je ibu cakap macam tu terus senyap.. Sampai subuh alhamdulillah takde apa2. Lepas subuh ayah kamu tengok kat luar takde pulak kesan cakaran tu. Tapi ibu masih rasa benda tu ada kat sini.. Kamu rasa?'.. Tanya ibu pada saya.. 'Ada,kat atas'.. Kata saya.. Pastu saya minta ibu sediakan makan sebab saya dari pagi tak jamah makanan. Lepas siap makan semua solat asar,ayah balik. Saya sambut ayah kat luar dan minta ayah cuci kaki dulu. Saya minta ayah selawat dan FATIHAH barulah saya ajak ayah masuk rumah..

     Saya minta ayah mandi dan solat dulu.. Ada perkara saya nak tanya ayah tentang LUBUK tu. Ayah pun ikut je la sebab saya ni agak tegas sikit dalam kalangan ahli keluarga.. Family saya cukup faham bila saya suruh buat sesuatu maknanya saya serius.. So dari saya membebel tak tentu pasal mereka lebih selesa buat terus.. Lagipun bukan saya suruh buat benda2 yang tak elok kan.. Lepas solat semua ayah ajak minum petang sambil bercerita perihal kejadian kat LUBUK sepanjang 2hari ni..

Nanti saya sambung lagi ye.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 05:20 AM | Show all posts
alamak...bersambung pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 09:08 AM | Show all posts
bestnyer...to be continued...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 11:41 AM | Show all posts
alhamdulillah...abis gak bace...

imm nak cete gak eh...
     imm dah duduk umah imm nie dah dekat 2 taun...sepanjang duduk umah nie imm memang seronok...xder masalah...tapi bile nak sidai baju kat belakang umah memang imm rase cam ader something yang tgk imm...memule imm rase mungkin mainan perasaan je...tapi makin lame makin seram...kalo basuh baju malam, memang esok pagi baru imm sidai...imm xpenah cete kat husband sbb rasenyer mende 2 biase jer...kat belakang umah plak memang byk pokok pisang...kalo mlm kene lampu, cam bersinar pelik jer...2 yang takut 2 kut...
     adik imm penah duduk kat umah imm dalam 6 bulan...adik nie plak lehla tgk2 skit...die kate umah imm nie ader penjaga...suami istri...die dah lame duk umah 2...tapi xpenah nampakkan dirila...penah satu mlm 2, adik tetibe cakap kat asben, kwn umah 2 memlm mandi...mase 2 imm ngah tgk tv,imm pun cakapla...sape plak mandi memlm nie?adik pun cakap...kwn serumah ko r...imm terus diam...
      satu cete nie plak, dekat ngn umah imm ader satu bukit yang tengah diusahakan untuk jadi perumahan...dari bukit yang kehijauan terus jadi botak...sejak 2 bukit 2 gondol, anak imm asyik menangis je memlm...kalo menangis, die xnak tido lam bilik...meraung cam ape...imm pun mintak r adik tolong tgk2...adik cakap ader anak org bukit nak kawan ngn anak imm...ank org 2 pun lebih kurang je umurnyer...cume muke diorang 'amatla cantik'...2 yang anak imm terkejut...adik pun suh bace ayat qursi kat pintu antara dapur and ruang tamu ...alhamdulillah...semuanyer ok...skrg plak, adik imm kater umah imm jadi tempat 'org2 bukit' 2 mandi n ambik wuduk sbb penempatan diorang dimusnahkan...adoi...pening pale...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2011 01:13 PM | Show all posts
Reply  KAULAT


    Amalkan surah2 yang saya bagi.. InsyaALLAH dapat melindungi bro sekeluarga.
chefmizan Post at 2-11-2011 17:31



   apa kata buat satu benang, letak ayat2 or surah2... ke dah ada?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 01:56 PM | Show all posts
Reply 806# imma2010


    Selamat datang imma.. Silakan berkongsi pengalaman anda dan kita berdiskusi disini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2011 04:41 PM | Show all posts
dah benang 33 dah.. cepat nyer.. chef sambung lah lagi..sementara si junior tido.. arie ni dia x sihat lah pulak demam..asyik ngigau jerkk..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 07:40 PM | Show all posts
Kisah ni heboh kat belah2 kampung di hilir sungai Pahang, daerah Pekan...
Nk cite detail tu tak ...
Bella_Lun@ Post at 10-11-2011 17:12



salam... tak abeh lagik baca benang nih... memang best... tapi nak mencelah juga pasal buaya putih nih...berbelas tahun dulu aku pernah di'kidnap' dengan salah seorang kerabat pahang
bukan kidnap camner, aku gi ngan rela hati, tapi lepas beberapa hari / peristiwa, drg mcm tak bagi balik sehingga sampai satu tempoh nih...
ada jugak cerita 'menarik'.... tapi aku nak tanya pasal buaya nih...
menurut drg kat sana, masa pemerintahan almarhum Sultan Abu Bakar, baginda pernah pulang ke darat dengan menaiki buaya putih nih... masa tu pergi baginda naik bot (tak tahu lah plak atas urusan apa)... ada sesapa pernah dengar cerita ini?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 07:49 PM | Show all posts
Salam semua....

     Saya tak ingat bila kejadian ni sebenarnya berlaku.. Apa yang pasti kisah ni ...
chefmizan Post at 12-11-2011 03:06



    Alaa cheff....hati berdebar2  nie...sambung tau aka tunggu nie
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 07:55 PM | Show all posts
Reply 803# chefmizan

Cheff, aka copy pasal kencing tikus....mcm2 kess laa

    Kencing tikus, rakyat dinasihatkan tak panik
4:46PM Jul 13, 2010       
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menasihati orang ramai agar jangan panik mengenai kematian enam orang akibat jangkitan kuman air kencing tikus di Lubuk Yu, Maran, Pahang bulan lepas kerana keadaan adalah terkawal.

Beliau berkata tidak ada kes baru dilaporkan.

"Pada hakikatnya penyakit itu biasa berlaku di negara tropika seperti Malaysia dan ia bukan penyakit misteri yang dikhuatiri orang ramai. Tolong jangan takut-takutkan orang ramai. Ini bukan penyakit misteri, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Hospital Swasta Malaysia (APHM) di Kuala Lumpur hari ini.

Enam orang penduduk kampung yang terbabit mencari dan menyelamat mangsa lemas di hutan rekreasi Lubuk Yu yang bermula 26 Jun hingga 30 Jun meninggal dunia akibat jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis.

Liow berkata tujuh yang lain yang kini menjalani rawatan di beberapa hospital, dilaporkan sedang pulih, sambil menambah bahawa kawasan itu akan dibuka semula setelah kerja-kerja pembersihan dilakukan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 07:59 PM | Show all posts
Reply 812# sofiera


    Cheff nie kot yg lemas masa jul 2010...c
http://dunkualasentul.blogspot.c ... -telah-ditemui.html

Lubuk Yu : Mangsa Lemas Telah Ditemui
Petikan akhbar Sinar Harian 1 Julai 2010

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, mayat dijumpai sepasukan Bomba dan Penyelamat Bomba Bandar Jengka yang menggunakan khidmat tiga anjing K9 Unit Pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, kira-kira 10 kilometer mengikut laluan air dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Menurutnya, pasukan yang terdiri daripada tiga anggota polis dan empat bomba itu memulakan operasi jam 8 pagi dari Loji Air Ulu Jempol dan berjaya menemui mangsa di tebing dalam kawasan ladang kelapa sawit Felda Jengka 2 pada jam 3.40 petang.

“Mangsa dalam keadaan tertiarap dengan kaki sebelah kanan tersangkut pada akar kayu dan lengkap berpakaian. Bagi laluan darat, jaraknya kira-kira tujuh kilometer.

“Hari keempat (kelmarin), operasi mencari di dasar lubuk ditamatkan pada jam 6.30 petang selain usaha menyusuri sungai dilakukan anggota Pasukan Bomba Sukarela Sungai Jerik namun hanya sehingga jambatan Sungai Jempol,” katanya.

Ahmad Johari berkata, operasi menyusuri diteruskan dengan pertambahan jarak pencarian sebelum mayat dijumpai.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Bandar Jengka untuk bedah siasat sebelum dituntut keluar dan akan dikebumikan pada malam ini (semalam) di Felda Jengka 17.

“Pihak polis dan pasukan penyelamat mengucapkan terima kasih kepada orang awam dan semua pihak yang membantu operasi sehingga mangsa ditemui,” katanya.
Di catat oleh : Urusetia Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Sentul
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 08:43 PM | Show all posts
fuh!.. penat jugak.... dari malam tadi.... dekat 24 jam baru abeh (bukan la ngadap jerk)... memang best, penuh ngan cerita yang menarik dan ilmu2 yang dapat membantu...
nak tanya... pasal warna/pakaian lembaga nih.... kalau hijau apa? merah apa? putih apa? hitam apa? tq
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 09:25 PM | Show all posts
just nk share cite bru jd smlm...  td msa tgh rht2 msa blk kndri abg pejan tercerita... smlm msa die tgh bt kje kat pc die dlm kul 3 pg mcm tu tb2 die dgr ade org ktk tgkp kat blk pc die tu.. sdgkan blk tu tgkt 1... abg pejan mula igtkan x de pape tb2 bnda tu berulg 3,4 kali... die dgn mjga kehenseman drinye trs ttp pc trs lri g kat bini die trs tdo.. hihihihiihi... tu la psl lain kali ckp mak srh bt bca yassin tnda msk umah bru x nk... bru pdn muke.. jht kan pejan... ... tp korg rsa ape bnda yg kacau smlm die smlm tu ek... emmm TT n chef cb bg pndpt skit
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 10:30 PM | Show all posts
Hye sume, sorry bunga bz sikit, smlm ada hal skit.

Tgh bunga syok baca bunga tringt ayah sdare bunga sakit. Die pegi berubat kat ustaz, n ustaz ckp mmg ade org dengki ngn family bunga, n since ayah sdare bunga dduk rumah pusaka arwah nenek n atok so die lah yg paling kuat kena attack. N before ni bunga memang dapat alamat dalam mimpi pasal ni. Baru teringat kelmari. Tu bgtau mak suruh sampaikan kat ayah sedare bunga. Tu yg malam smalam diorg settle kan jugak. Even tho bunga takde dengan diorg tp kat kawasan umah bunga ni terasa lah pelik. Bunga tak dapat tdo smlm sampailah azan subuh. Sebab kat luar rumah sibuk bunyi anjing kejar something. Padahal area umah bunga ni nak jumpe seko anjing sesat pon payah. Ok tu je.

Ok bunga sambung pasal ape jadi kat kakak bunga eh.

Ok lepas die masuk toilet kan die jerit kan? Pastu terus ustazah masuk dapatkan die. Die tengah menangis sambil tekup muke die. Ustazah tanye. Oooo kau lagi. Kenape kau kacau die kat sini. Kau nak hangus ke. Asal kau tutup muke. Meh aku tengok. Cantik sangat ke muke kau. Die tunduk tutup muke lagi. Ustazah cakap. Ooooo dah terbakar muka kau. Patut kau tanak tunjuk muka kau. Yang masuk badan kakak roh perempuan yang bunuh diri tu.

Pastu ustazah pujuk lah dia. Akan buatkan kenduri arwah untuk die dan sedekah kan ayat yang patut and dengan syarat die jangan ganggu lagi. Die setuju. Tapi die ckap chief die tetap tanak lepaskan along saya. Ustazah cakap. Kami akan buat ape yang boleh.

Pastu along mcm dah ok. Die cakap roh kakak tu ada datang dlm mimpi die pakaian die dah cantik. Muka die dah elok n dia senyum cakap terima kasih banyak2.

Ni belom settle lg. Sbb chief die asik kacau alongggg je.

Bunga tak ingat sangat cmne diorg settlekan dgn chief ni. Tapi seingat bunga along dah pulih. Sbb ustaz pindahkan makhluk tu jauh nun tah kemane n siap pasung dia.

Tapi sejak peristiwa ni pon along boleh nampak benda2 n boleh dapat alamt dlm mimpi. N sure die yang demam. Die pon akan dapat alamat tentang any of our family member kitorg yg nak meninggal. 3 hari sebelum tu dia akan demam.

Wallahualam.

Banyak jugak kejadian yg menimpa bunga n keluarga.

Bunga banyak mengalami kejadian yang seram sejak pindah rumah baru pada tahun 2007 tak silap. Nanti bunga cerita.

Seumur hidup bunga tak pernah lalui ke nampak ke jumpe yang seram2 selalu bunga jumpe yang elok2 je wangi2 je. Sekali yang jahat ni nak muncul jugak.

Mungkin ujian tuhan. Wallahualam.

Nanti bunga sambung eh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2011 02:42 AM | Show all posts
Reply 803# chefmizan

Sambunga kisah LUBUK YU.....

     Petang tu ibu buat cekodok pisang dengan milo panas.. Sedap sangat makan sambil ayah bercerita. 'Masa Ja'a(mangsa) nak gi mancing,kelakuan dia sangat berlainan dari biasa. Beria2 dia cium anak tunggal dia yang masih kecil tu. Isteri si Ja'a ni dah perasan tapi diam je la. Lepas je Ja'a bertolak baru la dia cerita pada Pak Izam(ayah Ja'a). Pak izam sibuk la nak panggil jangan bagi pergi tapi keluar rumah tengok dah takde. Apa yang lainnya ayah?'.. Biasa la tanda orang nak 'pergi'.. Ok,teruskan2'.. 'Sampai dekat nak maghrib Ja'a tak balik2. Isteri dia dah tak tentu hala. Pak Izam kamu tu tau je la bukan lekat kat umah.. Call tak dapat,sms tak balas.. Isteri dia pun call Pak Izam bagitau Ja'a tak balik2 lagi. Orang tua tu pun balik rumah nak ajak jiran2 pergi cari. Sebab memang rasa tak sedap hati.. Yang pergi masa tu Pak Shidan,Pak Manap dengan Bakar Runcit.. Sampai sana dah gelap gelita. Nak start dari mana pun tak tau. Jenuh la pusing2 cari kot2 ada jaga ke apa kat situ. Mana ada orang jaga kawasan tu. Bakar runcit cakap kita gi wat report sebab mana nak cari gelap2 ni. Lokasi dia mancing pun tak tau. Lubuk ni bukannya kecik.'

     'Dorang pun gi la buat report. Yang polis tu pun 1 hal.. Kalau tau lokasi dia watpe lak nak buat report.. Macam2 hal. Polis nasihatkan balik rumah tunggu dulu. Kalau sehingga subuh dia tak balik call balai semula. Biasa kaki pancing ni memang tak reti balik rumah. Apa punya jawapan la polis tu.. Kalau ayah jadi Pak Izam kamu mendapat dah tu.' Ok ayah,teruskan.' Memang sampai subuh takde apa2 berita. Masa tu orang kampung dah penuh kat rumah dia. Ibu dengan ayah tau sebab Wak call pukul berapa ntah bagitau. Mana pulak nak pegi dengan nida ada dirumah. Lepas subuh ayah pegi la melawat kesana. Heboh dah la masa tu si Ja'a sorok dek bunian hantu bagai. Ayah tak cakap pape la. Sebab benda tak sahih. Wak ajak ayah pergi tengok kat sana sebab isteri Ja'a dengan yang lain2 dah pergi. Ayah follow Wak. Sampai sana kecoh dah dengan polis,bomba semua ada. Dalam setengah jam pastu jumpa la kawasan Ja'a lepak memancing. Ada beg,handphone semua kat situ. Bakar runcit pun ada masa tu,dia tanya Wak nak bagitau diorang semua ke nak biar dulu? Wak pulak tak berapa paham tanya Bakar balik. Bakar cakap Ja'a dah takde. Bakar runcit ni tok siak surau,so ada jugak la pengetahuan sikit hal2 macam ni. Ayah cakap kat Bakar biar dulu. Biar polis bomba buat kerja dulu.

     'Tiba2 tengah sembang2 dengan polis Bakar tanya ayah,ko nampak apa aku namapk Usop(panggilan ayah)? Ayah melilau la tengok sekeliling.. Tak,napae?.. Ko tengok kat atas pokok seberang sungai depan kawasan barang Ja'a yang dorang jumpa tadi. Ayah pandang la,takde,puas tenung pun tak nampak apa2. Takde Kar.. Ko nampak apa?.. Ada 3 jelmaan kat atas pokok tu. Diorang semua tengah tengok kearah sungai. Aku rasa yang ni la punya kerja ni. Mana ko tau Kar?.. 'Dah tu tiba2 je muncul,mesti diorang punya kerja ni..' Ayah cakap kat Bakar pe kata ko gi tanya. Aku tak nampak so tak boleh buat apa2. Bakar kata kejap lagi. Die pun pegi la jumpa Pak Izam kamu. Ntah apa diorang borak tiba2 Bakar menjerit. Ayah dah rasa tak sedap hati,kang benda tu mengamuk kang susah.. Tengok jam dah pukul 3 lebih,ayah ajak la wak balik. Belum zohor bagai. Balik solat pastu ingat nak pegi semula tapi Wak tak nak. Katanya pegi esok je.

     'Lepas maghrib Wak call bagitau dapat call ada orang kene histeria kat umah Pak Izam kamu. Ayah siap2 nak pegi tengok ibu kamu tak bagi. Anak nida belum seminggu pun ayah. Kang pape jadi kat budak tu kan susah.. Malam tu ayah buat YASSIN TUNGGAL macam kamu ajar tu. Alhamdulillah takde pape sampai la subuh. Esoknya ayah ke kedai kecoh kata semalam kat umah Pak Izam kamu ada hantu mengacau. Maklum la boleh kata seluruh blok tu pegi LUBUK. Ada yang histeria,ada yang kene sampuk macam2 hal. Nasib baik umah Ustaz Aziz(Imam 1 masjid) dekat. Dia datang tolong. Katanya ada yang mengikut dari LUBUK tu ke rumah. Ustaz Aziz buatkan pagar semua la. Siangnya ayah ak pegi lagi,tapi ibu tak bagi. Ayah dengan Wak tunggu kat rumah sini je,kot2 ada yang kene lagi. Sebab kebanyakkan orang laki gi sana. Sampai petang la duduk umah Pak Izam. Asar baru ayah balik. Sampai je rumah mandi,solat ayah mentua nida datang. Tu yang ibu cerita tu. Ingatkan pastu ok la. Malam tadi kene lagi dahsyat. Sebab die terlepas masuk rumah.


Sambung lagi ye... Baru sampai dari Melaka pukul 1.45pagi ni. Esok pagi nak ke Penang pulak.. Penat sangat dah ni.. Maaf ye..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 09:39 AM | Show all posts
ok chef...  nnt smb lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 10:02 AM | Show all posts
Reply 817# chefmizan


    baik2 nantie sambung yer.....huhuhu berdebar2 nie
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 10:37 AM | Show all posts
sabar menanti, banyak ilmu dapat dikongsi kat thread nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.090032 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list