|
Mania ASTRO : Aubrey Masih Kosong
Tirai konsert pertama Mania, rancangan yang menjanjikan evolusi hiburan tanahair telah pun dibuka sebentar tadi. 4 selebriti yang telah dipilih dari awal membuat persembahan. Stacy, Atilia, Estranged dan Akim menghangatkan gelanggang Mania dengan persembahan yang cukup bertenaga.
Menariknya, 3 penerbit muzik tersohor Datuk M Nasir, Aubrey Suwito dan Ahmad Dhani akan mengetuai 3 kumpulan berbeza mengikut warna yang telah ditetapkan, Merah dikemudi Datuk M Nasir, Hijau milik Ahmad Dhani dan Biru akan diberi sentuhan bermakna Aubrey.
Rendisi tersendiri Stacy menerusi lagu The Edge of Glory nyanyian asal Lady Gaga Berjaya memikat hati sifu Datuk M Nasir. Bersama-sama Ebi, calon pertama yang mengungguli Hot Seats Mania, mereka berdua berada di bawah bimbingan Datuk M Nasir.
Atilia, Akim dan Estranged masing-masing menampilkan kemantapan vokal dan persembahan. Pengalaman bergelar anak seni yang ada pada mereka meletakkan mereka berada dalam kelas tersendiri. Akhirnya, Ahmad Dhani memilih mereka bertiga berada di bawah panji kumpulan Hijau.
Aubrey Suwito, penerbit muzik yang terakhir masih lagi mencari artis yang sesuai dengan aliran muzik serta kehendaknya. Selepas berakhirnya konsert pertama, Datuk M Nasir masih mempunyai baki 3 orang artis, Ahmad Dhani 2 orang dan selebihnya milik mutlak Aubrey.
Dengan berbaki 10 orang lagi artis termasuk dua lagi pemenang Hot Seats Mania, perjuangan mencari superstar bakal diteruskan minggu hadapan. Jaclyn Victor, Adira, Awi Rafael, Hafiz, Shila Amzah, Alyah, Kristal dan Hazama bagal menggegarkan pentas Mania beradu bakat dan kemampuan bergelar superstar Mania! Siapakah 2 artis yang bakal memenuhkan kuota Hot Seats Mania? Segalanya akan terjawab apabila anda terus menonton Mania!
http://www.gua.com.my/hiburan/be ... y_Masih_Kosong.html |
|